Keputihan wanita boleh menjadi petanda tahap kesihatan anda.
.
Itu fakta.
.
.
Pernah kan bila anda lihat pada seluar dalam anda atau ketika anda memeriksa faraj, anda melihat lelehan padanya?
.
Mungkin anda tertanya-tanya apakah ia yang sebenarnya dan apa sebab ia keluar kan?
.
Jangan risau. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan secara terperinci dengan anda berkenaan keputihan yang perlu anda tahu.
.
.
.
.
Masalah Keputihan – Normal atau Tidak?
.
.
Ia juga turut keluar dalam bentuk lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu merupakan bahan buangan yang keluar daripada faraj.
.
Masalah ini sebenarnya dihadapi oleh ramai wanita.
.
Ia boleh jadi sesuatu yang normal dan boleh jadi berbahaya.
.
Bagi wanita yang berkahwin, statistik menunjukkan hampir 75% wanita berhadapan dengan masalah ini.
.
Apa yang lebih menarik adalah statistik ini turut mengaitkan masalah ini sebagai berpunca daripada aktiviti seksual.
.
Namun, masih ramai lagi sebenarnya wanita yang tidak menyedari akan risiko dan bahaya penyakit ini.
.
.
Hal ini kerana ramai yang beranggapan bahawa ia adalah perkara biasa sebelum haid.
.
Sebagai wanita, anda perlu mempunyai pengetahuan dan informasi lanjut berkenaan masalah ini supaya anda dapat memastikan kesihatan anda terpelihara.
.
Baca Juga : KANSER RAHIM : TANDA DAN BAHAYANYA UNTUK WANITA
.
.
Punca Keputihan
.
.
Ada banyak sebenarnya faktor yang menyumbang kepada masalah ini.
.
Antara faktor penyebab adalah:
.
.
a. Kebersihan diri
.
.
Ramai wanita yang mengabaikan kebersihan diri mereka terutamanya pada bahagian faraj.
.
Hal ini akan mengakibatkan risiko untuk faraj anda dijangkiti bakteria meningkat.
.
Apa yang perlu anda lakukan adalah pastikan faraj anda dicuci dengan air bersih.
.
Pastikan juga ia sentiasa kering setiap kali selepas anda membuang air kecil.
.
Begitu juga ketika anda selesai melakukan hubungan seksual.
.
.
b. Hormon badan
.
.
Ramai juga wanita masa kini yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon dalam badan mereka.
.
Masalah ini akan menjadi punca kepada masalah ini.
.
Antara faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan ini adalah:
- Hormon estrogen yang dirembes oleh wanita hamil akan membuatkan lebih mudah untuk kulat melekat pada dinding faraj
- Pengambilan ubat seperti antibiotik secara berlebihan untuk satu tempoh jangka masa yang lama akan menyumbang kepada pertumbuhan patogen
- Tekanan atau stress akan mempengaruhi aktiviti normal otak dan menyebabkan ketidakseimbangan pengambilan hormon
- Pengambilan pil perancang keluarga
.
.
c. Gaya hidup
.
.
Wanita yang mengamalkan aktiviti seksual yang tidak sihat akan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan faraj.
.
.
d. Tahap kesihatan
.
.
Wanita yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah ini.
.
Ia disebabkan oleh kandungan gula yang sangat tinggi yang akan menggalakkan pertumbuhan kulat di bahagian faraj.
.
Penyakit lain yang mampu meningkatkan risiko masalah ini adalah:
- AIDS
- Kanser
- Leukemia
.
.
Jenis Keputihan
.
.
Biasanya ia terbahagi kepada dua jenis iaitu:
- Keputihan fisiologis
- Keputihan patologik
.
.
.
.
a. Fisiologis
.
.
Jenis fisiologis biasanya adalah normal.
.
Ia juga tidak akan datang bersama dengan gejala penyakit.
.
Biasanya berlaku pada wanita sebelum haid.
.
Pada masa ini akan keluar lelehan lendir:
- Berwarna putih atau krim
- Tidak berbau
- Tidak menyebabkan gatal pada faraj
- Ia juga keluar dengan sedikit dan dalam bentuk cecair
.
.
b. Patologik
.
.
Jenis ini adalah lebih kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti:
- Berlendir
- Berwarna kuning, kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Menyebabkan kegatalan pada faraj
.
Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat.
.
Masalah ini perlu dirawat dengan segera.
.
Keputihan gatal juga adalah disebabkan oleh jenis ini.
.
Baca Juga : FARAJ BERBAU : TIPS ELAKKAN BAU YANG BUATKAN SUAMI HILANG NAFSU!
.
.
Cara Mencegah dan Cara Merawat Keputihan
.
.
Cara menghilangkan keputihan memerlukan anda mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi mengenai keputihan terlebih dahulu.
.
Jika tidak, cara hilangkan keputihan ini tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya.
.
Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk memastikan anda dapat mencegah ia daripada berlaku seperti:
- Pastikan faraj anda dalam keadaan bersih dan kering
- Jangan gunakan produk pembersih faraj kerana ia akan merosakkan kestabilan pH
- Tukar pad dengan kerap semasa haid
- Gunakan panty liner pada masa yang diperlukan sahaja.
- Elakkan pemakaian seluar dalam yang ketat dan daripada material satin
- Kurangkan pengambilan gula yang tinggi
- Elakkan aktiviti seks rambang
- Basuh faraj anda setiap kali selepas buang air kecil atau selesai melakukan seks
- Elakkan diri anda daripada terlebih stress
.
.
Ubat Keputihan
.
.
Banyak juga sebenarnya ubat keputihan yang ada dijual di pasaran.
.
Nasihat kami adalah lebih baik untuk anda berjumpa dengan doktor dan mendapatkan pemeriksaan rapi terlebih dahulu.
.
Hal ini kerana ada kemungkinan apa yang berlaku pada anda bukanlah keputihan yang biasa.
.
Jika ini berlaku dan ditambah pula dengan anda tersilap memilih ubat, risau akan berlaku masalah lain pula.
.
.
Keputihan Semasa Mengandung
.
.
Keputihan semasa hamil ini adalah normal dan juga turut dikenali sebagai leukorrhea dan ia bersifat:
- Cair
- Putih
- Berbau yang tidak terlalu kuat
.
Menurut salah seorang pakar yang berkhidmat di Province Saint John’s Health Center, California, ia merupakan salah petanda jika seseorang itu hamil.
.
Keputihan tanda hamil ini adalah bila berlakunya peningkatan cecair dan ia akan berterusan untuk berlaku dalam tempoh ini.
.
Ia boleh berlaku seawal seminggu atau dua minggu sebaik sahaja anda hamil.
.
Malah, ada sesetengah keadaan dimana ia akan berlaku sebelum anda berhenti haid disebabkan oleh kehamilan.
.
Sepanjang tempoh kehamilan juga anda akan melihat ia berlaku dengan lebih jelas dan ketara.
.
Ia juga akan menjadi lebih jelas pada fasa akhir kehamilan anda berserta dengan lendir yang pekat.
.
Keputihan berdarah juga ada kemungkinan untuk berlaku sebagai tanda awal sebelum anda bersalin.
.
Baca Juga : PIL PERANCANG – KETAHUI 7 PERKARA INI SEBELUM ANDA MENGAMBILNYA!
.
.
Masalah Lain Melibatkan Keputihan
.
.
Keputihan yang tidak normal adalah seperti berikut:
- Keputihan berketul
- Keputihan berbau
- Keputihan kuning
- Keputihan coklat
.
Ia berkemungkinan besar adalah disebabkan oleh yis atau jangkitan bakteria.
.
Kedua-dua perkara tersebut biasanya menjadi faktor kepada masalah ini.
.
Jika ia mula mengeluarkan bau busuk, lebih baik sekiranya anda terus berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan awal.
.
.
Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan masalah keputihan yang anda perlu tahu.
.
Pastikan anda melakukan segala langkah pencegahan yang kami kongsikan dengan sebaiknya.
.
.
Adalah lebih baik untuk anda mencegah berbanding merawat.
.
Selain itu, anda juga perlu untuk lebih peka dengan keadaan tubuh badan anda.
.
Perhatikan setiap perkara yang keluar daripada faraj anda dan jika terdapat perkara yang pelik seperti keputihan abnormal, terus berjumpa doktor.
.
Jangan bertangguh dan beringatlah sebelum terlambat.
.
Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga.
.
Semoga bermanfaat!