Kentut faraj bahaya ke? Mungkin itulah soalan yang sering bermain dalam minda anda.

.

Kentut faraj atau turut dikenali sebagai “queefing berlaku apabila terdapat udara yang terperangkap di dalam faraj.

.

Apabila udara yang terperangkap ini dilepaskan, ia akan menghasilkan bunyi yang sama seperti bunyi kentut keluar dari dubur.

.

Kentut Faraj

.

Keadaan ini bukanlah perkara asing, dan jarang sekali menjadi tanda kepada masalah kesihatan yang bahaya.

.

Apapun anda masih perlukan cara hilangkan kentut faraj atau cara mengatasi kentut faraj.

.

Namun begitu, ia masih boleh membawa kemudaratan atau menjadi tanda awal masalah kesihatan yang perlu di rawat.

.

Jom baca dengan lebih lagi mengenai masalah kentut faraj dan cara hilangkannya.

.

.

Punca Kentut Faraj

.

.

.

Terdapat pelbagai punca terjadinya hal ini dan punca kentut faraj anak dara juga sama.

.

Amatlah penting untuk anda mengetahui punca-puncanya, kerana sesetengahnya perlu untuk mendapatkan rujukan dari pakar perubatan.

.

Antara sebab kentut faraj dan puncanya ialah:

.

.

a. Melakukan persetubuhan

.

.

.

Bersetubuh adalah punca biasa terjadinya masalah ini.

.

Pergerakkan zakar keluar dan masuk ke dalam faraj boleh menyebabkan udara masuk dan tersangkut di dalamnya.

.

Sewaktu otot meregang ketika mencapai syahwat atau zakar dikeluarkan, udara ini akan dilepaskan.

.

Ini akan menghasilkan bunyi seperti tiupan buih.

.

Seks oral juga boleh menyebabkan udara masuk ke dalam faraj.

.

Bagi sesetengah aksi seks yang ganas, ianya juga boleh menyebabkan spontaneous pneumoperitoneum.

.

Hal ini terjadi apabila udara berkumpul dan tersekat di bawah diaphragm.

.

Kesannya akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian atas abdominal dan dada.

.

.

b. Pelvic floor dysfunction

.

.

Kentut Faraj

.

Walaupun ia dianggap bukan punca utama berlakunya pelvic floor dysfunction, kajian telah membuktikan ia, seperti kentut biasa, boleh menyebabkan kepada permasalahan ini.

.

.

c. Vaginal fistula

.

.

.

Vaginal fistula adalah saluran berongga yang tidak normal di antara faraj dan organ dalaman perut atau pelvis.

.

Masalah ini boleh menjadi punca berlakunya kentut faraj yang berlaku bukan disebabkan persetubuhan.

.

Ianya terdiri daripada beberapa jenis.

.

Permasalahan ini berpunca apabila terdapatnya koyakkan atau lubang pada penyambungan saluran antara faraj dan organ.

.

Penghidap fistula ini perlulah menceritakan masalah ini kepada pakar perubatan.

.

Jenis vaginal fistula yang sering berlaku dikenali sebagai vesicovaginal fistula.

.

.

Lubang yang terhasil untuk jenis ini adalah di antara pundi kencing dan faraj.

.

Berikut merupakan jenis-jenis fistula yang lain dan tempat berlakunya koyakkan pada faraj:

  • Ureterovaginal fistula berlaku diantara faraj dan ureter, dimana air kencing bergerak melalui buah pinggang ke pundi kencing.
  • Rectovaginal fistula berlaku diantara faraj dan saluran najis (berhampiran hujung usus). Ianya boleh terjadi sewaktu bersalin, kebiasaanya terjadi di negara yang susah mendapatkan penjagaan obstetrik. Selain itu ianya berpunca disebabkan pembedahan pada pelvis, kanser pelvis, kesan sinaran radiasi bagi rawatan kanser pelvis, atau penyakit Crohn’s atau ulcerative colitis (kedua-duanya adalah penyakit radang usus). Jenis fistula seperti ini boleh menyebabkan masalah ini, terutamanya berlaku selepas bersalin.
  • Enterovaginal fistula berlaku di antara usus kecil dan faraj.
  • Colovaginal fistula berlaku di antara lubang najis dan faraj. Ini adalah jenis fistula yang jarang berlaku dan kebiasaanya disebabkan dari diverticular disease.
  • Urethrovaginal fistula berlaku di antara faraj dan urethra, antara saluran buangan air kencing dari badan.

.

.

Kentut Faraj – Simptom Fistula

.

.

Kentut Faraj

.

Ia adalah salah satu simptom kepada vaginal fistula.

.

Simptom lain bergantung kepada ukuran dan jenis fistula yang di hadapi, berikut ialah senarai beberapa simptom sebagai rujukan:

.

  • Kebocoran najis keluar melalui air kencing.
  • Air kencing atau keputihan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan
  • Vaginitis atau jangkitan pada saluran kencing yang kerap berlaku.
  • Hilang pengawalan membuang najis dan air kencing.
  • Cirit-birit
  • Rasa sakit pada bahagian faraj dan saluran najis
  • Sakit Ketika bersetubuh
  • Loya
  • Sakit perut

.

.

Baca Juga : KEPUTIHAN : DARI WARNA, ANDA BOLEH LIHAT PENYAKIT APA ANDA ADA!

.

Cara Menghalang Kentut Faraj

.

.

.

Jika ditanya cara atasi kentut faraj dan cara merawat kentut faraj, tidak terdapat banyak cara untuk mengatasi berlakunya masalah ini.

.

Kebiasaanya terjadi disebabkan simptom bagi penyakit lain atau berlaku secara alami sewaktu melakukan persetubuhan.

.

Walaupun begitu, terdapat rawatan dan pembedahan yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

.

Termasuklah yang berlaku sewaktu persetubuhan, terdapat rawatan lain selain pembedahan yang dapat membantu menghentikanya.

.

.

Bila Waktu Terbaik Untuk Dapatkan Nasihat Doktor?

.

.

Kentut Faraj

.

Kentut faraj yang terhasil sewaktu bersetubuh bukanlah sesuatu yang perlu dikhuatiri.

.

Ia juga bukanlah tanda kepada masalah kesihatan.

.

Namun begitu, jika anda mengalaminya selain daripada waktu persetubuhan, segeralah untuk bertemu dan menjalani pemeriksaan doktor.

.

Doktor perubatan dapat menentukan sekiranya anda mempunyai vaginal fistula atau menghidapi masalah kesihatan yang lain.

.

Fistula kebiasaannya memerlukan pembedahan untuk pulih.

.

.

Jika ia tidak dirawat atau dipulihkan, ia akan membawa kepada komplikasi yang lebih teruk jika dibiarkan.

.

Dalam kebanyakan perkara, ia boleh disingkirkan apabila punca utamanya dapat dirawat dan dikesan.

.

Jika fistula dapat dikesan seawal mungkin atau terdapat lubang dan koyak yang masih kecil, ianya tidak memerlukan kepada pembedahan untuk pemulihan.

.

Apapun, amatlah penting untuk memaklumkan kepada doktor jika anda menghidap penyakit kentut faraj ini.

.

Hal ini membolehkan doktor untuk mengesan jika terdapat simptom fistula atau penyakit lain untuk di rawat.

.

.

Langkah Mengatasi Kentut Faraj

.

.

.

Petua hilangkan kentut faraj sewaktu bersetubuh, berikan perhatian kepada kedudukan atau posisi yang boleh menyebabkan ianya berlaku kerap kali.

.

Ada sesetengah pasangan tidak kisah akannya. Siap boleh gelak lagi bila ia berlaku.

.

Seperti yang dinyatakan, jika anda mengalami prolapse dan ia menyebabkan berlakunya ia, kebiasaanya doktor akan mencadangkan anda untuk menggunakan pessary.

.

.

Siapa Berisiko Mengalaminya?

.

.

.

Sesiapa sahaja dari kalangan wanita boleh mengalaminya.

.

Terdapat juga beberapa kajian, menyatakan hanya wanita tertentu boleh mendapatkannya.

.

Buktinya, sebanyak 15 kajian mendapati bahawa wanita yang bersalin normal melalui faraj sering melaporkan mengalaminya.

.

Namun begitu, hal ini bukanlah menjadi faktor utama terjadinya masalah ini.

.

Kebanyakan wanita yang belum pernah melahirkan anak juga boleh mengalaminya.

.

Satu kajian terhadap 1000 orang perempuan berumur dalam lingkungan 18 sehingga 80 tahun menemukan perempuan yang mempunyai bacaan BMI rendah dan golongan muda sering mengalami masalah ini.

.

Sebuah kajian memaparkan pada bulan Mac 2021 di dalam Jurnal perubatan seksual mendapati bahawa lebih daripada satu pertiga wanita mempunyai gangguan pada pelvic floor akan mengalami masalah ini (keadaan kentut keluar tanpa dapat dikawal).

.

.

Keadaan Yang Berkaitan Kentut Faraj

.

.

.

Apabila anda melepaskan udara melalui sistem penghadaman atau dalam istilah lainnya kentut, bunyi yang terhasil sama seperti kentut faraj.

.

Terdapat perbezaan di antara kentut yang keluar melalui dubur dan faraj.

.

Minum terlalu banyak air boleh menyebabkan kentut, bakteria di dalam usus menghasilkan udara sewaktu mencerna makanan yang kemudiannya dihantar ke saluran najis.

.

Ini berlaku sebelum dicerna ke peringkat yang seterusnya pada saluran pencernaan, udara yang terhasil boleh memberikan kesan sampingan terhadap sesetengah ubatan.

.

.

Cara Mengelak Kentut Faraj Ketika Bersetubuh

.

.

.

Hal ini sememangnya tidak dapat dikawal daripada berlaku.

.

Persetubuhan melibatkan anggota badan, dan anggota badan kadangkala menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan kita.

.

Tambahan pula, walaupun ia menghasilkan bunyi sama seperti kentut biasa, hanya udara yang dilepaskan.

.

Tidak terdapat udara lain ikut bersama seperti selepas pencernaan makanan), oleh itu ianya tidak menghasilkan bau seperti kentut keluar dari dubur.

.

Perkara ini boleh terjadi sewaktu melakukan persetubuhan, regangan dan senaman.

.

Ketika bersetubuh, jari dan zakar boleh menyekat udara masuk ke dalam faraj sewaktu pergerakkan keluar dan masuk.

.

Hal ini boleh berlaku dalam beberapa posisi, maka anda akan mudah untuk mengesan kehadirannya, kerana ianya berlaku sekali sekala bukan pada setiap waktu.

.

.

Adakah Ia Berbau?

.

.

Kentut Faraj - Berbau Ke

.

Sewaktu kentut faraj, ia berbunyi dan rasa seperti mengeluarkan udara daripada faraj.

.

Kebiasaannya keluar secara serentak dengan kentut, tetapi dilepaskan dari tempat yang berbeza.

.

Kentut faraj ini bukanlah sama seperti kentut biasa.

.

Untuk anda yang baru pertama kali dengar mengenai kentut faraj, kentut biasa keluar dari dubur sementara kentut faraj ini dimaksudkan sebagai bunyi angin yang dilepaskan dari faraj.

.

Walaupun kedua-duanya mempunyai persamaan (mempunyai bunyi yang sama, keluar dari tempat pembuangan badan) tetapi ia dilepaskan dalam keadaan yang berbeza.

.

“Kentut faraj adalah udara yang tersekat dan tidak mempunyai bau serta ia tidak melibatkan sebarang diet”, menurut Dr. Tamika K. Cross, M.D., FACOG, salah seorang pakar sakit puan yang berasal dari Houstan, Texas.

.

.

Selain itu, Dr Cross turut menjelaskan bahawa kentut biasa mempunyai bau dan bergantung kepada jenis makanan yang diambil seperti, kacang buncis, tenusu, dan lain-lain serta bakteria akan terurai sewaktu pembuangan.

.

Kentut faraj berlaku ketika udara ditekan masuk ke dalam dan tersekat di dalam faraj.

.

Beberapa pergerakan seperti bersetubuh, boleh menyebabkan pembuangan udara yang tersekat ini dan kadangkala bunyinya boleh kedengaran, tambahnya.

.

Kentut faraj ini juga boleh berlaku ketika anda melakukan secara berseorangan atau bersama pasangan.

.

Ia juga boleh berlaku apabila kaki anda terbuka luas menggunakan jari, alatan, atau tusukan dari zakar, tambahnya lagi.

.

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini mengenai kentut faraj yang anda perlu tahu.

.

Semoga bermanfaat.