Sebenarnya period lambat ini normal untuk setiap wanita?
.
Terdapat banyak faktor dan situasi yang boleh menyebabkan period lambat.
.
Ada yang normal dan ada juga membahayakan kesihatan anda.
.
Sebelum kami kongsikan berkenaan punca, simptom dan cara mengatasi period lambat, jom kita fahami dahulu berkenaan period.
.
.
Apa Itu Period?
.
.
.
.
Period atau nama lainnya haid merupakan satu proses yang terjadi apabila wanita mencapai akil baligh atau cukup matang untuk hamil.
.
Setiap bulan, lapisan uterus atau rahim wanita akan menghasilkan telur yang dikenali sebagai ovum dan akan dilepaskan oleh ovari wanita.
.
Jika ovum tidak disenyawakan dengan sperma, badan anda akan secara automatiknya menggugurkan ovum tersebut melalui faraj anda.
.
Ovum yang digugurkan adalah dalam bentuk darah yang anda lihat semasa period dan proses bulanan ini dikenali juga sebagai kitaran menstruasi.
.
.
.
.
Kitaran Menstruasi Normal Wanita
.
.
.
.
Kitaran menstruasi normal wanita biasanya berlaku secara purata selama 28 hari.
.
Bilangan hari secara purata untuk aliran darah period adalah 4 hingga 5 hari.
.
Jumlah purata darah yang dihasilkan untuk proses period pula adalah sebanyak 4 sudu besar makanan.
.
Wanita akan mengalami period pertama pada bila-bila masa sekitar umur 8 hingga 16 tahun bergantung kepada cara kehidupan harian anda.
.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kitaran haid anda boleh berubah.
.
Baca Juga : Ovari Cyst – Punca, Simptom dan Rawatan
.
.
Punca Period Lambat Yang Anda Perlu Tahu
.
.
.
.
Kitaran menstruasi boleh berlaku sehingga anda berumur 50 tahun dan ke atas.
.
Ovari akan berhenti menghasilkan ovum apabila badan anda tidak lagi berupaya untuk hamil.
.
Panggilan yang biasa digunakan untuk situasi ini adalah menopause.
.
Perkataan menopause ini agak sensitif untuk kaum wanita, tetapi itulah hakikat yang perlu kita terima.
.
Walau bagaimanapun, jika anda mendapati kitaran menstruasi lambat sebelum capai usia yang sepatutnya, berikut merupakan di antara punca berlakunya masalah tersebut:
.
.
1. Faktor Tekanan – Period Lambat
.
.
.
.
Perubahan gaya hidup yang drastik atau lambakan kerja akan menambah risiko berlakunya tekanan.
.
Hormon gonadotropin-releasing (GnRH) akan kurang dihasilkan apabila anda mengalami tekanan.
.
Kekurangan hormon ini secara tidak langsung mengganggu kitaran menstruasi anda dan menjadi penyebab ia sedikit lambat.
.
Baca Juga : Apa Itu PCOS – Punca, Simptom Dan Rawatan
.
.
2. Period Lambat – Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
.
.
.
.
PCOS adalah gangguan hormon yang terjadi pada wanita di usia matang.
.
Pesakit PCOS akan memiliki kadar hormon maskulin atau hormon lelaki yang dikenali sebagai androgen yang lebih tinggi.
.
Hormon-hormon lain seperti insulin juga menjadi tidak seimbang.
.
Ketidakseimbangan hormon akan menyebabkan kitaran menstruasi anda terjejas.
.
.
3. Pil Pencegah Kehamilan
.
.
.
.
Pil pencegah kehamilan mengandungi hormon estrogen dan progestin yang berfungsi untuk menghalang ovari daripada melepaskan ovum.
.
Disebabkan itu, anda akan mengalami kesan sampingan selama 6 bulan maksima untuk kitaran menstruasi kembali normal selepas berhenti pengambilan pil tersebut.
.
Penggunaan implan, patch dan suntikan juga berisiko menyumbang kepada masalah kitaran menstruasi.
.
.
4. Period Lambat – Ubat-Ubatan
.
.
.
.
Selain dari pil pencegah kehamilan, sesetengah ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat masalah kesihatan juga boleh menjadi punca period lambat.
.
Ubat-ubatan seperti ubat sawan dan ubat kemurungan antara contoh ubat yang berisiko mengganggu kitaran menstruasi.
.
.
5. Masalah Berat Badan
.
.
.
.
Masalah seperti anoreksi, bulimia ataupun obesiti, cenderung dikaitkan dengan masalah period lambat.
.
Berat badan kurang atau berlebihan boleh menjadi penyebab gangguan hormon.
.
Pastikan berat badan anda pada tahap yang normal dan ideal mengikut indeks jisim tubuh (BMI) yang telah ditetapkan.
.
Jika anda ingin mencegah masalah period lambat dari terjadi, anda perlu tahu juga berkenaan simptom period lambat dan tanda-tanda period lambat.
.
Baca Juga : Tanda Awal Hamil – Elakkan Keguguran Akibat Terlepas Pandang
.
.
Tanda-Tanda Awal Untuk Mencegah
.
.
.
.
Anda disarankan untuk menggunakan alternatif lain seperti kalkulator pengiraan kitaran menstruasi untuk memudahkan bacaan purata kitaran menstruasi.
.
Tanda yang paling utama adalah ketiadaan darah haid.
.
Antara simptom lain yang menyusul bersama adalah:
- Keguguran rambut
- Sakit kepala
- Susu keluar dari puting
- Penglihatan kabur
- Bulu muka berlebihan
- Kesakitan pada bahagian pelvis
- Jerawat
.
Jika anda mempunyai masalah seperti:
- Period lambat sehari
- Period lambat 3 hari
- Period lambat 5 hari
- Period lambat seminggu
- Period lambat 2 minggu
- Period lambat sebulan
.
Kami sarankan anda untuk terus membaca artikel ini kerana kami akan kongsikan cara mengatasi masalah ini sebelum ia menjadi lebih bahaya.
.
.
Cara Mengatasi Period Lambat Sebelum Menjadi Lebih Parah
.
.
1. Bersenam
.
.
.
.
Senaman mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan secara amnya.
.
Senaman boleh membantu anda untuk mencapai berat badan normal untuk wanita.
.
Bersenam juga adalah antara cara untuk merawat masalah PCOS dan dapat mengurangkan masalah senggugut wanita.
.
.
.
.
2. Mengawal Berat Badan
.
.
.
.
Anda perlu mengawal berat badan dari bertambah ataupun berkurang.
.
Penambahan dan pengurangan berat badan berlebihan akan menyebabkan sel lemak mengganggu hormon reproduktif dan insulin.
.
Kawal berat badan anda secara berperingkat serta berbincang dengan pakar pemakanan untuk mencapai sasaran berat badan ideal anda.
.
.
3. Pengambilan Dos Vitamin Harian
.
.
.
.
Kekurang vitamin D akan mengganggu kitaran menstruasi berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2015.
.
Anda boleh menambah vitamin D melalui pemakanan tenusu seperti susu dan keju atau pengambilan suplemen.
.
Badan juga boleh menghasilkan vitamin D secara semulajadi dengan mendedahkan diri di bawah sinaran matahari.
.
Vitamin B juga boleh membantu mengatur kitaran menstruasi anda, tetapi kurang kajian yang dapat menyokong hipotesis ini.
.
Anda boleh amalkan suplemen vitamin B tetapi harus merujuk kepada pakar kesihatan terlebih dahulu.
.
.
4. Elakkan Diet Rendah Karbohidrat
.
.
.
.
Karbohidrat yang rendah boleh mengurangkan hormon leptin dan mengganggu fungsi hormon tiroid.
.
Leptin dihasilkan oleh sel lemak untuk mengawal kitaran menstruasi anda.
.
Pakar kesihatan menyarankan anda mengambil sekurang-kurangnya 45 peratus karbohidrat daripada kalori harian anda.
.
.
5. Mengambil Lemak Yang Cukup
.
.
.
.
Lemak penting dalam sistem hormon badan anda.
.
Pengambilan asid lemak tidak tepu dan lemak trans amat digalakkan untuk membantu kitaran menstruasi anda.
.
Antara sumber asid lemak tidak tepu adalah seperti ikan salmon, sardin, walnut dan minyak sayuran.
.
.
6. Halia
.
.
.
.
Halia sering menjadi bahan yang berguna untuk masalah kesihatan wanita.
.
Tiada bukti saintifik yang menyokong petua turun-temurun ini untuk mengatasi masalah kitaran menstruasi.
.
Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang dijalankan terhadap 92 orang wanita yang mempunyai pendarahan berlebihan menggunakan halia sebagai suplemen.
.
Kajian ini berjaya membuktikan halia sebagai suplemen membantu kitaran menstruasi wanita.
.
.
7. Kayu Manis
.
.
.
.
Kajian pada tahun 2014 menunjukkan bahawa kayu manis merupakan rawatan berkesan untuk pesakit PCOS.
.
Penggunaan kayu manis juga dapat mengurangkan masalah senggugut dan mual serta membantu kitaran menstruasi wanita.
.
.
8. Nanas
.
.
.
.
Nanas mengandungi enzim bromelain yang dipercayai mampu melembutkan lapisan endometrium rahim.
.
Bromelain merupakan enzim yang anti-keradangan dan boleh mengurangkan kesakitan senggugut.
.
Walaupun tiada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong nanas dapat membantu kitaran menstruasi.
.
Tetapi, buah nanas merupakan buah yang baik untuk kesihatan secara amnya.
.
Tidak salah jika anda mengambil nanas setiap hari sebagai alternatif untuk membantu masalah period lambat.
.
.
Folic Acid Antara Punca?
.
.
.
.
Folic acid merupakan sejenis vitamin untuk mencegah kejadian neural tube defect pada bayi yang perlu diambil seawal 4 minggu sebelum hamil.
.
Folic acid juga dipercayai membantu proses penghasilan sel-sel di dalam tubuh.
.
Pengambilan folic acid tidak mempengaruhi hormon atau kesuburan anda.
.
Makan folic acid period lambat biasanya tidak berlaku, sebaliknya ia dapat membantu kitaran menstruasi yang tidak teratur.
.
.
Period Lambat Dan Keluar Cecair Coklat
.
.
.
.
Masalah kitaran menstruasi dan keluar cecair coklat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
.
Antaranya adalah:
- Pendarahan implantasi kehamilan.
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi.
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim.
- Perubahan hormon disebabkan tekanan, kegiatan lasak atau gangguan emosi.
- Perimenopause.
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil pencegah dan IUD hormon.
.
Ia juga boleh disebabkan oleh kehamilan.
.
Untuk kepastian punca masalah berkenaan, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar kesihatan dan membuat pemeriksaan.
.
.
Kesimpulan
.
.
.
.
Terlalu banyak faktor sebenarnya yang menjadi punca period lambat.
.
Ada yang normal dan ada juga tidak normal.
.
Untuk mengatasi masalah period lambat juga, anda perlu mengetahui dahulu punca berlakunya period lambat.
.
Jangan sesekali menggunakan kaedah yang disenaraikan tanpa kepastian.
.
Sebarang kemungkinan boleh terjadi jika anda mengambil ringan akan masalah ini.
.
Kami sarankan anda untuk berjumpa terus dengan pakar kesihatan wanita untuk mengatasi sebarang masalah kesihatan.
.
Itu sahaja perkongsian kami berkenaan period lambat. Semoga bermanfaat.