Anda mungkin tak sedar anda mempunyai tanda-tanda kanser payudara.

.

Betul. Ramai yang terlambat menyedari bahawa mereka mempunyai kanser ini.

.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan dengan anda 7 langkah yang anda boleh lakukan untuk anda periksa sendiri payudara anda.

.

Kanser Payudara

.

Selain itu, kami juga akan kongsikan berkenaan punca, tanda dan rawatan kanser payudara.

.

Jom baca!

.

.

Apa Itu Kanser Payudara?

.

.

Kanser Payudara

.

Kanser ini merupakan kanser yang terbentuk pada sel didalam payudara.

.

Selepas kanser kulit, ia merupakan diantara jenis kanser yang paling kerap didiagnos ada pada wanita.

.

Walaupun begitu, ia bukan hanya akan berlaku kepada wanita sahaja.

.

Terdapat kes yang mencatatkan masalah ini berlaku terhadap lelaki juga.

.

Mujurnya pada masa kini, banyak kempen kesedaran berkenaan kanser ini dijalankan sekaligus berjaya:

  • Mengurangkan kes kanser ini
  • Meningkatkan jumlah sembuh pesakit
  • Mengurangkan jumlah kematian

.

Semuanya ini disebabkan oleh pengesanan awal, kaedah rawatan dan kesedaran serta kefahaman terhadap penyakit ini.

.

Baca Juga : KANSER RAHIM : TANDA DAN BAHAYANYA UNTUK WANITA

.

7 Langkah Pemeriksaan Sendiri Kanser Payudara

.

.

.

Langkah 1 : Mulakan dengan melihat pada payudara anda dihadapan cermin dengan bahu anda lurus dan tangan anda pada pinggang.

.

Ini apa yang anda perlu perhatikan:

  • Saiz, bentuk dan warna payudara anda seperti biasa?
  • Bentuk payudara anda masih sama atau terdapat sedikit perubahan atau bengkak?

.

Jika anda terlihat sebarang perubahan seperti dibawah terhadap payudara anda, segera untuk dapatkan khidmat nasihat doktor:

  • Lekuk, kedut atau benjol
  • Puting yang berubah posisi atau masuk kedalam
  • Kemerahan, rasa sakit, gatal atau bengkak

.

.

Langkah 2 : Naikkan tangan anda dan lihat jika anda perubahan seperti apa yang dinyatakan dalam Langkah 1.

.

.

Kanser Payudara

.

Langkah 3 : Semasa anda melihat cermin, lihat sebarang tanda cecair keluar daripada satu atau kedua-dua puting anda.

.

Cecair yang keluar ini boleh jadi dalam bentuk:

  • Berair
  • Seperti susu
  • Cairan berwarna kuning
  • Darah

.

.

Langkah 4 : Sentuh payudara anda sewaktu anda berbaring.

.

.

Dalam posisis tersebut, gunakan tangan kanan anda untuk menyentuh payudara kiri anda dan tangan kiri pula menyentuh payudara kanan anda.

.

Gunakan sentuhan yang kemas dan lembut dengan beberapa jari selain dari jari telunjuk dan ibu jari.

.

Lakukan gerakan dalam bentuk bulatan.

.

Pastikan gerakan tersebut perlahan-lahan melalui kesemua kawasan payudara anda bermula daripada atas ke bawah, kiri ke kanan, dari tulang tengkuk ke abdomen serta daripada ketiak ke lurah anda.

.

Pastikan anda memilih satu pattern yang sama yang mampu melalui keseluruhan payudara anda.

.

Kanser Payudara

.

Anda boleh mulakan dari puting kemudian lakukan pusingan yang lebih besar sehingga anda ke bahagian luar payudara anda.

.

Anda juga boleh gerakkan jari-jari anda dari atas ke bawah.

.

Biasanya gerakan ini yang paling berkesan bagi setiap wanita.

.

Anda perlu merasai setiap inci kawasan yang dilalui tersebut untuk merasai ada sebarang bentuk atau sensasi yang pelik atau tidak.

.

.

Langkah 5 : Sentuh payudara anda sewaktu anda sedang berdiri atau duduk.

.

Kanser Payudara

.

Ramai wanita yang merasakan ia adalah lebih mudah untuk mereka merasai payudara mereka sewaktu dalam keadaan basah dan licin.

.

Jadi, kebanyakan daripada mereka akan melakukan pemeriksaan ini sewaktu mereka mandi.

.

Pastikan anda melalui keseluruhan kawasan payudara anda dan gunakan kaedah yang sama seperti yang telah diberitahu dalam Langkah 4.

.

.

Langkah 6 : Kenalpasti tanda awal

.

Kanser Payudara

.

Tanda kanser payudara adalah seperti berikut:

  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak
    • Kemerahan
    • Perbezaan ketara diantara payudara
  • Pertambahan saiz atau perubahan bentuk pada payudara
  • Puting mengeluarkan bahan selain daripda susu
  • Rasa sakit didalam atau mana-mana kawasan pada payudara
  • Bengkak atau benjol pada atau didalam payudara

.

.

Langkah 7 : Kenalpasti simptom kanser ini

.

.

Bagi simptomnya pula, anda perlu berikan perhatian jika berlakunya perkara-perkara seperti berikut:

  • Rasa tidak selesa atau gatal pada payudara anda
  • Perubahan terhadap warna payudara
  • Perubahan saiz dan bentuk payudara dalam tempoh masa yang singkat
  • Kulit pada bahagian puting menggelupas
  • Benjolan pada payudara atau rasa seperti menebal
  • Mula menjadi kemerahan

.

Baca Juga : PAYUDARA BENGKAK – PUNCA DAN KESAN PADA IBU MENYUSU

.

Punca Kanser Payudara

.

.

Kanser Payudara

.

Kanser ini berlaku apabila sel didalam payudara mula berkembang secara abnormal.

.

Pembahagian sel berlaku dengan sangat pantas lebih daripada kebiasaan yang berlaku terhadap sel yang sihat.

.

Ia akan berterusan berkumpul dan membentuk benjolan.

.

Ia juga boleh merebak daripada payudara ke bahagian lain tubuh badan anda.

.

Antara punca berlakunya kanser ini adalah:

.

.

a. Kanser Payudara Yang Diwarisi

.

Kanser Payudara

.

Doktor menganggarkan sekitar 5 ke 10 peratus kanser ini berkait rapat dengan mutasi genetik yang diwarisi dalam sesebuah keluarga.

.

Beberapa mutasi genetik boleh meningkatkan potensi untuk berlakunya kanser ini.

.

Antara genetik yang paling dikenali adalah breast cancer gene 1 (BRCA1) atau breast cancer gene 2 (BRCA2).

.

Kedua-duanya mampu meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara dan juga kanser ovari.

.

Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai kanser ini atau kanser lain, doktor anda mungkin akan mencadangkan anda untuk melakukan ujian darah.

.

Ia bertujuan untuk mengenalpasti mutasi spesifik jenis BRCA yang ada atau genetik lain yang diwarisi dalam keluarga anda.

.

Kanser Payudara

.

Anda juga boleh pertimbangkan untuk bertanya kepada doktor anda supaya refer anda kepada kaunselor genetik yang boleh menilai sejarah kesihatan keluarga anda.

.

Kaunselor genetik juga boleh berbincang berkenaan manfaat, risiko dan had yang ada pada setiap ujian genetik yang boleh membantu anda.

.

.

b. Faktor Risiko

.

Kanser Payudara

.

Faktor risiko boleh jadi apa-apa sahaja yang boleh meningkatkan potensi untuk anda mendapat kanser payudara.

.

Namun, jika sekalipun anda mempunyai satu atau lebih faktor risiko ini, ia bukanlah penanda bahawa anda akan benar benar menghidap kanser ini.

.

Kebanyakan wanita yang menghidap kanser ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang faktor risiko selain daripada mereka bergelar seorang wanita.

.

Antara faktor yang meingkatkan potensi mendapat kanser ini adalah:

.

  • Wanita mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat kanser payudara berbanding lelaki.
  • Usia. Semakin bertambah usia anda, semakin bertambah risiko untuk anda mendapat kanser ini.
  • Sejarah keadaan payudara. Lebih berisiko jika anda pernah menghidap breast biops, yang menemukan lobular carcinoma in situ (LCIS) atau atypical hyperplasia.
  • Sejarah kanser payudara. Jika anda pernah menghidap kanser ini pada sebelah payudara anda, anda lebih berisiko untuk mendapatnya pada payudara sebelah lagi.
  • Sejarah keluarga. Jika ibu, kakak atau anak perempuan anda pernah didiagnos mempunyai kanser ini terutamanya sewaktu usia muda, risiko anda akan lebih meningkat.
  • Genetik yang diwarisi. Sesetengah mutasi genetik akan meningkatkan risiko untuk kanser ini diwarisi daripada ibubapa kepada anak-anak.
  • Terdedah terhadap radiasi. Jika anda pernah mendapat rawatan yang melibatkan radiasi pada bahagian dada anda di usia muda, risiko untuk anda mendapat kanser ini juga tinggi.

.

.

Tahap-tahap Kanser Payudara

.

Kanser Payudara

.

Kanser ini boleh dikenali tahapnya dengan cara berikut:

.

.

Kanser Payudara Tahap 0

.

.

Sel abnormal pada mana-mana kawasan didalam badan berpotensi untuk menjadi kanser dan turut dikenali sebagai carcinoma in situ (CIS)

.

.

Kanser Payudara Tahap 1

.

.

Kanser pada tahap ini biasanya sangat kecil dan berada didalam kawasan payudara sahaja.

.

.

Kanser Payudara Tahap 2

.

.

Kanser belum lagi merebak ke tisu sekeliling namun sel kanser mungkinsudah merebak ke bahagian lymph nodes dan mendekati tumor.

.

.

Kanser Payudara Tahap 3

.

.

Kanser pada tahap 3 masih lagi boleh sembuh dan cirinya adalah kanser sudah merebak ke keseluruhan tisu (kulit dan otot) dan lymph nodes pada bahagian tersebut.

.

.

Kanser Payudara Tahap 4

.

.

Kanser pada tahap 4 merebak sehingga ke organ lain dan ia juga dikenali sebagai secondary atau metastatic cancer.

.

Kanser payudara tahap 4 boleh sembuh? Ia adalah 50-50.

.

.

Rawatan Kanser Payudara

.

.

Antara cara merawat kanser payudara dan ubat merawat kanser payudara adalah:

.

.

a. Pembedahan : Hanya bahagian yang mempunyai kanser sahaja akan dibuang dan beberapa tisu normal sekitarnya.

.

b. Lumpectomy : Biasanya dilakukan untuk tumor yang lebih kecil.

.

c. Mastectomy : Pembedahan yang membuang keseluruhan payudara termasuklah tisu payudara dan tisu sekitarnya.

.

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan kanser payudara yang anda patut tahu termasuklah langkah pemeriksaan awal sendiri.

.

Semoga perkongsian kali ini memberikan anda banyak manfaat untuk anda!