Senaman ibu mengandung adalah satu alternatif untuk menjaga kandungan khususnya pada tempoh awal mengandung.
.
Senaman dikatakan dapat membantu ibu mengandung supaya lebih tenang dalam menghadapi kontraksi awal.
.
Selain itu, senaman ibu mengandung juga akan dapat memudahkan proses bersalin.
.
Ibu mengandung perlu mengehadkan senaman mengikut kemampuan diri dan usia kandungan.
.
Jom kami kongsikan kepada anda pecahan trimester kehamilan beserta senaman yang sesuai untuk ibu mengandung.
.
.
Pecahan Trimester Kehamilan
.
.
.
.
Kehamilan terbahagi kepada tiga trimester yang dibahagikan mengikut usia janin di dalam rahim.
.
Janin yang berada di dalam rahim akan berkembang dan membesar sekitar 40 minggu.
.
Pembahagian 3 trimester itu adalah seperti berikut:
.
- Trimester pertama usia kandungan 1-14 minggu atau 1-3 bulan
- Trimester kedua usia kandungan 14-27 minggu atau 3-6 bulan
- Trimester ketiga usia kandungan 27-40 minggu atau 6-9 bulan
.
Secara umumnya setiap trimester akan berlangsung antara 12-14 minggu atau 3 bulan.
.
Baca Juga : Darah Selepas Bersalin – Apa Anda Perlu Tahu?
.
.
Perkembangan Ibu Mengandung Trimester Pertama
.
.
.
.
Trimester pertama dikira bermula minggu pertama selepas persenyawaan sel telur dengan sel sperma sehingga minggu ke-14.
.
Pengiraan hari pertama kehamilan adalah bermula dari hari pertama anda terputus haid.
.
Di trimester pertama ini, ada sesetengah wanita yang masih tidak ketahui bahawa dirinya sedang hamil.
.
Akan tetapi, anda akan mengalami perubahan besar untuk mempersiapkan diri menyambut perkembangan janin.
.
Peningkatan hormon Human Chorionic Gonadotropin (hCG) akan mempengaruhi hampir setiap organ dalam tubuh badan.
.
.
.
.
Anda akan mendapati perubahan tubuh ibu mengandung seperti:
.
- Badan cepat penat
- Sakit perut seperti sembelit
- Morning sickness atau mual dan muntah
- Emosi tidak stabil
- Payudara membesar atau membengkak
- Berat badan bertambah
- Sakit kepala
- Hilang selera makan dan mengidam makanan tertentu
.
.
Perkembangan Janin Trimester Pertama
.
.
.
.
Janin belum wujud di dalam rahim pada hari pertama anda putus haid.
.
Janin akan wujud di dalam rahim sekitar hari ke-10 hingga hari ke-14.
.
Perkembangan janin untuk trimester pertama dimulai dari otak, sumsum tulang belakang dan organ-organ vital yang lain termasuk jantung yang mula berdenyut.
.
Lengan dan kaki bayi juga akan mula terbentuk pada usia janin 2 hingga 8 minggu.
.
Pada penghujung trimester pertama, organ kelamin bayi akan terbentuk tapi belum sempurna.
.
Berat ideal bayi adalah sekitar 28 gram dengan panjang 2.5 cm pada akhir trimester pertama.
.
.
Senaman Ibu Mengandung Trimester Pertama
.
.
..
.
Senaman trimester pertama atau senaman ibu mengandung 3 bulan yang boleh dilakukan adalah senaman yang berimpak rendah.
.
Antara senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan selama 20 hingga 30 minit sehari.
.
Anda boleh melakukannya selama 3 hingga 4 kali seminggu.
.
Anda juga boleh melakukan senam aerobik yang mudah, berenang, berbasikal dan menari zumba.
.
Anda tidak boleh melakukan senaman secara berlebihan kerana kandungan pada trimester pertama ini masih belum cukup kuat.
.
Baca Juga : Peranakan Jatuh – Punca, Cara Mengesan dan Kesan Kepada Wanita
.
.
Perkembangan Ibu Mengandung Trimester Kedua
.
.
.
.
Perkembangan Ibu Mengandung Trimester
Kedua
.
.
.
.
Trimester kedua dikira bermula dari usia kandungan 13
minggu hingga 27 minggu atau 4 hingga 6 bulan.
.
Pada trimester kedua inilah, para ibu mengandung
akan mula merasai pengalaman yang membahagiakan ketika hamil.
.
Tubuh badan anda akan mula dapat menyesuaikan diri
dengan perubahan baru dalam trimester pertama.
.
Trimester kedua dikira bermula dari usia kandungan 13 minggu hingga 27 minggu atau 4 hingga 6 bulan.
.
Pada trimester kedua inilah, para ibu mengandung akan mula merasai pengalaman yang membahagiakan ketika hamil.
.
Tubuh badan anda akan mula dapat menyesuaikan diri dengan perubahan baru dalam trimester pertama.
.
Anda akan mula merasa perasaan kehidupan yang normal kembali tanpa masalah-masalah dalaman.
.
Walau bagaimanapun, perubahan pada tubuh badan masih ada cuma lebih kepada perubahan fizikal.
.
.
.
.
Antara perubahan pada trimester kedua adalah:
.
- Perut mula membesar.
- Janin mula membuat pergerakan.
- Nafsu makan meningkat dengan mendadak.
- Stretch mark pada perut, payudara dan paha akan muncul.
- Pergelangan kaki dan tangan akan membengkak.
- Tenaga kembali pulih tidak seperti trimester pertama.
.
.
Perkembangan Janin Trimester Kedua
.
.
.
.
Pada trimester kedua, hampir keseluruhan organ janin sudah hampir berkembang sempurna.
.
Janin juga sudah mula dapat mendengar dan menelan makanan yang disalurkan dari ibu mengandung masuk ke dalam perut.
.
Selain itu, rambut akan mula tumbuh dan tubuh janin pada ketika ini dipanggil lanugo.
.
Janin akan mula menunjukkan beberapa pergerakan yang membahagiakan ibu mengandung.
.
Pada akhir trimester kedua ini, panjang janin boleh mencapai 10 cm dan beratnya telah melebihi dari 1 kilogram.
.
.
Senaman Ibu Mengandung Trimester Kedua
.
.
.
.
Senaman ibu mengandung 4 bulan, senaman ibu mengandung 5 bulan dan senaman ibu mengandung 6 bulan adalah termasuk dalam senaman trimester kedua.
.
Untuk senaman trimester kedua, anda disarankan untuk lebih fokus kepada senaman yang tertumpu kepada bahagian pernafasan.
.
Anda juga perlu mengamalkan senaman-senaman yang dapat menenangkan diri, menguatkan posisi dan dapat merangsang tubuh badan.
.
Senaman seperti yoga, berjalan kaki, berjoging, berenang dan berbasikal boleh dilakukan mengikut keupayaan.
.
Walaupun kandungan anda sudah boleh dikatakan agak kuat, anda masih berisiko untuk memudaratkan diri dan kandungan anda.
.
Baca Juga : Darah Nifas – Semua Yang Anda Perlu Tahu
.
.
.
.
Perkembangan Ibu Mengandung Trimester Ketiga
.
.
.
.
Trimester ketiga secara umumnya adalah trimester terakhir yang akan berlangsung dari minggu ke-28 hingga minggu ke-40 atau dari bulan ke-6 hingga bulan ke-9.
.
Dalam trimester ketiga, ibu mengandung akan mengalami kontraksi seperti trimester sebelumnya.
.
Akan tetapi, anda perlu lebih peka kerana kontraksi ini juga merupakan kontraksi yang sama akan berlaku menjelang waktu kelahiran.
.
Perut anda akan semakin membesar dan anda akan mula sukar untuk tidur.
.
Pangkal rahim ibu mengandung akan mula meregang dan menjadi lebih nipis dan lembut menjelang hari kelahiran.
.
.
.
.
Regangan ini berlaku bagi memudahkan proses bersalin dengan membuka jalur keluar bayi.
.
Anda juga dapat perhatikan atau merasakan perkara-perkara seperti:
.
- Pergerakan janin yang semakin banyak.
- Mengalami kontraksi palsu seakan-akan bersalin.
- Kerap membuang air kecil.
- Perut memulas dengan kerap.
- Beberapa bahagian tubuh akan membengkak.
- Payudara akan bocor atau susu mula keluar.
.
.
Perkembangan Janin Trimester Ketiga
.
.
.
.
Tepat pada minggu ke-32, tulang dan kerangka badan janin sudah terbentuk dengan sempurna.
.
Janin akan mula membuka dan menutup mata serta melihat cahaya yang hadir dari luar perut walaupun masih dalam kandungan.
.
Pada penghujung trimester ketiga dalam lingkungan minggu ke-37, semua organ tubuh janin akan mula berfungsi dengan baik.
.
Berat janin boleh mencapai sekitar 3 kilogram lebih dan panjang janin mencapai 50 cm.
.
Kepala janin akan mula bergerak menghadap ke bawah pada minggu terakhir untuk bersalin.
.
.
Senaman Ibu Mengandung Trimester Ketiga
.
.
.
.
Senaman trimester ketiga merangkumi senaman ibu mengandung 7 bulan, senaman ibu mengandung 8 bulan dan senaman ibu mengandung 9 bulan.
.
Senaman yang dilakukan pada trimester ini akan lebih fokus kepada mempersiapkan diri untuk bersalin.
.
Lakukan riadah seperti berjalan secara santai dan kurangkan aktiviti fizikal yang agresif seperti mengangkat barang yang berat atau melompat.
.
Anda juga perlu mengelak sebarang aktiviti senaman yang melibatkan tekanan pada bahagian perut.
.
Tekanan pada bahagian perut akan menyebabkan tekanan pada bayi anda.
.
.
Senaman Ibu Mengandung Yang Sesuai
.
.
.
.
#1 Regangan pangkal paha
.
#2 Posisi kupu-kupu
.
#3 Regangan belakang badan
.
#4 Lunges
.
#5 Regangan betis
.
#6 Senaman kegel
.
.
Senaman Ibu Mengandung Yang Perlu Di Elak
.
.
.
.
#1 Sit Up dan Crunch
.
#2 Latihan Selang High-Intensity (HIIT)
.
#3 Over-head Shoulder Press
.
#4 Load Lift atau angkat berat
.
.
Kepentingan Senaman Untuk Ibu Mengandung
.
.
.
.
Bersenam semasa mengandung dapat mewujudkan perasaan yang tenteram dan dapat mengelakkan kelahiran pra-matang, songsang serta memudahkan kelahiran.
.
Hal ini terbukti berdasarkan kajian terhadap sekumpulan wanita hamil di Madrid, Spain.
.
Ibu mengandung juga akan dapat mengurangkan berat badan yang berlebihan semasa hamil.
.
Senaman ibu mengandung sakit pinggang dan senaman ibu mengandung mudah bersalin juga antara kepentingan senaman untuk ibu mengandung.
.
Antara kepentingan lain senaman ibu mengandung adalah:
.
.
#1 Mengurangkan kesakitan semasa bersalin
.
.
.
.
Kesakitan semasa bersalin adalah yang paling ditakuti semua wanita.
.
Sebenarnya kesakitan semasa bersalin dapat dikurangkan dengan melakukan senaman.
.
Dengan bersenam, anda secara tidak langsung telah meningkatkan tahap mental dan fizikal anda.
.
Anda juga akan merasa lebih tenang semasa proses kelahiran nanti.
.
Anda juga tidak sedar bahawa dengan bersenam anda telah menggalakkan pengeluaran hormon semulajadi yang bertindak sebagai agen penahan sakit yang efektif.
.
.
#2 Memudahkan Proses Bersalin
.
.
.
.
Otot-otot yang dibina semasa bersenam akan bersedia membantu untuk menolak bayi keluar dari rahim.
.
Senaman akan merangsang setiap sel, tisu dan organ badan bertindak mengikut rangsangan oleh persekitaran.
.
Hal ini akan lebih berkesan apabila anda melakukan senaman dengan betul.
.
Selain dari menjaga tahap kesihatan, senaman yang dilakukan perlu merujuk kepada pakar kesihatan bertauliah.
.
Ia bagi mengelak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
.
.
#3 Meningkatkan Tahap Kesihatan
.
.
.
.
Senaman bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan anda sahaja.
.
Bayi dalam kandungan juga akan kekal sihat seperti ibu mengandung.
.
Kesihatan ibu mengandung sangat mempengaruhi kesihatan bayi dalam kandungan.
.
Jika ibu mengandung sihat, cergas dan aktif.
.
Bayi dalam kandungan juga akan sihat, cergas dan aktif walaupun telah dilahirkan nanti.
.
.
#4 Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi
.
.
.
.
Kebanyakan orang menganggap tekanan darah tinggi ini hanya boleh berlaku semasa hamil atau sebelum melahirkan sahaja.
.
Sebenarnya, tekanan darah tinggi atau preeklampsia boleh berlaku juga semasa dan selepas proses kelahiran.
.
Tekanan darah tinggi sangat berbahaya kepada ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.
.
Ia boleh menyebabkan sawan, cecair berlebihan dalam paru-paru, strok, sakit jantung bahkan maut.
.
Dengan bersenam, anda secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko berlakunya perkara ini.
.
.
#5 Mengurangkan Risiko Bersalin Czer
.
.
.
.
Senaman yang kurang boleh menyebabkan anda terpaksa menjalani bersalin czer.
.
Antara punca anda perlu bersalin czer adalah bukaan rahim yang kurang dari 10 cm, masalah kesihatan ibu mengandung dan bayi songsang.
.
Dengan mengamalkan senaman dengan teratur dan konsisten, anda dapat mengelak dari perkara ini berlaku.
.
Itu sahaja perkongsian kami berkenaan senaman ibu mengandung.
.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata anda untuk lebih semangat bersenam.