Payudara bengkak ni normal atau tidak dan apa punca serta kesannya?

.

Mungkin bagi mereka yang baru pertama kali bergelar ibu, akan merasai pengalaman baru iaitu payudara bengkak.

.

Keadaan ini akan berlaku kerana susu mula “melimpah masuk” kedalam payudara selepas beberapa hari mereka bersalin.

.

Payudara Bengkak

.

Keadaan ini sebenarnya hanyalah sementara sahaja dan dapat dirawat dengan mudah.

.

Jom baca macam mana caranya, punca dan kesan payudara bengkak kepada ibu menyusu.

.

.

.

.

Punca dan Kesan Payudara Bengkak

.

.

.

Apabila anda mula menyusukan anak anda, payudara anda akan menghasilkan kolostrum pada jumlah yang sedikit terlebih dahulu.

.

Kemudian, jumlah ini akan bertambah untuk beberapa hari yang pertama.

.

Namun, pada sekitar dua ke empat hari kemudian, ia akan mula menghasilkan susu pada kuantiti yang jauh lebih banyak.

.

Inilah fasa dimana para ibu merasakan seperti susu sedang melimpah masuk.

.

Antara tandanya adalah:

  • Payudara anda terasa penuh
  • Payudara bengkak seperti batu

.

Payudara Bengkak

.

Keadaan payudara bengkak ini bukan hanya disebabkan oleh jumlah susu yang jauh lebih banyak.

.

Ia juga disebabkan oleh aliran darah yang semakin lancar dan juga lebihan lymph fluid didalam tisu payudara.

.

Bagi kebanyakan ibu, jika bayi mereka menyusu dengan kerap, masalah yang turut dikenali sebagai payudara bengkak susu ini akan lega tanpa sebarang masalah.

.

Namun ada juga ibu-ibu yang terpaksa menanggung jumlah susu lebih daripada apa yang payudara mereka mampu tanggung.

.

Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai engorgement.

.

Walaupun keadaan ini cuma sementara, namun selama 24 ke 48 jam ia berlaku boleh jadi sangat menyakitkan.

.

.

Payudara Terasa Bengkak dan Sakit – Normal Ke?

.

.

Payudara Bengkak

.

Jika anda merupakan ibu yang menyusukan bayi, ia adalah keadaan normal.

.

Namun, jika dalam keadaan lain, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor:

.

.

a. Papillomas

.

.

Ia merupakan tumor yang bukan kanser yang tumbuh dalam kantung susu atau saluran susu payudara anda menurut American Cancer Society.

.

Ia terdiri daripada kelenjar dan tisu fiber dan juga saluran darah yang membesar didalam salur susu.

.

Inilah yang menjadi penyebab benjolan berdekatan dengan puting anda.

.

Selain itu, papilomas juga menyebabkan keluarnya bahan buangan jernih atau berdarah daripada puting anda.

.

Keadaan ini biasanya sangat biasa bagi mereka yang berusia 35 sehingga 55 tahun.

.

Cara rawatannya adalah menerusi pembedahan.

.

.

Pembedahan ini akan membuang papilloma dan juga sebahagian daripada bahagian saluran susu dimana ia berada.

.

Mempunyai satu papilloma sahaja biasanya tidak akan membawa risiko yang lebih tinggi untuk anda mendapat kanser payudara.

.

Risikonya akan meningkat jika anda:

  • Mempunyai lebih daripada satu papilloma
  • Mempunyainya pada usia muda
  • Terdapat sel abnormal didalam papilloma anda
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami kanser

.

.

b. Haid

.

Payudara Bengkak

.

Ramai wanita yang akan mengalami bengkak atau benjolan serta perubahan lain pada payudara mereka sebelum dan semasa haid.

.

Perubahan ini akan mengakibatkan payudara bengkak nyeri dan keras.

.

Anda juga mungkin akan menemui lebih daripada satu bengkak atau benjolan pada payudara anda pada waktu ini disebabkan oleh cecair yang berlebihan.

.

Masalah yang melibatkan haid ini biasanya akan turut melibatkan rasa sakit pada kedua-dua belah payudara anda.

.

Jika payudara bengkak sebelah kiri dan payudara bengkak sebelah kanan, anda boleh cuba:

  • Memakai bra yang lebih selesa
  • Cuba dapatkan ubat atau krim over-the-counter di farmasi

.

.

c. Fibroadenomas

.

.

Ia bukanlah dalam kategori kanser menurut US National Library of Medicine.

.

Ia merupakan perkara yang sangat normal dan dilalui oleh kebanyakan wanita yang telah melalui fasa akil baligh.

.

Payudara bengkak saat hamil beberapa minggu juga disebabkan oleh fibroadenomas.

.

Fibroadenomas terdiri daripada kelenjar tisu payudara dan juga tisu penghubung dan ia biasanya lebih keras dan anjar dan rasa bergerak dibawah kulit.

.

Ia juga biasanya tidak menyakitkan.

.

Keadaan ini boleh dikenalpasti dengan menggunakan ultrasound atau mammogram.

.

Ia boleh dibiarkan atau dibuang melalui pembedahan.

.

Pembedahan hanya akan dilakukan jika benjolan atau punca payudara bengkak tersebut tidak dapat dikenalpasti atau menjadi lebih besar.

.

Baca Juga : KRIM PAYUDARA : Betul-Betul Selamat & Berkesan Ke?

.

Payudara Bengkak Pada Bayi Baru Lahir

.

Payudara Bengkak

.

Payudara bengkak bagi kes ini biasanya disebabkan oleh bayi yang tidak menyusu secara kerap.

.

Kerap yang dimaksudkan disini adalah sekitar 8 kali dalam tempoh 24 jam.

.

Ia boleh berlaku kepada mana-mana wanita yang baru bergelar ibu namun lebih biasa berlaku kepada ibu yang melakukan:

  • Pembesaran payudara
  • Pembedahan payudara

.

Selain itu, tekanan yang disebabkan oleh pemilihan bra yang salah dan pakaian yang ketat juga boleh mengakibatkan masalah ini juga.

.

Ia juga mampu menyebabkan saluran susu tersumbat serta mendorong kepada masalah mastitis iaitu jangkitan pada ibu yang menyusu badan.

.

.

.

.

Payudara Bengkak Tapi Susu Tak Keluar

.

Payudara Bengkak

.

Punca kepada masalah ini pula adalah seperti berikut:

.

.

a. Poor Latching

.

.

Latching atau lekapan yang tidak betul akan mengakibatkan susu tidak dapat dikeluarkan daripada payudara.

.

Ia juga menjadi penyebab kepada luka pada payudara dan bayi tidak mendapat susu yang mencukupi.

.

.

b. Penyusuan Yang Tidak Kerap

.

.

Masalah ini juga akan berlaku jika anda tidak pam susu secara kerap.

.

Ia akan mengakibatkan payudara anda lambat untuk dikosongkan pada waktu yang sesuai.

.

Maka hal ini akan mengakibatkan susu tidak dapat keluar dengan lancar.

.

Tempoh dan jarak masa yang terlalu lama diantara sesi anda memerah atau mengepam susu juga akan menyebabkan saluran susu tersumbat.

.

Tempoh yang paling sesuai adalah setiap 2-3 jam sekali.

.

.

c. Penyusuan Berjadual

.

.

Masalah ini boleh menyebabkan bengkak susu dimana bayi dipaksa menyusu mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

.

Anda sebenarnya perlu membiarkan bayi menyusu mengikut bila-bila masa yang mereka inginkan.

.

Ini bergantung kepada tanda atau signal yang diberikan oleh bayi itu sendiri seperti:

  • Terjaga dari tidur
  • Mula mengecap bibir
  • Menghisap bibir atau jari

.

Pastikan anda menyusu bayi bukan mengikut pukul berapa atau jadual yang anda tetapkan.

.

.

d. Pembahagian Masa atau Tempoh Menyusu di Setiap Payudara

.

Payudara Bengkak

.

Teknik yang sebetulnya adalah dengan membiarkan bayi menyusu disebelah payudara sehingga dia sendiri melepaskan payudara tersebut.

.

Barulah anda menukar ke payudara sebelah lagi.

.

Jika anda kerap menukar payudara sewaktu menyusu, ia akan mengakibatkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan sepenuhnya daripada setiap belah payudara.

.

Inilah yang akan mengakibatkan masalah bengkak susu.

.

.

Urutan Payudara Bengkak Susu

.

Payudara Bengkak

.

Masalah payudara bengkak susu ini boleh dihilangkan dengan cara mengurut.

.

.

a. Stroking

.

.

Sapu minyak atau serum daripada tengah dada ke luar.

.

Lakukan ia sebanyak 10 kali.

.

.

b. Effluerage

.

.

Usap dari tulang dada melingkari payudara, angkat dengan tapak tangan dan ulang sebanyak 10 kali.

.

.

c. Taotement Claping

.

.

Menepuk-nepuk dengan tangan yang menelengkup pada sisi kanan dan kiri payudara.

.

Lakukan sebanyak 10 kali.

.

.

d. Efflueurage

.

.

Usap payudara dari tulang dada dan melingkar.

.

Ikut langkah nombor 2 dan ulang sebanyak 10 kali.

.

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan payudara bengkak, punca dan kesan pada ibu menyusu yang anda perlu tahu.

.

Ingat, ada masanya payudara bengkak bukan berpunca akibat anda memberikan susu badan sahaja.

.

Ada kemungkinan masalah kesihatan lain sedang berlaku terhadap diri anda juga sebenarnya.

.

Baca Juga : KANSER PAYUDARA – 7 LANGKAH PEMERIKSAAN AWAL SENDIRI 

.

Cuma, apa yang anda perlu lakukan apabila hal ini berlaku, dapatkan pandangan dan nasihat daripada doktor jika anda rasakan ia diluar dari kebiasaan.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!