Apa itu pcos?

.

Mungkin anda sendiri pernah mendengarnya namun tidak pernah tahu apa sebenarnya ia.

.

Dalam perkongsian kali ini kami akan terangkan dengan terperinci apa itu pcos.

.

.

Apa Itu PCOS?

.

.

Apa Itu Pcos

.

Sindrom ovari polisistik (PCOS) adalah keadaan biasa yang mempengaruhi bagaimana ovari seseorang wanita itu berfungsi.

.

Ciri-ciri utama PCOS adalah:

  • haid yang tidak teratur – bermaksud ovari anda tidak melepaskan telur secara berkala (ovulasi)
  • hormon androgen berlebihan – tahap hormon “lelaki” yang tinggi dalam badan anda, yang boleh menyebabkan tanda-tanda fizikal seperti pertumbuhan bulu di muka atau badan yang berlebihan.
  • ovari polisistik – ovari anda mengandungi banyak kantung (folikel) berisi cecair yang mengelilingi telur.

.

Sekiranya anda mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada tiga ciri-ciri ini, anda mungkin didiagnosis menghidap PCOS.

.

.

Punca PCOS

.

.

Apa Itu Pcos

.

PCOS adalah keadaan yang melibatkan gangguan hormon dan tidak akan menyebabkan kesakitan di kawasan pelvis.

.

Sekiranya anda mengalami rasa sakit pada bahagian pelvis dan mempunyai beberapa gejala yang dinyatakan, maka anda mungkin mengalami PCOS.

.

Anda mungkin juga mempunyai keadaan lain yang menyebabkan kesakitan seperti endometriosis atau sakit otot.

.

PCOS biasanya tidak perlu dirawat secara pembedahan.

.

.

.

.

Ovari Polisistik

.

.

.

Ovari polisistik mengandungi sebahagian besar folikel yang tidak berbahaya yang berukuran sehingga 8mm.

.

Folikel adalah kantung yang berisi telur yang tidak berkembang.

.

PCOS mengakibatkan kantung ini sering tidak dapat melepaskan telur.

.

Ia akan menyebabkan ovulasi tidak berlaku.

.

Sukar untuk mengetahui bilangan wanita yang mempunyai PCOS, tetapi keadaan ini dianggap sangat biasa yang mempengaruhi kira-kira satu dari setiap 10 orang wanita.

.

Lebih separuh daripada wanita yang mengalami PCOS ini tidak menunjukkan sebarang gejala.

.

.

Punca Sindrom Ovari Polisistik

.

.

.

Punca sebenar PCOS tidak diketahui, tetapi ia sering berlaku dalam kalangan keluarga yang mempunyai masalah yang sama.

.

Masalah ini berkaitan dengan tahap hormon yang tidak normal dalam badan, termasuklah tahap insulin yang tinggi.

.

Insulin adalah hormon yang mengawal kadar gula dalam badan.

.

Ramai wanita dengan PCOS mengalami rintangan insulin dalam badan mereka dan menghasilkan tahap insulin yang lebih tinggi untuk mengatasi masalah ini.

.

Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan pengeluaran dan aktiviti hormon seperti testosteron.

.

Berat badan yang berlebihan atau obesiti juga meningkatkan jumlah insulin yang dihasilkan oleh badan anda.

.

.

Simptom PCOS

.

.

Apa Itu Pcos

.

Sindrom ovari polisistik adalah gabungan PCO dan beberapa rangkaian gejala seperti:

  • Pertumbuhan bulu pada badan yang berlebihan
  • Jerawat dan masalah kulit yang lain
  • Rambut gugur pada kulit kepala
  • Haid yang tidak teratur atau tiada haid
  • Darah haid yang banyak
  • Masalah kesuburan
  • Rintangan insulin
  • Masalah berat badan

.

.

Gejala PCOS

.

.

.

Gejala PCOS mungkin termasuk:

  • Tidak datang haid, haid yang tidak teratur atau haid yang sedikit
  • Ovari yang besar atau mempunyai banyak sista
  • Pertumbuhan bulu pada badan yang berlebihan, termasuk di dada, perut dan punggung (hirsutisme)
  • Penambahan berat badan, terutamanya di sekitar abdomen (perut)
  • Kulit berjerawat atau berminyak
  • Kepala menjadi botak atau rambut yang menipis
  • Kemandulan
  • Terdapat lebihan kulit di leher atau ketiak (kutil)
  • Tompokan kulit gelap atau tebal di bahagian belakang leher, di ketiak, dan di bawah payudara

.

.

Apa Itu PCOS – Tanda Awal PCOS

.

.

1. Haid yang tidak teratur atau tidak dapat dijangka mungkin tanda-tanda awal PCOS

.

.

.

Anda mungkin menyedari anda mempunyai masalah haid yang tidak teratur dan tidak dapat diramalkan (disebut oligomenorea).

.

Kelewatan haid ini melebihi daripada 35 hari. Kitaran haid yang normal boleh berlaku antara 22 dan 35 hari.

.

Situasi ini terjadi disebabkan oleh kekurangan progesteron pada wanita yang menghidap PCOS.

.

Haid anda juga mungkin menjadi sangat banyak atau sangat sedikit.

.

.

2. Kesukaran untuk hamil adalah salah satu gejala PCOS

.

.

Apa Itu Pcos - Kesukaran Untuk Hamil

.

Wanita dengan PCOS menghadapi masalah kesukaran untuk hamil.

.

PCOS adalah penyebab kemandulan wanita yang paling umum.

.

Masalah kesuburan timbul akibat kurangnya ovulasi.

.

Walaupun seseorang wanita itu didatangi haid (walaupun sudah terlambat), itu bukanlah jaminan bahawa dia akan mengalami ovulasi.

.

Dia boleh didatangi haid tanpa mengalami ovulasi.

.

Itulah sebabnya seseorang wanita itu mungkin tidak menyedari masalah yang dihadapinya sehingga dia mengalami kesukaran untuk hamil.

.

.

.

.

3. Pertumbuhan bulu pada badan yang berlebihan di tempat yang tidak dijangka (Hirsutisme)

.

.

Apa Itu Pcos - Hirsutisme

.

PCOS adalah kecelaruan hormon dengan tahap androgen yang tinggi (hormon lelaki).

.

Justeru, wanita yang menghidapi PCOS akan mengalami pertumbuhan bulu yang berlebihan di tempat yang tidak diingini.

.

Para wanita penghidap PCOS umumnya akan mengalami pertumbuhan bulu yang berlebihan di wajah, lengan, punggung, dada, ibu jari, jari kaki dan perut.

.

Namun, hal ini juga bergantung kepada etnik anda, yang mungkin menyebabkan anda mempunyai bulu yang berlebihan.

.

Ini adalah salah satu gejala yang perlu diberi perhatian.

.

Pada wanita dengan PCOS, hirsutisme sangat berkaitan dengan masalah metabolisme.

.

.

4. Masalah keguguran rambut yang berlebihan

.

.

.

Androgen yang berlebihan akan menyebabkan wanita mungkin mengalami keguguran rambut seperti yang biasa dialami para lelaki.

.

Masalah ini adalah kehilangan rambut di bahagian atas kepala yang menyebabkan botak.

.

Androgen yang berlebihan juga boleh menyebabkan kulit lebih mudah untuk dihinggapi jerawat.

.

.

5. Wanita dengan PCOS cenderung mempunyai berat badan yang berlebihan

.

.

Apa Itu Pcos - Berat Berlebihan

.

Walaupun sebahagian wanita dengan PCOS mengalami kenaikan berat badan atau gemuk, ia juga boleh mempengaruhi wanita yang kurus.

.

.

6. PCOS dikaitkan dengan gangguan emosi seperti kegelisahan dan kemurungan.

.

.

.

Gangguan emosi yang berlaku kepada penghidap PCOS termasuklah kegelisahan, kemurungan, pertambahan berat badan dan bahkan gangguan makan.

.

Satu analisis meta 2016 pada enam kajian yang meninjau wanita dari empat negara.

.

Kajian tersebut mendapati bahawa kemurungan dan kegelisahan berkemungkinan besar adalah tiga kali lebih tinggi.

.

Bandingan ini adalah pada mereka yang menghidap PCOS berbanding mereka yang tidak mempunyai PCOS.

.

Puncanya mungkin disebabkan perubahan bentuk badan yang berkaitan dengan PCOS dan kekurangan imej badan.

.

Oleh itu, doktor anda harus memeriksa anda untuk masalah psikologi supaya dia bersedia untuk membantu anda.

.

.

7. Rintangan insulin dan diabetes jenis 2 juga boleh menjadi tanda-tanda PCOS.

.

.

Apa Itu Pcos

.

Wanita dengan PCOS tidak begitu responsif terhadap hormon insulin, yang membantu membawa glukosa ke sel badan untuk tenaga.

.

Jadi mereka berisiko mengalami kerintangan terhadap insulin.

.

Sebanyak 65 hingga 70 peratus wanita dengan PCOS mengalami kerintangan insulin.

.

Kerintangan insulin ini boleh dikenalpasti melalui masalah kulit seperti kutil atau kegelapan kulit.

.

Masalah ini dikenali sebagai acanthosis nigricans, yang tampak gelap dan lembut di bahagian ketiak, pangkal paha, dan leher.

.

Rintangan insulin adalah ciri khas diabetes jenis 2.

.

Walaupun terdapat individu yang mengalami masalah kerintangan insulin walaupun tidak mempunyai penyakit diabetes jenis 2.

.

.

8. Masalah kesukaran untuk tidur dan sering keletihan juga adalah tanda-tanda PCOS

.

.

.

Wanita dengan PCOS cenderung untuk mengalami apnea tidur, suatu keadaan yang berlaku apabila nafas berhenti seketika ketika tidur.

.

Ia akan menyebabkan rasa mengantuk pada waktu siang.

.

Masalah tidur seperti insomnia juga dapat mengganggu emosi anda.

.

.

PCOS Dan Kehamilan

.

.

.

Sindrom ovari polisistik, atau PCOS, adalah gangguan hormon yang biasa pada kebanyakan wanita.

.

Wanita dengan PCOS sukar untuk hamil dan berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi semasa hamil.

.

Namun, dengan menangani simptomnya, ramai wanita dengan PCOS berjaya hamil dan mempunyai bayi yang sihat.

.

Mempunyai PCOS dapat meningkatkan risiko anda mengalami komplikasi semasa kehamilan, seperti:

  • keguguran
  • tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan
  • kencing manis semasa mengandung
  • kelahiran pramatang

.

Wanita dengan PCOS juga mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk bersalin czer.

.

Baca Juga : Tanda Hamil – Ketahuinya Untuk Elakkan Risiko Keguguran!

.

Apa Itu Pcos - Bersalin Czer

.

Hal ini kerana bayi yang dilahirkan mungkin lebih besar daripada usia kehamilan.

.

Bayi yang dilahirkan oleh wanita dengan PCOS mempunyai risiko kematian ketika dilahirkan atau dimasukkan ke unit rawatan rapi setelah dilahirkan.

.

Sekiranya anda mempunyai PCOS dan hamil, adalah penting bagi anda untuk berbincang dengan doktor anda.

.

Risiko komplikasi ini dapat dikurangkan dengan memantau gejala PCOS dan berhati-hati semasa kehamilan anda.

.

Dengan memberi pengecualian terhadap haid yang tidak datang serta alahan terutamanya pada waktu pagi, kebanyakan gejala awal kehamilan adalah sama seperti gejala sindrom pra haid atau PMS.

.

Ini termasuklah:

  • keletihan
  • payudara yang sakit atau menegang
  • kembung perut
  • sakit kepala
  • perubahan emosi
  • sakit belakang pada bahagian bawah

.

Bagi penghidap PCOS, anda mungkin tidak mendapat isyarat penunjuk utama – atau anda mungkin menganggap bahawa anda akan didatangi haid melalui simptom-simptom tersebut.

.

Apa Itu Pcos - PMS

.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ingat:

  • Ketiadaan simptom tidak bermaksud anda tidak hamil.
  • Sekiranya anda pernah melakukan hubungan seks tanpa perlindungan dalam tempoh dua hingga tiga minggu (atau lebih) yang lalu dan tidak didatangi haid, anda mungkin perlu melakukan ujian kehamilan walaupun anda terbiasa tidak didatangi haid selama beberapa bulan dan tidak hamil.

.

Secara khusus, ujian kehamilan bergantung pada kehadiran hormon gonadotropin korionik manusia (hCG) iaitu “hormon kehamilan”.

.

Ia adalah untuk menentukan sama ada anda hamil atau tidak.

.

.

Tanda- Tanda PCOS dan Cara Mengatasinya

.

.

.

PCOS didiagnosis hanya apabila terdapat dua daripada tiga gejala berikut:

.

1. Haid yang tidak teratur (biasanya kurang daripada enam kali dalam tempoh setahun)

2.Ujian darah atau simptom menunjukkan lebihan hormon androgen

3.Ovari polisistik dapat dilihat pada ultrasound

.

Anda tidak perlu menjalani ultrasound sekiranya anda mempunyai kriteria 1 dan 2.

.

Wanita yang berumur kurang dari 20 tahun tidak digalakkan untuk menjalani ujian ultrasound.

.

Ini kerana, ciri-ciri seperti haid yang tidak teratur dan lebihan hormon androgen perlu ada untuk diagnosis PCOS dilakukan.

.

https://youtu.be/FsNKyKS7M_s

.

Ovari polisistik yang dapat dilihat pada ultrasound, bermaksud:

  • lebih daripada 20 folikel (telur yang tidak berkembang sepenuhnya) dapat dilihat pada salah satu atau kedua-dua ovari
  • saiz salah satu atau kedua-dua ovari meningkat (lebih daripada 10ml).

.

Tidak ada penawar untuk PCOS, tetapi gejalanya dapat diatasi jika anda menerima rawatan yang sewajarnya.

.

Sekiranya anda mempunyai PCOS dan mempunyai berat badan yang berlebihan, menurunkan berat badan dan mengambil makanan yang sihat dan seimbang juga dapat membantu mengurangkan simptom-simpton anda.

.

Sekian sahaja perkongsian daripada kami mengenai apa itu PCOS.

.

Diharapkan perkongsian kami ini dapat merungkai persoalan anda yang bertanya apa itu PCOS.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat.