Tak yakin betul atau terlupa niat mandi wajib haid anda?

.

Betul. Terutamanya bila datang rasa ragu-ragu tu.

.

Bukan setakat niat mandi wajib haid sahaja yang rasa macam salah, sekali dengan segala rukun dan cara pun dirasakan salah.

.

Niat Mandi Wajib Haid

.

Kami faham situasi tersebut.

.

Jangan risau, kami akan kongsikan segalanya dengan anda dalam perkongsian istimewa kali ini berkenaan mandi wajib selepas haid.

.

.

Sebab Mandi Wajib

.

.

.

.

Sebelum kita sentuh niat mandi wajib haid, adalah baiknya kalau kita recap kenapa kita diperlukan untuk mandi wajib.

.

Menurut ketetapan para ulama, ada beberapa perkara dimana kita diwajibkan untuk mandi wajib terutamanya sebelum kita melaksanakan sebarang ibadah.

.

Perkara-perkara tersebut telah dikongsikan didalam kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah iaitu:

  • Jima’ atau tenggelamnya hasyafah (kepala zakar) ke dalam faraj
  • Keluar air mani
  • Keluar darah Haid
  • Keluar darah Nifas
  • Keluar darah Wiladah
  • Mati

.

Segala yang dinyatakan tadi boleh juga dirujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 114-117.

.

Dah jelas dengan sebab mandi wajib? Kita ke bahagian seterusnya pula.

.

Baca Juga : Tanggungjawab Isteri – Lakukannya Untuk Rumah Tangga Yang Lebih Bahagia!

.

.

Hukum Mandi Wajib

.

.

.

.

Perintah mandi wajib ini telah disyariatkan sebelum melakukan ibadah-ibadah seperti:

  • Menunaikan solat
  • Tawaf
  • Memegang mushaf al-Quran
  • Beriktikaf di masjid

.

Semua ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T di dalam al-Quran:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ

 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci.

.

(Surah al-Nisa’: 43)

.

Allah S.W.T berfirman lagi:

.

وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ

.

Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.

.

(Surah al-Maidah: 6)

.

.

Makin jelas dengan segala hal yang berkaitan mandi wajib haid kan? Okay. Kita sambung lagi.

.

.

Niat Mandi Wajib Haid

.

.

.

.

Sebenarnya sama sahaja niat mandi haid dan niat untuk mandi wajib disebabkan oleh perkara lain.

.

Mudah pun mudah sebenarnya. Anda boleh berniat seperti berikut:

.

“Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

.

Anda juga boleh berniat seperti di bawah bergantung kepada sebab mandi wajib anda seperti di bawah.

.

a. Keluar air mani, haid atau nifas

.

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

.

“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

.

b. Bersetubuh suami isteri

.

“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

.

c. Darah nifas

.

“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

.

Sebenarnya ada dalam kalangan kita yang merasakan niat dalam Bahasa Melayu ni macam tak lengkap, jadi kami akan berikan juga lafaznya dalam Bahasa Arab seperti dibawah.

.

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ اْلحَدَثِ اْلأَكْبَرِ فَرْضًا لِلهِ تَعَالَى

.

“Nawaitul ghusla li raf’il hadatsil akbari fardhol lillahi ta’ala.”

.

Maksudnya: “Sahaja aku mandi kerana mengangkat hadas besar, fardhu ke atasku, kerana Allah Taala.”

.

Anda boleh juga berniat dalam Bahasa Arab seperti dibawah.

.

نَوَيْتُ رَفْع اْلحَدَثِ اْلأَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى

.

“Nawaitu raf’al hadatsi akbari lillahi ta’ala.”

.

Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”

.

Baca Juga : KITARAN HAID – 7 Perkara Anda Wajib Tahu Jika Kitaran Haid Tidak Teratur.

.

.

Perlu Atau Boleh Ke Gabung Dua Niat Mandi Wajib?

.

.

Niat Mandi Wajib Haid - Gabung Niat

.

.

Saja kami timbulkan persoalan ini sebabnya memang ada yang tertanya-tanya samada boleh atau tidak untuk seorang wanita yang mengalami dua atau lebih sebab untuk mandi wajib untuk gabungkan niat.

.

Menurut Imam An-Nawawi, jika seorang perempuan itu mengalami haid, kemudian dia berjunub, atau sebaliknya, ketika dia berjunub dia didatangi haid, hukumnya tidak sah dia mandi mengangkat hadas junub ketika dia dalam keadaan haid.

.

Hal ini kerana hadas junubnya tidak terangkat dalam keadaan dirinya itu masih berada dalam keadaan haid.

.

Sama juga halnya untuk wanita yang mengalami darah wiladah dalam keadaan masih mengalami darah nifas.

.

Jadi, wanita tersebut haruslah menunggu sehingga darah nifasnya selesai barulah ia mandi kerana wiladah dan nifas.

.

Untuk keadaan sebegini, ada beberapa cara untuk niat mandi wajib seperti dibawah.

.

Meniatkan setiap hadas besar yang ada padanya.

.

Sebagai contoh, jika dia mengalami dua hadas besar iaitu nifas dan junub maka diniatkan kedua-duanya sekali.

.

“Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan junub”

.

Memadai untuk dirinya berniat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum namun merangkumi kesemua hadas.

.

“Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)” atau

.

“Sahaja aku sahaja aku menunaikan fardhu mandi atau seumpama dengannya”.

.

Jadi, menurut ulama, sekiranya wanita itu mengalami dua hadas besar atau lebih, hukumnya adalah sah jika dia mengangkat kesemua hadas tersebut sekaligus dengan satu mandi sahaja seperti mana yang keterangan yang disebutkan tadi.

.

.

Rukun Mandi Wajib

.

.

Niat Mandi Wajib Haid - Rukun Mandi Wajib

.

.

Untuk mandi wajib, ada dua sahaja rukun mandi wajib.

.

Mudah untuk anda ingat dan ikuti dengan sebetulnya untuk menambahkan lagi keyakinan niat mandi wajib haid anda.

.

Dua rukun mandi wajib tersebut adalah:

  • Berniat untuk mandi wajib
  • Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir

.

Jadi, untuk meyakinkan anda, apabila anda selesai melakukan dua perkara ini maka mandi wajib anda adalah sah.

.

.

Syarat Sah Mandi Wajib

.

.

.

.

Syarat sah untuk mandi wajib adalah dengan menghilangkan najis dari badan.

.

Jadi, apabila anda ingin melaksanakan mandi wajib, anda disyaratkan untuk memastikan diri anda bersih daripada najis.

.

Jadi, periksalah dengan teliti samada ada atau tidak najis yang melekat pada mana-mana anggota badan.

.

.

Perkara Wajib dan Sunat Mandi Wajib

.

.

Niat Mandi Wajib Haid

.

.

Sama seperti kebanyakan perkara lain, mandi wajib juga ada beberapa perkara yang wajib dan juga sunat yang boleh dilakukan.

.

Untuk memastikan anda berasa lebih yakin dengan niat mandi wajib haid anda, anda boleh usahakan untuk melakukan kesemua perkara wajib dan sunat ini.

.

.

a. Perkara Wajib Mandi Wajib

.

.

Ada beberapa perkara wajib mandi haid iaitu:

  • Niat
  • Membasuh seluruh badan yang zahir dengan air termasuk kulit dan rambut
  • Air hendaklah diratakan ke bahagian dalam rambut dan juga pangkalnya

.

.

b. Perkara Sunat Mandi Wajib

.

.

Dalam perkara sunat mandi wajib, ada beberapa perkara seperti:

  • Membasuh kedua-dua belah tangan dan harus dilakukan diluar dari bekas air
  • Membasuh bahagian kemaluan dengan menggunakan tangan kiri dan menyingkirkan segala kotoran yang ada pada tubuh badan
  • Berwuduk
  • Menyelak helaian rambut pada bahagian kepala dengan air kemudian membasuh bahagian kepala sebanyak tiga kali
  • Membasuh anggota badan di bahagian sebelah kanan terlebih dahulu sebelum membasuh bahagian sebelah kiri.
  • Menggosok tubuh badan dan melakukannya secara berturut-turut dalam membasuh setiap anggota.
  • Mengambil air dan membasuh keseluruhan kawasan tubuh yang berlipat seperti pada bahagian kedua-dua belah telinga, pusat, perut dan ketiak.
  • Membasuh kesemua bahagian tiga kali seperti mana kita berwuduk.

.

.

Cara Mandi Wajib

.

.

.

.

Banyak juga penerangan kami dalam bab niat mandi wajib haid ni rupanya ya?

.

Itulah apa yang kami lakukan menerusi portal Isteri Sihat ini dimana setiap perkongsian kami adalah yang paling padat dan teliti.

.

Cara mandi wajib haid atau cara mandi wajib selepas haid adalah sama dengan cara mandi wajib yang lain.

.

  1. Berniat ketika membiarkan air untuk sampai ke tubuh
  2. Dimulakan dengan membaca “Bismillah”
  3. Mencuci bahagian anggota tangan sebanyak tiga kali
  4. Mencuci bahagian anggota kemaluan dengan menggunakan tangan kiri
  5. Membersihkan atau menyucikan anggota bahagian tangan kiri dengan menggunakan sabun
  6. Berwuduk. Wuduk untuk mandi wajib boleh sahaja dilakukan seperti wuduk biasa yang diambil untuk melaksanakan solat.
  7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air.

.

Niat Mandi Wajib Haid

.

Untuk langkah ke-7 pula ada diberikan perkongsian berdasarkan hadis daripada ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang telah membawa maksud:

.

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”

.

Sewaktu membasuh kepala pula hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya barulah bahagian tengah kepala.

.

Hal ini sebenarnya adalah berdasarkan hadis ‘Aisyah (R.A) yang telah membawa maksud seperti berikut:

.

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”

.

Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, anda perlulah untuk melepaskan ikatan rambut tersebut.

.

Perkara ini pula adalah berdasarkan hadis ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

.

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

.

  1. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

.

Untuk langkah ke-8 ini pula, ‘Aisyah (R.A) berkata:

.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)

.

  1. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
  1. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu.

.

.

Beza Mandi Wajib dan Mandi Sunat

.

.

.

.

Ramai juga yang tertanya-tanya apa perbezaan diantara mandi wajib dan juga mandi sunat.

.

Bezanya ringkas sahaja iaitu pada niatnya. Begitu juga untuk niat mandi wajib haid.

.

Kaedah dan segala yang lain mengenai mandi wajib dan mandi sunat adalah sama.

.

Baca Juga : DARAH HAID – 7 Warna Gambaran Kesihatan Wanita

.

.

Doa Mandi Wajib

.

.

Banyak sebenarnya carian mengenai:

  • Doa mandi wajib selepas haid
  • Doa mandi haid
  • Doa datang haid

.

Jadi, kami rasa kami mesti masukkan juga doa mandi wajib ini untuk pengetahuan anda semua.

.

Setelah selesai semuanya dilakukan, anda boleh membaca doa di bawah ini:

.

Asy-hadu Alla ilaha illallahu Wahdahu Lasyarikalah, Wa-Asy-Hadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh.

.

Maksudnya:

.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Rasulnya.

.

.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini mengenai niat mandi wajib haid berserta dengan cara mandi wajib dan juga doa mandi wajib.

.

Semoga perkongsian lengkap ini memberikan manfaat buat anda.