Terdapat beberapa cara banyakkan susu badan yang anda boleh praktikkan.
.
Akan tetapi, anda tahu tak bagaimana susu badan terhasil?
.
Susu badan adalah susu yang terbaik buat si manja sejak hari pertama dilahirkan.
.
Memberi si manja susu badan merupakan impian setiap individu yang bergelar ibu.
.
Jom kami kongsikan dahulu cara bagaimana susu badan dihasilkan.
.
.
Bagaimana Susu Badan Dihasilkan?
.
.
.
.
Hormon prolaktin bertanggungjawab untuk merangsang penghasilan susu badan.
.
Tindakan hormon prolaktin berlaku semasa bayi menyusu di payudara ibu di mana reflex saraf akan dihantar ke otak.
.
Tindak balas ini akan menyebabkan kelenjar pituitari di otak merembeskan hormon prolaktin.
.
Ini akan menyebabkan paras hormon prolaktin akan meningkat di dalam darah.
.
Peningkatan hormon prolaktin akan merangsang penghasilan susu badan untuk penyusuan berikutnya.
.
.
.
.
Paras hormon prolaktin tertinggi adalah pada waktu malam.
.
Maka, ibu-ibu digalakkan untuk menyusu kerap pada waktu malam atau memerah susu pada waktu malam dan ini merupakan salah satu cara banyakkan susu badan.
.
Semakin kerap penyusuan diberikan, semakin banyak rangsangan penghasilan susu badan.
.
Terdapat juga beberapa cara banyakkan susu badan yang anda boleh amalkan dari segi pemakanan.
.
Jom teruskan membaca.
.
.
Tips Banyakkan Susu Badan Melalui Pemakanan
.
.
.
.
Jika anda mencari tips untuk:
- Makanan banyakkan susu badan
- Makanan untuk banyakkan susu badan.
- Makanan untuk tambah susu badan.
- Makanan untuk tambahkan susu badan.
.
Anda sekarang berada pada saluran yang betul.
.
Sememangnya susu ibu yang pekat adalah berkualiti dan pastinya dapat membuatkan bayi menjadi lebih kenyang.
.
Untuk cara banyakkan susu badan melalui pemakanan ini, anda boleh mengamalkan pemakanan yang berfungsi sebagai penggalak susu dalam diet pemakanan seharian.
.
Antara makanan penggalak susu badan adalah:
.
.
#1 Cara Banyakkan Susu Badan – Kurma
.
.
.
.
Kurma adalah salah satu sumber karbohidrat yang tinggi.
.
Karbohidrat yang tinggi dapat menggantikan tenaga yang hilang.
.
Anda boleh mengamalkan kurma dengan mengambil 5 biji kurma dan kisarkan dengan segelas susu segar.
.
Anda boleh terus minum sebelum atau selepas menyusu bayi.
.
Anda juga boleh menyimpannya dahulu di dalam peti sejuk selama 30 minit untuk mendapatkan nikmat kesegaran yang maksima.
.
.
#2 Habbatus Sauda
.
.
.
.
Habbatus sauda atau jintan hitam dengan nama saintifiknya nigella sativa adalah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari asia selatan dan asia barat daya.
.
Anda perlu mengunyah sesudu habbatus sauda sehingga keluar minyak dan telan.
.
Jika anda tidak mampu makan begitu sahaja, anda boleh merebus dahulu satu sudu habbatus sauda dengan air.
.
Kemudian, minum air rebusan itu 2-3 kali seminggu.
.
Cara banyakkan susu badan ini juga dapat mengawal paras gula dalam darah anda.
.
.
#3 Cara Banyakkan Susu Badan – Halba
.
.
.
.
Halba berasal dari timur tengah dan digunakan secara meluas di India.
.
Halba adalah sejenis pokok rempah yang mempunyai daun berwarna hijau muda dan bunga putih yang kecil.
.
Penyelidikan oleh pakar telah berjaya menyimpulkan bahawa pengambilan teh halba untuk diet boleh membantu golongan ibu dalam meningkatkan pengeluaran susu badan.
.
Anda hanya perlu merebus satu sudu halba dengan segelas air dan minum air rebusan setiap hari.
.
Cara banyakkan susu badan ini akan menyebabkan badan sedikit berbau.
.
.
#4 Longan Kering
.
.
.
.
Longan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang bagus untuk ibu menyusu dan juga kepada ibu yang sedang berpantang.
.
Antara khasiat utama longan kering adalah menstabilkan hormon, menambah susu badan dan meningkatkan kualiti tidur.
.
Selain itu, longan mempunyai potassium yang tinggi dimana dalam perubatan ia dapat membantu ibu mengurangkan stress.
.
Anda hanya perlu rebus longan kering bersama air dan sedikit gula batu.
.
Minum segelas air rebusan longan setiap hari sebagai cara banyakkan susu badan.
.
.
#5 Lobak Putih
.
.
.
.
Lobak putih atau nama saintifiknya raphanus sativus tergolong dalam keluarga brassicaceae.
.
Lobak putih mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan sebatian bioaktif.
.
Anda hanya perlu campurkan lobak putih ke dalam masakan sayur.
.
Anda juga boleh cuba membuat sup untuk dinikmati panas-panas.
.
Cara banyakkan susu badan ini juga dapat menurunkan berat badan serta memutih dan menyihatkan kulit.
.
.
Petua Banyakkan Susu Badan Selain Pemakanan
.
.
.
.
Ada ibu yang tak buat apa pun tapi susu keluar dengan banyak hingga usia anak dua tahun.
.
Ada juga ibu yang susu keluar sedikit dan ada pula yang tidak keluar langsung.
.
Kadang-kadang aktiviti harian atau gaya hidup seorang wanita itu sendiri menjadi punca berlakunya perkara tersebut.
.
Kami akan kongsikan beberapa petua banyakkan susu badan selain pemakanan yang anda boleh amalkan.
.
.
1. Posisi Dan Kedudukan Menyusu Yang Betul
.
.
.
.
Anda harus memastikan posisi duduk anda selesa dan ada sokongan pada bahagian belakang.
.
Pastikan anda mendukung bayi dengan mulut dan hidungnya menghala ke arah payudara.
.
Anda boleh mencuba posisi menyusu seperti:
- Laid-Back
- Cradle Hold
- Cross-Cradle Hold
- Rugby Ball Hold
.
Anda boleh pasangkan lagu-lagu syahdu supaya anda lebih tenang dan secara tidak langsung anda dapat menambah lagi susu badan anda.
.
.
.
.
2. Menyusu Tidak Perlu Jadual
.
.
.
.
Anda mungkin pernah dengar tentang jadual penyusuan betul tak?
.
Sebenarnya tiada istilah jadual penyusuan tetapi hanya ada jadual mengepam susu sahaja.
.
Penyusuan tidak memerlukan jadual kerana ia bergantung pada bayi anda itu sendiri.
.
Jangan biarkan anak anda menangis, merengek atau meronta semata-mata mengikut jadual penyusuan.
.
Anda perlu ingat yang kekerapan memberi susu pada bayi baru lahir adalah sangat penting dan merupakan cara banyakkan susu badan.
.
Baca Juga : KRIM PAYUDARA : Betul-Betul Selamat & Berkesan Ke?
.
.
3. Mengurut Payudara
.
.
.
.
Urut payudara juga merupakan salah satu cara banyakkan susu badan selepas bersalin.
.
Caranya mudah sahaja, anda perlu mengurut dengan lembut di kawasan payudara dan belakang badan.
.
Kalau rasa susah nak urut sendiri, mintalah bantuan suami atau ibu anda.
.
Anda juga boleh mengupah tukang urut atau bidan kampung wanita yang tahu kedudukan urat untuk banyakkan susu badan.
.
Cara banyakkan susu badan ini sangat sesuai dilakukan bila-bila masa sahaja.
.
.
4. Jangan Terlalu Stress
.
.
.
.
Stress merupakan punca susu berkurangan atau susah dikeluarkan.
.
Tambahan selepas bersalin, pasti banyak perkara yang mengganggu pemikiran ibu hingga rasa tertekan.
.
Ibu menyusu yang stress akan menyebabkan gangguan hormon berlaku.
.
Gangguan hormon sedikit sebanyak telah mengganggu sistem penghasilan susu badan dan menyebabkan susu berkurangan.
.
Biarkan pemikiran dan emosi dalam keadaan aman dan tenang.
.
.
5. Check Keadaan Puting Payudara
.
.
.
.
Semasa hamil, anda perlu check puting payudara sama ada timbul, tenggelam atau meleper.
.
Anda boleh mula melakukan penarikan pada puting payudara anda ketika usia kandungan 38 minggu dan ke atas.
.
Ini bagi memastikan puting payudara anda timbul dan mudahkan bayi untuk menyusu.
.
Kalau rasa ragu-ragu, anda boleh meminta pertolongan jururawat di wad bersalin untuk membantu anda.
.
Baca Juga : Ibu Mengandung – Persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas. Anda Wajib Baca
.
.
Cara Simpan Susu Badan Supaya Tahan Lama
.
.
.
.
Cara penyimpanan susu badan hendaklah dilakukan dengan betul supaya ia tidak rosak dan selamat untuk diminum oleh bayi anda.
.
Ini sangat perlu dititik beratkan oleh ibu-ibu yang terpaksa bekerja dan tidak mempunyai kelonggaran untuk menjadi suri rumah.
.
Tambahan lagi jika keadaan yang terlalu mendesak seperti bersalin czer.
.
Ibu bersalin pastinya tidak dapat menyusu bayi selama beberapa hari.
.
Jom ikuti tips berguna yang akan kami kongsikan.
.
.
#1 Cari Bekas Yang Sesuai
.
.
.
.
Bekas yang baik untuk menyimpan susu adalah bekas yang diperbuat daripada kaca atau plastik kedap udara.
.
Anda juga boleh mendapatkan beg susu dan bekas susu yang telah direka khas untuk penyimpanan susu badan.
.
Jenis bekas yang sesuai bergantung kepada sebab anda menyimpan susu, berapa banyak yang ingin disimpan dan berapa lama anda akan menyimpan.
.
Terdapat beberapa jenis bekas yang anda boleh gunakan seperti:
- Beg plastik khas penyimpanan susu
- Botol susu plastik khas susu badan
- Bekas kaca khas
- Dulang milk payudara
.
.
#2 Guna Bekas Yang Bersih
.
.
.
.
Bersihkan bekas tersebut dengan air atau sabun antibakteria.
.
Kemudian bilas dengan air mendidih atau sterilkan dalam mesin sterilizer beberapa minit.
.
Jika bekas itu tidak digunakan lagi, biarkan ia kering dengan sendiri.
.
Pastikan anda membeli bekas yang bebas Bisphenol-A (BPA) kerana bekas jenis ini selamat dan tahan suhu panas.
.
Bekas yang tidak bebas BPA akan melepaskan zat kimia apabila terkena panas dan akan menyebabkan gangguan fungsi normal dari sistem hormon.
.
.
#3 Tempoh Baik Susu Badan
.
.
.
.
Susu yang telah dipam keluar mesti dimasukkan terus ke dalam peti.
.
Susu badan hanya bertahan 4 jam pada suhu bilik dan 7-8 jam sahaja jika anda menggunakan cooler bag.
.
Labelkan tarikh dan masa supaya tidak dibekukan terlalu lama.
.
Pastikan anda mengepam susu badan mengikut jumlah susu yang diminum oleh bayi anda.
.
Susu yang tidak habis digunakan perlu dibuang dan tidak boleh disimpan kembali.
.
.
#4 Suhu Sesuai Untuk Susu Badan
.
.
.
.
Anda perlu menyimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 darjah celcius.
.
Susu badan hanya boleh bertahan tidak melebihi 5 hari.
.
Jika anda ingin bekukan terus ke dalam peti sejuk beku, anda perlu membekukannya pada suhu -15 darjah celcius.
.
Penyimpanan dalam peti sejuk beku boleh membuatkan susu badan bertahan selama 3-4 bulan.
.
Ibu bapa bekerjaya disarankan untuk melaburkan sedikit wang untuk membeli peti penyejuk beku khas untuk susu badan.
.
Baca Juga : Makanan Pantang Bersalin – Nombor 3 Akan Buat Anda Fikir 2 Kali!
.
.
Cara Panaskan Susu Badan
.
.
.
.
Cairkan susu badan dalam bekas yang beku dengan merendam dalam air suam sehingga cair sepenuhnya lebih kurang 4 jam.
.
Selepas cair sepenuhnya, rendamkan bekas susu badan tersebut di dalam bekas berisi air panas.
.
Jangan sesekali menggunakan dapur atau microwave untuk panaskan susu badan.
.
Kedua-dua cara ini akan mengakibatkan kerosakan pada khasiat susu badan tersebut.
.
Itu sahaja perkongsian kami berkenaan tips, petua dan cara banyakkan susu badan.
.
Pastikan bayi anda mendapat susu badan yang mencukupi dan mendapat khasiat susu badan yang maksima untuk tumbesarannya.
.
Semoga bermanfaat.