Hi bakal ibu yang sedang mengandung kali pertama!

.

Macam mana keadaan anda sekarang?

.

Mesti perasaan anda bercampur baur kan.

.

Mengandung

.

Rasa risau jika berlaku apa-apa yang tak diingini.

.

Risau dengan segala perkongsian pengalaman mengandung para ibu yang anda baca selama ini.

.

Apapun, perasaan gembira pastinya lebih lagi kerana anda bakal menimang cahaya mata yang pertama.

.

.

Bukan semua wanita dapat merasai pengalaman menjadi ibu mengandung.

.

Ada yang bertahun lamanya menunggu untuk melalui fasa ini.

.

Ada yang tidak dikurniakan rezeki anak sehingga mimpi mengandung.

.

Mengandung

.

Baca Juga : KESUBURAN WANITA – 10 CARA UNTUK PELIHARA KESUBURAN

.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan dengan anda beberapa perkara yang anda perlu buat dan elak jika anda mengandung kali pertama.

.

Tapi sebelum tu kami akan kongsikan dengan anda beberapa perkara dahulu yang berkaitan dengan kehamilan.

.

Jom baca!

.

.

“Hari ke berapa boleh tahu mengandung?”

.

.

.

Tanda pertama yang anda akan nampak adalah 2 minggu selepas anda mengandung.

.

Anda akan terlepas haid anda.

.

Namun, tanda ini bukanlah satu tanda yang menjadi jaminan 100% kerana jika anda jenis yang mengalami haid tidak teratur, susah untuk anda perasan anda terlepas atau tidak.

.

Selain itu, tanda lain yang anda boleh lihat adalah berlakunya pendarahan.

.

.

Ada juga wanita yang mengalami rasa keras atau bengkak pada payudara.

.

Tanda-tanda ini juga sebenarnya hampir sama dengan tanda anda bakal mengalami haid.

.

Jadi, ia sangat mengelirukan sebenarnya.

.

Baca Juga : KITARAN HAID – 7 PERKARA ANDA WAJIB TAHU JIKA KITARAN HAID TIDAK TERATUR

.

.

“Berapa hari selepas bersama boleh mengandung?”

.

.

Anda tak akan terus mengandung pada hari anda melakukan hubungan seksual.

.

Ia akan mengambil masa sehingga 6 hari selepas anda melakukan hubungan seksual untuk sperma dan telur bersenyawa.

.

Kemudian, tiga ke empat hari pula diperlukan untuk telur yang dipersenyawakan untuk melekat pada dinding uterus.

.

Kehamilan bermula sewaktu proses implantation berlaku dan pada waktu inilah hormon yang diperlukan untuk kehamilan dikeluarkan.

.

.

Tanda Tanda Mengandung

.

Mengandung

.

Tanda mengandung atau soalan paling kerap ditanyakan wanita,

.

“Bagaimana nak tahu kita mengandung?”

.

Untuk mengetahuinya, anda perlu tahu simptom mengandung yang biasanya akan dialami.

.

Simptom mengandung 2 minggu, mengandung 2 bulan dan mengandung 4 bulan biasanya ada beberapa persamaan.

.

Antara simptom yang biasanya dialami oleh ibu mengandung adalah:

  • Mood swings
  • Kerap kencing
  • Sakit kepala
  • Sakit belakang atau pinggang
  • Rasa sakit dan bengkak pada payuadara
  • Kawasan puting menjadi gelap
  • Kelesuan
  • Morning sickness
  • Tompokan darah

.

“Bila alahan mengandung bermula?”

.

Mengandung

.

Biasanya ia akan bermula selepas anda mula mendapat tanda bahawa anda mengandung.

.

Alahan ini biasanya lebih dikenali sebagai morning sickness.

.

Para ibu akan mula mengalami rasa mual, loya dan muntah.

.

Ada sesetengah ibu mengandung mengalaminya dan ada juga yang tidak.

.

Walaupun namanya morning sickness, anda berkemungkinan untuk mengalaminya pada bila-bila masa sahaja.

.

.

Baca Juga : KEPUTIHAN : DARI WARNA, ANDA BOLEH LIHAT PENYAKIT APA ANDA ADA!

.

Mengandung Keluar Darah

.

.

.

Pendarahan biasanya berlaku dalam bentuk yang tidak kritikal.

.

Ia hanyalah dalam bentuk tompokan atau seperti anda datang haid.

.

Pendarahan berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada dinding uterus.

.

Ia berlaku sekitar 6 ke 12 hari selepas persenyawaan.

.

Keadaan ini juga biasanya mengelirukan wanita kerana mereka rasakan seperti mengandung tapi datang haid.

.

Jika anda perhatikan segala simptom mengandung ini, ia adalah hampir sama dengan simptom datang haid.

.

.

Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Ketika Mengandung

.

Berikut adalah senarai apa yang anda perlu lakukan ketika mengandung:

.

1. Mengambil multivitamin

.

.

Mengambil diet seimbang yang kaya dengan vitamin dan mineral merupakan cara terbaik untuk anda menyokong tumbesaran kandungan anda.

.

Diet yang sihat sahaja mungkin tidak mencukupi jika anda tidak mengambil vitamin prenatal seperti:

  • Asid folik
  • Kalsium
  • Zat besi

.

.

2. Tidur yang mencukupi

.

.

Fasa kehamilan memang penat dan menuntut anda untuk banyak berehat.

.

Jika anda berasa letih, tiada masalah untuk anda terus tidur.

.

Jika anda mengalami kelesuan, ia bermaksud badan anda memerlukan lebih banyak rehat lagi.

.

.

3. Bersenam

.

.

Jika anda mendapat kebenaran daripada doktor, anda boleh bersenam.

.

Namun elakkan beberapa aktiviti senaman seperti berbaring meniarap atau berdiri yang terlalu lama.

.

Antara senaman yang anda boleh amalkan adalah senaman kegel.

.

.

.

.

4. Makan makanan laut

.

.

Ambil makanan yang kaya dengan:

  • Omega-3
  • Zink
  • Zat besi

.

Kesemua nutrien yang disebutkan tadi sebenarnya sangat penting untuk ibu dan bayi.

.

Namun, jangan sesekali makan makanan laut yang mentah atau tidak cukup masak.

.

Ia mengandungi bakteria dan virus yang akan disingkirkan apabila ia dimasak.

.

Makanan laut yang mentah juga bahaya kerana ia mengandungi paras merkuri yang sangat tinggi.

.

Contoh makanan laut yang mengandungi merkuri tinggi:

  • Jerung
  • Ikan parang
  • King mackerel

.

.

5. Tambah berat badan dengan bijak

.

Mengandung

.

Biasanya anda akan dinasihatkan supaya makan untuk dua orang.

.

Namun, jangan jadikan ia lesen untuk anda makan ikut suka anda.

.

Jika terlebih makan sehingga mengakibatkan berat badan berlebihan, ia akan memberikan kesan buruk terhadap kandungan anda.

.

.

Apa Yang Anda Perlu Elakkan Ketika Mengandung?

.

.

6. Jangan makan daging mentah

.

.

Makan mentah atau yang tidak cukup masak seperti daging dan telur membawa beberapa risiko seperti:

  • Listeriosis
  • Toxoplasmosis
  • Keracunan makanan

.

Ia mampu meningkatkan risiko kecacatan kandungan atau keguguran.

.

.

7. Jangan ambil produk tenusu yang tidak dipasteur

.

Mengandung

.

Kalsium adalah sangat penting untuk bayi namun para ibu haruslah berhati-hati dengan sumber kalsium yang mereka dapatkan daripada produk tenusu.

.

Susu yang tidak dipasteur tidak dipanaskan untuk membunuh bakteria yang boleh mengakibatkan anda jatuh sakit.

.

.

8. Jangan berendam dalam tub panas atau sauna

.

Mengandung

.

Hal ini kerana ia berisiko untuk membuatkan suhu badan anda bertambah dan akan meningkatkan risiko kecacatan kandungan.

.

.

9. Jangan minum kafein berlebihan

.

Mengandung

.

Kafein mampu bergerak menerusi placenta dan meningkatkan kadar denyutan nadi bayi anda.

.

Ia sebenarnya masih lagi selamat untuk wanita mengandung mengambil secawan atau dua cawan kopi sehari.

.

.

Mengandung Luar Rahim

.

Mengandung

.

Masalah ini sebenarnya dikenali sebagai ectopic pregnancy yang membawa maksud di tempat yang salah.

.

Hampir 95% daripada kes ini, implantasi berlaku dalam fallopian tube dan apabila ia berkembang akan mengakibatkan kesakitan dan pendarahan.

.

Jika tiada tindakan diambil, tiub tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.

.

Kes sebegini boleh dikategorikan sebagai kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa.

.

Bagi kes kehamilan seperti ini, ia tidak dapat dialihkan kedalam rahin dan harus digugurkan sepenuhnya.

.

.

Amalan Untuk Ibu Mengandung

.

Mengandung

.

Antara amalan kerohanian yang anda boleh amalkan untuk kandungan anda adalah surah dan doa.

.

.

Surah untuk ibu mengandung

.

.

1. Surah Al-Fatihah

.

Diamalkan untuk menguatkan ingatan dan menerang hati.

.

2. Surah Maryam

.

Biasanya ia diamalkan untuk memudahkan ibu bersalin dan mendapat zuriat yang taat dan mempunyai kesabaran yang tinggi.

.

3. Surah At-Taubah

.

Sebagai amalan supaya zuriat dibersihkan jiwa dan dipelihara daripada maksiat.

.

4. Surah Yusuf

.

Diamalkan dengan harapan supaya zuriat yang dilahirkan cantik akhlak dan paras rupanya.

.

5. Surah Yasin

.

Dibaca untuk memberikan ketenangan jiwa.

.

6. Surah Al-Hujurat

.

Doa untuk memperbanyakkan susu ibu

.

7. Surah Luqman

.

Diamalkan oleh ibu mengandung supaya zuriat yang dilahirkan cerdik akal dan fikiran serta terang hati.

.

.

Doa ibu mengandung

.

.

Doa yang biasanya diamalkan oleh ibu mengandung adalah seperti berikut:

.

“Ya Allah, jagalah anakku selama ia berada dalam perut istriku, sehatkan ia, sesungguhnya Engkau Yang Maha Menyehatkan, tak ada kesehatan kecuali kesehatan dari-Mu, kesehatan yang tak terganggu penyakit. Ya Allah, bentuk ia yang ada di perut istriku dalam rupa yang baik, tetapkan dalam hatinya keimanan pada-Mu pada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkan dia dari perut istriku pada saat kelahirannya secara mudah dan selamat. Ya Allah, jadikan ia utuh, sempurna, berakal, cerdas, banyak beramal. Ya Allah, panjangkan umurnya, sehatkan jasadnya, baguskan rupanya, dan fasihkan lisannya untuk membaca hadits dan Al-Qur’an Yang Agung, dengan berkah Nabi Muhammad SAW. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam.”

.

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan apa yang perlu buat dan elakkan ketika mengandung.

.

Apa yang penting sentiasa letakkan pengharapan dan kebergantungan yang tinggi terhadap Allah S.W.T dalam apa jua keadaan.

.

In shaa Allah zuriat yang dikandung akan selamat dan lahir dengan sempurna.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga!