Jenis pil perancang yang bakal anda gunakan adalah bergantung kepada pilihan anda sendiri.

.

Namun, sebaik-baiknya haruslah daripada hasil perbincangan dengan doktor.

.

Jika anda merupakan wanita yang aktif secara seksual namun ingin merancang keluarga, anda perlu pertimbangkan penggunaan pil perancang.

.

Pil Perancang

.

Pil perancang atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai contraceptive pill atau birth cotnrol pill merupakan ubatan yang diambil secara oral.

.

Tujuannya adalah untuk mencegah kehamilan dan merupakan diantara kaedah pencegah kehamilan yang paling efektif.

.

Jom baca perkongsian kali ini berkenaan pil perancang terbaik, kesan pil perancang dan bahaya pil perancang yang anda perlu tahu!

.

.

.

.

1. Jenis Pil Perancang Yang Ada Dalam Pasaran

.
.

a. Combination Pills

.

Pil Perancang

.

Combination pills mengandungi bentuk sintetik (buatan manusia) bagi hormon estrogen dan juga progestin.

.

Pil ini perlu dimakan dalam kitaran haid anda dan bagi pil jenis ini, kebanyakannya adalah aktif iaitu pil tersebut mengandungi hormon.

.

Ia juga turut mempunyai pil yang tidak aktif iaitu pil yang tidak mengandungi hormon.

.

Ada beberapa jenis pil perancang jenis combination pills ini seperti:

.

Baca Juga : KESUBURAN WANITA – 10 CARA UNTUK PELIHARA KESUBURAN

.

a. Monophasic pills

.

Pil Perancang

.

Ia digunakan dalam kitaran sebulan dan setiap pil aktif akan berikan anda jumlah dose hormone yang sama.

.

Pada minggu terakhir kitaran tersebut, anda perlu mengambil pil yang tidak aktif dan akan mengalami haid.

.

.

b. Multiphasic pills

.

Pil Perancang

.

Pil jenis ini pula akan digunakan dalam kitaran sebulan dan akan memberikan anda tahap hormon yang berbeza sepanjang kitaran haid anda.

.

Pada minggu terakhir kitaran haid anda, anda akan mengambil pil yang tidak aktif dan akan mengalami haid.

.

.

c. Extended-cycle pills

.

Pil Perancang

.

Pil ini pula biasanya akan digunakan dalam kitaran 13 minggu.

.

Anda perlu mengambil pil aktif selama 12 minggu dan pada minggu terakhir kitaran anda, anda perlu mengambil pil yang tidak aktif dan alami haid.

.

Kesannya, anda cuma akan mengalami haid sebanyak 3 ke 4 kali sahaja dalam setahun.

.

.

Contoh Jenama Combination Pills

.

.

Antara jenama yang biasanya digunakan oleh wanita sebagai pil perancang keluarga mereka adalah seperti berikut:

.

  • Azurette
  • Beyaz
  • Enpresse
  • Estrostep Fe
  • Kariva
  • Levora
  • Loestrin
  • Natazia
  • Ocella
  • Low-Ogestrel
  • Ortho-Novum
  • Ortho Tri-Cyclen
  • Seasonale
  • Seasonique
  • Velivet
  • Yasmin
  • Yaz

 

Didalam senarai diatas, pil perancang Yasmin merupakan diantara jenama yang paling kerap dan paling mendapat sambutan.

.

.

b. Progestin-only Pills

.

.

Pil Perancang

.

Jika dalam jenis combination pills, anda akan menemukan hormon progestin dan juga estrogen.

.

Didalam progestin-only pills pula anda hanya akan menemukan kandungan hormon progestin sahaja.

.

Pil jenis ini biasanya akan menjadi pilihan terbaik buat wanita yang tidak mampu untuk mengambil estrogen disebabkan oleh faktor kesihatan atau faktor lain.

.

Dengan progestin-only, kesemua pil yang anda akan ambil dalam kitaran ini adalah aktif.

.

Tiada satu pun pil yang tidak aktif jadi anda berkemungkinan untuk tidak akan mengalami haid langsung sepanjang tempoh ini.

.

.

Contoh Jenama Progestin-only Pills

.

.

  • Camila
  • Errin
  • Heather
  • Jencycla
  • Nor-QD
  • Ortho Micronor

.

Baca Juga : DARAH HAID – 7 WARNA GAMBARAN KESIHATAN WANITA

.

2. Macam Mana Nak Pilih Pil Perancang?

.

.

Pil Perancang

.

Sebagai wanita, anda perlu tahu bahawa bukan semua pil sesuai untuk anda gunakan.

.

Apa yang paling penting untuk anda lakukan adalah berbincang dengan doktor anda berkenaan pilihan mana yang terbaik untuk anda.

.

Antara perkara yang anda boleh pertimbangkan adalah:

  • Simptom kitaran haid anda
  • Samada anda menyusu badan atau tidak
  • Tahap kesihatan kardiovaskular anda
  • Keadaan kesihatan kronik anda yang mungkin anda ada
  • Jenis ubatan lain yang anda mungkin ambil

.

.

3. Macam Mana Sebenarnya Pil Ini Berfungsi?

.

.

Pil Perancang

.

Tidak dapat dinafikan masih ramai yang tidak jelas dengan bagaimana sebenarnya pil ini mampu membantu dalam merancang keluarga.

.

Combination pills berfungsi dalam dua cara:

.
.

a. Mengelakkan Ovulasi Berlaku

.

Pil Perancang

.

Ia bermaksud ovari anda tidak akan mengeluarkan/menghasikan telur setiap bulan.

.
.

b. Menebalkan Cervical Mucus

.

Pil Perancang

.

Pil ini akan menjadikan darah sebagai penyebab untuk cervical mucus anda menebal.

.

Mucus ini sebenarnya cairan yang berada di sekitar serviks anda yang membantu sperma untuk menuju ke uterus anda supaya persenyawaan boleh berlaku dengan telur.

.

Mucus yang tebal ini akan menghalang sperma daripada sampai ke uterus.

.

.

Progestin-only pills pula akan berfungsi dalam beberapa cara.

.

Cara utamanya adalah dengan menebalkan cervical mucus dan menipiskan endometrium. 

.

Pil Perancang

.

Endometrium merupakan lapisan pada bahagian uterus anda dimana telur akan diimplan apabila persenyawaan berlaku.

.

Jika lapisan ini lebih nipis, ia akan menjadi lebih sukar untuk telur berimplan pada bahagian tersebut.

.

Ia sekaligus akan mengelakkan anda daripada hamil dan pil ini juga akan menghalang ovuliasi daripada berlaku.

.


.

4. Bila Perlu Makan Pil Perancang?

.

.

Pil Perancang

.

Ia bergantung kepada jenis pil pilihan anda.

.

Combination pills datang dalam beberapa format yang berbeza seperti pek bulanan yang terbahagi kepada:

  • Kitaran 21 hari
  • Kitaran 24 hari
  • Kitaran 28 hari

.

Ada juga pek yang kitarannya sehingga 91 hari dan cara pengambilannya adalah sama iaitu sebiji pil pada waktu yang sama setiap hari.

.

Bagi progestin-only pills pula, ia hanya ada pek kitaran 28 hari.

.

Sama seperti combination pills, anda perlu mengambil sebiji pil setiap hari pada masa yang sama.

.
.

5. Berapa Lama Boleh Makan Pil Perancang?

.

.

Pil Perancang

.

Kebiasaannya anda perlu mengambil sebiji pil setiap hari selama 21 hari dan kemudian berhenti selama 7 hari.

.

Dalam tempoh ini, anda akan mengalami pendarahan yang sama seperti ketika berlakunya haid.

.

Anda perlu mengambil semula pil ini selepas 7 hari.

.

Ada sesetengah jenis pil boleh diambil tanpa ada gap langsung namun anda perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

.
.

6. Kesan Pil Perancang

.

.

Pil Perancang

.

Sebenarnya pil ini sangat selamat untuk wanita namun ia tetap datang dengan beberapa kesan sampingan dan risiko.

.

Hal ini kerana setiap wanita akan memberikan tindak balas berbeza dengan hormon yang ada dalam pil tersebut.

.

Antara kesan sampingan yang mungkin dialami adalah:

  • Kurang nafsu seks
  • Pening
  • Pendarahan diantara tempoh haid
  • Rasa sakit pada payudara

.

Pil Perancang

.

Jika anda mengalami tanda-tanda tersebut, ia mungkin akan beransur-ansur menjadi lebih baik selepas beberapa bulan penggunaan pil.

.

Namun, seandainya ia berlarutan, lebih baik jika anda berjumpa dengan doktor.

.

Antara saranan mereka nanti adalah menukar jenis pil perancang atau jenama pil perancang yang anda gunakan.

.

Selain itu, anda juga perlu tahu berkenaan risiko yang mungkin anda alami apabila anda mengambil pil perancang seperti penggumpalan darah.

.

Ia akan mengakibatkan:

  • Deep vein thrombosis
    • Serangan jantung
    • Strok
  • Pulmonary embolism

.
.

7. Risiko Pil Perancang

.

.

Pil Perancang

.

Secara keseluruhannya, risiko untuk anda mengalami gumpalan darah hasil penggunaan pil perancang adalah sangat rendah.

.

Menurut data daripada American Congress of Obstetricians and Gynecologist, daripada 10000 wanita, kurang daripada 10 sahaja yang berisiko mengalami masalah ini.

.

Risiko ini sebenarnya lebih rendah berbanding penggumpalan darah yang berlaku ketika hamil dan sebaik bersalin.

.

Ia sekaligus meningkatkan bahaya pil perancang semasa hamil.

.

.

Namun, jika anda mempunyai masalah berikut, risikonya akan lebih tinggi:

  • Masalah berat badan berlebihan
  • Tekanan darah tinggi
  • Terlalu lama terlantar di katil

.

Jika anda mengalami masalah diatas, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum anda mengambil pil perancang.

.

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini daripada kami berkenaan pil perancang dan 7 perkara yang anda perlu tahu sebelum mengambilnya.

.

Semoga anda mendapat manfaat yang luarbiasa hasil daripada perkongsian kali ini!