Ibu bapa pasti teruja untuk menyediakan makanan bayi 6 bulan, betul tak?
.
Menurut perbadanan kesihatan seperti World Health Organisation (WHO) dan UNICEF Malaysia, usia bayi 6 bulan merupakan usia yang optimum untuk bayi mula mencuba makanan.
.
Perkara tersebut disokong dengan fakta bahawa sistem penghadaman bayi sudah cukup matang untuk menerima serta menelan makanan.
.
Pada usia 6 bulan juga kebanyakan bayi sudah mampu duduk tanpa sokongan dan menunjukkan bahawa otot dan organ bayi sudah cukup kuat.
.
Akan tetapi, ibu bapa disarankan untuk mengikuti 4 Days Wait Rule.
.
.
Apakah 4 Days Wait Rule – Makanan Bayi 6 Bulan?
.
.
.
.
4 Days Wait Rule adalah amalan untuk kekal pada satu jenis makanan selama tempoh 4 hari.
.
Kaedah ini juga adalah untuk memastikan makanan tersebut sesuai dengan bayi anda.
.
Contohnya jika anda memperkenalkan nasi pada hari isnin, kekalkan makanan tersebut sehingga rabu atau khamis sebelum menukar ke menu lain.
.
Cara ini juga dapat memudahkan ibu bapa untuk mengesan jenis makanan yang membuatkan bayi mengalami masalah penghadaman seperti cirit-birit, kembung perut atau sembelit.
.
Selain itu, tujuan utama 4 Days Wait Rule ini dijalankan adalah untuk mengesan sama ada bayi mempunyai alahan kepada apa-apa jenis makanan secara spesifik.
.
.
Sampai Bila Perlu Buat Kaedah Ini?
.
.
.
.
Apabila bayi anda sudah mencapai usia 9 hingga 10 bulan, anda pasti sudah terbiasa dengan jenis makanan yang sesuai untuk anak anda.
.
Anda sudah boleh mengurangkan jumlah hari percubaan makanan melainkan jika anak anda jenis yang begitu sensitif terhadap makanan.
.
Dengan cara ini, anda tidak perlu lagi teragak-agak untuk memberi campuran makanan kepada bayi anda.
.
Walaupun begitu, anda masih perlu memastikan makanan yang diberikan kepada bayi anda terutamanya makanan yang mengundang alahan seperti makanan laut dan telur sehingga usia bayi lebih dari 2 tahun.
.
Tempoh 2 tahun pertama adalah masa untuk memperkenalkan rasa dan tekstur makanan yang pelbagai kepada bayi.
.
.
Piramid Makanan Bayi 6 Bulan
.
.
.
.
Piramid makanan merupakan susunan makanan keperluan yang diperlukan dengan kuantiti makanan bayi 6 bulan dan sukatan makanan bayi 6 bulan.
.
Persediaan makanan bayi 6 bulan perlu mengikut keperluan dengan memperbanyakan makanan dibahagian bawah dan sedikit pada susunan atas piramid makanan.
.
Ianya adalah bagi mencapai gizi yang seimbang dan membentuk perkembangan mental bayi.
.
Justeru itu, otak dan sistem saraf bayi anda akan menerima nutrien yang mencukupi untuk berfungsi secara optimum.
.
Baca Juga : Cara Buat Anak – Tips & Trik Buat Pasangan
.
.
Makanan Bayi 6 Bulan Pertama
.
.
.
.
- Nasi atau bubur nasi sebagai sumber karbohidrat yang memberikan tenaga.
- Sayur dan buah-buahan sebagai sumber vitamin dan mineral.
- Protein sebagai sumber untuk membina otot tubuh bayi.
- Minyak sebagai sumber tenaga dan melincirkan tekstur makanan.
.
.
Menu Makanan Bayi 6 Bulan KKM
.
.
.
.
Pihak bahagian pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat panduan khusus sebagai rujukan kepada ibu bapa.
.
Ini boleh dilihat di dalam buku rekod kesihatan bayi masing-masing.
.
Ibu bapa tidak disarankan untuk memperkenalkan puri sayur atau buah-buahan sahaja pada awal tempoh resepi makanan bayi 6 bulan.
.
Perkara ini boleh menyebabkan bayi akan berisiko menjadi “picky eater”.
.
Bayi akan lebih memilih makanan yang manis sahaja berbanding makanan ruji harian seperti nasi.
.
.
Cadangan Cara Buat Makanan Bayi 6 Bulan
.
.
#1. Puri Pisang
.
.
.
.
Bahan-bahan:
- Beberapa ulas pisang yang telah dikupas dan dihiris kecil.
- Air masak, susu ibu atau susu formula.
.
Cara-cara membuat:
- Lenyekkan pisang tersebut.
- Panaskan pisang yang telah dilenyekkan selama 25 saat atau lebih untuk melembutkannya lagi.
- Campurkan dengan air atau susu untuk cairkan hidangan tersebut.
- Siap untuk dihidangkan.
.
.
#2. Puri Lobak Merah
.
.
.
.
Bahan-bahan:
- 1 batang lobak merah yang telah dibuang kulit dan dipotong kecil.
- Air masak / susu ibu / susu formula.
.
Cara-cara membuat:
- Cuci lobak merah sehingga bersih.
- Kukus lobak merah tersebut.
- Masukkan ke dalam blender dan kisar sehingga hancur.
- Cairkan dengan air atau susu.
- Siap untuk dihidang.
.
.
#3. Bubur Nasi
.
.
.
.
Bahan-bahan:
- ¼ cawan beras.
- 1¾ cawan air.
.
Cara-cara membuat:
- Cuci beras sehingga bersih dan kisarkan menjadi halus.
- Didihkan air.
- Masukkan beras yang telah dikisar dan kacau.
- Biarkan ia mereneh dan teruskan mengacau sekurang-kurangnya 10 minit.
- Siap untuk dihidang.
.
.
#4. Puri Lobak Merah Dan Labu
.
.
.
.
Bahan-bahan:
- 50 gram labu.
- ½ batang lobak merah bersaiz sederhana.
.
Cara-cara membuat:
- Potong labu dan lobak menjadi kecil.
- Masukkan lobak ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit sehingga lembut.
- Kemudian, masukkan labu dan renehkan selama 2 hingga 3 minit sehingga labu lembut.
- Selepas labu dan lobak lembut, kisarkan ia sehingga sebati.
- Masukkan sedikit air supaya ia lebih cair sedikit.
- Siap untuk dihidang.
.
.
#5. Puri Keledek Dan Bunga Kubis
.
.
.
.
Bahan-bahan:
- 1 biji keledek bersaiz sederhana.
- 50 gram bunga kubis.
.
Cara-cara membuat:
- Kupas kulit keledek.
- Bersihkan bunga kubis.
- Potong kedua-duanya kepada beberapa bahagian kecil.
- Kukus keledek dan bunga kubis selama 10 minit sehingga lembut.
- Kisarkan sehingga sebati.
- Masukkan sedikit air untuk cairkan sedikit.
- Siap untuk dihidang.
.
Baca Juga : Nama Anak Perempuan – 1300 Himpunan Nama Indah & Moden
.
.
Bayi Menangis, Resah Dan Tidak Selesa Ketika Buang Air Besar
.
.
.
.
Punca utama berlakunya masalah ini adalah disebabkan sembelit.
.
Sembelit terjadi disebabkan kekurangan air dan juga makan serat dalam badan untuk penghadaman bayi.
.
Kesannya, najis bayi akan menjadi keras dan menyukarkan bayi untuk membuang air besar.
.
Najis yang keras akan menyebabkan geseran pada otot lubang najis sehingga berlakunya luka dan sakit.
.
Antara punca yang biasa didengar adalah disebabkan minum susu formula.
.
Susu formula yang masuk ke dalam usus bayi lebih sukar dihadam berbanding susu ibu.
.
Jom kami kongsikan beberapa makanan bayi 6 bulan elak sembelit.
.
.
Makanan Terbaik Elak Bayi Sembelit
.
.
#1 Betik
.
.
.
.
Buah betik mengandungi serat dan vitamin A yang dapat membantu proses pencernaan makanan agar mudah dihadam.
.
.
.
.
#2 Lobak Merah
.
.
Lobak merah mempunyai serat yang tinggi dan sesuai dimakan sahaja, dibuat jus atau dimasak.
.
.
#3 Buah Naga Merah
.
.
.
.
Terdapat dua jenis buah naga dipasaran iaitu isi merah dan putih.
.
Untuk bayi 6 bulan adalah disarankan untuk makan buah naga berisi merah kerana ia lebih manis.
.
.
#4 Pisang
.
.
Pisang adalah makanan yang sering digunakan untuk melawaskan masalah sembelit untuk orang dewasa.
.
Pisang juga sesuai untuk diberikan kepada bayi.
.
Pisang mengandungi kanji BRS (Banana Resistant Starch) dan fiber bersama Pectin.
.
Ia bermanfaat untuk proses penghadaman dan kelembapan dalam najis.
.
.
#5 Tembikai
.
.
.
.
90% kandungan buah tembikai adalah air.
.
Tembikai sangat sedap dimakan sahaja, dibuat jus atau dimakan bersama nasi.
.
Tembikai mempunyai vitamin A dan C, asid folik dan magnesium.
.
Disebabkan banyak air dan serat, tembikai menjadi salah satu makanan terbaik untuk elak sembelit.
.
Baca Juga : Nama Anak Lelaki – 1800 Himpunan Nama Indah dan Moden
.
.
Penyediaan Makanan Bayi 6 Bulan Bagi Ibu Bekerja
.
.
.
.
Masakan untuk bayi memang memerlukan kesabaran dalam kalangan ibu bekerja.
.
Kalau nak masak bubur nasi sahaja sudah mengambil masa sejam untuk disiapkan, betul tak?
.
Oleh sebab itu, kami ingin kongsikan kepada anda cara buat stok makanan bayi 6 bulan yang mudah, cepat dan teratur.
.
Buat stok masakan dan freeze, 5 minit dah boleh siap masak.
.
.
#1 Puree Carrot
.
.
.
.
Pertama sekali anda perlu menyediakan beberapa batang lobak merah yang telah siap dibuang kulit.
.
Kami sarankan anda buat stok untuk seminggu terus.
.
Potongkan lobak kepada beberapa bahagian kecil.
.
Kukuskan lobak tersebut dan kisarkan sehingga halus.
.
Masukkan ke dalam bekas kecil yang sesuai untuk satu hidangan, kemudian freeze kan dalam peti sejuk beku.
.
.
#2 Puree Brokoli
.
.
.
.
Cuci brokoli sehingga bersih dan potong kepada beberapa bahagian kecil.
.
Kukus atau rebus brokoli tersebut sehingga lembut.
.
Kemudian kisarkan brokoli sehingga halus dan freeze dalam peti sejuk beku.
.
Jangan lupa untuk labelkan pada plastik atau bekas anda tarikh penyediaan bahan masakan itu supaya anda tidak tertukar dengan yang baru.
.
.
#3 Beras Frozen
.
.
.
.
Basuh beras sehingga bersih dan rendam beras tersebut selama 3 jam sehingga kembang.
.
Masukkan ke dalam bekas kecil untuk dua hidangan jika anda mahu makan bersama bayi anda.
.
Orang kata kalau ibu bapa berkongsi makanan dengan bayi dapat eratkan lagi hubungan antara mereka.
.
Dah siap masukkan ke dalam bekas, seperti biasa bekukan beras tersebut.
.
.
#4 Makanan Bayi 6 Bulan – Ayam Beku
.
.
.
.
Potong isi ayam kecil-kecil kemudian basuh ayam tersebut sehingga bersih.
.
Anda disarankan untuk membilas ayam tersebut dengan tepung gandum untuk menghilangkan hanyir ayam.
.
Bilas semula dengan air bersih dan masukkan ke dalam bekas untuk satu hidangan.
.
Bekukan ayam tersebut dan sedia untuk digunakan.
.
.
#5 Serbuk Ikan Bilis
.
.
.
.
Cuci ikan bilis sehingga bersih dan rendamkan ikan bilis tersebut selama 5 jam untuk membuang rasa masin.
.
Toskan ikan bilis kemudian sangai ikan bilis di dalam kuali tanpa menggunakan minyak.
.
Buka api dapur perlahan sahaja dan kacau sehingga betul-betul kering.
.
Kisarkan ikan bilis tersebut dan simpan dalam bekas kedap udara.
.
Simpan dalam peti sejuk biasa sahaja bukan sejuk beku.
.
.
#6 Makanan Bayi 6 Bulan – Chicken Bone Stock (CBS)
.
.
.
.
CBS merupakan superfood kepada bayi selain dapat meningkatkan imun badan bayi tersebut.
.
CBS juga merupakan bahan perasa semula jadi yang digunakan dalam masakan bayi tanpa bahan perasa tambahan seperti garam dan gula.
.
Bahan-bahan yang diperlukan agak banyak antaranya kaki ayam, bawang holland, bawang putih, daun seleri, lobak merah, kentang, tomato, asam keping dan rempah 3 beradik.
.
Basuh semua bahan tersebut kemudian renehkan selama 4 jam sehingga hancur lembut.
.
Tapis bahan rebusan dan buang sisa rebusan tersebut.
.
Anda hanya perlu mengambil air rebusan itu sahaja, masukkan ke dalam bekas kecil dan bekukannya.
.
Air rebusan ini sangat baik untuk kesihatan bayi.
.
Itu sahaja perkongsian kami berkenaan makanan bayi 6 bulan.
.
Semoga bermanfaat.