Sebenarnya, banyak khasiat buah untuk ibu berpantang yang ramai tidak tahu.

.

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut berkenaan khasiat buat untuk ibu berpantang, jom kami terangkan sedikit apa itu berpantang selepas bersalin.

.

Berpantang selepas bersalin adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memelihara kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu.

.

Dikatakan bahawa wanita yang benar-benar mengikuti amalan berpantang tradisional Melayu ini akan mendapat semula bentuk badan dan tahap kesihatan seperti sebelum bersalin.

.

Antara amalan berpantang adalah bertungku, memakai bengkung, urutan, mandian herba, memakan jamu dan minyak kelapa dara.

.

Kajian moden juga menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang membantu ibu selepas bersalin dan mengesahkan faedah-faedah amalan berpantang.

.

.

Faedah-Faedah Amalan Berpantang

.

.

buah untuk ibu berpantang

.

.

  • Membantu menstabilkan emosi ibu bersalin.
  • Mengurangkan tekanan perasaan selepas melahirkan anak.
  • Membetulkan peredaran darah.
  • Mengelakkan angin meroyan dan postnatal depression.
  • Mengurangkan angin daripada badan.
  • Mengurangkan sakit kepala.
  • Melancarkan pengaliran susu badan.

.

.

Tempoh Berpantang Untuk Ibu Bersalin

.

.

buah untuk ibu berpantang

.

.

Tempoh berpantang secara umumnya adalah selama 44 hari selepas bersalin.

.

Tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka akan sembuh sepenuhnya.

.

Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah ibu bersalin akan lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama anak dan suami.

.

Akan ada sesetengah ibu bersalin yang mengalami trauma semasa kelahiran bayinya.

.

Oleh sebab itu, ibu bersalin memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya hampir 60 hari tempoh berpantang bagi mengatasi trauma tersebut.

.

.

Khasiat Buah Untuk Ibu Berpantang

.

.

buah untuk ibu berpantang

.

.

Salah satu amalan berpantang adalah dari aspek pemakanan.

.

Terdapat banyak pantang larang makanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan.

.

Akan tetapi, untuk artikel kali ini, anda akan lebih didedahkan dengan lebih spesifik pada bahagian pemakanan buah untuk ibu berpantang normal atau czer..

.

Buah-buahan memang banyak khasiatnya, lebih-lebih lagi ketika berpantang.

.

Ia mempunyai zat dan vitamin yang membantu ibu berpantang memperoleh tenaga dan membantu proses pemulihan selepas bersalin.

.

Jom teruskan membaca.

.

.

1. Buah Oren Untuk Ibu Berpantang

.

.

buah untuk ibu berpantang

.

.

Buah oren merupakan antara buah yang sangat bagus dalam memberikan tenaga.

.

Buah oren juga adalah makanan untuk ibu menyusu yang sangat baik kerana ibu menyusu memerlukan lebih banyak vitamin C.

.

Selain itu, buah oren juga merupakan buah untuk ibu berpantang czer.

.

Dengan kandungan vitamin C yang tinggi, ia dapat memastikan luka czer cepat sembuh dan ibu berpantang normal juga amat digalakkan untuk pengambilan buah oren ini.

.

.

2. Buah Epal Untuk Ibu Berpantang

.

.

buah untuk ibu berpantang

.

.

Buah apel untuk ibu berpantang sangat kaya dengan serat dan merupakan sumber vitamin C juga.

.

Tambahan pula, epal merah mengandungi vitamin A, kalium dan pektin.

.

Kalium dapat mempengaruhi sistem saraf yang mengawal otot dan sangat baik untuk membantu mengatur kontraksi pada jantung.

.

Selain itu, pektin adalah prebiotik yang menggalakkan bakteria baik dalam usus ibu bersalin.

.

Secara tidak langsung, buah epal dapat membantu dalam pemulihan dalaman selepas bersalin.

.

Baca Juga : Period Lambat – Normal Atau Tidak Untuk Wanita?

.

.

3. Buah Plum Untuk Ibu Berpantang

.

.

buah untuk ibu berpantang

.

.

Buah plum ialah buah daripada keluarga Rosaceae iaitu keluarga yang sama dengan buah pic dan aprikot.

.

Buah plum yang dikeringkan dikenali dengan nama prun.

.

Khasiat buah plum dan prun dikatakan berkhasiat untuk kesihatan ibu berpantang dan dapat mengatasi masalah sembelit.

.

Disamping itu, buah plum amat sesuai sebagai buah untuk ibu berpantang kerana buah plum mempunyai antioksidan yang tinggi.

.

Ini sekaligus dapat membantu sistem kekebalan tubuh badan seorang ibu bersalin tetap baik.

.

.

4. Buah Delima Untuk Ibu Berpantang

.

.

buah untuk ibu berpantang

.

.

Buah delima kaya dengan asid folik yang berfungsi sebagai pembangunan sistem saraf pusat pada peringkat sel.

.

Buah delima juga mempunyai potassium yang menyokong kerja-kerja pembuluh darah dan dapat meningkatkan aktiviti otak.

.

Buah delima sesuai dijadikan air buah untuk ibu berpantang.

.

Air buah delima akan membantu mencegah penampilan edema di tisu kerana ia mempunyai kesan diuretik serta dapat membersihkan racun dalam badan.

.

Air buah dilema juga dapat mengatasi masalah batuk, penyakit pernafasan, keradangan dan menstabilkan suhu badan ibu berpantang.

.

.

5. Buah Rambutan Untuk Ibu Berpantang

.

.

.

.

Khasiat buah rambutan untuk ibu berpantang ternyata banyak sekali.

.

Buah yang berbentuk bulat dengan kulit berambut ini tidak akan memberi kesan yang negatif jika diambil dengan kuantiti yang tidak berlebihan.

.

Buah rambutan mempunyai kandungan serat yang tinggi serta kalori yang rendah.

.

Pemakanan buah rambutan dapat membantu untuk meningkatkan penghasilan susu badan ibu bersalin.

.

Dengan penambahan susu badan, bayi kecil akan mendapat nutrisi yang cukup dengan baik.

.

Baca Juga : Cara Gugurkan Kandungan Awal – Punca, Sebab & Cara Paling Selamat

.

.

.

.

Buah-Buahan Yang Dilarang Untuk Ibu Berpantang

.

.

1. Buah Nanas

.

.

.

.

Buah nanas adalah buah yang sangat disyorkan dalam diet wanita bagi mendorong tenaga kerja harian anda.

.

Akan tetapi, buah nanas sangat tidak sesuai sebagai buah untuk ibu berpantang.

.

Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan bahawa kehadiran buah sitrat yang lebih tinggi dalam diet seorang wanita boleh membahayakan tubuh bayi.

.

Ini juga cenderung untuk memasukkan buah nanas sebagai sebahagian daripadanya.

.

Buah nanas mempunyai rasa yang cukup kuat dan kandungan berasidnya juga akan memberi kesan yang tidak baik untuk bayi.

.

.

2. Buah Tembikai

.

.

.

.

Buah tembikai merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

.

Buah tembikai amat sedap jika dimakan sebagai pencuci mulut.

.

Ia bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral, malah kandungan 92% air juga membuatkan anda rasa lebih kenyang selepas makan.

.

Akan tetapi, buah tembikai tidak sesuai untuk ibu bersalin kerana boleh menyebabkan bayi kembung perut.

.

Setiap pemakanan ibu berpantang perlu mengambil kira juga bayi yang sedang menyusu kerana nutrisi dalam susu badan dipengaruhi oleh pemakanan ibu berpantang.

.

.

3. Buah Pisang Untuk Ibu Berpantang

.

.

buah untuk ibu berpantang

.

.

Pisang tidak diragukan lagi mengandungi pelbagai nutrien dan vitamin yang menjadikannya pilihan makanan yang sangat baik.

.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sebab yang perlu diambil perhatian kerana pisang juga kaya dengan chitinase.

.

Antigen chitinase sering dikaitkan dengan gangguan lateks dan ia boleh menyebabkan alahan.

.

Jika anda sensitif kepada lateks atau tidak toleran terhadap makanan yang mengandungi lateks, anda perlu periksa dengan doktor sebelum mengambil pisang.

.

Sesetengah ibu berpantang dinasihatkan agar tidak makan pisang, terutamanya jika tahap gula mereka lebih tinggi daripada julat normal.

.

.

4. Buah Manggis

.

.

.

.

Manggis adalah buah yang popular di Vietnam, selain rasanya yang sedap, buah manggis juga mempunyai banyak nutrien yang sihat.

.

Manggis mempunyai banyak protein, kalsium, zat besi dan fosforus.

.

Akan tetapi, kebanyakan pakar kesihatan wanita menyarankan agar anda tidak menjadikan buah manggis makanan untuk ibu bersalin

.

Ini disebabkan oleh, anda berisiko untuk mengalami masalah kesihatan seperti asidosis laktik.

.

Asidosis laktik akan menyebabkan asid laktik berkumpul secara tidak normal dalam darah dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.

.

.

5. Buah-Buahan Citrus

.

.

.

.

Antara buah-buahan citrus adalah lemon dan limau.

.

Buah untuk ibu pantang ini sangat tidak sesuai kerana boleh mengganggu sistem gastro-usus dan saluran penghadaman bayi yang belum matang.

.

Bayi yang sensitif terhadap buah citrus dalam susu ibu mungkin mudah mengalami ruam lampin.

.

Ruam lampin adalah sejenis keradangan kulit yang lazim dan dicirikan oleh warna kemerah-merahan yang merengsakan sehingga bayi rasa terganggu.

.

Lazimnya ia terjadi di sekitar tempat yang ditutupi lampin membabitkan bahagian kemaluan, punggung, celah kangkang dan lipatan paha bayi.

.

.

.

.

Masalah kulit ini berlaku akibat kerengsaan yang terperangkap dalam lampin disebabkan enzim protease.

.

Enzim protease adalah enzim yang menghurai molekul protein yang besar dan ditemui dalam air kencing atau najis pada lampin.

.

Walau bagaimanapun, kulit sensitif dan geselan lampin ketat dengan kulit yang lembut turut menjadi sebab lain yang mengakibatkan ruam lampin.

.

Jangkitan kulat atau bakteria boleh berlaku jika keradangan kulit dibiarkan tanpa dirawat atau jika berlaku luka pada kulit.

.

.

Gejala Ruam Lampin

.

.

.

.

  • Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan paha.
  • Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah gelap yang diseliputi ruam yang berkilat di luar bahagian utama yang dijangkiti.
  • Bayi akan kelihatan tidak selesa, kuat merengek dan menangis.

.

.

Penjagaan Bayi Alami Ruam Lampin

.

.

buah untuk ibu berpantang

.

.

#1 Pastikan bayi dalam keadaan kering dan dedahkan kawasan ruam kepada udara.

.

#2 Tukar lampin dengan kerap, apabila anda mendapati lampin basah atau kotor.

.

#3 Bersihkan sisa air kencing atau lembapan pada kulit dengan air suam atau krim ruam lampin.

.

#4 Guna ubat saranan doktor dan sentiasa melihat keadaan ruam lampin ini setiap kali menukar lampin.

.

Itu sahaja perkongsian kami berkenaan buah untuk ibu berpantang dan beberapa topik yang berkait.

.

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada ibu dan bayi.