Darah selepas bersalin merupakan perkara yang akan dialami wanita selepas bersalin atau keguguran.
.
Wanita biasanya akan melalui satu tempoh pendarahan atau keluar darah kotor sebagai proses pembersihan dalaman secara biologi.
.
Namun amat penting bagi para wanita yang baru sahaja bersalin atau keguguran dapat mengenal pasti jenis darah yang keluar.
.
Setiap wanita mempunyai ciri biologi yang berbeza, maka akan ada perbezaan pada tempoh darah keluar.
.
Bagi mengelakkan kekeliruan, jom kami kongsikan kepada anda berkenaan darah selepas bersalin.
.
.
Jenis Darah Selepas Bersalin
.
.
.
.
Darah selepas bersalin mempunyai tiga jenis.
.
Kesemua darah ini perlu keluar habis selepas bersalin dan sewaktu dalam pantang.
.
Darah perlu keluar secara sendiri atau dipaksa dengan menggunakan kaedah urutan, tungku atau tangas.
.
Antara 3 jenis darah tersebut adalah darah bantal, darah nifas, darah bayam.
.
.
1. Darah Bantal
.
.
.
.
Darah bantal adalah darah yang terkumpul selama 9 bulan dalam rahim bersama uri.
.
Uri juga dikenali sebagai alas bayi sebab ia seperti bentuk bantal bagi bayi sewaktu di dalam rahim.
.
Darah bantal ini lembut dan berketul seperti jelly dan kadang-kadang ia keluar seperti kepingan atau ketulan yang berwarna hitam dan pekat.
.
Kebiasaannya doktor akan mencuci dan keluarkan semua darah bantal tersebut untuk ibu bersalin normal.
.
Anda dapat merasai darah bantal ini keluar seketul-seketul seperti daging lembu.
.
.
.
.
Sekiranya darah bantal ini tidak dikeluarkan habis, ia boleh menjadi darah beracun dan menyebabkan ibu bersalin sakit di bahagian ari-ari.
.
Kesakitan ini umpama contraction ketika hendak bersalin dan biasanya kesakitan ini dipanggil sebagai rengat.
.
Ibu bersalin juga berkemungkinan akan merasa kesakitan dibahagian perut seakan-akan senggugut.
.
Anda juga dapat melihat bahagian perut anda seperti buncit dan keras.
.
Selain itu, ibu bersalin akan kelihatan lesu dan tidak bermaya serta wajah juga nampak agak pucat.
.
Urutan dan rawatan bertungku serta pengambilan jamu dapat membantu darah bantal ini keluar.
.
Badan anda akan menjadi lebih ringan, wajah lebih segar dan berseri.
.
.
2. Darah Nifas
.
.
.
.
Selepas darah bantal habis keluar, darah yang keluar selepasnya adalah darah nifas.
.
Darah nifas ini akan kelihatan seakan-akan seperti darah period.
.
Pada minggu pertama, darah akan kelihatan agak kehitaman, pekat, berlendir, berkepingan dan berbau busuk.
.
Untuk ibu bersalin yang kurang atau tidak begitu menjaga pantang selepas bersalin akan menghadapi kesukaran didekati oleh orang sekeliling.
.
Ini disebabkan oleh darah yang tidak sihat akan menghasilkan bau yang terlalu hanyir dan busuk hingga mengganggu orang sekeliling.
.
Darah nifas yang sihat akan mengeluarkan bau seperti bau besi.
.
.
.
.
Pada minggu kedua, darah nifas akan keluar dengan tekstur yang lebih cair.
.
Tekstur darah nifas akan berwarna coklat seakan-akan darah period pada hari pertama.
.
Darah nifas yang terlalu awal habis atau tidak keluar habis boleh menyebabkan masalah faraj seperti keluar air jernih, keputihan, hakisan mulut rahim, sista, prolips dan fibroid.
.
Ibu bersalin perlu menitikberatkan amalan pemakanan yang seimbang ketika berpantang.
.
Elakkan makan jenis ikan-ikan yang tajam dan berbisa.
.
.
3. Darah Bayam
.
.
.
.
Jenis darah selepas bersalin yang seterusnya adalah darah bayam.
.
Darah bayam merupakan darah berbentuk seperti bayam yang sudah basi dan berlendir.
.
Warnanya juga kehijauan dan berbau seperti bayam basi atau kadang-kadang bau seperti bangkai ikan.
.
Darah bayam adalah darah yang terakhir akan keluar.
.
Darah bayam sangat beracun dan boleh mengakibatkan masalah serius jika tidak dikeluarkan.
.
.
Akibat darah bayam tidak dikeluarkan:
- Ibu bersalin mudah berasa seram sejuk.
- Mata akan menjadi kabur dan rabun.
- Mudah pening kepala.
- Rambut gugur dan kulit kepala gatal.
- Alergik atau gatal-gatal pada bahagian kulit.
- Mudah letih.
- Sakit pinggang.
- Faraj berair.
- Boleh mengakibatkan kanser pangkal rahim
.
Penting untuk ibu-ibu bersalin untuk memastikan darah selepas bersalin dikeluarkan sehingga habis untuk mengelakkan kesejahteraan kesihatan dalaman wanita.
.
.
Darah Selepas Bersalin Berapa Lama
.
.
.
.
Pendarahan selepas bersalin adalah disebabkan daripada rahim atau koyakan perineum yang terjadi semasa proses kelahiran itu sendiri.
.
Pendarahan selalunya akan menjadi semakin banyak sejurus selepas bersalin dan akan berkurang secara berperingkat dalam beberapa jam.
.
Pendarahan akan berterusan sehingga beberapa hari dan disertai dengan perubahan warna darah tersebut daripada merah terang ke warna coklat.
.
Pendarahan ini dinamakan lochia dan seharusnya berhenti apabila bayi anda berusia 6 minggu.
.
Pendarahan yang berterusan atau berlebihan dari biasa adalah tidak normal dan dinamakan sebagai tumpah darah selepas bersalin (postpartum haemorrhage).
.
.
Apa Itu Tumpah Darah Selepas Bersalin?
.
.
.
.
Tumpah darah selepas bersalin adalah pendarahan yang keluar berlebihan dari biasa selepas bersalin.
.
Terdapat dua jenis tumpah darah selepas bersalin iaitu tumpah darah primer dan tumpah darah sekunder.
.
Tumpah darah primer atau primary postpartum haemorrhage adalah pendarahan yang melebihi dari 500 ml dalam lingkungan 24 jam selepas bersalin.
.
Tumpah darah sekunder atau secondary postpartum haemorrhage pula adalah pendarahan yang terjadi dalam lingkungan 24 jam hingga 12 minggu selepas bersalin.
.
Baca Juga : Cara Gugurkan Kandungan Awal – Punca, Sebab & Cara Paling Selamat
.
.
Bahaya Tumpah Darah Selepas Bersalin
.
.
.
.
Jika anda kehilangan banyak darah selepas bersalin, ia akan mengakibatkan keletihan yang luar biasa kepada anda.
.
Apabila pendarahan dibiarkan berterusan tanpa perhatian dan rawatan pihak doktor, ia akan menyebabkan anda kehilangan banyak darah sehingga boleh meragut nyawa.
.
Antara golongan wanita yang berisiko mengalami tumpah darah selepas bersalin adalah:
- Pernah mengalami tumpah darah kehamilan terdahulu.
- Pernah melahirkan 4 orang anak atau lebih.
- Kehamilan kembar dua atau triplet.
- Tekanan darah tinggi.
- Kekurangan sel darah merah.
- Lahir secara pembedahan.
- Bayi yang besar dan berat lebih dari 4kg.
- Melahirkan anak pertama diusia 40 tahun ke atas.
.
Kebiasaannya, tiada apa yang boleh dilakukan kepada senarai golongan berisiko tersebut.
.
Walau bagaimanapun langkah berjaga-jaga perlu di ambil bagi mengurangkan risiko tersebut.
.
Jika anda mempunyai masalah kekurangan sel darah merah ketika hamil, anda perlu mengambil zat besi tambahan untuk mengurangkan risiko tumpah darah selepas bersalin.
.
Jika anda pernah menjalani pembedahan pada kehamilan terdahulu, anda perlu memastikan uri pada kehamilan sekarang tidak melekat pada parut pembedahan.
.
Ini akan menyebabkan, uri tidak akan tertanggal dengan mudah dan menyebabkan tumpah darah yang sangat serius.
.
Baca Juga : Peranakan Jatuh – Punca, Cara Mengesan dan Kesan Kepada Wanita
.
.
.
.
Ibu Bersalin Perlu Dapatkan Suntikan Ubat Cair Darah Selepas Bersalin
.
.
.
.
Menurut pakar perunding obstetrik dan ginekologi, Dr Imelda Balchin, 60 daripada 100 kematian ibu bersalin di Malaysia adalah disebabkan oleh darah beku di dalam saluran darah paru-paru.
.
Hampir 70 peratus kematian berlaku selepas bersalin dan 30 peratus kematian berlaku sebelum bersalin.
.
Hormon ibu hamil secara semula jadi akan merangsang tubuh badan untuk membuat lebih protein yang memekatkan darah.
.
Tujuan pemekatan darah ini berlaku adalah untuk melindungi ibu bersalin daripada pertumpahan darah yang berlebihan selepas bersalin.
.
Kepekatan darah inilah punca ibu bersalin berisiko mendapat pembekuan darah tersebut.
.
Dengan mendapatkan suntikan ubat cair darah selepas bersalin, para wanita tidak perlu risau lagi dengan masalah ini.
.
.
Para wanita juga boleh mengamalkan tips elak pembekuan darah di bawah:
- Menjaga berat badan yang ideal.
- Melakukan senaman ringan 20-30 minit sehari untuk melancarkan peredaran darah.
- Berhenti merokok jika seorang perokok.
- Elakkan pembedahan jika tidak perlu.
- Minum air secukupnya selepas bersalin.
.
.
Makanan Tambah Darah Selepas Bersalin
.
.
1. Ikan Sebagai Sumber Protein Utama.
.
.
.
.
Sumber protein terbaik adalah daripada ikan.
.
Antara pilihan ikan yang bagus untuk ibu bersalin adalah ikan salmon, ikan merah, ikan haruan, ikan gelama, ikan selar dan ikan yu.
.
Ikan-ikan ini kaya dengan asid amino, omega-3, vitamin, mineral seperti zink dan zat besi yang penting untuk penyembuhan luka dalaman.
.
Elak dari makan ikan berbisa seperti ikan tongkol, ikan pari, ikan keli, ikan cencaru dan lain-lain kerana ia berpotensi menyebabkan turun darah dan bentan.
.
.
2. Ulam-Ulaman Dan Sayur-Sayuran Hijau
.
.
.
.
Sayuran hijau dan ulam-ulaman membekalkan anda sumber fiber atau serat, mineral dan pelbagai vitamin A,C dan E yang bersifat antioksidan.
.
Ulam seperti daun pegaga, ulam raja dan daun mengkudu adalah untuk menyegarkan badan, mengecutkan peranakan, mempercepatkan penyembuhan luka dan melancarkan peredaran darah.
.
Sayuran hijau seperti peria, brokoli dan sawi bukan sahaja berkhasiat malah sangat bagus untuk mengelakkan sembelit.
.
Selain itu, lobak putih dapat membantu meningkatkan penghasilan susu badan.
.
Elakkan dari mengambil sayuran menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, terung, kubis dan kacang panjang yang berbisa untuk badan.
.
.
3. Buah-Buahan
.
.
.
.
Buah-buahan yang boleh dimakan antaranya anggur, kurma, oren, epal merah, strawberi, peach, prune, kismis, longan cina dan blueberry.
.
Buah-buahan ini kaya dengan antioksidan, vitamin C dan E serta mineral untuk penyembuhan luka.
.
Ia juga kaya dengan fiber yang baik untuk pelawasan.
.
Buah-buahan selain dari yang disebut adalah sangat tidak digalakkan pemakanannya ketika selepas bersalin.
.
Ini disebabkan oleh dikhuatiri bersifat sejuk dan boleh menyebabkan sakit tulang, otot dan lemah sendi.
.
Baca Juga : Cara Hilangkan Senggugut – Pengalaman Kena Senggugut Teruk & Cara Hilangkan
.
.
Tahap Normal Bacaan Gula Dalam Darah Selepas Bersalin
.
.
.
.
Anda mungkin sedia maklum bahawa anda perlu minum air gula selepas 6 minggu bersalin, betul tak?
.
Selepas tempoh pantang 6 minggu, temujanji akan diberikan kepada anda untuk mendapatkan ujian toleransi glukosa (GTT).
.
Tujuan ujian toleransi glukosa (GTT) selepas bersalin adalah untuk memastikan ibu tidak mempunyai masalah diabetes selepas bersalin.
.
Untuk pengetahuan anda, tahap bacaan normal gula dalam darah selepas bersalin adalah di bawah 7.0 mmol/L jika anda berpuasa atau tidak makan.
.
Jika bacaan diambil secara rawak normalnya bacaan adalah di bawah 11.1 mmol/L.
.
Itu sahaja perkongsian kami berkenaan darah selepas bersalin untuk rujukan para ibu bersalin.
.
Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat pakar untuk perkara yang lebih serius.
.
Semoga bermanfaat.