Bengkung mula terkenal semula selepas isu bengkung sajat menjadi perbualan panas di media sosial dahulu.
.
Orang ramai perlahan-lahan mula nampak keberkesanannya pada wanita.
.
Orang melayu lama sememangnya sudah menjadi adat dan kebiasaan untuk bertungku dan berbengkung sepanjang tempoh berpantang.
.
Akan tetapi pada zaman sekarang, ia sudah dinaik taraf dan terdapat pelbagai jenis bengkung di pasaran dimana setiap satunya berbeza fungsi.
.
Jom kami kongsikan dengan anda sedikit sebanyak berkenaannya yang anda perlu tahu.
.
.
Pengenalan Bengkung
.
.
.
.
Secara umumnya, ia adalah kain yang dililit dengan kemas dari bahagian perut hingga pinggul.
.
Dengan rekaan moden sekarang, ia kebanyakannya menggunakan zip, cangkuk dan ada juga sesetengah masih diikat menggunakan tali.
.
Bengkung tradisional lebih sinonim dengan tradisi berpantang kerana ia digunakan selepas seorang wanita melahirkan anak.
.
Ini dilakukan untuk mendapatkan kembali potongan badan asal serta kekal cergas dan aktif.
.
Bengkung moden pula boleh digunakan pada bila-bila masa dan tidak semestinya digunakan selepas bersalin.
.
Baca Juga : KRIM PAYUDARA : Betul-Betul Selamat & Berkesan Ke?
.
.
Asal Usul Dari Barat?
.
.
.
.
Tiada info yang kukuh dapat diperkatakan untuk menyokong atau menidakkan persoalan ini.
.
Walau bagaimanapun, di barat ia merupakan sejenis pakaian dalam untuk wanita selain coli, bra atau sarung payudara.
.
Wanita-wanita zaman dahulu lebih ramai memakainya atau lebih dikenali sebagai korset.
.
Korset bukan sahaja digunakan untuk menutupi payudara malahan mampu mengetatkan pinggang bagi menampakkan ukuran badan yang lebih mengancam.
.
Pemakaian korset di barat pada zaman dahulu mengambil masa yang agak lama sebelum menjadi kebiasaan penduduk setempat.
.
.
Kebaikan Bengkung Untuk Anak Dara
.
.
.
.
Ia bukan sahaja baik dipakai untuk wanita berpantang sahaja.
.
Kebaikan pakai bengkung untuk anak dara juga adalah salah satu sebab kenapa ia menjadi tarikan pada zaman sekarang.
.
Dahulu wanita selepas bersalin sahaja yang harus memakainya tetapi sekarang, wanita yang tidak pernah bersalin juga akan memakainya.
.
Anda tahu tak sebab apa?
.
Jom kami kongsikan kebaikan bengkung untuk ibu bersalin mahupun wanita belum bersalin:
.
.
.
.
1. Mengelakkan masalah perut buncit dan perut menggelebeh untuk wanita.
2. Membantu menghilangkan sakit belakang yang teruk ketika bekerja.
3. Menguatkan lagi kedudukan asal tulang belakang wanita.
4. Membakar lemak dan selulit dalam badan.
5. Menggalakkan postur badan yang lebih baik.
6. Membuang angin yang tidak diperlukan di dalam badan.
7. Mengurangkan rasa lapar untuk membantu proses diet.
.
Baca Juga : Peranakan Jatuh – Punca, Cara Mengesan dan Kesan Kepada Wanita
.
.
Kesan Sampingan Pemakaiannya
.
.
.
.
Penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan.
.
Tahap oksigen yang rendah akan mengakibatkan keletihan, pening, mual dan kesukaran untuk bernafas.
.
Selain itu, pemakaiannya yang terlalu ketat boleh menyebabkan terjadinya kompresi atau tekanan terhadap rongga dada yang mempengaruhi organ dalaman..
.
Antara organ dalaman yang terlibat adalah hati, paru-paru dan jantung.
.
.
.
.
Seterusnya, kesan sampingan pemakaiannya yang salah akan menyebabkan klorosis atau green sickness.
.
Klorosis adalah gangguan pada hempedu dan akan menyebabkan kulit kelihatan putih kehijauan.
.
Anda juga perlu memastikan pilihan anda adalah tepat dengan bentuk fizikal tubuh anda.
.
Jika tidak, ia akan menyebabkan benjolan pada bahagian tubuh yang lain di kawasan sekitarnya.
.
.
Jenis-Jenis Bengkung Di Malaysia
.
.
.
.
Terdapat pelbagai jenis bengkung di Malaysia dari tradisional hingga moden.
.
Contoh jenis moden yang terdapat di pasaran adalah:
- Bengkung dherb
- Bengkung v asia
- Bengkung strap
- Bengkung nonaroguy
- Bengkung jamu jelita
- Bengkung cosway
- Bengkung demica
.
Anda boleh membuat pilihan dan mengkaji sedikit kualiti yang terdapat di pasaran.
.
Dahulu tiada pilihan, sekarang terlebih pilihan pula.
.
Di bawah kami akan kongsikan sedikit jenis-jenis lain yang ada.
.
Baca Juga : Bersalin Czer – Cara Berpantang, Kesan Selepas Bersalin, Fakta Luka Czer
.
.
1. Bengkung Bertali
.
.
.
.
Ia termasuk dalam kategori tradisional dan ia sesuai digunakan untuk wanita bersalin.
.
Ia juga dikenali sebagai bengkung jawa dan sesuai dipakai sambil berdiri atau berbaring.
.
Cara memakainya agak sukar jika dipakai seorang diri kerana melilit dan mengikatnya memerlukan kemahiran dan kekuatan tangan.
.
Ia juga mengambil masa yang agak lama untuk dipakai setiap hari.
.
.
2. Bengkung Zig Zag
.
.
.
.
Seterusnya adalah jenis zig zag atau tradisional zig zag.
.
Ia adalah inovasi daripada bengkung bertali untuk memudahkan para ibu memakai sendiri.
.
Anda perlu memilih saiz yang betul kerana ia tidak boleh dilaras mengikut saiz tubuh badan.
.
Ia juga sangat sesuai digunakan untuk wanita yang baru sahaja melahirkan anak.
.
.
3. Bengkung 3 Saat
.
.
.
.
Ia dikenali juga sebagai bengkung czer kerana ia sesuai digunakan untuk ibu bersalin normal dan ibu bersalin czer.
.
Ia dicipta khas bagi memudahkan pengguna untuk ke tandas dan sangat menjimatkan masa.
.
Ia juga sangat membantu ibu-ibu bersalin untuk membentuk badan secara pantas dan berkesan.
.
Ibu bersalin czer boleh memakainya sebaik sahaja luka pembedahan kering untuk menyokong di bahagian perut supaya lebih selesa.
.
Ramai mencarinya kerana ia mudah dilaras mengikut keselesaan dan inilah pilihan yang terbaik buat anda.
.
.
4. Bengkung Barut
.
.
.
.
Bengkung barut boleh dipakai sendirian sambil baring atau berdiri.
.
Akan tetapi, jenis ini agak kurang selesa dipakai apabila cuaca panas.
.
Anda perlu melonggarkan sedikit pada bahagian bawah jika hendak pergi ke tandas.
.
Kekurangan jenis barut ini adalah selepas melonggarkan bahagian bawah untuk ke tandas, kemungkinan untuk barut ini melonggar dan lari dari paksi sangat tinggi.
.
Anda perlu mula memakainya semula dari awal jika perkara ini terjadi.
.
.
5. Bengkung Berzip Zig Zag
.
.
.
.
Jenis berzip adalah inovasi dari jenis zig zag yang mengambil kira faktor masa, mudah dipakai dan mudah ke tandas.
.
Rekaan jenis berzip ini sama sahaja seperti jenis zig zag, cuma penambahan zip di bahagian tepi diperkenalkan.
.
Ia boleh dikatakan ia yang separa tradisional kerana masih mengenakan rekaan asli.
.
Anda masih perlu memilih saiz yang sesuai dengan badan kerana ia tidak boleh dilaras mengikut saiz tubuh badan.
.
.
.
.
6. Bengkung Sarung
.
.
.
.
Bengkung sarung antara bengkung yang paling mudah dipakai.
.
Anda hanya perlu sarung sahaja ia pada bahagian perut.
.
Ia merupakan jenis terbaik untuk kempiskan perut kerana saiznya hanya fokus pada bahagian perut sahaja.
.
Ia juga sesuai digunakan untuk kaum lelaki seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.
.
Kebanyakan pengguna memilih jenis ini untuk melakukan aktiviti bersukan dan untuk pergi ke majlis-majlis keramaian.
.
.
7. Bengkung Velcro
.
.
.
.
Bengkung velcro tidak memerlukan anda untuk melilit atau mengikat bengkung tersebut.
.
Anda hanya perlu laraskan mengikut keselesaan badan anda dan lekatkannya.
.
Anda disarankan untuk mencari bahan yang diperbuat daripada kain tidak panas kerana kebanyakan bengkung jenis ini agak tebal.
.
Elakkan bahan yang diperbuat dari getah kerana ia tidak meresap peluh dan boleh menyebabkan kegatalan pada kulit.
.
.
Ciri-ciri Pemilihan Bengkung Yang Terbaik
.
.
#1 Mudah Dipakai
.
.
.
.
Amat penting untuk memilih jenis yang memudahkan pergerakan bagi menjalani rutin harian.
.
Pastikan pemilihannya adalah yang mempunyai cara pemakaian yang user friendly.
.
Selalunya jenis ikatan memerlukan bantuan orang lain untuk memakainya.
.
Itulah sebabnya zaman sekarang ini, bengkung moden banyak menjadi pilihan.
.
Kemudahan yang telah diinovasikan menjadi tarikkan dan sangat memuaskan untuk kemudahan pemakaiannya.
.
.
#2 Material Yang Selesa
.
.
.
.
Memandangkan ia perlu dipakai untuk jangka masa lebih dari 4 hingga 5 jam sehari.
.
Anda perlu memilih jenis yang diperbuat dari material yang selesa.
.
Anda juga disarankan memilih material jenis yang serap peluh seperti kain.
.
Material yang tidak sesuai boleh menyebabkan kulit anda melecet dan mengalami kegatalan.
.
Untuk mendapatkan rehat yang cukup, badan perlu berada dalam keadaan yang selesa.
.
.
#3 Saiz Yang Betul
.
.
.
.
Tubuh badan wanita dikurniakan dengan bentuk badan yang berbeza-beza.
.
Memilih saiz yang betul agak menyukarkan untuk sesetengah wanita.
.
Saiz yang terlalu ketat boleh menyukarkan anda untuk bernafas, manakala saiz yang terlalu longgar juga boleh mengurangkan kesan penggunaannya.
.
Harus diingatkan, pemilihan saiz bengkung bukanlah mengikut saiz seluar anda semata.
.
Anda perlu mengukur lilit perut anda sendiri sebelum memilih saiz bengkung.
.
.
#4 Jenama Yang Berkualiti
.
.
.
.
Aspek kualiti dan keberkesanan bengkung adalah yang paling penting.
.
Pemilihan jenama yang berkualiti tinggi terutamanya untuk bengkung moden sangat digalakkan.
.
Anda boleh membuat sedikit carian di internet berkenaan bengkung yang terdapat dipasaran.
.
Pilih jenama yang diyakini dan mempunyai testimoni yang baik atau anda boleh meminta pandangan rakan-rakan anda.
.
Melabur sedikit untuk bengkung yang berkualiti supaya mendapat keberkesanan yang maksima.
.
.
#5 Ketahui Jenis Dan Kegunaan
.
.
.
.
Anda perlu mengenal pasti jenis bengkung dan kegunaannya terlebih dahulu.
.
Jika anda ingin memakainya untuk kempiskan perut, pilih bengkung yang khas untuk kempiskan perut.
.
Jika anda ingin memakainya untuk berpantang, pilih bengkung yang sesuai untuk berpantang.
.
Jika anda ingin mendapatkan tubuh badan yang langsing, pilihlah bengkung yang khas untuk melangsingkan badan.
.
Terlalu banyak jenis bengkung dan pilihlah bengkung yang tepat untuk kegunaan anda.
.
Jangan main bedal sahaja penggunaan bengkung itu kerana ia boleh memudaratkan tubuh badan anda.
.
.
Waktu Sesuai Pakai Bengkung
.
.
.
.
Pemakaian bengkung sangat menjadi agenda penting untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
.
Mungkin pada asalnya anda ingin memakai untuk menjaga kesihatan atau sebagainya.
.
Akan tetapi, perkara sebaliknya pula yang berlaku.
.
Anda disarankan untuk menggunakan bengkung tidak terlalu lama.
.
Anda disarankan menggunakan bengkung pada waktu siang sahaja.
.
Penggunaan bengkung pada bahagian badan seeloknya tidak melebihi 8 jam.
.
.
.
.
Faktor tubuh badan seseorang juga perlu dipertimbangkan.
.
Bagi wanita yang bertubuh kecil anda digalakkan untuk memakai bengkung hanya maksima 5 jam sahaja sehari.
.
Penggunaan bengkung pada waktu tidur juga sangat tidak digalakkan.
.
Ini disebabkan tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk mendapatkan hasil yang berkesan.
.
Tekanan pada bahagian badan akan menyebabkan aliran darah dan oksigen tidak dapat disalurkan dengan secukupnya pada bahagian organ tertentu.
.
Itu sahaja perkongsian kami berkenaan bengkung.
.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak menjawab setiap pertanyaan yang bermain di dalam fikiran anda.