Fibroid merupakan ketumbuhan yang abnormal.

.

Ia biasanya akan terbentuk didalam rahim wanita.

.

Fibroid dalam rahim ini ada masanya ia akan membesar dan menyebabkan kesakitan.

.

fibroid

.

.

Apa Itu Fibroid?

.

.

.

Fibroid ada pada setiap wanita.

.

Bezanya adalah samada ia membesar atau tidak.

.

Maksud fibroid yang lebih tepat adalah tumor yang terhasil daripada sel otot lembut dan tisu penghubung fibrous.

.

Penyakit fibroid ini pula berbeza untuk setiap individu.

.

Ada diantara individu yang menunjukkan simptom dan ada juga yang tidak.

.

Ia juga termasuk dalam kategori ketumbuhan bukan kanser.

.

Punca fibroid pula masih tidak dapat ditentukan dengan tepat sehingga ke hari ini.

.

.

Nama Lain Fibroid

.

.

.

.

Fibroid turut dikenali dengan beberapa nama seperti:

  • leiomyomas
  • myomas
  • uterine myomas
  • fibromas

.

Menurut Office on Women’s Health, hampir 80% daripada wanita akan mula mengalaminya menjelang usia 50 tahun.

.

Namun, kebanyakan wanita tidak akan menunjukkan simptom fibroid.

.

Tak kurang juga yang terus tidak tahu mereka mempunyai fibroid.

.

.

Jenis Fibroid

.

.

Fibroid - Jenis Fibroid

.

.

Jenis fibroid akan dipengaruhi oleh lokasi dimana ia berada pada rahim wanita.

.

.

a. Intramural Fibroids

.

.

.

.

Ia merupakan jenis yang paling kerap dialami wanita.

.

Jenis ini akan muncul pada dinding otot rahim anda.

.

Ia berpotensi untuk membesar dan menyebabkan rahim anda melebar.

.

.

b. Subserosal Fibroids

.

.

Ia akan muncul pada bahagian luar rahim yang dikenali sebagai serosa.

.

Tidak mustahil untuk ia membesar sehingga menyebabkan rahim anda kelihatan besar sebelah.

.

.

c. Pedunculated Fibroids

.

.

Tadi kita ada sebut jenis serosal kan?

.

Untuk pedunculated fibroids pula, ia merupakan batang yang terhasil daripada serosal fibroids.

.

Tujuan batang ini adalah untuk memberikan sokongan kepada tumor tersebut.

.

.

d. Submucosal Fibroids

.

.

Jenis ini pula akan terbentuk pada lapisan tengah (myometrium) rahim wanita.

.

Ia merupakan jenis yang kurang kerap berlaku.

.

.

Apakah Punca Fibroid?

.

.

.

.

Sehingga ke hari ini, masih belum ada punca jelas mengenai pembentukannya.

.

Namun, ada beberapa perkara yang boleh menjadi faktor seperti:

.

.

a. Hormon

.

.

Fibroid

.

.

Estrogen dan progesteron merupakan hormon yang dihasilkan oleh ovari.

.

Ia akan mengakibatkan lapisan rahim untuk menjadi semakin lemah setiap kali kitaran haid berlaku.

.

Hal ini akan merangsang pertumbuhan fibroid.

.

.

b. Sejarah Keluarga

.

.

.

.

Biasanya masalah ini akan berlaku didalam keluarga.

.

Jika ibu, kakak, adik perempuan atau nenek mempunyai sejarah masalah ini, besar kemungkinan untuk anda mengalaminya juga.

.

c. Kehamilan

.

.

.

.

Fibroid ketika hamil juga merupakan diantara keadaan yang paling kerap berlaku.

.

Sewaktu hamil, penghasilan estrogen dan progesterone akan meningkat didalam badan.

.

Jadi, besar kemungkinan untuk ia berkembang dan membesar dengan laju pada waktu ini.

.

Baca Juga : Mengandung Kali Pertama? Jom Baca Apa Yang Anda Perlu Buat dan Elak!

.

.

Siapa Yang Berisiko Mengalaminya?

.

.

.

.

Wanita akan lebih berisiko untuk pembentukan tumor ini sekiranya mereka mempunyai satu atau lebih daripada faktor dibawah:

  • Hamil
  • Sejarah keluarga yang mempunyai fibroid
  • Berumur 30 tahun dan keatas
  • Berat badan berlebihan

.

.

Simptom Fibroid dan Tanda-tanda Fibroid

.

.

Fibroid - Simptom Fibroid

.

.

Simptomnya bergantung kepada jumlah tumor yang anda ada.

.

Selain itu, ia turut bergantung kepada lokasi dan saiz tumor tersebut.

.

Sebagai contoh, submucosal fibroids berkemungkinan mengakibatkan pendarahan teruk sewaktu haid dan kesukaran untuk hamil.

.

Jika saiz tumor tersebut adalah sangat kecil dan anda sedang melalui fasa menopaus, sukar untuk anda mendapat sebarang simptom.

.

Ia berkemungkinan untuk mengecut semasa atau selepas menopaus.

.

Hal ini kerana wanita akan mengalami penurunan tahap hormon estrogen dan progesterone pada saat ini.

.

.

Antara simptomnya adalah:

  • Pendarahan teruk diantara atau semasa haid termasuklah jika ada ketulan darah
  • Sakit pada bahagian pelvis dan bahagian bawah belakang badan
  • Kekejangan otot ketika haid yang teruk dan kerap
  • Kerap kencing
  • Sakit ketika bersetubuh
  • Haid yang lebih lama berbanding biasa
  • Rasa menekan atau penuh pada bahagian bawah abdomen
  • Bengkak atau pembesaran pada abdomen

.

.

Bagaimana Untuk Diagnosis Fibroid?

.

.

Fibroid - Diagnosis

.

.

Bagi proses diagnosis yang lengkap, anda perlu berjumpa dengan pakar sakit puan atau gynecologist untuk mendapatkan pemeriksaan pelvik.

.

Pemeriksaan ini biasanya dilakukan untuk memeriksa keadaan, saiz dan bentuk rahim anda.

.

Anda juga mungkin perlu untuk melakukan beberapa ujian lain termasuklah:

.

.

a. Ultrasound

.

.

Fibroid - Ultrasound

.

.

Ujian Ultrasound perlu untuk dilakukan bagi mana-mana wanita yang mempunyai simptom atau tanda-tanda fibroid.

.

Penggunaan teknologi gelombang bunyi berfrekuensi tinggi ini akan menghasilkan imej rahim anda pada skrin.

.

Ia akan membolehkan doktor untuk melihat struktur dalaman dan kewujudan fibroid.

.

Satu lagi jenis ujian ultrasound adalah transvaginal ultrasound.

.

Ujian ini memerlukan alat dimasukkan kedalam faraj.

.

Cara ini akan memberikan imej yang lebih jelas kerana ia lebih hampir dengan rahim anda.

.

.

b. MRI

.

.

Fibroid - MRI

.

.

Ujian ini juga boleh dilakukan pada pelvik anda.

.

Ia akan menghasilkan gambar yang lebih jelas terhadap rahim, faraj dan juga organ pelvik yang lain.

.

.

Rawatan Fibroid

.

.

Fibroid - Rawatan Fibroid

.

.

Mungkin anda yang membaca hingga ke bahagian ini tertanya-tanya samada ia boleh dirawat atau tidak.

.

Jangan risau kerana ada banyak jenis rawatan yang boleh dilakukan.

.

Doktor akan merangka satu plan rawatan bergantung kepada umur, saiz fibroid dan juga kesihatan anda secara menyeluruh.

.

Anda berkemungkinan besar akan menerima beberapa jenis kaedah rawatan yang berbeza.

.

.

Petua Tradisional Hilangkan Fibroid

.

.

Fibroid - Tradisional

.

.

Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk merawat masalah ini dengan rawatan di rumah dan semulajadi.

.

Ia akan memberikan kesan positif terhadap rawatan fibroid anda.

.

Antara rawatan tradisional atau rawatan sendiri yang anda boleh lakukan adalah:

  • Akupuntur
  • Yoga
  • Urut
  • Gui Zhi Fu Ling Tang yang merupakan rawatan tradisional Cina dimana anda mengenakan haba pada bahagian yang terlibat. (Elakkan jika anda mengalami pendarahan)
  • Mengubah diet. Ia sangat membantu jika anda mengikut pantang larang fibroid dimana anda perlu mengelak daripada mengambil daging dan juga makan berkalori tinggi. Sebaliknya, lebihkan makanan yang mengandungi flavonoid, sayuran hijau, teh hijau dan ikan seperti tuna dan salmon.

.

.

Menguruskan tahap stress anda dengan baik dan mengurangkan berat badan juga dapat membantu.

.

.

Ubat Fibroid

.

.

Fibroid - Ubat Fibroid

.

.

Kebiasaannya, jenis ubat untuk merawat fibroid adalah ubat yang dapat membantu untuk mengawal paras hormon anda.

.

Gonadotropin-releasing hormone (GnRH), seperti leuprolide (Lupron) akan menyebabkan paras estrogen dan progesterone untuk menurun.

.

Ia sekaligus akan memberhentikan kitaran haid dan mengecutkan fibroid.

.

Caranya adalah dengan memberhentikan penghasilan follicle-stimulating hormone (FSH) dan luteinizing hormone (LH) daripada badan anda.

.

Antara contoh ubat jenis ini adalah:

  • Ganirelix acetate, sejenis ubat yang disuntik
  • Cetrorelix acetate (Cetrotide), juga jenis ubat yang disuntik
  • Elagolix, jenis ubat yang diambil secara oral (ditelan, dimakan atau diminum)

.

Pilihan lain yang ada yang boleh membantu mengawal pendarahan dan kesakitan, namun tidak mampu untuk mengecut atau membuang fibroid adalah:

  • Intrauterine device (IUD) yang mengeluarkan hormon progestin
  • Ubat yang boleh didapati secara over-the-counter (OTC) seperti ubat pelega sakit anti-radang seperti ibuprofen (Advil)
  • Pil perancang kehamilan

.

.

Pembedahan

.

.

.

.

Biasanya pembedahan akan dilakukan untuk membuang tumor yang terlalu besar atau beberapa tumor yang membesar.

.

Keadaan ini dikenali sebagai myomectomy.

.

Myomectomy yang membesar pada bahagian abdomen memerlukan belahan pada bahagian abdomen.

.

Menerusi bahagian ini barulah rahim dapat dilalui dan proses untuk membuang tumor tersebut dapat dilakukan.

.

Pembedahan juga boleh dilakukan dengan cara laparoscopic.

.

Ia adalah proses dimana beberapa belahan kecil dilakukan untuk memasukkan alat pembedahan dan juga kamera.

.

Fibroid berkemungkinan besar akan kembali membesar selepas pembedahan dilakukan.

.

Jika keadaan anda semakin teruk atau tiada rawatan yang berjaya, anda mungkin memerlukan hysterectomy.

.

Namun, jika anda memilih untuk melakukannya, anda tidak akan mampu lagi untuk mendapat zuriat pada masa hadapan.

.

.

Kaedah Rawatan Lain Yang Ada

.

.

Fibroid

.

.

Kaedah pembedahan terkini tidak bersifat invasif seperti forced ultrasound surgery (FUS) juga boleh dilakukan.

.

Anda akan berbaring didalam mesin MRI khas yang membolehkan doktor untuk melihat keadaan dalaman uterus anda.

.

Gelombang bunyi bertenaga tinggi dan berfrekuensi tinggi akan dihalakan kearah fibroid anda untuk mengecut dan memusnahkannya.

.

Kaedah mylosis seperti Acessa akan mengecutkan fibroid dengan menggunakan sumber tenaga haba seperti aliran elektrik atau laser.

.

Manakala kaedah cryomyolysis pula akan membekukan tumor tersebut.

.

Kaedah endometrial ablation pula melibatkan kemasukan bahan khas kedalam rahim untuk memusnahkan lapisan rahim dengan menggunakan:

  • Haba
  • Aliran elektrik
  • Air panas
  • Kesejukan ekstrim

.

Fibroid - uterine artery embolization

.

Bagi kaedah rawatan yang tidak melibatkan pembedahan pula adalah uterine artery embolization.

.

Dalam prosedur ini, zarah akan disuntik masuk kedalam rahim untuk memutuskan aliran darah kepada tumor.

.

.

Apa Yang Anda Boleh Jangka Dalam Tempoh Masa Panjang?

.

.

.

.

Prognosis atau ramalan tentang penyembuhan sesuatu penyakit untuk kes ini bergantung kepada saiz dan lokasi fibroid anda.

.

Biasanya ia tidak memerlukan rawatan jika saiznya adalah kecil atau tidak menunjukkan sebarang simptom.

.

Jika anda sedang hamil dan menghadapi masalah fibroid, doktor akan memeriksa keadaan anda dengan penuh hati-hati.

.

Bagi kebanyakan kes, ia tidak akan mengakibatkan sebarang masalah sewaktu kehamilan.

.

Apapun, adalah lebih baik jika anda bertemu dengan doktor jika anda mengalami masalah ini sewaktu anda sedang hamil.

.

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga. Semoga bermanfaat!