Selalu sangat kita dengar mengenai peranakan jatuh kan?
.
Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan masalah tersebut?
.
Ia sebenarnya merupakan satu keadaan kesihatan yang anda semua perlu tahu.
.
Sebab itulah penting untuk anda memahami dengan sedalamnya mengenai masalah ini termasuklah punca, cara mengesan dan kesan kepada wanita.
.
.
Maksud Peranakan Jatuh
.
.
.
.
Ia juga turut dikenali dengan nama rahim jatuh.
.
Kedua-duanya merupakan keadaan yang terlalu kerap kita semua dengari.
.
Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai anterior vaginal prolapse juga dikenali sebagai rahim jatuh atau rahim turun.
.
Ia merupakan satu keadaan dimana tisu sokongan di antara pundi kencing dan juga dinding faraj yang menjadi semakin lemah.
.
Keadaan ini sekaligus akan menyebabkan keadaan pundi kencing anda menjadi tersembul masuk ke dalam faraj dan akan membawa banyak lagi masalah lain terutamanya selepas anda mengalami menopause.
.
Semuanya adalah kerana paras hormon estrogen yang ada didalam badan akan mulai turun secara mendadak.
.
Itulah yang biasanya menjadi punca masalah yang dialami oleh kebanyakan wanita ini.
.
Baca Juga : Apa Itu PCOS – Punca, Simptom Dan Rawatan
.
.
.
Tanda Peranakan Jatuh
.
.
.
.
Untuk mengetahui tanda-tanda peranakan jatuh atau simptom peranakan jatuh, anda boleh lihat dan perhatikan tanda-tanda dibawah ini.
.
Antara simptom atau tanda yang biasanya akan dialami oleh mereka yang menghadapi masalah ini adalah:
- Rasa tertekan pada pelvis dan faraj
- Ketidakselesaan sewaktu bersin, batuk, mengangkat barangan berat atau mencangkung
- Selalu rasa seperti ada lagi air dalam punding kecing dan tidak berasa kosong sekalipun sudah kencing
- Rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual
- Rasa sakit pada bahagian bukaan faraj
- Jangkitan pundi kencing yang berterusan
.
Ciri-ciri peranakan jatuh ini juga biasanya akan berlaku dan kelihatan lebih jelas serta ketara selepas mereka yang menghidap penyakit ini berdiri untuk satu tempoh masa yang lama.
.
Namun, kebanyakan pesakit turut menyatakan bahawa simptom ini akan mulai berkurangan atau hilang saat mereka berbaring.
.
Sebab itulah jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptomnya, atau anda mempunyai sebarang persoalan berkenaannya, segeralah untuk berjumpa dengan doktor.
.
Baca Juga : Fibroid dan Bahayanya Pada Wanita – Punca, Simpton dan Rawatan
.
.
Apa Punca Peranakan Jatuh?
.
.
.
.
Seperti apa yang telah kami kongsikan tadi, punca rahim jatuh adalah disebabkan oleh tisu sokongan yang berada di antara dinding faraj dan pundi kencing yang menjadi semakin lemah.
.
Namun, pasti anda tertanya-tanya apa punca sebenar yang menyebabkan masalah ini dan jika diikutkan, ada terlalu banyak sebab yang menjadi punca kepada keadaan ini.
.
Masalah kesihatan ini boleh berlaku kepada wanita dan kebiasaannya yang menjadi punca utama kepada masalah ini adalah tekanan pada bahagian lantai pelvis.
.
Untuk pengetahuan anda, lantai pelvis terdiri daripada beberapa bahagian tisu, otot, ligamen yang menjadi penyokong kepada organ-organ pelvis.
.
Kekuatan sokongan diantara kesemua bahagian yang disebutkan ini akan mulai menjadi semakin lemah dari semasa ke semasa.
.
.
Semuanya berpunca daripada beberapa faktor yang akan menjadi risiko seperti trauma.
.
Apa yang dimaksudkan dengan trauma disini adalah mungkin berpunca daripada beberapa perkara seperti proses kehamilan, kelahiran dan perkara lain yang menjadi sebab peranakan jatuh seperti:
- Batuk yang kronik
- Bersin tanpa henti
- Kerap mengangkat barang yang berat
- Sering meneran untuk membuang air
- Sembelit
- Genetik
- Obesiti
- Pernah melakukan pembedahan pelvis
- Pernah melakukan pembuangan rahim
- Menopaus
- Penuaan
.
Anda mungkin juga mempunyai masalah lain yang menjadi punca kepada masalah yang tidak kami nyatakan diatas.
.
Apa yang terbaik adalah anda perlulah berjumpa dengan doktor sekiranya anda inginkan bantuan dan penerangan yang lebih mendalam mengenai masalah ini.
.
Jika anda mengalami peranakan jatuh peringkat awal, ia juga dapat dikesan oleh doktor.
.
.
Jenis dan Keadaan Peranakan Jatuh
.
.
Untuk pengetahuan anda juga, ada beberapa jenis dan keadaan yang biasanya dialami oleh pesakit.
.
Antara jenisnya adalah:
.
.
a. Vaginal Vault Prolapse
.
.
.
.
Ia merupakan satu keadaan di mana kawasan yang berada pada bahagian atas faraj jatuh ke dalam kawasan ruang faraj.
.
Keadaan ini biasanya berlaku kepada wanita yang belum pernah melakukan pembuangan rahim.
.
.
.
.
b. Uterine Prolapse
.
.
.
.
Keadaan ini pula berlaku apabila rahim jatuh kedalam ruang faraj.
.
Ia berkemungkinan besar boleh untuk membengkak dan terkeluar daripada bukaan faraj.
.
.
c. Cystocele
.
.
.
.
Cystocele pula merujuk kepada keadaan di mana pundi kencing turun masuk ke dalam ruang faraj.
.
Ia biasanya berlaku bersama-sama dengan peranakan jatuh jenis urethrocele.
.
.
d. Urethrocele
.
.
.
.
Peranakan jatuh jenis ini pula berlaku dimana tiub uretra telah turun ke bahagian dalam ruang faraj.
.
Ia akan berlaku serentak dengan cystocele.
.
.
e. Rectocele
.
.
.
.
Rectocele pula merupakan keadaan dimana rektum mulai membengkak dan kemudiannya termasuk atau terkeluar daripada ruang faraj.
.
.
f. Enterocele
.
.
.
.
Enterocele pula merupakan keadaan dimana usus kecil mulai bengkak.
.
Ia kemudiannya akan melekat pada bahagian dinding belakang faraj.
.
Keadaan ini juga seringkali berlaku serentak dengan jenis vaginal vault prolapse.
.
.
Rawatan Peranakan Jatuh
.
.
.
.
Kami faham bahawa ia akan menjadi kerisauan buat anda semua sehinggakan ada yang mencari-cari ubat untuk peranakan jatuh, jamu untuk peranakan jatuh dan cara urut peranakan jatuh.
.
Kalau anda tanya mengenai urutan peranakan jatuh, agak susah untuk kami cadangkan urutan kerana risau anda tersilap mendapat rawatan sahaja.
.
Maklumlah bahawa urut peranakan jatuh ini bukan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.
.
Jadi, kami lebih cadangkan anda untuk mencari cara merawat peranakan jatuh yang lain.
.
Rawatan untuk peranakan jatuh yang biasanya dilakukan adalah dengan menjalani pemeriksaan terlebih dahulu.
.
.
Dari sini, anda boleh didiagnosis jenis mana yang anda alami dan rawatannya bergantung kepada keputusan anda sendiri.
.
Kebiasaannya doktor akan mencadangkan anda untuk menjalani prosedur pembedahan untuk merawat masalah ini.
.
Namun, ia bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan anda dan samada anda sanggup atau tidak untuk menjalaninya.
.
Rawatan lain selain daripada pembedahan adalah:
- Senaman kegel
- Penggunaan pesari sokongan
- Menjalani terapi estrogen
.
Bagi kami, sekalipun jika anda tidak mengalami masalah ini, anda tetap perlu untuk mengetahui cara mengatasi peranakan jatuh.
.
Anda boleh mulakan ia dari sekarang dengan membiasakan diri anda untuk melakukan senaman seperti senaman kegel.
.
Baca Juga : Senaman Kegel – Wajib Buat Wanita Bersalin Untuk Ketatkan Kembali Miss V
.
Yoga juga membantu, jadi anda boleh pilih mengikut apa yang anda lebih selesa.
.
Jadikan ia sebagai rutin harian anda kerana selain daripada dapat membantu mengelak masalah ini, anda dapat mengekalkan kesihatan anda juga.
.
Apa yang lebih menarik ialah ia turut dapat membantu anda mengawal berat badan anda.
.
Untuk mengatasi masalah ini, lebih baik jika anda mula untuk mengamalkan kehidupan yang lebih sihat.
.
Sekian sahaja perkongsian kali ini mengenai peranakan jatuh.
.
Semoga ia memberikan manfaat buat anda.