Bila search di Google, banyak sangat cara buat anak yang dikongsikan.
.
Bukan apa. Sudah menjadi impian para pasangan yang berkahwin untuk memiliki cahaya mata.
.
Jadi topik cara cara buat anak ini merupakan diantara topik yang sangat hangat dikongsikan di Google.
.
Tak salah pun untuk anda mencari cara tersebut.
.
Apa yang salahnya adalah jika anda tidak membuat kajian yang terperinci terlebih dahulu.
.
.
.
.
Salah juga jika anda menganggap cara buat anak suami isteri ini terhad pada hubungan seksual semata-mata.
.
Nak tahu apa lagi yang penting? Jom baca!
.
.
.
.
Cara Buat Anak – Tips Untuk Cepat Hamil
.
.
.
.
Untuk bahagian pertama perkongsian ini, ia lebih kepada fizikal dan kesihatan anda.
.
.
1. Jauhi Stress
.
.
.
.
Menurut Alice Domar, PhD, yang merupakan seorang pengkaji kesuburan dan juga Pengarah Eksekutif di Domar Center for Mind/Body Health IVF Boston,
.
“Badan anda sangat bijak, ia tahu (tempoh stress) bukanlah masa yang sesuai untuk anda mempunyai bayi.”
.
Beberapa kajian lain turut diketengahkan oleh Domar seperti wanita yang mempunyai air liur dengan tahap alpha-amylase yang tinggi juga sukar untuk hamil.
.
Enzim ini merupakan enzim yang menandakan seseorang itu sedang stress.
.
Ia akan mengambil masa 29% lebih lama untuk hamil berbanding mereka yang tidak mempunyai enzim ini didalam air liur mereka.
.
Selain itu, wanita yang stress juga tidak akan kerap melakukan hubungan seksual.
.
Ia juga akan membawa kepada masalah lain seperti merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan.
.
.
2. Jaga Berat Badan
.
.
.
.
Seperti apa yang pernah kami kongsikan dalam artikel yang menyentuh topik kesuburan, berat badan juga sangat mempengaruhi potensi anda untuk hamil.
.
Berat badan yang ideal sangat diperlukan jika anda ingin segera hamil.
.
Cara buat anak ini ternyata bukanlah apa yang anda harapkan kerana ramai dalam kalangan kita yang mengalami masalah untuk mengawal berat badan.
.
Jadi, suka atau tidak, bermula daripada saat ini anda perlulah memantau berat badan anda dengan sebaiknya.
.
Untuk mengetahui berapakah berat badan ideal anda, anda boleh gunakan kaedah pengiraan BMI (Body Mass Index).
.
Tak susah pun. Anda boleh terus taip di Google “BMI Calculator”.
.
Masukkan info yang diperlukan iaitu tinggi dan berat badan anda dan anda dah boleh dapatkan info mengenai berat badan anda samada ideal atau tidak.
.
Baca Juga : Kesuburan Wanita – 10 Cara Untuk Pelihara Kesuburan
.
.
3. Ambil Asid Folik
.
.
.
.
Para wanita pastinya sudah selalu dengar mengenai asid folik ini.
.
Terutamanya jika anda bakal mendirikan rumah tangga pasti ramai yang akan memberikan nasihat supaya anda mengambil asid folik.
.
Hal ini kerana asid folik sangat penting sebelum fasa kehamilan untuk menyediakan rahim anda.
.
Pada fasa kehamilan pula, ia sangat penting untuk pembentukan bayi anda terutamanya otak dan tulang belakang.
.
Banyak kes dimana bakal ibu yang mengabaikan pengambilan asid folik ini berakhir dengan air mata.
.
Bayi yang dikandung disahkan tidak mempunyai tempurung kepala dan beberapa masalah lain yang menyebabkan bakal ibu terpaksa menggugurkan kandungan.
.
Jadi, bersedialah dari awal dengan mengambil asid folik mengikut saranan doktor jika anda ingin hamil.
.
Baca Juga : Mengandung Kali Pertama? Jom Baca Apa Yang Anda Perlu Buat dan Elak!
.
.
4. Kira Kitaran Haid
.
.
.
.
Untuk cara buat anak kali ini pula, anda perlu mencatat kitaran haid anda.
.
Penting sebenarnya untuk anda mengetahui kitaran haid anda supaya anda dapat untuk melakukan kiraan yang lebih tepat berkenaan waktu subur anda.
.
Waktu subur setiap wanita adalah berbeza.
.
Namun, anda tidak perlu risau kerana ada cara untuk anda melakukan kiraan tersebut.
.
Kami juga ada berkongsi dengan lebih mendalam mengenai cara untuk mengira waktu subur anda.
.
Dengan cara ini, anda mampu untuk meningkatkan potensi kehamilan anda.
.
.
5. Tidak Berlebihan Dalam Bersenam
.
.
.
.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan senaman, badan anda akan menjadi lebih kuat dan cergas serta sihat.
.
Namun setiap perkara yang dilakukan secara berlebihan akan memberikan kemudharatan kepada tubuh badan.
.
Begitu juga dengan bersenam.
.
Menurut Dr James Goldfarb yang merupakan seorang Pengarah Klinik Kesuburan di Cleveland, Amerika Syarikat,
.
“Senaman yang berlebihan boleh mengurangkan potensi untuk berlakunya ovulasi.”
.
Dalam cara buat anak yang betul, anda perlu memastikan ovulasi berlaku.
.
Jadi, cuba untuk bersenam cukup pada kadar yang sepatutnya sahaja.
.
Hal ini kerana ia akan menyebabkan tubuh anda menjadi lemah sekaligus menjejaskan kesuburan anda.
.
Apapun, berapa banyak senaman untuk dikategorikan sebagai berlebihan bergantung kepada individu.
.
.
6. Elakkan Kafein Berlebihan
.
.
.
.
Memang kami tidak nafikan bahawa minuman berkafein mempunyai banyak kelebihan yang telah dibuktikan menerusi kajian saintifik terhadap kesihatan.
.
Sekalipun kami mencadangkan anda supaya tidak mengambil kafein secara berlebihan, masih belum anda bukti daripada kajian saintifik.
.
Namun, berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan, pengambilan minuman berkafein sebanyak 3 gelas sehari bersamaan dengan pengambilan 25 batang rokok.
.
Hal ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan negatif terhadap kesuburan anda.
.
Ingat semula apa yang kami katakan sebelum ini.
.
Benda yang baik sekalipun jika diambil secara berlebihan akan memberikan kemudharatan kepada diri anda.
.
.
.
.
7. Jangan Merokok
.
.
.
.
Kita semua sedia maklum bahawa merokok adalah sebuah aktiviti atau tabiat yang tidak baik untuk kesihatan.
.
Ditambah pula jika anda ingin segera mendapatkan anak kerana ia akan memberikan kesan kepada anda dan pasangan anda.
.
Buat lelaki, kesan daripada merokok ini akan menjejaskan kuantiti dan kualiti sperma yang dihasilkan.
.
Sperma yang tidak berkualiti tidak akan mampu untuk melakukan persenyawaan dengan telur.
.
Begitu juga buat wanita dimana rokok akan memberikan kesan negatif terhadap kualiti ovum dan juga kuantiti sel telur yang dihasilkan.
.
Hal ini sekaligus akan memberikan kesan negatif terhadap kesuburan anda dan pasangan anda.
.
.
Cara Buat Anak – Posisi Seks Terbaik
.
.
.
.
Bila sebut sahaja berkenaan cara buat anak pastinya posisi seks tidak boleh diabaikan.
.
Ada terlalu banyak posisi seks yang anda dan pasangan boleh cuba namun ada beberapa jenis posisi yang mampu untuk meningkatkan potensi kehamilan.
.
Jom lihat beberapa cadangan posisi yang anda boleh cuba bersama dengan pasangan anda!
.
.
1. Cara Buat Anak – Posisi Missionary
.
.
.
.
Posisi seks ini sebenarnya merupakan diantara posisi seks yang paling popular.
.
Sekalipun anda tidak tahu namanya, pasti anda akan tahu macam mana cara untuk melakukannya.
.
Menerusi posisi ini, pasangan anda dapat memaksimumkan penetrasi kedalam faraj anda.
.
Jadi, jika ejakulasi berlaku pada kedalaman yang paling maksimum, ia akan memudahkan sperma untuk sampai ke telur.
.
Hal ini sekaligus akan meningkatkan potensi untuk berlakunya kehamilan.
.
Anda juga boleh selitkan bersama dengan Coital Alignment Technique (CAT).
.
Teknik CAT ini adalah dimana pasangan anda akan mencondongkan badannya ke arah bahu anda.
.
Kemudian, pasangan anda perlu melakukan gerakan ke depan dan ke belakang.
.
Anda pula perlu untuk mengangkat pinggul anda supaya selari dengan pinggul pasangan anda.
.
.
2. Cara Buat Anak – Posisi Doggy
.
.
.
.
Cara buat anak dalam bilik atau cara buat anak di katil ini sebenarnya sangat popular buat mana-mana pasangan.
.
Anda akan menonggeng dengan perut anda lebih ke bawah berbanding dengan pinggul anda.
.
Dari sini, pasangan anda akan melakukan penetrasi ke dalam faraj anda dari belakang.
.
Posisi ini sebenarnya sangat membantu untuk memaksimumkan penetrasi.
.
Hal ini akan membuatkan sperma yang dilepaskan sewaktu ejakulasi lebih dekat dengan telur anda.
.
Kalau anda tak pernah cuba, bolehlah jadikan ia sebagai cara buat anak malam Jumaat yang baru untuk anda.
.
Oh. Anda juga boleh jadikan ini sebagai cara buat anak dalam bilik air.
.
3. Cara Buat Anak – Posisi Cowgirl
.
.
.
.
Jika tadi kami kongsikan posisi dimana lelaki yang berada diatas wanita.
.
Untuk posisi kali ini pula, wanita akan berada di atas lelaki.
.
Menerusi posisi ini, anda boleh mengawal kelajuan dan kedalaman penetrasi kedalam faraj anda.
.
Dengan ini, anda boleh lebih relaks dalam menikmati hubungan seksual anda.
.
Selain itu, anda boleh juga untuk condongkan badan anda kemana-mana posisi yang anda ingini.
.
.
Cara Buat Anak Dalam Islam
.
.
Didalam Islam sendiri sudah diberikan garis panduan bagaimana cara buat anak yang sebetulnya.
.
Apa yang paling penting adalah, jangan dilupakan untuk membaca doa sebelum bersetubuh.
.
.
.
.
Rumi: Bismillahi Allahumma jannibnasy syaitana wa jannibisy syaitana ma razaktana
.
.
Maksud: “Dengan nama Allah, ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Kau kurniakan kepada kami.”
.
.
Jangan dilupakan juga untuk membaca doa selepas bersetubuh.
.
.
.
.
Rumi: Alhamdulillahi lladzii khalaqa minal maa I basyaraa
.
.
.
Maksud: “Segala puji bagi Allah yang sudah menjadikan air mani ini menjadi manusia.”
.
.
Antara lain yang anda perlu lakukan adalah:
.
.
a. Dalam Keadaan Suci dan Bersih
.
.
.
.
Anda perlu pastikan diri anda dan pasangan berada di dalam keadaan yang suci dan bersih.
.
Maksudnya disini adalah anda dan pasangan perlu bebas daripada hadas kecil dan juga hadas besar.
.
Selain daripada mengelakkan jangkitan kuman dan bakteria, ia juga penting untuk memastikan anda dan pasangan “berselera”.
.
Ye la kan. Kalau buat dalam keadaan tidak bersih, pastinya sedikit sebanyak akan mengurangkan nafsu anda dan pasangan.
.
.
b. Berwudhu
.
.
.
.
Berwudhu perlu dilakukan sebelum dan selepas anda dan pasangan bersetubuh.
.
Hal ini kerana berwudhu merupakan cara untuk kita membersihkan diri.
.
Untungnya Islam ini adalah segala apa yang kita lakukan boleh menjadi ibadah selagi mana kita melakukannya dengan niat dan adab yang betul.
.
Selain itu, anda juga sangat disarankan untuk membuang air kecil terlebih dahulu sebelum dan selepas anda bersetubuh.
.
.
Rasanya itu sahaja perkongsian untuk perkongsian mengenai cara buat anak.
.
Semoga perkongsian kami kali ini memberikan banyak manfaat buat anda.