Darah haid berikan gambaran tahap kesihatan anda?

.

Betul. Warna darah yang keluar dari faraj menjadi penanda tahap kesihatan seseorang wanita.

.

Bagi kebanyakan wanita, kitaran haid mereka akan bermula diantara usia 12 dan 13 tahun.

.

Darah Haid - Baligh

.

Anda akan mula berdarah yang dikenali sebagai haid setiap 24 hari ke 38 hari.

.

Berdasarkan American Academy of Obstetricians and Gynecologists, warna darah, jenis darah dan kitaran anda menggambarkan tahap kesihatan anda.

.

Anda mungkin akan bertemu dengan darah haid hitam, darah haid coklat sehinggalah ke darah haid berwarna merah.

.

Walaupun kebanyakan warna darah haid dikira sebagai normal dan sihat, ada juga warna yang akan menjadi penyebab untuk anda perlu segera bertemu doktor anda.

.

Baca Juga : KITARAN HAID – 7 PERKARA ANDA WAJIB TAHU JIKA KITARAN HAID TIDAK TERATUR

.

1. Kenapa darah haid berwarna hitam?

.

.

Darah Haid

.

Anda mungkin akan merasa sedikit takut dan terperanjat jika ia anda berwarna hitam.

.

Ia sebenarnya tidaklah terlalu hitam tetapi lebih kepada warna coklat gelap yang mana ia merupakan darah lama.

.

Ia juga kelihatan seperti warna serbuk kopi.

.

Warna hitam biasanya berlaku kerana darah mengambil masa yang lebih lama untuk keluar dari uterus.

.

.

2. Kenapa darah haid berwarna coklat dan sedikit?

.

.

Darah Haid

.

Bahan buangan berwarna coklat biasanya juga menandakan darah lama.

.

Darah tersebut telah oxidize dan berubah warnanya daripada warna merah biasa.

.

Darah berwarna coklat juga biasanya disebabkan oleh:

.

a. Permulaan atau penghujung kitaran haid

.

Darah Haid

.

Apabila aliran darah anda perlahan, darah akan mengambil masa yang lebih lama untuk keluar daripada badan.

.

Darah yang lama terkumpul didalam uterus akan berubah menjadi warna coklat.

.

Ia juga berkemungkinan darah tinggalan daripada haid anda sebelum ini.

.

.

b. Lochia

.

Darah Haid

.

Pendarahan yang disebabkan oleh bersalin selama 4 atau 6 minggu pertama dikenali sebagai lochia.

.

Pendarahan biasanya akan bermula sedikit berat dan bermula dari hari keempat dan keatas, darah akan berubah warna menjadi pinkish atau coklat.

.

.

3. Mengandung

.

Darah Haid

.

Jika anda mengalami spotting atau pendarahan ringan ketika hamil, sesetengah darinya akan berwarna coklat jika pendarahan aktif telah berhenti.

.

Perkara sebegini adalah lebih baik jika anda terus dapatkan khidmat nasihat dan pandangan doktor.

.

Baca Juga : KEPUTIHAN – DARI WARNA, ANDA BOLEH LIHAT PENYAKIT APA ANDA ADA!

.

3. Maksud darah haid berwarna merah gelap

.

.

Darah Haid

.

Anda mungkin terlihat ia berwarna merah gelap apabila bangun dari duduk atau selepas anda berbaring terlalu lama.

.

Warna gelap tersebut bermaksud darah telah berada terlalu lama dalam uterus dan belum lagi oxidized sehingga menjadi warna coklat.

.

Warna merah gelap ini juga biasanya dikaitkan dengan:

.

.

a. Pengakhir Kitaran Haid

.

Anda juga akan melihat warna ini pada pengakhiran satu kitaran haid anda.

.

Ia biasanya berlaku pada kitaran haid normal apabila aliran darah yang keluar mulai menjadi perlahan.

.

.

b. Lochia

.

Darah Haid

.

Pendarahan sebaik sahaja anda melahirkan anak akan bermula dengan warna ini pada 3 hari pertama sebelum berubah ke warna dan tekstur berbeza.

.

Bagi wanita yang bersalin secara czer pula, pendarahan berlebihan ini hanya berlaku pada 24 jam pertama sahaja.

.

.

4. Darah haid warna merah terang

.

.

Darah Haid

.

Permulaan haid anda biasanya akan bermula dengan warna ini.

.

Ini bermaksud darah masih segar dan mengalir dengan laju.

.

Darah anda berkemungkinan besar akan kekal dalam warna ini sepanjang tempoh haid atau akan menjadi lebih gelap apabila aliran darah anda semakin perlahan.

.

Warna darah ini juga biasanya berkaitan dengan:

.

.

a. Jangkitan

.

.

Sesetengah jangkitan seperti chlamydia dan gonorrhea yang mungkin berlaku diantara haid.

.

Jika anda melihat darah sebelum bermulanya haid anda, lebih baik jika anda berjumpa dengan doktor.

.

.

b. Hamil

.

Darah Haid

.

Pendarahan ketika hamil boleh keluar dalam berbagai warna dan tidak kesemuanya anda perlu panik.

.

Namun, ada masanya warna ini menandakan bahawa anda mengalami keguguran.

.

Ada juga kes dimana wanita mengalami pendarahan dan masih lagi melahirkan bayi yang sihat.

.

Setiap kes adalah unik dan adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan doktor jika ada darah yang keluar sewaktu anda hamil.

.

.

5. Darah haid warna merah jambu

.

.

Darah Haid

.

Darah anda boleh kelihatan berwarna merah jambu pada permulaan dan pengakhiran haid anda.

.

Ia juga akan kerap berlaku terutamanya jika anda melihat darah yang keluar sedikit-sedikit atau dalam bentuk tompokan.

.

Warna yang lebih cerah biasanya menandakan campuran darah dan juga cervical fluid.

.

Campuran inilah yang membuatkan darah kelihatan lebih cair dan menjadi warna merah jambu.

.

Darah berwarna pink juga biasanya dikaitkan:

.

.

a. Lochia

.

.

Bermula daripada hari keempat dan keatas, lochia akan berwarna merah jambu atau coklat.

.

.

b. Estrogen rendah

.

.

Kadangkala warna merah jambu dalam kitaran haid menandakan paras estrogen yang rendah dalam badan.

.

Estrogen sebenarnya membantu menstabilkan lapisan pada uterus.

.

Tanpa hormon ini, anda mungkin akan menggugurkan lapisan ini pada bila-bila masa dalam kitaran haid anda.

.

Ia sekaligus akan memberikan pendarahan ringan atau tompokan berbagai warna termasuklah merah jambu.

.

Antara punca yang menyebabkan paras estrogen ini rendah adalah penggunaan pil perancang yang tidak mempunyai hormon estrogen atau disebabkan oleh perimenopause.

.

.

c. Pendarahan pada pertengahan kitaran haid

.

Darah Haid

.

Anda mungkin akan melihat warna ini pada waktu ovulasi anda.

.

Apabila darah daripada uterus anda bercampur dengan cervical fluid yang jernih, darah akan menjadi merah terang atau merah jambu.

.

.

6. Darah haid warna kelabu

.

.

Darah Haid

.

Untuk darah berwarna ini, anda perlu segera untuk berjumpa dengan doktor anda.

.

Darah warna ini biasanya berkaitan:

.

.

a. Jangkitan

.

Darah Haid

.

Ini mungkin berkaitan dengan jangkitan seperti bacterial vaginosis. 

.

Tanda lain jangkitan adalah:

  • Demam
  • Sakit
  • Gatal
  • Bau busuk
  • Keguguran

.

.

Jika anda sedang hamil, warna ini mungkin petanda anda mengalami keguguran.

.

Tisu yang keluar daripada faraj berkemungkinan berwarna kelabu juga.

.

Baca Juga : PAYUDARA BENGKAK – PUNCA DAN KESAN PADA IBU MENYUSU

.

7. Darah haid berwarna oren

.

.

Darah Haid

.

Apabila darah bercampur dengan cervical fluid, ia berkemungkinan juga menghasilkan warna oren.

.

Darah berwarna oren juga boleh dikaitkan dengan:

.

.

a. Pendarahan atau tompokan kecil

.

Darah Haid

.

Terdapat sesetengah wanita yang melaporkan mereka mendapati terdapat tompokan darah berwarna oren atau merah jambu.

.

Ia biasanya berlaku 10 atau 14 hari selepas tarikh anda jangkakan ovulasi anda berlaku atau masa paling subur anda.

.

Tidak semua wanita akan mengalaminya dan jika tompokan ini tidak bertukar menjadi haid, lebih baik untuk anda dapatkan khidmat nasihat doktor.

.

.

b. Jangkitan

.

Darah Haid

.

Warna-warna yang abnormal atau bahan buangan yang diluar kebiasaan biasanya menjadi petanda kepada:

    • Jangkitan kuman
    • Sexually transmitted infection (STI)

.

Jika ini berlaku, anda disarankan untuk segera mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum keadaan menjadi lebih parah.

.

.

Kenapa darah haid berketul?

.

.

Darah Haid

.

Darah yang berketul bukanlah sebab untuk anda terus berasa risau.

.

Ia berlaku kerana uterus anda menyingkirkan lapisan keluar daripada badan anda.

.

Namun, dari segi saiz pula, anda perlu berikan perhatian lebih.

.

Jika anda lihat ketulan yang bersaiz lebih besar daripada biasa, anda perlu segera berjumpa doktor.

.

Sama juga dengan darah haid berketul seperti hati ayam yang keluar bersama dengan pendarahan yang teruk.

.

.

Kenapa darah haid keluar banyak dan lama?

.

.

Darah Haid

.

Keadaan ini dikenali sebagai Menorrhagia dalam istilah perubatan.

.

Walaupun pendarahan teruk sewaktu haid merupakan perkara biasa, tidak semua wanita akan mengalaminya sehingga boleh dikategorikan sebagai menorrhagia.

.

Dapatkan rawatan daripada doktor anda jika anda mengalami masalah ini.

.

.

Kenapa darah haid tidak keluar?

.

.

Darah Haid

.

Bagi sesetengah wanita, apabila haid mereka datang lambat atau tidak datang, ia bukanlah semata-mata memberikan maksud bahawa anda sedang hamil.

.

Ia boleh disebabkan oleh ketidakstabilan hormon atau keadaan kesihatan yang tertentu.

.

Antara cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar dan petua keluarkan darah haid adalah:

  • Elakkan stress
  • Minum air masak secukupnya untuk melancarkan kitaran haid
  • Kerapkan bersenam kerana ia dapat melancaran aliran darah
  • Makan buah seperti betik, anggur dan nenas.

.

Anda boleh cuba petua lancarkan darah haid tersebut atau dapatkan pandangan serta nasihat doktor sebelum anda dapatkan ubat turun darah haid di farmasi.

.

.

Kenapa darah haid keluar sedikit?

.

.

Darah Haid

.

Darah sedikit atau darah haid sedikit dan hanya 2 hari mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

  • Usia
  • Kehamilan
  • Gaya hidup
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Masalah kesihatan seperti
    • Masalah thyroid
    • Polycystic ovary syndrome (PCOS)

.

Darah haid keluar sedikit tapi lama juga disebabkan oleh faktor-faktor yang dinyatakan diatas.

.

.

Kenapa darah haid tidak berhenti keluar?

.

.

Darah Haid

.

Jika ia keluar terlalu lama dan melebihi tempoh 15 hari, anda perlu perhatikan samada terdapat:

  • Perubahan warna yang termasuk dalam kategori membimbangkan
  • Keluar bau busuk

.

Jika ia berlaku, anda perlu segera untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor.

.

Selain itu, anda mungkin tertanya-tanya samada ada cara menghentikan ia dengan cepat atau tidak.

.

Ada beberapa cara seperti:

  • Mengambil ubat yang mempercepatkan pembekuan darah di rahim
  • Menggunakan menstrual cup yang lebih kepada menghalang ia daripada keluar
  • Melakukan pembedahan namun perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
  • Minum cuka epal
  • Minum lemon

.

.

Warna darah ini bukan sahaja perlu diketahui oleh wanita, malah ia juga perlu untuk diketahui dan difahami oleh lelaki.

.

Dengan cara ini, seorang lelaki mampu untuk mengetahui apa tindakan yang perlu diambil jika keluarnya warna darah atau darah haid yang memerlukan rawatan daripada pakar.

.

So, apa kata kalau anda share dengan pasangan anda artikel kali ini?

.

Biar sama-sama tahu dan peka dengan warna darah yang boleh berikan gambaran tahap kesihatan anda.

.

Sekian sahaja untuk artikel kali ini.

.

Kami harap anda memperoleh banyak manfaat daripada perkongsian kali ini.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga!