Air mani wanita? Bunyi macam pelik je kan? Tetapi untuk pengetahuan semua, wanita juga mempunyai air mani.
.
Air mani lebih sinonim dengan kaum adam hingga menimbulkan tanda tanya berkenaannya buat wanita.
.
Air mani lelaki adalah sejenis cecair likat yang mengandungi sperma, manakala bagi wanita pula merupakan sejenis cecair likat yang tidak mengandungi sperma.
.
Fungsi air mani bagi wanita adalah untuk menunjukkan bahawa wanita telah mencapai tahap kepuasan yang maksima ketika berhubungan intim.
.
Ramai juga yang tersalah erti antara air mani dan air mazi wanita.
.
.
Perbezaan Air Mazi Dan Air Mani Wanita
.
.
.
.
Air mazi adalah cecair jernih yang keluar disebabkan rangsangan awal pada permulaan berhubungan intim.
.
Air mani pula adalah cecair likat yang keluar disebabkan rangsangan klimaks ketika berhubungan intim.
.
Ulama ada menyatakan bahawa air mazi adalah najis tetapi air mani itu suci dan bukan najis.
.
Jika terdapat air mani yang melekat pada pakaian, ibadah anda masih dikira sah tetapi amatlah disarankan untuk membersihkannya dahulu.
.
.
Jika air mazi yang melekat pada pakaian, anda perlu membersihkan diri dan menukar pakaian sebelum beribadah.
.
Walaupun air mani itu bukan najis, anda wajib untuk mandi junub sebelum menunaikan ibadah.
.
Lain pula dengan air mazi, anda hanya perlu menyucikan diri dengan mandi biasa sahaja.
.
Fahami perbezaan ini betul-betul ye.
.
Baca Juga : Darah Nifas – Semua Yang Anda Perlu Tahu
.
.
Air Mani Wanita Membatalkan Puasa?
.
.
.
.
Hukum keluar air mani ini adalah sama sahaja untuk kaum wanita dan kaum lelaki.
.
Apabila air mani dikeluarkan secara sengaja seperti berhubungan intim, masturbasi dan melakukan perkara yang menaikkan syahwat, maka anda diwajibkan untuk mandi junub sebelum melakukan sebarang ibadah.
.
Terdapat dua situasi yang berbeza apabila keluar air mani di bulan puasa.
.
.
Keluar Air Mani Pada Malam Hari
.
.
.
.
Jika seseorang mengeluarkan air mani dengan sengaja atau tidak sengaja pada malam hari, maka dia boleh sahaja meneruskan puasanya tanpa perlu mandi junub dahulu.
.
Mandi junub sunat dilakukan sebelum terbitnya fajar, makruh selepas masuknya waktu subuh.
.
Namun, puasanya masih sah dan boleh diteruskan seperti biasa.
.
.
Keluar Air Mani Pada Siang Hari
.
.
.
.
Situasi kedua adalah apabila seseorang itu keluar air mani pada siang hari dengan sengaja, maka terbatallah puasanya dengan serta merta.
.
Walau bagaimanapun, jika ianya dikeluarkan tanpa sengaja pada siang hari seperti mimpi basah atau terpandang perkara yang menaikkan nafsu syahwat.
.
Maka, puasanya tidak terbatal kerana berada di luar kemampuannya.
.
Baca Juga : Niat Mandi Wajib Haid – Niat, Cara dan Doa Mandi Wajib
.
.
Jenis Air Mani Wanita
.
.
.
.
Bagi wanita, ia terbahagi kepada dua jenis iaitu cecair squirting dan cecair ejakulasi.
.
Rupa air mani wanita jenis cecair squirting biasanya tidak berwarna dan tidak berbau tetapi jumlah pengeluarannya adalah banyak dan lebih cair.
.
Cecair ejakulasi pula biasanya menyerupai air mani lelaki dan jumlah pengeluarannya sedikit dan teksturnya lebih tebal.
.
Kedua-dua cecair tersebut mengandungi prostatic acid phosphatase (PSA).
.
PSA juga terdapat di dalam air mani lelaki yang merupakan enzim membantu pergerakan sperma.
.
.
.
.
Selain itu, cecair ejakulasi wanita biasanya mengandungi fruktosa iaitu sejenis karbohidrat sederhana yang terdapat di dalam gula.
.
Disebabkan itu, air mani ini akan mempunyai rasa sedikit manis jika anda pernah merasakannya.
.
Pakar percaya bahawa cecair ini dihasilkan dari kelenjar skene atau nama lainnya adalah paraurethral, saluran garter dan prostat wanita.
.
Kelenjar skene terletak dibahagian depan dinding faraj berhampiran kawasan G-spot, yang kemudiannya akan keluar melalui uretra.
.
Jika anda mendapati warna penghasilan air mani berwarna coklat, ini mungkin disebabkan oleh keputihan.
.
Anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar kesihatan wanita untuk mendapatkan maklumat lanjut.
.
.
Wujudkah Sebarang Khasiat Air Mani Daripada Wanita?
.
.
.
.
Kami mendapati terdapat beberapa carian berkenaan khasiat air wanita di dalam google seperti:
- Khasiat air mani wanita untuk lelaki
- Khasiat air mani wanita kepada lelaki
- Contoh khasiat air mani wanita
- Kebaikan air mani wanita
- Kebaikan air mani wanita kepada lelaki
.
Akan tetapi, tiada bukti yang kukuh menunjukkan air wanita mempunyai manfaat untuk kesihatan.
.
Walau bagaimanapun, kajian mendapati aktiviti seksual memberikan beberapa manfaat kepada pasangan.
.
Semasa mencapai klimaks, tubuh badan akan melepaskan hormon penghilang rasa sakit yang dapat membantu dengan masalah sakit belakang, kepala dan kekejangan.
.
Ia juga dapat membantu anda untuk tidur dengan nyenyak.
.
.
Atasi Masalah Kekurangan Air Mani
.
.
.
.
Hubungan intim antara perkara yang sangat penting dalam kehidupan pasangan suami isteri.
.
Tidak sempurnalah kehidupan berpasangan tanpa keseronokan di bilik tidur.
.
Keseronokkan di bilik tidur boleh menjadi hambar jika berlaku sesuatu perkara yang menghalang atau memperlahankan proses bersama pasangan.
.
Kekurangan air wanita atau faraj kering antara punca yang perlu dielakkan.
.
.
Punca Faraj Kering
.
.
.
.
Kekurangan air wanita akan menyebabkan zakar sukar untuk memasuki faraj wanita.
.
Cecair air wanita penting untuk dijadikan sebagai pelincir semulajadi bagi memudahkan proses tersebut.
.
Antara punca yang membawa kepada faraj kering adalah:
- Pengambilan ubat-ubatan dan rawatan.
- Kurang warm-up atau foreplay.
- Baru mula atau habis haid.
- Stress.
.
.
.
.
Cara Untuk Banyakkan Air Mani Wanita
.
.
.
.
Terdapat beberapa cara menambah air mani bagi wanita yang anda boleh amalkan.
.
Penambahan air wanita lebih tertumpu kepada amalan pemakanan wanita tersebut.
.
Antara makanan yang memperbanyak air mani buat wanita adalah:
.
Baca Juga : Cara Hilangkan Senggugut – Pengalaman Kena Senggugut Teruk & Cara Hilangkan
.
.
#1 Buah Kranberi
.
.
.
.
Buah kranberi mempunyai kandungan sebatian asid, antioksidan, vitamin E dan vitamin C yang tinggi.
.
Ia juga dapat melawan bakteria daripada menyerang dinding pundi kencing wanita.
.
Secara tidak langsung, ia adalah makanan untuk menambah air mani buat wanita.
.
.
#2 Buah Avokado
.
.
.
.
Buah avokado mempunyai lemak sihat yang tinggi.
.
Ia juga mengandungi potasium dan vitamin B6 yang berupaya meningkatkan libido, estrogen dan lubrikasi terhadap faraj.
.
.
#3 Buah Epal
.
.
.
.
Phytoestrogen phloridzin yang terkandung di dalam buah epal membantu merangsang fungsi seksual, orgasma serta membantu meningkatkan jumlah air wanita.
.
.
#4 Kacang Soya
.
.
.
.
Phytoestrogens yang terdapat di dalam kacang soya hampir menyerupai estrogen dalam tubuh badan wanita.
.
Dengan penambahan estrogen, ia dapat membantu mengatasi masalah faraj kering.
.
.
#5 Ubi Kentang
.
.
.
.
Ubi kentang terkenal dengan khasiat beta karoten dan vitamin A yang tinggi.
.
Ia mampu membantu melindungi dan menguatkan dinding rahim wanita serta bagus untuk mereka yang ada polycystic ovary syndrome (PCOS).
.
Dengan mengatasi masalah ini, wanita akan menghasilkan lebih banyak air mani.
.
.
#6 Lemak Sayuran
.
.
.
.
Pemilihan lemak sayuran yang kaya dengan lemak asid omega-3 dapat melancarkan pengaliran darah yang mengalir di dalam badan.
.
Ini sekaligus dapat menyemarakkan lagi kemahuan dan kemampuan seksual serta menyelesaikan masalah faraj kering.
.
.
#7 Tumbuhan Hijau
.
.
.
.
Tumbuhan hijau seperti ulam-ulaman yang kaya dengan vitamin E, magnesium dan kalsium adalah baik untuk otot dalam tubuh.
.
Termasuk menguatkan lagi otot faraj dan ini membuatkan air mani semakin bertambah.
.
.
Petua Menambah Air Mani Wanita Selain Makanan
.
.
1. Kuatkan Lantai Pinggul
.
.
.
.
Anda boleh mengamalkan senaman pelvis seperti senaman kegel untuk menguatkan lantai pinggul.
.
Senaman ini bukan sahaja membantu kehidupan seksual anda menjadi lebih baik, tetapi ia dapat mengawal urin yang lebih baik.
.
.
2. Minyak Kelapa
.
.
.
.
Minyak kelapa adalah lemak sihat semulajadi yang membantu mengembalikan tahap penghidratan semulajadi badan.
.
Anda hanya perlu menggunakannya sebagai pelincir untuk menambah kelancaran hubungan intim.
.
Ia juga akan menangani masalah kekurangan air wanita dari masa ke semasa.
.
.
3. Gunakan Gel Lidah Buaya
.
.
.
.
Gel lidah buaya adalah bahan semulajadi yang baik untuk kesihatan wanita.
.
Anda hanya perlu campurkan gel lidah buaya bersama susu segar dan sapu pada bahagian kemaluan wanita.
.
Penggunaan secara efektif dapat menambah air wanita dengan pantas dan selamat.
.
.
Mantra Mengeluarkan Air Mani Wanita
.
.
.
.
Tiada mantra untuk mengeluarkan air mani buat wanita.
.
Ini semua adalah perkara yang syirik dan jangan sesekali mencuba tanpa usul periksa.
.
Sama juga seperti persoalan berkenaan apakah air mani wanita bisa menghilangkan jerawat?
.
Persoalan ini hanyalah mitos semata-mata.
.
Sehingga kini tiada sebarang bukti secara saintifik yang menyokong segala dakwaan berkenaan.
.
Tetapi jika anda menyatakan persoalan berkenaan penyebab air mani wanita berbau?
.
Ini boleh dikaitkan dengan nilai pH pada air mani tersebut.
.
Perbezaan nilai pH akan menghasilkan perubahan aroma dan ini adalah sangat normal untuk setiap wanita.
.
Sekian sahaja perkongsian kami berkenaan air mani wanita.
.
Jangan lupa untuk membaca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat.