Bila bercakap berkenaan kemaluan wanita, apa yang akan terlintas dalam fikiran anda?
.
Biasanya apa yang anda akan fikirkan adalah masalah seperti keputihan, faraj berbau, faraj kering dan lain-lain.
.
Namun, ada kemungkinan juga untuk anda terlepas pandang beberapa perkara sehingga menimbulkan salah faham berkenaan kemaluan wanita.
.
Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan dengan terperinci apa yang anda perlu tahu berkenaan kemaluan wanita.
.
Jom baca!
.
.
.
.
Kemaluan Wanita – The Vagina Bible
.
.
.
.
The Vagina Bible, karya Dr. Jen Gunter yang merupakan seorang pakar sakit puan di Kanada telah menjadi rujukan ramai wanita.
.
Didalam buku ini, beliau telah mengupas dengan terperinci beberapa perkara berkenaan kemaluan wanita yang mungkin anda sendiri tidak tahu selama ini.
.
Jom lihat beberapa info yang dikongsikan beliau didalam The Vagina Bible.
.
.
1. Saiz Kemaluan Wanita
.
.
.
.
Sama seperti lelaki, ramai yang mengatakan saiz kemaluan akan berkait rapat dengan saiz badan individu tersebut.
.
Menurut Dr. Jen, saiz kemaluan anda langsung tiada kaitan dengan saiz dan bentuk badan anda.
.
Begitu juga halnya dengan kedalaman faraj anda.
.
Kemaluan anda mampu untuk menjadi lebih besar saat anda terangsang dimana secara puratanya saiz kemaluan ini adalah sekitar 3 ke 4 inci panjangnya.
.
Saat terangsang, ia mampu bertambah dua kali ganda daripada saiz asal.
.
Hal ini kerana rangsangan akan menyebabkan bahagian atas kemaluan anda untuk memanjang sekaligus menolak uterus dan servik ke dalam.
.
Ia bertujuan untuk menyediakan faraj anda untuk penetrasi daripada zakar.
.
.
2. Nama Sebenar Faraj
.
.
.
.
Sudah menjadi kebiasaan didalam masyarakat kita untuk menggunakan istilah yang salah dalam menyatakan sesuatu.
.
Sebagai contoh, kemaluan wanita yang kita panggil sebagai faraj atau vagina ini sebenarnya mempunyai nama lain yang sangat jarang kita sebut.
.
Ia adalah vulva dan istilah inilah istilah yang sebenarnya untuk merujuk kepada kemaluan wanita.
.
Vagina pula merupakan bahagian yang berada didalamnya.
.
Diantara vulva dan vagina pula adalah bahagian yang secara tepatnya disebut sebagai vestibule.
.
Tiada salahnya untuk anda terus menggunakan panggilan seperti vagina atau faraj untuk bercakap dengan mereka yang tidak tahu.
.
Tidak salah juga untuk anda berkongsi ilmu ini dengan lebih ramai lagi wanita supaya lebih ramai lagi yang tahu.
.
.
3. Jangkitan Yis
.
.
.
.
Mungkin ada dalam kalangan anda atau mereka yang anda kenal pernah mengalami masalah ini.
.
Namun, apa yang lebih kelakar adalah ramai yang mengatakan bahawa jangkitan ini disebabkan oleh pemakaian seluar dalam yang berenda.
.
Mungkin untuk anda sebelum ini, anda akan terpercaya juga dengan info yang salah ini.
.
Sebenarnya langsung tiada kaitan diantara pemakaian seluar dalam berenda dan juga jangkitan yis.
.
.
4. Pencucian
.
.
.
.
Tambah Dr. Jen lagi, masih ramai wanita yang tidak tahu bahawa kemaluan wanita mempunyai keupayaan untuk mencuci sendiri.
.
Tindakan pembersihan yang dilakukan seperti douching, pengewapan, penggunaan deodoran, semburan wangian dan memasukkan tisu tidak diperlukan.
.
Hal ini kerana ia akan datang bersama-sama dengan bahaya.
.
Antara risiko yang paling besar anda mungkin alami adalah terdedahnya kemaluan anda kepada bakteria vaginosis.
.
Baca Juga : Faraj Berbau – Tips Elakkan Bau yang Buatkan Suami Hilang Nafsu!
.
5. G-spot
.
.
.
.
Antara topik yang paling mengejutkan yang diulas oleh Dr. Jen adalah G-spot sebenarnya tidak wujud!
.
Sangat bertentangan dengan apa yang kita percaya selama ini kan?
.
Hal ini disebut oleh beliau selepas beberapa siri kajian dilakukan dimana langsung tiada apa-apa diantara uretra, kelentit dan juga kawasan ruang dinding vagina anda.
.
Tiada G-spot!
.
Sebab itulah beliau sangat menekankan bahawa anda tidak perlu untuk berasa risau sekiranya anda langsung tidak merasai rangsangan pada kawasan tersebut.
.
.
Kemaluan Wanita – Salah Faham Yang Lain
.
.
.
.
Selain daripada apa yang dikongsikan diatas, jom lihat juga apa lagi salah faham tentang kemaluan wanita yang anda perlu tahu.
.
.
6. “Hilang” di Dalam Kemaluan
.
.
.
.
Pernah dengar kes dimana ada beberapa benda boleh hilang didalam kemaluan wanita?
.
Menurut Lisa Stern, APRN, Vice-President di Planned Parenthood, Los Angeles,
.
“Kemaluan disokong pada bahagian hujung oleh serviks dan juga tisunya sendiri.”
.
Maksudnya disini adalah kemaluan anda tidak bersambung dengan kawasan lain didalam tubuh anda.
.
Kes yang dilaporkan pula biasanya berlaku kerana ‘benda’ tersebut tertolak masuk ke dalam terutamanya ketika bersetubuh.
.
Tambahnya lagi, jika perkara ini berlaku ia dapat dikeluarkan dengan mudah dengan menggunakan spekulum dan juga forsep.
.
.
7. Kemaluan Berubah Seiring Usia
.
.
.
.
Betul. Kemaluan anda akan turut sama mengalami perubahan seiring dengan pertambahan usia anda.
.
Kawasan labia terutamanya akan menjadi lebih kendur kerana paras estrogen yang semakin menurun.
.
Begitu juga dengan lapisan lemak pada labia yang semakin mengecut serta kekurangan kolagen yang mengakibatkan kekenduran.
.
Kenyataan ini telah disebut oleh Lissa Rankin, MD, seorang Ginekologis dan juga pengarang buku What’s Up Down There? Questions You’d Only Ask Your Gynecologist If She Was Your Best Friend.
.
Panjang pula nama bukunya.
.
Walaupun akan berlaku perubahan pada rupanya, namun ia sedikit pun tidak akan memberikan kesan terhadap kenikmatan yang anda akan alami.
.
.
.
.
8. Tiada Vulva Yang Sama
.
.
.
.
Hebatnya ciptaan Tuhan ini adalah, vulva pun tidak akan sama diantara individu.
.
Sebab itulah ramai yang merasakan kemaluan wanita mereka kelihatan tidak normal kerana ia tidak sama dengan orang lain.
.
Sebenarnya inilah merupakan salah satu lagi salah faham yang biasanya dialami oleh para wanita.
.
Bahagian labia majora ataupun bahagian luar kemaluan anda dan labia minora iaitu bahagian dalam kemaluan anda akan kelihatan berbeza dengan orang lain.
.
Begitu juga dengan warna kemaluan anda.
.
Warna kemaluan yang normal akan berbeza daripada merah jambu, merah, coklat dan ungu.
.
..
9. Produk Mandian
.
.
.
.
Penggunaan produk mandian terutamanya yang mempunyai chemical dyes dan juga wangian mampu memberikan kesan terhadap kemaluan anda.
.
Ia juga akan menyebabkan pelincir yang bermanfaat dan flora (yis dan bakteria) ‘terbasuh’.
.
Apabila bahan-bahan yang bermanfaat ini ‘terbasuh’, bakteria anaerobik dan yis akan menyebabkan simptom seperti:
- Bahan buangan abnormal
- Bau yang tidak menyenangkan
- Kegatalan
.
Menurut Dr. Minkin, lebih kurang anda melakukannya adalah lebih baik.
.
Hal ini kerana anda tidak perlu risau akan kebersihan dalaman kemaluan anda kerana ia mampu untuk mencuci dirinya sendiri.
.
Baca Juga : Keputihan – Dari Warna, Anda Boleh Lihat Penyakit Apa Anda Ada!
.
10. Kemaluan Berasid
.
.
.
.
Macam pelik je bunyinya kan?
.
Namun itulah kebenarannya kerana selain daripada usus anda, kemaluan anda juga mempunyai banyak bakteria berbanding kawasan lain tubuh anda.
.
Bakteria baik didalam kemaluan anda akan membantu untuk menyeimbangkan pH.
.
Nilai pH kemaluan yang baik adalah sekitar 3.8 ke 4.5.
.
Sebab itulah jika nilai pH kemaluan anda berubah, ia akan menyebabkan:
- Kegatalan
- Keradangan
- Bau yang tidak menyenangkan
- Bahan buangan yang tidak normal
.
.
11. Makanan Berikan Kesan
.
.
.
.
Salah satu lagi cara untuk mengekalkan nilai pH kemaluan wanita adalah dengan memastikan anda mengambil makanan yang sesuai.
.
Antara makanan yang anda boleh ambil untuk memastikan kesihatan kemaluan anda adalah yogurt.
.
Dalam sebuah kajian yang diterbitkan oleh Archives of Gynecology and Obstetrics, wanita hamil diberikan madu yang mempunyai jangkitan yis dan juga yogurt.
.
Hasilnya, mereka menemukan campuran tersebut mempunyai kesan yang sama seperti apa yang diberikan oleh ubat anti-fungal.
.
Ubat ini biasanya digunakan untuk merawat jangkitan yis.
.
.
12. Berubah Selepas Bersalin
.
.
.
.
Keadaan ini pastinya kerap dialami oleh para wanita yang pernah bersalin.
.
Sekalipun kemaluan anda tidak kelihatan berbeza selepas bersalin, tidak semestinya didalamnya juga kekal sama.
.
Menurut Lissa Rankin lagi, beliau mampu untuk membezakan samada seseorang itu bersalin normal atau menjalani pembedahan berdasarkan kemaluannya.
.
.
13. Rehat Selepas Bersalin
.
.
.
.
Tak kisahlah samada anda bersalin normal atau menjalani pembedahan, kemaluan wanita perlu diberikan rehat.
.
Para doktor mencadangkan agar anda mengelakkan penetrasi zakar sekitar empat ke enam minggu selepas bersalin.
.
Hal ini kerana kemaluan anda memerlukan masa untuk kembali sembuh.
.
Anda juga perlu untuk menunggu lebih lama jika terdapat koyakan perineal atau episiotomy.
.
Sebab itulah ramai yang mencadangkan agar berehat sekitar 100 hari selepas bersalin untuk memberikan masa kemaluan anda kembali putih.
.
Kesian pula si suami.
.
.
14. Senaman Kegel
.
.
.
.
Pasti anda pernah dengar mengenai senaman kegel kan?
.
Senaman ini mampu untuk meningkatkan kekuatan otot lantai pelvik anda.
.
Menurut Dr. Minkin, senaman ini sangat bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang mempunyai faraj.
.
Hal ini kerana otot lantai pelvik anda akan menyokong organ pelvik termasuklah:
- Pundi kencing
- Uterus
- Usus
- Rektum
- Faraj
.
Apa yang menariknya mengenai senaman ini adalah anda boleh melakukannya dimana-mana sahaja.
.
Untuk melakukan kegel, anda boleh melakukan ia semudah mengemut otot yang anda gunakan untuk kencing dan memberhentikan kencing anda.
.
.
15. Kekeringan Lebih Kerap Seiring Usia
.
.
.
.
Masalah faraj kering juga akan menjadi lebih kerap apabila bertambahnya usia anda.
.
Paras estrogen dalam badan anda akan mulai mengalami penurunan yang mendadak selepas anda mengalami menopause.
.
Keadaan ini akan mengakibatkan tisu faraj anda menjadi lebih nipis, kering dan mudah untuk mengalami masalah.
.
Kesannya, hubungan seksual mungkin menjadi lebih menyakitkan.
.
Namun, anda tidak perlu bimbang kerana terdapat banyak jenis rawatan yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini.
.
.
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini mengenai kemaluan wanita.
.
Semoga perkongsian kali ini memberikan banyak manfaat buat anda.