Tanda hamil akan mula kelihatan selepas sperma bersenyawa dengan telur wanita.

.

Telur ini dikeluarkan oleh ovari sewaktu proses ovulasi.

.

Telur yang disenyawakan akan bergerak menuju uterus dimana proses implantation pula akan berlaku.

.

Tanda Hamil

.

Jika proses ini berjaya, akan mula kelihatan tanda hamil pada wanita tersebut.

.

Secara puratanya, tempoh hamil individu boleh menginjak ke 40 minggu.

.

Namun, ada banyak faktor yang akan memberikan kesan terhadap kehamilan.

.

Bagi wanita yang mendapatkan diagnosis awal dan prenatal care akan melalui satu proses hamil yang lebih sihat.

.

Ia sekaligus akan membawa kepada kelahiran bayi yang lebih sihat.

.

Jadi, adalah penting untuk anda mengetahui apa yang anda boleh expect sewaktu hamil.

.

Tanda Hamil

.

Cara terbaik untuk bermula adalah memberikan perhatian penuh daripada awal lagi dengan cara mengenal pasti tanda hamil.

.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan dengan anda tanda hamil yang anda perlu tahu untuk pastikan kandungan anda sihat dan elakkan risiko keguguran.

.

.

.

.

Tanda Awal Hamil

.

.

.

Bagi tanda tanda hamil 1 hari, tanda tanda orang hamil 3 hari dan hamil 1 minggu, tandanya adalah hampir sama.

.

Ada sesetengah wanita langsung tidak akan kelihatan sebarang tanda hamil pada minggu pertama.

.

Sesetengah lagi pula akan mula mengalami simptom seperti:

  • Kelesuan
  • Rasa sakit pada payudara
  • Rasa cramp tahap sederhana

.

Biasanya pakar perubatan akan mula mengira minggu pertama kehamilan daripada hari terakhir wanita mengalami haid.

.

Pada waktu tersebut, bukanlah bermaksud anda benar-benar hamil.

.

.

Ia cuma untuk memudahkan pengiraan tarikh bersalin atau due date.

.

Tanda hamil yang paling mudah sekali untuk anda perasan adalah apabila anda terlepas haid anda.

.

Baca Juga : KITARAN HAID – 7 PERKARA ANDA WAJIB TAHU JIKA KITARAN HAID TIDAK TERATUR

.

.

Tanda Hamil 2 Minggu

.

.

Tanda Hamil

.

Pada minggu kedua pula, anda mungkin akan mengalami beberapa lagi simptom yang juga berlaku pada minggu pertama.

.

Antara tanda hamil yang akan berlaku pada anda pada minggu kedua pula adalah:

  • Terlepas haid
  • Mood tidak stabil
  • Rasa keras dan bengkak pada payudara
  • Pening atau muntah
  • Kerap kencing
  • Kelesuan

.

Terlepas haid biasanya akan menjadi tanda awal kehamilan.

.

Jika ia berlaku, anda boleh gunakan kit ujian kehamilan untuk menentukan samada anda hamil atau tidak.

.

Ujian ini akan menguji samada wujud atau tidak hormon hCG didalam badan anda.

.

.

Baca Juga : KESUBURAN WANITA – 10 CARA UNTUK PELIHARA KESUBURAN

.

Hamil 3 Minggu

.

.

Tanda Hamil

.

Ada juga wanita yang masih lagi belum kelihatan sebarang tanda hamil meskipun sudah memasuki minggu ketiga kehamilan.

.

Hal ini kerana kebanyakan simptom adalah disebabkan oleh hormon kehamilan dan anda masih lagi belum mempunyai hormon tersebut dalam kadar yang tinggi.

.

Antara tanda yang mungkin anda akan lihat pada minggu ketiga adalah:

  • Pendarahan atau tompokan darah
  • Rasa mual atau pening
  • Morning sickness
  • Perubahan pada payudara anda seperti rasa sakit dan puting anda akan mula menjadi sedikit gelap kerana ia bersedia untuk menghasilkan susu
  • Terlepas haid

.

Pada waktu ini, masih belum ada sebarang perubahan ketara pada bentuk perut anda.

.

Baby bump juga masih belum kelihatan.

.

Biasanya ia akan mula jelas kelihatan pada minggu ke-12 dan keatas.

.

.

Hamil 4 Minggu

.

.

Tanda Hamil

.

Bila anda dah hamil 4 minggu, anda dah perlu mula lebih berikan perhatian terhadap corak pemakanan anda.

.

Anda perlu memastikan segala apa yang anda makan adalah menyihatkan bukan sahaja untuk anda malah untuk bayi anda juga.

.

Antara tanda hamil yang akan kelihatan pada minggu ini adalah:

  • Perut kembung kerana badan anda mula menyediakan “rumah” kepada kandungan untuk beberapa bulan mendatang.
  • Tompokan darah yang dikenali sebagai implantation bleeding.
  • Mood swings disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam badan anda.
  • Sakit pada bahagian payudara kerana ia sedang menghasilkan lebih banyak kelenjar susu.
  • Bahan kumuh berwarna cerah yang keluar daripada faraj samada melekit, jernih atau putih.
  • Kelesuan kerana badan anda berusaha untuk menjaga kandungan anda.

.

Jika pendarahan melebihi dua hari atau berlebihan bukan dalam bentuk tompokan, anda perlu segera berjumpa doktor.

.

.

.

.

Tanda Hamil 5 Minggu

.

.

Tanda Hamil

.

Seterusnya adalah simptom yang biasanya akan terlihat bagi anda yang hamil 5 minggu.

.

Anda mungkin mengalami simptom seperti apa yang anda alami ketika PMS seperti:

  • Lesu
  • Sakit pada bahagian payudara
  • Morning sickness

.

Selain itu, anda juga akan mengalami simptom berikut:

  • Rasa pening kerana tekanan darah anda adalah lebih perlahan ketika hamil
  • Kerap kencing kerana uterus anda mula mengembang dan menekan pundi kencing anda
  • Kejang otot perut disebabkan oleh egg implanting atau kawasan uterus anda menegang
  • Tompokan darah
  • Mengidam kerana perubahan hormon akan mempengaruhi selera anda
  • Sembelit disebabkan oleh makanan mula bergerak perlahan menerusi sistem pencernaan anda untuk memberikan masa diserap oleh kandungan
  • Bahan kumuh berlebihan daripada faraj anda

.

.

Hamil 6 Minggu

.

.

Tanda Hamil

.

Pada minggu ke-6 pula biasanya anda akan mengalami masalah morning sickness.

.

Walaupun namanya morning, tapi anda akan mengalaminya pada bila-bila masa seperti pagi, tengahari, petang atau malam.

.

Ia merupakan diantara simptom yang paling biasa anda akan hadapi dimana 70-80% wanita mengandung akan mengalami masalah ini.

.

Morning sickness adalah keadaan dimana anda akan rasa mual, loya dan muntah.

.

Tanda Hamil

.

Punca utamanya tidak benar-benar diketahui namun peningkatan hormon hCG dipercayai penyebab utama masalah ini.

.

Kebanyakan ibu hamil akan mula menjadi lebih lega apabila mereka mula memasuki trimester kedua.

.

Simptom lain yang anda mungkin alami adalah:

  • Kelesuan
  • Sembelit

.

.

Hamil 7 Minggu

.

.

Tanda Hamil

.

Pada minggu ini pula, ada beberapa tanda hamil atau simptom yang anda akan alami.

.

Antaranya adalah:

  • Mual
  • Pening dan muntah
  • Kerap kencing
  • Kawasan areola anda menjadi gelap
  • Kelesuan
  • Payudara mengeras dan bengkak
  • Mengidam makanan tertentu
  • Otot kejang pada bahagian pelvik
  • Tompokan darah berkala

.

Ada satu lagi masalah yang biasanya akan dialami oleh ibu mengandung pada minggu ke 7.

.

Hamil 7 minggu janin belum terlihat!

.

Masalah ini adalah disebabkan oleh blighted ovum atau kantung kosong yang boleh berlaku pada awal kehamilan.

.

 

Anda mungkin akan mengalami segala tanda hamil seperti terlepas haid dan sebagainya.

.

Tanda Hamil

 

.

Masalah ini berlaku apabila ovum yang disenyawakan didalam rahim namun bayi tidak “tumbuh”.

.

Dalam istilah perubatan ia lebih dikenali sebagai anembryonic pregnancy.

.

Malangnya apabila keadaan ini berlaku, anda berisiko untuk mengalami keguguran awal.

.

Plasenta boleh terus tumbuh dan membesar tanpa bayi dalam tempoh masa yang tertentu sekaligus membuatkan wanita percaya yang mereka masih hamil.

.

Diagnosis perlu dilakukan dengan melakukan ujian ultrasound untuk mengesan samada rahim kosong atau tidak.

.

Ada juga keadaan dimana doktor tidak dapat mengesahkan keadaan semasa kerana keadaan janin yang masih terlalu kecil atau tidak dapat di-scan.

.

.

Masalah Hamil Luar Rahim

.

.

Tanda Hamil

.

Masalah ini sebenarnya dikenali sebagai ectopic pregnancy.

.

Perkataan ectopic itu sendiri sebenarnya membawa maksud di tempat yang salah.

.

Ia merupakan sejenis kehamilan yang berlaku diluar rahim ibu.

.

Hampir 95% daripada kes ini, implantasi berlaku dalam fallopian tube dan apabila ia berkembang akan mengakibatkan kesakitan dan pendarahan.

.

Jika dibiarkan, tiub tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.

.

.

Kes sebegini boleh dikategorikan sebagai kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa.

.

Bagi kes kehamilan seperti ini, ia tidak dapat dialihkan kedalam rahin dan harus digugurkan sepenuhnya.

.

.

Tanda hamil walaupun akan membuatkan para ibu melalui satu fasa yang sangat sukar, ia sebenarnya tidak setanding dengan kegembiraan mereka untuk mendapat zuriat.

.

Besar pengorbanan para ibu untuk melahirkan kita.

.

9 bulan menahan dan menanggung beban kandungan serta menghadap segala simptom bagaikan terlupa tatkala mendengar tangisan kelahiran si kecil.

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan tanda hamil. Semoga bermanfaat!