Bersalin czer (czerion) atau bersalin caesarian adalah cara bersalin bagi ibu hamil yang tidak dapat bersalin normal.

.

Prosedur pembedahan yang digunakan untuk melahirkan bayi melalui pembedahan di bahagian bawah abdomen.

.

Pembedahan czer mungkin dirancang lebih awal sekiranya anda mengalami komplikasi ketika kehamilan atau anda pernah menjalani pembedahan czer sebelumnya dan tidak mahu mempertimbangkan kelahiran faraj selepas pembedahan caesar (VBAC).

.

Bersalin Czer

.

Berapa lama luka czer sembuh

.

.

Bersalin Czer - Luka Czer

 

.

Luka czer anda akan mengambil masa sekitar enam minggu untuk sembuh.

.

Anda akan mempunyai parut tetapi parut ini akan pudar dari semasa ke semasa.

.

Anda mungkin kehilangan deria rasa di kawasan parut czer anda, yang mungkin akan berulang dari semasa ke semasa.

.

Doktor anda mungkin menasihatkan anda untuk mengurut-urut lembut parut anda untuk memecahkan tisu parut dan menghentikan sebarang kegatalan.

.

Anda mungkin juga akan mengalami luka czer terbuka, luka czer berair dan luka czer bernanah.

.

.

Tempoh luka czer sembuh

.

.

Bersalin Czer

.

Menjelang dua minggu, parut anda akan kelihatan dan terasa lebih baik.

.

Walaupun begitu, ia memerlukan tempoh dari enam minggu sehingga tiga bulan sebelum anda sembuh sepenuhnya.

.

Parut bahagian czer akan pudar dengan sendirinya dari semasa ke semasa.

.

Namun, terdapat cara mudah yang dapat membantu meningkatkan penampilannya iaitu menampal lapisan silikon di atasnya.

.

.

Tanda luka czer dah sembuh

.

.

.

Warna parut czer akan mulai pudar daripada merah terang ke merah jambu dan kelihatan agak seragam.

.

Parut czer seharusnya menjadi lebih lembut apabila disentuh dan anda tidak melihat apa-apa cairan yang keluar melalui parut tersebut.

.

.

Luka czer bengkak

.

.

.

Selepas menjalani czer, adalah normal bagi anda untuk mengalami kesan seperti bengkak, kemerahan-merahan dan sakit di sekitar luka.

.

Dalam beberapa kes, cecair jernih juga boleh mengalir keluar dari luka.

.

Walaubagaimanapun, jika terdapat jangkitan terhadap luka, gejala-gejala berikut akan dapat diperhatikan:

  • pembengkakan, kemerahan dan kesakitan yang tidak normal di sekitar luka
  • cecair jernih atau berwarna keluar dari luka
  • pendarahan faraj yang tidak normal
  • sakit atau bengkak di kaki
  • ketidakselesaan perut

.

Gejala ini mungkin berlaku seiring dengan demam seperti:

  • berpeluh
  • suhu melebihi 38°C
  • sakit kepala
  • menggigil
  • hilang selera makan
  • dehidrasi
  • keletihan
  • sakit otot
  • kesukaran untuk menumpukan perhatian

.

Tanda-tanda jangkitan mungkin tidak muncul sejurus selepas pembedahan.

.

Bersalin Czer

.

Gejala-gejala tersebut boleh memakan masa sehingga 30 hari untuk berkembang.

.

Sekiranya gejala timbul, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

.

.

Ubat cuci luka czer

.

.

.

Anda mungkin boleh menyapu antibiotik topikal pada luka czer anda.

.

Sebahagian doktor berpendapat bahawa anda boleh menggunakan antibiotik topikal.

.

Atau jeli petroleum dan menampal luka dengan pembalut.

.

Manakala pendapat lain mengatakan lebih baik tidak menggunakan apa-apa ubat dan membiarkan luka tidak ditutup.

.

.

Cara mengeringkan luka bernanah czer

.

.

Bersalin Czer - Luka Bernanah Czer

.

Doktor anda akan memberikan arahan mengenai cara merawat luka czer.

.

Penting untuk mengikuti arahan ini dengan teliti. Arahan ini boleh merangkumi:

  • Pastikan luka bersih dan kering. Basuh kawasan itu dengan air suam (sekali sehari mencukupi) dan jangan menyiram air terus ke luka. Anda juga boleh menggunakan pengering rambut bagi mengeringkan kawasan luka.
  • Tukar pembalut dengan kerap.
  • Pakai pakaian yang longgar. Elakkan pakaian yang boleh menyentuh luka.
  • Luka mesti ditutup sekiranya diarahkan oleh doktor dan patuhi arahan dengan teliti. Tukar pembalut dan cuci luka untuk beberapa kali sehari.

.

Sekiranya anda mengalami gejala berikut, segera hubungi doktor:

  • Demam melebihi 38°C
  • Terdapat cecair berbau busuk keluar dari luka
  • Kawasan luka menjadi lembut
  • Kulit yang dijahit bersama terpisah atau tidak bercantum
  • Luka menjadi kemerah-merahan atau membengkak

.

.

Kesan selepas bersalin czer

.

.

.

Pembedahan czer merupakan kaedah yang dilakukan untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.

.

Namun, pembedahan czer mengundang pelbagai impak terhadap kesihatan wanita dan kanak-kanak.

.

Terutamanya apabila terdapat pembedahan czer yang dilakukan tanpa keperluan mendesak.

.

Dewasa ini, kematian ibu dan morbiditi ibu adalah lebih tinggi selepas menjalani pembedahan czer berbanding selepas bersalin normal.

.

Czer dikaitkan dengan peningkatan risiko:

  • rahim pecah
  • pembentukan uri yang abnormal
  • kehamilan ektopik (luar rahim)
  • kelahiran mati
  • kelahiran pramatang

.

.

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi yang dilahirkan secara czer mempunyai sedikit perbezaan.

.

Perbezaan ini dari segi hormon, fizikal, bakteria dan pendedahan perubatan yang berbeza yang secara tak langsung dapat mengubah fisiologi neonatal.

.

Risiko czer jangka pendek termasuklah:

  • perkembangan imun yang berubah
  • peningkatan kemungkinan menghidap alergi
  • atopi
  • asma
  • pengurangan kepelbagaian mikrobioma usus.

.

.

Cara berpantang bersalin czer

.

.

.

1. Dapatkan rehat yang secukupnya

.

Bersalin Czer

.

Czer merupakan pembedahan besar.

.

Sama seperti pembedahan yang lain, badan anda memerlukan masa untuk sembuh.

.

Anda akan tinggal di hospital selama tiga hingga empat hari selepas kelahiran (lebih lama jika ada komplikasi).

.

Berikan tempoh sehingga enam minggu untuk tubuh anda sembuh sepenuhnya.

.

Cubalah tidur setiap kali bayi anda tidur supaya anda boleh berehat tanpa gangguan.

.

2. Manjakan tubuh anda

.

.

Berhati-hati dalam pergerakan anda semasa tempoh penyembuhan.

.

Seboleh-bolehnya, elakkan daripada naik dan turun tangga.

.

Letakkan keperluan bayi seperti pakaian dan lampin serta makanan berdekatan dengan anda bagi mengelakkan anda untuk kerap bergerak.

.

Selain itu, jangan mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi anda.

.

Setiap kali anda bersin atau batuk, ampu bahagian perut anda untuk melindungi luka czer.

.

Anda mungkin memerlukan masa sehingga lapan minggu untuk kembali ke rutin normal anda.

.

.

Rujuklah doktor anda jika ingin bersenam, kembali bekerja atau memandu.

.

Juga, elakkan daripada melakukan hubungan seks atau menggunakan tampon sehingga dibenarkan oleh doktor.

.

Elakkan senaman yang berat, tetapi anda mestilah berjalan perlahan-lahan sekerap yang boleh.

.

Pergerakan seperti ini akan membantu badan anda untuk sembuh dan mencegah sembelit serta pembekuan darah.

.

Dalam menjaga kesihatan fizikal, jangan lupakan kesihatan emosi anda.

.

Kehadiran bayi boleh mengundang pelbagai emosi yang tidak dijangka.

.

Jangan abaikan sekiranya anda merasa letih, sedih, atau kecewa.

.

Maklumkan kepada rakan, pasangan, doktor atau kaunselor tentang emosi anda.

.

3. Melegakan kesakitan anda

.

Bersalin Czer - Menyusu Badan

.

Rujuklah doktor anda mengenai ubat tahan yang selamat bagi anda terutamanya jika anda menyusukan bayi.

.

Bergantung pada tahap ketidakselesaan anda, doktor mungkin akan memberi ubat tahan sakit.

.

Doktor mungkin juga menasihati anda untuk mengambil ubat tahan sakit di kaunter seperti ibuprofen (Advil, Motrin) atau acetaminophen (Tylenol).

.

Selain itu, anda boleh menggunakan pad pemanas untuk memberi kelegaan di tempat pembedahan.

.

4. Fokus pada pemakanan yang sihat

.

.

Pemakanan yang sihat sangat penting selepas anda bersalin.

.

Sekiranya anda menyusu, anda menjadi sumber nutrisi utama bayi anda.

.

Pelbagaikan diet anda bagi memastikan bayi anda sihat dan membantu anda untuk menjadi lebih kuat.

.

Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan sayur-sayuran semasa menyusu memberikan rasa kepada susu ibu.

.

Ia sekaligus meningkatkan keterujaan pada kanak-kanak untuk mengambil sayur-sayuran semasa mereka membesar.

.

Juga, minum air secukupnya meningkatkan bekalan susu ibu serta mengelakkan sembelit.

.

.

Kembali ke Aktiviti Fizikal Selepas czer

.

.

Bersalin Czer

.

Penting untuk anda bangun dari tempat tidur dan berjalan-jalan dalam masa 24 jam selepas pembedahan.

.

Ini dapat membantu mengurangkan kekembungan, melancarkan pembuangan air besar dan mencegah pembekuan darah.

.

Anda juga boleh mencuba melakukan senaman ringan beberapa hari selepas pembedahan czer:

  • Bernafas secara dalam dan perlahan dalam setiap setengah jam. Ini dapat membantu mengelakkan sesak nafas.
  • Lakukan lingkaran pada bahu dengan cara duduk tegak dan putar bahu anda 20 kali pada kedua-dua arah setiap jam untuk mengelakkan kekakuan.
  • Praktikkan regangan lembut dengan cara berdiri di dinding dan angkat kedua-dua lengan perlahan di atas kepala anda sehingga anda merasakan otot-otot di perut anda meregang. Tahan selama lima saat dan kemudian berehat. Anda boleh melakukannya hingga 10 kali sehari untuk meningkatkan kelenturan pada jahitan anda.
  • Elakkan melakukan terlalu banyak kerja rumah atau aktiviti lain selama beberapa minggu pertama. Rujuk doktor anda sebelum melakukan aktiviti tersebut, tetapi secara amnya anda harus menunggu:
  • 4-6 minggu sebelum melakukan senaman berat yang melibatkan abdomen anda atau mengangkat sesuatu yang lebih besar daripada bayi anda
  • 2 minggu sebelum anda dapat memandu kereta
  • 3 minggu (setelah luka sembuh) untuk berenang

.

Rujuklah doktor anda sebelum melakukan hubungan seks.

.

.

Baca Juga : Senaman Kegel – Wajib Buat Wanita Bersalin Untuk Ketatkan Kembali Miss V

.

Menu berpantang bersalin czer

.

.

Bersalin Czer - Menu Berpantang Czer

.

  • Hari pertama : Ikan kukus
  • Hari kedua : Ikan singgang
  • Hari ketiga : Sup ikan
  • Hari keempat : Ikan tenggiri goreng halia
  • Hari kelima : Ikan tenggiri masak asam
  • Hari keenam : Sup ikan tenggiri
  • Hari ketujuh : Ikan haruan bakar berempah
  • Hari kelapan : Ikan haruan kukus
  • Hari kesembilan : Sup ikan haruan
  • Hari kesepuluh : Ikan haruan/ikan bawal putih berlada
  • Hari kesebelas : Ikan gelama masak asam
  • Hari kedua belas : Ikan bawal kukus halia
  • Hari ketiga belas : Ikan panggang berkari
  • Hari keempat belas : Ikan panggang halia muda
  • Hari kelima belas : Ikan singgang
  • Hari Keenam belas : Ikan bilis lemak hitam
  • Hari ketujuh belas : Ikan bilik berkunyit
  • Hari kelapan belas : Ikan bilis daun kari
  • Hari kesembilan belas : Daging halia
  • Hari kedua puluh : Kerabu pegaga

.

.

Makanan berpantang bersalin czer

.

.

Bersalin Czer

.

Pemakanan yang baik diperlukan untuk mempercepat penyembuhan selepas pembedahan czer dan memberi anda tenaga yang diperlukan.

.

Ambil makanan sihat yang tinggi protein.

.

Protein membantu proses penyembuhan dan diperlukan untuk pemulihan tubuh.

.

Makanan tambahan seperti vitamin C dapat membantu penyembuhan luka.

.

Doktor juga boleh mengesyorkan pengambilan zat besi.

.

Dalam beberapa kes, zat besi diperlukan untuk membantu penghasilan darah merah.

.

.

Makanan yang tinggi protein adalah daging dan ikan, telur, produk tenusu dan kekacang.

.

Makanan yang kaya dengan vitamin C adalah jeruk, limau gedang, strawberi, tembikai dan betik.

.

Daging merah, buah-buahan kering dan bijirin tinggi dengan zat besi.

.

Vitamin A pula terdapat dalam makanan seperti sayur-sayuran, wortel dan ubi jalar.

.

Paling penting sekali, anda perlu kekal terhidrat.

.

.

Minum lapan hingga 10 gelas air kosong setiap hari.

.

Selain air, ambillah susu dan jus buah tanpa gula.

.

Elakkan minuman berkafein kerana kafein membuatkan anda kerap buang air kecil.

.

.

Baca Juga : Makanan Pantang – Nombor 3 Akan Buat Anda Fikir 2 Kali!

.

Resepi berpantang czer

.

.

1. Ikan kukus

.

.

  • Ikan
  • Dua inci halia dihiris
  • 1 biji tomato (dibelah empat)
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Garam

 

Caranya: Letakkan halia yang dihiris dengan bersama tomato dan bahan-bahan yang lain. Kukuskan selama 20 minit.

.

2. Sup ikan tenggiri

.

.

  • Seketul ikan tenggiri
  • Sedikit minyak bijan/minyak zaitun
  • 4 ulas bawang putih cincang
  • Seinci halia diketuk
  • Sebiji tomato
  • Daun sup
  • Garam

.

Caranya: tumiskan bawang putih dengan minyak bijan atau minyak zaitun. Masukkan air dan tomato. Setelah air mendidih, masukkan halia dan daun sup. Matikan api dan masukkan garam.

.

3. Ikan panggang berkari

.

.

  • Seekor ikan
  • Sedikit serbuk kari
  • Garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu besar lada hitam
  • Garam

.

Caranya: Gaulkan ikan bersama serbuk kari, kunyit, garam dan lada hitam. Bakar ikan atas pemanggang atau dalam ketuhar sehingga masak.

.

.

Makanan yang menyebabkan luka czer bernanah

.

.

.

Terdapat beberapa jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh ibu berpantang semasa bersalin secara pembedahan.

.

Ia boleh menyebabkan luka bernanah atau menjadi bentan. Makanan-makanan tersebut termasuklah:

.

Makanan yang menyebabkan gatal pada kawasan luka czer:

  • Ikan sardin
  • Ikan kembung
  • Telur

.

Makanan yang menyebabkan rasa menyucuk-nyucuk pada bahagian luka czer:

  • Ikan cencaru
  • Nenas

.

Makanan yang boleh menyebabkan rasa sejuk dan sengal-sengal pada tubuh:

  • Sayur kangkung
  • Timun
  • Terung
  • Kacang tanah

.

Makanan yang boleh menyebabkan bentan pada tubuh:

  • Ikan siakap
  • Nenas
  • Terung

.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini mengenai bersalin czer yang anda perlu tahu.

.

Semoga anda memperoleh manfaat hasil perkongsian kali ini.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga.