Untuk meningkatkan tahap kesuburan wanita, ambil berat berkenaan tubuh badan anda dulu.

.

Tapi, mesti anda tertanya-tanya juga kan apa lagi yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan peratusan untuk anda mendapatkan bayi?

.

Antara nasihat yang terbaik setakat ini buat wanita yang ingin meningkatkan peratusan hamil adalah dengan mengenali tubuh badannya sendiri.

.

Kesuburan Wanita

.

Atau lebih spesifik lagi menurut Dr. Mary Ellen Pavone adalah dengan mengenali dan mengetahui kitaran haid anda.

.

Dr. Mary merupakan reproductive endocrinologist, infertility speciality dan Pengarah Perubatan bagi in-vitro fertilization di Northwestern Medicine’s Frtility and Reproductive Medicine di Chicago.

.

“Ia sangat penting untuk anda tahu kitaran haid anda supaya anda dapat menentukan dengan lebih tepat bila masa yang sesuai untuk anda melakukan hubungan seksual”, menurut Dr. Mary.

.

.

So, dalam perkongsian kali ini kami akan kongsikan dengan anda 10 cara yang anda boleh lakukan untuk pelihara kesuburan dan tingkatkannya selain daripada cara melihat kesuburan wanita melalui tapak tangan.

.

Bukan tak boleh untuk periksa dengan cara tersebut, tapi kami lebih memilih untuk anda tambah ilmu berkenaan cara menjaga dan meningkatkan kesuburan.

.

Baca Juga : PIL PERANCANG – KETAHUI 7 PERKARA INI SEBELUM ANDA MENGAMBILNYA!

.

1. Catat Kitaran Haid Anda

.

.

Kesuburan Wanita

.

Bagi wanita yang ingin mendapatkan zuriat haruslah selalu memantau samada tempoh kitaran haid mereka akan sama atau tidak pada setiap bulan.

.

Jika kitaran haid anda tidak teratur, tempoh kitaran haid anda akan berbeza setiap bulan.

.

Dengan sentiasa merekod maklumat ini pada kalendar, anda akan lebih mudah untuk mengetahui pada waktu bila sebenarnya akan berlaku ovulasi.

.

Ovulasi adalah masa dimana ovari anda akan mengeluarkan telur pada setiap bulan.

.

Jadi, dengan cara ini anda boleh tahu kesuburan wanita setelah haid beberapa hari dengan lebih tepat.

.

Menurut American Pregnancy Association, telur hanya subur dalam tempoh 12 ke 24 jam sahaja sebaik ia dikeluarkan.

.

Namun, sperma lelaki pula mampu bertahan sehingga 5 hari didalam tubuh wanita.

.

.

2. Memantau Ovulasi

.

.

Kesuburan Wanita

.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, ovulasi akan mula berlaku dua minggu sebelum datangnya haid.

.

Waktu kesuburan ini pula agak sukar untuk ditentukan bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.

.

Jadi, kesuburan wanita beberapa hari sekitar 12 ke 16 hari sebelum datangnya haid.

.

Ada beberapa kaedah untuk wanita menentukan kesuburan wanita selepas haid atau sebelum haid.

.

Baca Juga : DARAH HAID – 7 WARNA GAMBARAN KESIHATAN WANITA

.

a. Home Ovulation-Prediction Kit

.

.

Kesuburan Wanita

.

Kit ini akan membantu anda dengan mengurangkan tekaan bila ovulasi akan berlaku.

.

Ia banyak dijual di drug store dan kit ini akan menguji air kencing untuk luteinizing hormone.

.

Hormon ini akan sentiasa meningkat parasnya setiap bulan sewaktu ovulasi dan akan membuatkan ovari mengeluarkan telur.

.

Tiga hari selepas anda mendapat keputusan positif merupakan diantara hari terbaik untuk anda melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda.

.

Menurut laporan daripada American Pregnancy Association, waktu ini adalah waktu yang paling tinggi peluang anda untuk hamil.

.

.

b. Pantau Cervical Mucus

.

.

Kesuburan Wanita

.

Cara ini pula melibatkan pemeriksaan kerap terhadap jumlah dan rupa mucus yang berada pada faraj anda.

.

Sebelum berlakunya ovulasi iaitu pada waktu paling subur wanita, jumlah mucus akan bertambah dan ia juga akan menjadi lebih nipis, jernih dan licin menurut March of Dimes.

.

Apabila cervical mucus menjadi lebih licin, ia akan memudahkan sperma untuk sampai ke telur.

.

Sebuah kajian yang diterbitkan didalam Fertility and Sterility mendapati wanita yang secara konsisten memeriksa keadaan mucus mereka adalah 2.3 kali ganda lebih berpotensi untuk mengandung dalam tempoh 6 bulan.

.

.

3. Melakukan Seks Pada Waktu Subur

.

.

Kesuburan Wanita

.

Fertile window atau waktu subur wanita biasanya dalam tempoh 6 hari iaitu 5 hari selepas ovulasi dan pada hari berlakunya ovulasi itu sendiri.

.

Menurut American Society for Reproductive Medicine, hari-hari tersebut merupakan hari-hari yang paling subur bagi wanita dalam sebulan.

.

Sesetengah wanita moden gemar untuk menggunakan alatan teknologi terkini seperti fertility tracking apps dan juga website.

.

Ia adalah untuk membantu mereka mengenal pasti hari mana yang lebih tinggi kemungkinan mereka untuk hamil.

.

Namun, ia telah dibuktikan bahawa maklumat yang diberikan adalah tidak berapa tepat.

.

.

4. Mengawal Berat Badan

.

.

Kesuburan Wanita

.

Mempunyai berat badan berlebihan akan merendahkan potensi untuk wanita hamil.

.

Namun, jika anda terlalu kurus juga akan memberikan anda masalah untuk mengadung.

.

Menurut Dr. Mary lagi, kajian ada menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengambil masa dua kali lebih lama daripada mereka yang mempunyai berat normal.

.

Bagi wanita yang terlalu kurus pula, ia akan mengambil masa empat kali lebih lama.

.

Kandungan lemak yang berlebihan akan menghasilkan estrogen secara berlebihan juga.

.

Ia akan mengganggu proses ovulasi.

.

.

5. Mengambil Prenatal Vitamin

.

.

Kesuburan Wanita

.

Bagi wanita yang ingin hamil, anda sangat digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin sebelum hamil lagi.

.

Cara ini akan membolehkan anda untuk mencari vitamin yang sesuai dengan sistem badan mereka dan kekal dengannya ketika hamil.

.

Selain itu, anda boleh mengambil multivitamin dan ia perlulah mengandungi:

  • 400 mcg Folic Acid
  • Vitamin B

.

Kedua-duanya penting untuk mengelakkan sebarang masalah terhadap otak dan tulang belakang ketika bayi dalam kandungan.

.

The Centers for Disease Control and Prevention menggalakan pengambilan 400 mcg folic acid setiap hari sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil untuk mengelakkan masalah tersebut.

.

Ia sebenarnya satu tindakan yang bijak buat anda untuk mengambil folic acid kerana neural tube akan terbentuk didalam otak dan tulang belakang 3 atau 4 minggu selepas anda hamil.

.

Kebanyakan wanita terlambat sedar atau tahu akan perkara ini dan ia akan menjadi terlambat untuk mereka memberikan nutrien yang mencukupi kepada bayi.

.

.

6. Makan Makanan Bagus Untuk Kesuburan Wanita

.

.

Kesuburan Wanita

.

Walaupun tiada makanan untuk kesuburan wanita agar cepat hamil secara spesifik, pengambilan makanan yang sihat sebenarnya mampu untuk membantu.

.

Hal ini kerana badan anda memerlukan nutrien berikut secara mencukupi:

  • Kalsium
  • Protein
  • Zat besi

.

Anda boleh dapatkan kesemua ini daripada:

  • Lean protein
  • Wholegrain
  • Sayur
  • Produk tenusu
  • Sumber lemak yang sihat

.

Selain itu lebihkan juga makanan yang mengandungi folic acid dan vitamin B.

.

Lebihkan juga makanan sunnah untuk kesuburan wanita kerana makanan sunnah mengandungi banyak khasiat yang sangat baik untuk kesuburan dan kandungan anda.

.

.

7. Jangan Terlebih Bersenam

.

.

Kesuburan Wanita

.

Menjadi aktif secara fizikal sebenarnya sangat membantu dalam menyediakan tubuh badan wanita untuk hamil dan bersalin.

.

Namun, senaman yang terlalu berat akan mengganggu ovulasi.

.

Doktor melihat terdapat terlalu banyak gangguan terhadap kitaran haid wanita yang bersenam terlalu berat.

.

Menurut Dr. Mary lagi, ia akan mengganggu kesuburan wanita seperti apa yang beliau katakan kepada Live Science.

.

.

8. Peka Dengan Perubahan Seiring Umur

.

.

Kesuburan Wanita

.

Ramai juga yang bertanya kesuburan wanita sampai umur berapa.

.

Apabila bertambah usia wanita, tahap kesuburan mereka akan berkurang kerana akan berlaku perubahan seiring dengan umur terhadap ovari anda.

.

Ia akan membuatkan kuantiti dan kualiti telur anda menurun.

.

Anda juga akan lebih berisiko untuk mengalami masalah kesihatan seperti:

  • Uterine fibroids
  • Endometriosis
  • Tiub Fallopian yang tersumbat

.

Ketiga-tiga masalah tersebut boleh memberikan kesan terhadap kesuburan.

.

.

9. Asap Rokok – Menjejas Kesuburan Wanita

.

.

Kesuburan Wanita

.

Jika anda merokok, ia akan memberikan kesan yang lebih teruk terhadap kesuburan anda.

.

Begitu juga untuk pasangan anda.

.

Bahan kimia yang ada didalam asap rokok seperti nikotin dan karbon monoksida akan mempercepatkan kadar kemerosotan kualiti telur wanita, menurut American Society for Reproductive Medicine.

.

Merokok juga akan mempercepatkan proses penuaan ovari dan akan mengurangkan bekalan telur wanita.

.

.

10. Tahu Bila Untuk Dapatkan Pertolongan

.

.

Kesuburan Wanita

.

Baik isteri mahupun suami perlulah tahu bila anda perlu dapatkan penilaian tahap kesuburan jika wanita sudah berusia 35 tahun keatas.

.

Ia juga haruslah apabila pasangan tersebut telah melakukan seks secara kerap tanpa menggunakan pil perancang dalam tempoh 6 bulan.

.

Jika anda berusia bawah 35 tahun dan masih belum berjaya mendapatkan zuriat walaupun telah melakukan hubungan seksual secara kerap dalam tempoh satu tahun, jumpalah pakar kesuburuan.

.

Ada kemungkinan anda atau pasangan anda mengalami masalah ketidaksuburan.

.

Bagi kes kesuburan wanita selepas bersalin pula, ia bergantung kepada tahap kesuburan dan kesihatan wanita selepas bersalin.

.

Ada yang terjejas dan ada juga yang kekal sama dan boleh terus hamil selepas bersalin.

.

Mungkin sukar untuk anda temukan dalam kalangan pasangan moden tapi jika anda lihat atuk nenek kita, ramai anak-anak mereka yang jaraknya selang setahun sahaja.

.

.

Eh. Dah cukup 10 cara dah kami kongsikan ye. So macam mana?

.

Dapat banyak input baru kali ni?

.

Sekian sahaja perkongsian daripada kami berkenaan kesuburan wanita dan 10 cara untuk anda pelihara kesuburan.

.

Semoga bermanfaat!