Risau makanan pantang tak menyelerakan?

.

Jangan risau. Berapa ramai yang terlebih risau akan hal tersebut namun akhirnya tetap berselera untuk makan sewaktu berpantang.

.

Apa yang penting adalah, anda perlu tahu apa yang boleh dan tak boleh untuk makanan pantang.

.

Makanan Pantang

.

Kemudian, anda perlu pandai memilih resepi yang sesuai dan kena dengan selera anda.

.

Kalau anda berpantang dengan ibu atau mentua anda, lagi banyak pantang larang orang tua-tua.

.

Anda tak ikut? Siap sedialah untuk kena bebelan panjang mereka.

.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan dengan anda beberapa perkara yang anda perlu tahu berkenaan makanan pantang selepas bersalin.

.

Jom baca!

.

.

.

.

Kenapa Perlu Ikut Makanan Pantang?

.

Makanan Pantang

.

Bagi kebanyakan ibu moden, mereka kurang bersetuju dengan idea perlunya ada makanan pantang ini.

.

Sebenarnya bukanlah saja-saja diadakan makanan pantang.

.

Ia sangat penting untuk elakkan anda daripada:

.

  • Sakit badan
  • Keletihan
  • Kelesuan
  • Gatal-gatal
  • Luka lambat sembuh
  • Dan lain-lain lagi

.

Ada sebabnya kenapa anda perlu menjaga dan mengikut segala pantang larang ini dengan sebaiknya.

.

Ia adalah untuk tujuan kesihatan dan kecantikan anda juga.

.

.

Selain itu, apa yang anda makan akan turut memberi kesan terhadap bayi anda kerana mereka menerima susu daripada anda.

.

Sebab itulah bab makanan pantang bersalin ni terlalu dititikberatkan oleh orang tua-tua.

.

Jom kita go through segala senarai makanan pantang yang boleh dimakan dan anda perlu elakkan.

.

.

Baca Juga : PIL PERANCANG – KETAHUI 7 PERKARA INI SEBELUM ANDA MENGAMBILNYA!

.

Senarai Makanan Pantang

.

Makanan Pantang

.

Senarai ini boleh digunakan untuk makanan pantang czer dan juga makanan pantang selepas pembedahan.

.

.

Makanan Pantang Ayam & Daging

.

.

Makanan Pantang

.

Apa yang anda boleh makan

.

  • Ayam biasa
  • Burung puyuh
  • Merpati
  • Ayam hitam
  • Ayam kampung
  • Ayam didik
  • Ayam selasih
  • Daging kambing
  • Daging kurang lemak
  • Daging batang pinang

.

.

Apa yang anda perlu elak

.

  • Ayam dan daging pada bahagian yang berlemak

.

.

Makanan Pantang Jenis Ulam

.

.

.

Apa yang anda boleh makan

.

  • Halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • Pegaga
  • Mengkudu
  • Ulam raja
  • Jantung pisang
  • Daun
  • Ubi cekur
  • Bunga kantan
  • Kunyit hidup
  • Daun kaduk
  • Daun keseum
  • Pudina
  • Kari

.

.

Apa yang anda perlu elak

.

.

Nasib baik sebab anda boleh je makan semua jenis ulam yang anda suka.

.

Tiada yang anda perlu elak.

.

.

Makanan Pantang Jenis Ikan

.

.

.

Apa yang anda boleh makan

.

  • Haruan
  • Selar
  • Gelama
  • Yu
  • Merah
  • Jenahak
  • Gelama
  • Bawal putih
  • Kurau
  • Senangin
  • Salmon
  • Bilis

.

.

Apa yang anda perlu elak

.

  • Ikan masin
  • Ikan kering
  • Keli
  • Bawal hitam
  • Duri
  • Terubuk
  • Pari
  • Parang
  • Sembilang
  • Kembung
  • Tamban
  • Cencaru
  • Tongkol
  • Makanan laut seperti kerang, udang dan ketam

.

Makanan Pantang

.

Memang sedih sikit jika ada merupakan seorang yang gemarkan makanan laut.

.

Banyak yang perlu anda elakkan.

.

Hal ini kerana ia bersifat merangsang histamine untuk keluar secara berlebihan dan ini akan memberi kesan terhadap sistem imunisasi bayi anda.

.

“Berapa lama pantang makanan laut?”

.

Sebaiknya selepas 100 hari atau selepas 6 bulan untuk lebih selamat.

.

Sayur-Sayuran

.

.

Makanan Pantang

.

Apa yang anda boleh makan

.

  • Peria
  • Sawi
  • Ubi kentang
  • Lobak putih
  • Lobak merah
  • Bayam
  • Brokoli

.

.

Apa yang anda perlu elak

.

  • Ubi kayu
  • Petola
  • Timun
  • Terung
  • Kangkung
  • Kubis
  • Tomato
  • Keladi
  • Terung
  • Seleri
  • Petola
  • Pucuk paku
  • Pucuk ubi
  • Kacang botol
  • Labu
  • Kacang panjang
  • Asam keping
  • Cili padi
  • Jering
  • Petai

.

.

Baca Juga : KESUBURAN WANITA – 10 CARA UNTUK PELIHARA KESUBURAN

.

Buah-buahan

.

.

.

Apa yang anda boleh makan

.

  • Walnut
  • Blueberry
  • Anggur
  • Kurma
  • Epal merah
  • Oren
  • Prune
  • Peach
  • Strawberi
  • Kismin
  • Longan cina

.

.

Apa yang anda perlu elak

.

  • Kuinin
  • Manggis
  • Sengkuang
  • Nenas
  • Limau
  • Lai
  • Tembikai
  • Kiwi
  • Epal hijau
  • Langsat
  • Ciku
  • Betik
  • Mangga
  • Durian
  • Belimbing
  • Jambu
  • Pisang
  • Nangka
  • Cempedak

.

.

.

.

Makanan Pantang Jenis Lain-lain

.

.

.

Apa yang anda boleh makan:

.

  • Masakan jenis panggang, rebus, kukus dan bakar
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Oat
  • Cornflakes

.

.

Apa yang anda perlu elak

.

  • Masakan berminyak
  • Laksa
  • Kuetiau
  • Bihun
  • Mi
  • Tempe
  • Makanan daging proses

.

.

Air Untuk Pantang

.

.

.

Apa yang anda boleh makan

.

  • Air suam
  • Jus pegaga
  • Pati kunyit
  • Air halia
  • Kopi
  • Halia kurma
  • Manjakani
  • Madu
  • Coklat
  • Horlicks

.

.

Apa yang anda perlu elak

.

  • Air berais
  • Air sejuk
  • Air berkarbonat
  • Tebu
  • Cuka buah
  • Jus buah
  • Kelapa muda
  • Cincau

.

.

5 Resepi Makanan Pantang Terbaik

.

.

.

Antara resepi popular untuk makanan pantang adalah:

.

.

1. IKAN TENGGIRI LADA HITAM KUKUS

.

Makanan Pantang

.

BAHAN-BAHAN

.

  • 3-4 ketul isi ikan tenggiri
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Sedikit jus lemon
  • Garam secukup rasa

.

.

CARA-CARA

.

  1. Bersihkan isi ikan, mayang semua bawang dan halia.
  2. Taburkan bahan dalam 1 kedalam pinggan yang sesuai.
  3. Susun semua isi ikan dan taburkan bawang serta halia keatas isi ikan.
  4. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan lada.
  5. Kukus ikan tersebut sekitar 10-15 minit atau sehingga ia masak sepenuhnya.

.

.

2. IKAN BAWAL / SIAKAP KUKUS HALIA

.

.

.

BAHAN-BAHAN

.

.

  • 1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
  • 6 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 2 inci halia (dihiris halus)
  • 2-3 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 1 sudu makan sos ikan
  • sedikit air
  • garam
  • hirisan daun sup
  • 3-4 biji cili api (dihiris/diketuk)

.

CARA-CARA

.

.

  1. Sediakan pengukus dan jerang air.
  2. Lumurkan garam pada ikan dengan secukupnya sebelum diletakkan didalam bekas tahan panas.
  3. Taburkan halia dan bawang yang sudah dihiris sebelum kukus sehingga separuh masak.
  4. Masukkan sos ikan, air, cili padi dan jus limau nipis.
  5. Kukus sehingga masak sepenuhnya.

.

.

3. AYAM PANGGANG

.

.

.

BAHAN-BAHAN

.

.

  • 500gm ayam
  • 1/2 cawan air
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 1/2 sudu kecil jintan putih
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

.

.

BAHAN-BAHAN KISAR

.

.

  • 20gm halia
  • 10gm kunyit hidup
  • 10gm lengkuas
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

.

.

CARA-CARA

.

.

  1. Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.
  2. Panggang sehingga masak.
  3. Panaskan sedikit minyak.
  4. Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.
  5. Masukkan serai,jintan manis,jintan putih,air asam jawa dan garam.
  6. Tambah air dan biarkan mendidih.Curahkan ke atas ayam tadi.

.

.

4. SUP AYAM BEREMPAH / SUP DAGING BEREMPAH

.

.

Makanan Pantang

.

BAHAN-BAHAN

.

.

  • 2 ketul ayam
  • Sekeping halia dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 2 ulas bawang kecil dihiris
  • Sebatang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • Sekuntum bunga lawang
  • Sesudu teh lada hitam ditumbuk
  • Sesudu teh biji ketumbar
  • Sedikit lobak merah didadu
  • Hirisan daun bawang dan daun sup
  • Sesudu besar rempah kurma dicampur sedikit air
  • Air
  • Garam
  • Sup bunjut Adabi

.

.

CARA-CARA

.

.

  1. Didih air didalam periuk dan didih bersama sup bunjut.
  2. Masukkan bawang kecil, bawang putih, halia dan kesemua rempah.
  3. Masukkan rempah kurma dan kacau untuk seketika sahaja.
  4. Masukkan ayam dan kacau sehingga rempah mulai sebati dengan isi ayam yang anda masukkan tadi.
  5. Masukkan lobak merah. Pastikan dan biarkan sehingga lobak tersebut empuk.
  6. Masukkan lada hitam dan garam untuk menambah perasa.
  7. Masukkan daun bawang dan daun sup.
  8. Biarkan seketika sebelum dihidangkan.

.

.

5. SINGGANG IKAN TENGGIRI

.

.

Makanan Pantang

.

BAHAN-BAHAN

.

.

  • Ikan tenggiri 3 keping besar
  • 3 ulas bawang putih – dimayang
  • 7 ulas cili api
  • 2 cm lengkuas – dihiris nipis
  • 2 cm kunyit hidup – dihiris nipis
  • 3 keping asam gelugur
  • 4 cawan air
  • Garam secukup rasa

.

.

CARA-CARA

.

.

  1. Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  3. Masakkan hingga kuah mendidih.
  4. Sedia untuk dihidang.

.

.

Haa.. Jangan risau. Walaupun banyak makanan pantang yang anda tak boleh makan, tapi yang mana anda boleh makan pun tetap banyak.

.

Apa yang penting, anda perlu tahu cara untuk pastikan makanan pantang anda menjadi sedap.

.

Caranya adalah dengan memasaknya dengan resepi yang menyelerakan.

.

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat!