Tanda hamil mungkin dapat dilihat apabila perkara yang bakal kami kongsikan ini ada pada anda.
.
Anda mungkin tertanya-tanya samada anda hamil atau tidak.
.
Tapi ada juga yang terlupa dan terlepas pandang tanda hamil ini dan terlambat menyedarinya.
.
.
Kesan biasa yang dialami adalah keguguran.
.
Itu adalah perkara yang paling ingin dielakkan oleh mana-mana pasangan.
.
Jadi, sebelum terlambat dan berlakunya keguguran, jom baca tanda hamil yang anda perlu tahu.
.
.
.
.
Tanda Hamil Yang Biasa Dialami
.
.
.
Ada beberapa tanda hamil yang biasanya akan dialami oleh mana-mana wanita.
.
Jadi, pastikan anda benar-benar peka dengan tanda yang ada ini.
.
.
a. Tidak datang haid
.
.
.
Penting untuk anda mencatat kitaran haid anda.
.
Dengan cara ini anda boleh tahu samada anda mempunyai kitaran haid yang normal atau tidak.
.
Selain menjadi tanda penting kehamilan, ia juga boleh menjadi tanda jika anda mempunyai sebarang penyakit lain.
.
Jika anda berada didalam umur dimana anda mampu untuk hamil, jika seminggu telah berlalu daripada tarikh anda sepatutnya mula mengalami haid, anda mungkin hamil.
.
Namun, tanda hamil ini mungkin sedikit kurang tepat seandainya anda mengalami masalah haid tidak teratur.
.
.
b. Payudara yang semakin lembut dan membengkak
.
.
.
Pada peringkat awal kehamilan, perubahan hormon yang berlaku akan menyebabkan payudara anda menjadi lebih sensitif dan sedikit sakit.
.
Rasa tidak selesa ini akan berkurang selepas beberapa minggu.
.
Dalam tempoh beberapa minggu inilah badan anda akan mula menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.
.
Jadi, anda akan mula rasa biasa dan badan anda akan dapat menerima perubahan yang berlaku.
.
.
c. Rasa pening dengan atau tanpa muntah
.
.
.
Biasanya keadaan ini akan dikenali sebagai morning sickness.
.
Walaupun ada perkataan morning didalamnya, jangan salah faham pula.
.
Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan tanpa mengira samada waktu siang atau malam.
.
Biasanya ia akan bermula sebulan selepas anda mula hamil.
.
Namun, ada sesetengah wanita mengalami rasa pening ini lebih awal dan ada juga yang langsung tidak pernah merasainya.
.
Sebenarnya punca kenapa ibu hamil mengalami keadaan ini masih tidak jelas.
.
Apa yang pasti, perubahan hormon mungkin menjadi diantara penyebab utama yang memungkinkannya.
.
.
d. Kerap kencing
.
.
.
Ini merupakan keadaan yang anda perlu sesuaikan diri.
.
Rasa selalu ingin terkencing pastinya akan mengganggu anda pada peringkat permulaan.
.
Penat pun ada untuk berulang alik ke bilik air untuk kencing.
.
Ia disebabkan oleh jumlah darah didalam badan anda bertambah sewaktu hamil.
.
Sekaligus ia akan mengakibatkan buah pinggang anda memproses cecair berlebihan yang akhirnya akan berakhir di pundi kencing anda.
.
.
e. Rasa lesu
.
.
.
Rasa lesu pula biasanya merupakan diantara tanda hamil yang paling ketara.
.
Pada waktu ini, tahap hormon progesterone anda akan bertambah.
.
Ia sekaligus akan menyebabkan anda mudah untuk berasa mengantuk.
.
.
Tanda-Tanda Hamil Yang Lain dan Simptom
.
.
Antara tanda-tanda hamil lain dan simptom yang kurang ketara dan kurang jelas kelihatan adalah anda mungkin mengalami perkara berikut pada trimester pertama:
.
a. Moody
.
.
.
Antara tanda hamil yang kerap berlaku adalah anda mulai menjadi moody.
.
Pada awal kehamilan, hormon didalam badan anda akan bertambah dengan banyaknya dan akan mengakibatkan anda beremosi atau mudah sedih.
.
Antara lain yang kerap berlaku adalah mood swing.
.
.
b. Rasa kembung
.
.
Perubahan hormon yang berlaku pada fasa awal kehamilan mungkin menyebabkan anda untuk kerap berasa kembung.
.
Rasa ini hampir sama dengan apa yang anda rasa pada awal kitaran haid anda.
.
Sebab itulah ramai yang tersalah dan tertukar diantara tanda hamil dan juga haid.
.
.
.
.
c. Tompokan darah
.
.
.
Ia kadang-kadang akan keluar dalam jumlah yang sangat sikit dalam bentuk tompokan.
.
Tompokan ini akan menjadi diantara tanda hamil yang berlaku pada peringkat awal.
.
Ia merupakan proses implantasi dan pendarahan tersebut adalah disebabkan oleh proses tersebut.
.
Proses ini berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada lapisan uterus anda.
.
Biasanya ini berlaku sekitar 10 ke 14 hari selepas.
.
Selain itu, ia juga berlaku sekitar hari dimana anda didatangi haid dan bukan semua wanita akan melaluinya.
.
.
d. Kejang
.
.
.
Sesetengah ibu hamil akan mengalami masalah kejang pada peringkat awal kehamilan.
.
Namun, ada juga yang tidak mengalaminya.
.
Jadi, anda perlu tahu dan pastikan samada kejang yang anda alami ini disebabkan oleh kehamilan atau masalah lain.
.
.
e. Sembelit
.
.
.
Sembelit juga merupakan diantara tanda hamil yang paling kerap berlaku.
.
Jika anda memang merancang untuk hamil, anda perlu peka dengan segala tanda ini termasuklah jika anda mengalami sembelit.
.
Perubahan hormon akan mengakibatkan keadaan ini berlaku.
.
Ia akan menyebabkan sistem pencernaan anda mulai bergerak perlahan.
.
Jadi, ia akan mengakibatkan sembelit.
.
.
f. Tak lalu makan
.
.
.
Anda juga perlu peka dengan keadaan ini dimana anda menjadi terlebih sensitif.
.
Bau atau rasa yang anda gemari dan tak sukai juga akan berubah.
.
Jadi, pada masa ini mungkin sesuatu yang anda sukai anda akan mulai benci.
.
Anda juga mungkin akan mula menyukai sesuatu yang anda tak pernah sukai sebelum ini.
.
Sama seperti tanda hamil yang lain, semuanya berkait dengan perubahan hormon yang berlaku terhadap tubuh badan anda.
.
.
g. Hidung tersumbat
.
.
.
Masalah hidung tersumbat juga merupakan tanda hamil yang biasanya akan dilalui oleh ibu mengandung.
.
Ia adalah disebabkan oleh peningkatan paras hormon dan penghasilan darah.
.
Darinya, ia akan menyebabkan mucous membrane didalam hidung anda untuk membengkak.
.
Selain itu, ia juga akan membuatkannya mengering sekaligus mudah untuk terjadinya pendarahan pada hidung.
.
Ia juga boleh menyebabkan hidung anda tersumbat atau berair.
.
.
Adakah Anda Benar-Benar Mengandung?
.
.
.
Malangnya walaupun tanda hamil dan simptom ini ada banyak, tapi ia bukanlah unik untuk kehamilan semata-mata.
.
Ada sesetengahnya boleh menjadi tanda bahawa anda mempunyai masalah kesihatan atau tahap kesihatan anda bukanlah pada tahap terbaik.
.
Ia juga boleh menjadi tanda bahawa anda bakal didatangi haid.
.
Besar juga kemungkinan untuk anda hamil tanpa mengalami sebarang tanda hamil atau simptom seperti yang telah dikongsikan.
.
Jika anda terlepas haid dan perasan ada tanda hamil seperti diatas atau simptom-simptom yang berkaitan, terus dapatkan kit ujian kehamilan.
.
Jika kit tersebut menunjukkan anda positif hamil, anda boleh ke klinik untuk mendapatkan tindakan lanjut yang sesuai.
.
Lebih awal anda dapat mengesahkan bahawa anda sedang hamil, lebih cepat anda boleh pastikan anda menjaga kandungan anda dengan sebaiknya dan mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
.
Baca Juga : Tanda Hamil – Ketahuinya Untuk Elakkan Risiko Keguguran!
.
Sekian sahaja perkongsian kali ini mengenai tanda hamil.
.
Semoga bermanfaat!