Kitaran haid tidak teratur tanda anda ada masalah kesihatan?

.

Kitaran haid adalah tempoh masa dari berlaku pendarahan yang keluar daripada faraj wanita sehingga berlakunya sekali lagi.

.

Selain haid, ia juga lebih dikenali sebagai period. 

.

Baca Juga : KEPUTIHAN – DARI WARNA, ANDA BOLEH LIHAT PENYAKIT APA ANDA ADA!

.

Kitaran Haid

.

Apabila cukup satu kitaran normal, badan anda akan mengeluarkan pengumpulan segala bahan yang ada pada lapisan di uterus anda.

.

Darah dan tisu akan mengalir keluar dari uterus anda menerusi bukaan kecil yang ada pada serviks anda.

.

Ia kemudiannya akan keluar menerusi faraj anda.

.

Sebenarnya kitaran ini adalah sebagai persediaan untuk proses kehamilan.

.

Jika tiada persenyawaan diantara sperma dan telur anda, paras hormon estrogen dan progesterone didalam badan anda akan mula menurun.

.

Apabila paras kedua-dua hormon ini jatuh pada tahap tertentu, badan anda akan bertindakbalas dengan berlakunya haid.

.

.

Kitaran Haid Normal VS Kitaran Haid Tidak Teratur

.

.

Kitaran Haid

.

Soalan yang paling kerap ditanya berkenaan kitaran haid normal adalah,

.

“Kitaran haid normal berapa hari?”

.

Kitaran normal biasanya akan berlangsung selama 28 hari namun ia akan berbeza bergantung kepada setiap wanita.

.

Bagi setiap wanita juga, anda mungkin akan mengalami tempoh kitaran yang berbeza setiap bulan.

.

Jadi, untuk menjawab soalan,

.

“Berapa hari kitaran haid normal?”

.

Kitaran Haid

.

Anda masih dikira sebagai normal jika kitaran haid anda diantara 24 sehingga 38 hari.

.

Ia bermaksud daripada masa hari pertama anda haid ke haid yang seterusnya adalah sekurang-kurangnya 24 hari namun tidak melebihi 38 hari.

.

Ada sesetengah wanita mempunyai kitaran yang sangat normal dan konsisten sehingga mereka boleh menjangka hari dan masa haid mereka akan datang.

.

Wanita lain juga mempunyai kitaran haid yang normal namun hanya mampu untuk menjangka bila haid akan datang dalam masa beberapa hari sebelum sahaja.

.

.

Soalan biasa bagi kitaran haid tak teratur pula,

.

“Kenapa kitaran haid tidak teratur?”

.

Kitaran Haid

.

Untuk menjawab soalan ini, anda perlu baca dengan teliti 7 perkara yang anda wajib tahu jika kitaran anda tidak teratur yang bakal kami kongsikan ini.

.

Ada beberapa sebab dan perkara yang menjadi punca dan kami akan kongsikan 7 yang paling kerap berlaku.

.

Baca Juga : DARAH HAID – 7 WARNA GAMBARAN KESIHATAN WANITA

.

1. Kehamilan

.

.

Kitaran Haid

.

Kehamilan boleh mengakibatkan anda untuk terlepas haid anda.

.

Antara simptom yang menjadi petanda awal kehamilan adalah:

  • Morning sickness
  • Pening kepala
  • Terlebih sensitif terhadap bau
  • Payudara menjadi lembut
  • Rasa lesu

.

Jika anda terlepas haid dalam kitaran yang sepatutnya atau anda lihat terdapat perubahan dalam kitaran anda dan anda telah melakukan hubungan seks, anda boleh lakukan perkara berikut:

  • Gunakan kit ujian kehamilan
  • Jumpa doktor

.

Kedua-duanya dilakukan untuk melihat samada anda telah hamil dan untuk mengetahui punca haid anda mulai tidak teratur.

.

Kitaran Haid

.

Namun, jika sewaktu tempoh tersebut anda merasakan rasa sakit yang mencucuk pada bahagian pelvis dan abdomen anda yang berlarutan selama beberapa minit, anda perlu jumpa doktor.

.

Ada kemungkinan anda mengalami:

  • Ectopic pregnancy
  • Keguguran

.

.

2. Pil Perancang

.

.

Kitaran Haid

.

Punca lain yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur adalah pil perancang yang mengandungi hormon atau intrauterine devices (IUDs) yang mengandungi hormon.

.

Kesannya terhadap tubuh badan anda adalah, anda akan mengalami pendarahan yang diluar dari kebiasaan.

.

Pil perancang juga akan mengakibatkan pendarahan kecil diantara kitaran haid dan akan turut mengakibatkan haid yang lebih ringan.

.

Kesan IUD pula adalah, ia mungkin akan mengakibatkan pendarahan yang lebih serius.

.
.

3. Menyusu Badan

.

.

Kitaran Haid

.

Jika anda mempunyai bayi yang menyusu badan, penghasilan hormon prolactin dalam tubuh anda akan menjadi lebih laju dari biasa.

.

Hormon ini berperanan dalam penghasilan susu badan.

.

Prolactin akan mengakibatkan hormon pembiakan anda dikekang sekaligus memberikan kesan haid ringan atau tiada haid langsung.

.

Perkara ini akan berlarutan selama anda memberikan susu badan.

.

Haid anda akan kembali semula apabila anda berhenti daripada memberikan susu badan.

.

.

4. Perimenopause

.

.

Kitaran Haid

.

Perimenopause merupakan titik perubahan sebelum anda memasuki fasa menopause.

.

Ia biasanya bermula apabila anda mula menginjak masuk ke usia 40-an.

.

Anda mungkin akan mengalami tanda dan simptom yang bermula 4 sehingga 8 tahun sebelum.

.

“Kenapa kitaran haid berubah?”

.

Itu jugalah persoalan yang bakal bermain dalam fikiran anda apabila anda mulai menginjak masuk kedalam fasa menopause.

.

Hal ini kerana paras estrogen dalam badan anda akan mula berubah samada bertambah atau berkurang tanpa ada pattern yang sekata.

.

Kitaran Haid

.

Ia sekaligus akan menyebabkan kitaran anda mulai berubah dengan menjadi lebih lama atau lebih pendek.

.

Tanda-tanda lain dan simptom perimenopause adalah:

  • Hot flashes – rasa panas pada bahagian tertentu badan
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Perubahan mood
  • Sukar untuk tidur
  • Kekeringan pada bahagian faraj

.

.

Polycystic ovary syndrome (PCOS)

.

.

Kitaran Haid

.

Kitaran haid yang tidak teratur juga menjadi tanda kepada PCOS.

.

Jika anda mengalami PCOS, anda berkemungkinan besar untuk terlepas haid dan mengalami pendarahan yang teruk apabila anda datang haid.

.

Jangan buat main dengan masalah PCOS ini.

.

Hal ini kerana ia juga boleh menyebabkan:

  • Masalah ketidaksuburan
  • Bulu wajah dan badan yang keterlaluan
  • Botak male-pattern
  • Pertambahan berat badan atau obesiti

.

.

6. Masalah Thyroid

.

.

Kitaran Haid

.

Didalam sebuah kajian pada tahun 2015 yang dicatatkan didalam The Journal of Obstetrics and Gynecology of India, mencatatkan 44% daripada 50 wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur turut mengalami masalah ini.

.

Masalah yang dimaksudkan adalah masalah yang berkaitan thyroid.

.

Hypothyroidism atau masalah thyroid tidak aktif akan mengakibatkan haid yang lebih lama, lebih berat atau teruk dan juga period cramp yang lebih teruk.

.

Anda juga berkemungkinan untuk mengalami:

  • Kelesuan
  • Rasa sensitif terhadap kesejukan
  • Pertambahan berat badan

.

Paras hormon thyroid yang tinggi yang juga dikenali sebagai hyperthyroidism akan mengakibatkan haid yang lebih pendek dan ringan.

.

Anda juga mungkin akan mengalami:

  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Anxiety
  • Rasa gelisah
  • Berdebar-debar

.

Bengkak pada bahagian dasar tengkuk anda juga akan menjadi satu lagi petanda yang anda mengalami masalah thyroid.

.

.

7. Uterine Fibroids

.

.

Kitaran Haid

.

Fibroid merupakan tumor berotot yang berkembang didalam dinding pada uterus anda.

.

Kebanyakan fibroid didalam kategori bukan kanser dan mempunyai saiz yang pelbagai.

.

Saiznya boleh jadi sekecil-kecil biji epal sehingga ke saiz buah anggur.

.

Fibroid juga boleh menjadi penyebab haid anda menjadi terlebih sakit dan berat sehingga boleh menyebabkan anemia.

.

Anda juga boleh mengalami:

  • Sakit atau tekanan pada bahagian pelvik
  • Sakit pada bahagian belakang
  • Sakit pada kawasan kaki
  • Sakit ketika melakukan seks

.

Kebanyakan masalah fibroid tidak memerlukan anda untuk mendapatkan rawatan dan kesemua simptom boleh diuruskan dengan ubat tahan sakit over-the-counter (OTC).

.

Anda juga boleh dapatkan iron supplement jika anda menghadapi anemia.

.

.

Bagaimana Cara Mengira Kitaran Haid?

.

.

Kitaran Haid

.

Kiraan kitaran anda bermula dari hari pertama berlakunya pendarahan haid seperti biasa.

.

Tompokan darah atau pendarahan yang sedikit tidak dikira.

.

Kitaran haid hari pertama adalah pada hari pertama anda haid dan sehingga haid anda yang seterusnya.

.

Ia berkemungkinan besar akan berubah dari segi jumlah hari diantara 24 hari, 28 hari dan 38 hari.

.

Kitaran haid waktu subur juga memerlukan anda untuk mengetahui cara mengira kitaran haid.

.

.

Kita akan sentuh berkenaan kitaran ini dan waktu subur dalam perkongsian yang lain. Okay?

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan kitaran haid dan 7 perkara yang anda wajib tahu jika kitaran anda tidak teratur.

.

Diharapkan perkongsian kali ini memberikan banyak manfaat buat anda. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!