Tanda stress yang biasa anda jumpai selama ini mungkin hanya sebahagian sahaja.
.
Perubahan dari segi perasaan, hati, mudah marah dan sukar untuk mengawal diri.
.
Sebenarnya banyak lagi tanda stress yang wujud selain dari yang dinyatakan.
.
Tanda stress pada wanita juga boleh dilihat dari luaran atau perubahan fizikal tubuh badan.
.
Jom kami kongsikan kepada anda tanda stress pada badan berdasarkan reaksi fizikal seseorang.
.
.
Tanda-Tanda Stress Pada Fizikal
.
.
.
.
Tanda tanda stress pada badan yang dimaksudkan bukanlah perkara yang patut diambil ringan.
.
Anda akan merasa satu kerugian besar jika tidak mengawalnya dari awal.
.
Stress adalah tindak balas tubuh badan terhadap sesuatu mengikut situasi.
.
Ada yang terjadi dalam kehidupan harian dan ada juga yang berlaku untuk mengatasi masalah tertentu.
.
Tanda stress yang kami akan kongsikan ini perlu dikawal atau anda akan menerima padahnya untuk jangka masa yang panjang.
.
Baca Juga : Cara Melayan Suami Di Katil – Ketika Haid, Hamil Dan Berpantang
.
.
#1 Tanda Stress – Insomnia
.
.
.
.
Insomnia adalah gangguan kesihatan dimana anda akan mengalami masalah sukar untuk tidur.
.
Insomnia biasanya akan berlaku tiga kali dalam seminggu.
.
Mengikut kajian juga, risiko untuk wanita mengalaminya adalah sangat tinggi berbanding lelaki kerana perubahan hormon.
.
Insomnia juga adalah tanda stress kerja untuk wanita.
.
Berfikir dengan terlalu banyak dan tekanan di tempat kerja akan mengganggu ketenangan anda dirumah sehingga terbawa ke dalam tidur malam.
.
.
#2 Tanda Stress – Penyakit Kulit
.
.
.
.
Penyakit kulit seperti psoriasis dan jerawat boleh menjadi tanda stress untuk wanita.
.
Psoriasis adalah sebuah keadaan dimana kulit akan mengalami kemerah-merahan, gatal-gatal dan mengalami pengelupasan berbentuk sisik.
.
Anda juga akan mengalami masalah jerawat jika anda terlalu stress dan ia adalah perkara yang umum untuk masyarakat sekeliling.
.
Perkara ini disokong oleh kajian yang menunjukkan hubungan antara tahap tekanan psikologi dan masalah kulit sangat tinggi.
.
Tekanan pada skala yang besar akan memudahkan lagi anda terdedah kepada jangkitan kulit.
.
.
#3 Perubahan Berat Badan
.
.
.
.
Anda mungkin pernah mengalami masalah berat badan tidak stabil walaupun anda sedang diet atau aktif bersenam.
.
Jika anda mengalami situasi ini bermakna anda sedang menghadapi tekanan.
.
Tekanan yang berpanjangan akan menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol iaitu hormon yang menstabilkan metabolisme lemak dan karbohidrat.
.
Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak hormon kortisol, badan anda akan kurang pembakaran kalori.
.
Tekanan juga bukan sahaja akan menambah berat badan, ia juga dapat mengurangkan berat badan disebabkan adrenalin dalam darah.
.
.
#4 Tanda Stress – Rambut Gugur
.
.
.
.
Keguguran rambut adalah tanda stress teruk untuk wanita.
.
Keguguran rambut adalah perkara biasa untuk manusia, namun ia adalah tidak normal jika terlalu banyak rambut yang gugur.
.
Keguguran rambut terjadi disebabkan oleh pengeluaran androgen yang tinggi semasa anda stress.
.
Walaupun hormon androgen terkenal dengan hormon lelaki, hormon androgen juga dihasilkan dalam tubuh wanita.
.
Hati-hati para wanita, kawal stress anda jika tidak mahu rambut botak.
.
.
#5 Pernafasan Yang Laju
.
.
.
.
Tanda stress seterusnya adalah pernafasan yang laju.
.
Stress boleh menyebabkan otot yang membantu untuk pernafasan akan menegang.
.
Otot yang tegang akan menyukarkan anda untuk menghantar oksigen yang secukupnya kepada jantung.
.
Oksigen yang tidak cukup akan membuat jantung anda terpaksa untuk mengepam dengan pantas.
.
Anda terpaksa untuk bernafas dengan laju dan ia sangat bahaya jika dibiarkan kerana boleh mengakibatkan sesak nafas.
.
.
Tanda Stress Kronik Yang Bahaya
.
.
#1 Mimpi Yang Pelik
.
.
.
.
Apabila anda tidak cukup rehat atau kurang tidur, ia akan menyebabkan anda mula bermimpi yang pelik-pelik.
.
Kecelaruan dalam fikiran boleh membuatkan maklumat di dalam minda anda juga mempengaruhi gaya mimpi anda.
.
Ada sesetengah wanita yang menghadapi masalah ini sehingga terpaksa berjumpa dengan pakar psikologi.
.
Anda berkemungkinan tidak dapat bezakan yang mana satu realiti dan yang mana satu adalah mimpi.
.
Ini merupakan tanda stress yang kronik dan perlu mendapatkan nasihat pakar secepat mungkin.
.
.
#2 Nafsu Makan Menurun
.
.
.
.
Stress yang terlalu lama boleh menyebabkan anda hilang selera makan.
.
Ini jelas berlaku jika anda telah disajikan dengan makanan kegemaran tapi anda masih tidak mahu makan.
.
Kurang makan adalah satu perkara yang bahaya kerana ia akan mengganggu tenaga yang diperlukan oleh badan dalam kehidupan harian.
.
Sesetengah orang melihatnya sebagai satu kebaikan untuk kuruskan badan.
.
Akan tetapi, percayalah bahawa perkara ini akan lebih teruk kerana wajah anda juga akan kelihatan pucat dan badan anda akan kurus sehingga nampak begitu cengkung.
.
Baca Juga : Period Lambat – Normal Atau Tidak Untuk Wanita?
.
.
#3 Haid Tidak Menentu
.
.
.
.
Stress untuk wanita sangat berkait rapat dengan kitaran haid.
.
Stress boleh menyebabkan kitaran haid anda menjadi lambat dan tidak menentu.
.
Haid yang tidak menentu juga akan memberi kesan kepada kesuburan wanita.
.
Untuk wanita yang sedang berusaha untuk hamil, anda disarankan untuk tidak terlalu stress.
.
Kitaran haid tidak menentu juga boleh menyebabkan anda menghadapi masalah kelamin yang pasti anda tidak mahukan.
.
.
#4 Mata Bergerak Dengan Sendiri
.
.
.
.
Tanda stress kronik seterusnya adalah mata bergerak dengan sendiri.
.
Gejala ini biasanya terjadi selama beberapa minit pada sebelah mata.
.
Jika anda menghadapi gejala ini, anda disarankan untuk segera menutup mata, tenangkan fikiran dan tarik nafas sedalam yang mungkin.
.
Urut bahagian hujung mata menggunakan jari dengan perlahan.
.
Segera berjumpa dengan doktor jika ia berlaku dengan kerap kerana perkara ini boleh memberi kesan buruk pada bahagian mata.
.
.
#5 Tanda Stress – Masalah Jantung
.
.
.
.
Jantung adalah organ paling utama untuk anda teruskan hidup.
.
Tekanan yang tinggi boleh memberi kesan buruk kepada jantung.
.
Selain itu, anda juga akan dapat melihat bahawa tekanan darah anda akan meningkat tinggi.
.
Ini disebabkan pembuluh darah menjadi sempit dan ia sangat bahaya.
.
Pakar juga telah meletakkan bahawa punca utama masalah jantung adalah disebabkan tekanan yang kronik.
.
.
Cara Mengatasi Masalah Stress – Tanda Stress
.
.
.
.
Cara untuk mengatasi masalah stress bergantung kepada faktor berlakunya stress.
.
Anda perlu mengurangkan gejala-gejala yang boleh membawa kepada berlakunya stress.
.
Stress yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktivitinya.
.
Walau bagaimanapun, stress yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang akan memudaratkan kesihatan.
.
Anda boleh mengatasi masalah stress ini dengan mengamalkan kaedah seperti di bawah.
.
.
#1 Tanda Stress – Bertenang
.
.
.
.
Setiap kali anda merasa stress anda perlu menenangkan diri anda secepat mungkin.
.
Anda perlu bernafas dengan dalam kerana pengawalan terhadap pernafasan akan meningkatkan lagi pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam bdana.
.
Ia sekaligus akan mengurangkan ketegangan berlaku pada otot anda dan oksigen akan dipam masuk ke dalam otak anda dengan banyak.
.
Kandungan oksigen yang banyak dalam otak akan membuatkan anda menjadi lebih tenang.
.
Anda juga akan lebih mudah mengawal emosi dan berfikiran lebih waras untuk mengawal tekanan tersebut.
.
.
.
.
#2 Mendengar Alunan Muzik
.
.
.
.
Kajian mengatakan dengan mendengar alunan muzik yang lembut dapat mengurangkan stress.
.
Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan menjadi lebih bertenang.
.
Anda boleh mencuba mendengar alunan muzik yang perlahan, bunyi air terjun dan suasana alam semulajadi.
.
Muzik cukup sinonim dengan kehidupan harian di mana ia juga boleh memberi kesan yang positif untuk minda manusia.
.
Anda yang tidak suka mendengar muzik perlu mula membiasakannya diri dengan muzik kerana banyak kelebihan muzik dalam kehidupan.
.
.
#3 Berkongsi Perasaan Dengan Seseorang
.
.
.
.
Bercakaplah dengan kawan-kawan atau keluarga yang rapat dan selesa.
.
Luahkan dan kongsikan perasaan yang anda sedang rasai bersama mereka.
.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain, anda akan berasa sedikit lega dan ini dapat mengurangkan stress yang anda hadapi.
.
Perasaan yang terpendam akan menjadikan tekanan semakin meningkat.
.
Anda juga berkemungkinan akan mendapat jalan penyelesaian kepada tekanan yang anda hadapi apabila berkongsi dengan orang yang mengambil berat tentang anda.
.
Baca Juga : Cara Bersetubuh Dari Awal Hingga Akhir
.
.
#4 Beriadah Atau Bersenam
.
.
.
.
Anda perlu luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga, sendirian ataupun bersama rakan-rakan.
.
Lakukan aktiviti yang anda suka dan mengembirakan kerana perasaan yang gembira dapat mengatasi masalah tekanan yang anda hadapi.
.
Selain itu, bersenam juga adalah cara untuk mengatasi masalah tekanan.
.
Bersenam bukan sahaja dapat meningkatkan fizikal badan sahaja, ia juga dapat meningkatkan mental seseorang.
.
Terdapat kajian menunjukkan senaman boleh menyingkirkan emosi tekanan pada kebanyakan individu.
.
.
#5 Tanda Stress – Beribadat
.
.
.
.
Cara paling berkesan untuk anda mengurangkan stress adalah dengan beribadat.
.
Wanita yang beragama islam boleh mengamalkan zikir dan sembahyang apabila anda merasa tekanan.
.
Dalam islam, sebarang permasalahan jiwa ada jalan penyelesaian dan masih boleh ditangani dengan baik.
.
Islam mengajar kita supaya selalu berfikiran positif dan sentiasa bersabar walau dalam apa jua musibah yang mendatang.
.
Ingatlah, tiada satu makhluk pun yang dapat membantu anda selain Allah SWT.
.
.
Jenis Stress Yang Perlu Diketahui
.
.
.
.
Stress boleh terbahagi kepada beberapa klasifikasi bergantung kepada cara pandangan seseorang.
.
Cara pandangan merupakan tindak balas mental seseorang dalam menghadapi stress yang mendatang.
.
Tindak balas ini biasanya berbentuk buah fikiran dan persepsi individu terhadap stress tersebut.
.
Kebanyakan stress akan menyebabkan seseorang patah semangat dan ada juga yang membuatkan seseorang berusaha lebih untuk mengatasinya.
.
Antara jenis stress tersebut adalah:
.
.
#1 Eustress
.
.
.
.
Eustress merupakan stress yang positif kerana ia akan merangsang anda untuk menjadi lebih baik.
.
Stress jenis ini selalunya akan menyebabkan anda berasa begitu teruja, memberikan motivasi dan selari dengan potensi kemampuan anda.
.
Stress ini biasanya terjadi dalam jangka masa yang pendek.
.
Contoh situasi ialah perkahwinan, hari pertama pekerjaan di tempat baru dan menimang cahaya mata.
.
Eustress ini sangat baik dan sering terjadi kepada anda yang berfikiran positif.
.
.
#2 Distress
.
.
.
.
Distress adalah lawan kata bagi keadaan eustress.
.
Ia merujuk kepada jenis stress yang negatif.
.
Anda yang mengalami stress jenis ini akan patah semangat dan ada kalanya mengundang kepada masalah depresi.
.
Stress jenis ini biasanya melebihi kemampuan anda hingga menyebabkan anda hilang motivasi, mengundang masalah mental dan membuat orang sekeliling tidak selesa.
.
Antara contoh situasi adalah kematian orang tersayang, kerugian dalam perniagaan dan penderaan.
.
Itu sahaja perkongsian kami berkenaan tanda stress.
.
Semoga perkongsian kecil ini dapat membantu mengatasi masalah stress anda.
.
Akhir kata, jika anda menyedari tanda stress berlaku terhadap anda, cepat-cepatlah anda mengatasinya kerana mencegah lebih baik dari merawat.