Isteri, Anda Berhak Lebih Bahagia

Sis, ketika ehem-ehem dengan Hubby.. Ada tak rasa Hubby kadang-kadang Susah Tahan Lama atau Keras? Kita pun rasa tak puas, kan?


Tak boleh dibiarkan. Takut semakin melarat. Jom ikhtiar sat ni,..
Selesaikan (Percuma)
Ibu Mengandung

Cara Elak Hamil – Petua Tradisional dan Moden

Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin mempunyai cahaya mata sendiri. Namun, terdapat juga mereka yang mencari cara elak hamil dek kerana beberapa faktor seperti masalah perubatan.

.

Artikel kali ini akan mengupas beberapa kaedah atau cara bagi mengelak kehamilan yang tidak diinginkan baik dari segi moden atau tradisional.

.

.

Cara Elak Hamil melalui Kaedah Moden

.

.

.

.

Terdapat beberapa kaedah elak hamil seperti:

  • Kontraseptif boleh ubah jangka panjang – implan atau peranti dalam rahim (IUD)
  • Kontraseptif hormon – pil atau suntikan Depo Provera
  • Kaedah penghalang – kondom
  • Kontraseptif kecemasan
  • Kontraseptif kekal – vasektomi dan ikatan tiub.

.

.

a. Kaedah Mengelak Kehamilan Boleh Ubah Jangka Panjang (LARC)

.

.

.

.

Kaedah LARC ialah sejenis kaedah mencegah kehamilan secara moden yang tahan lama.

.

Terdapat dua jenis kaedah LARC iaitu:

  • peranti dalam rahim; yang berlangsung selama tiga, lima atau sepuluh tahun
  • implan; yang berlangsung selama tiga tahun.

.

Sebaik sahaja anda menggunakan kaedah ini, anda tidak perlu lagi menggunakan kaedah lain secara berulang-ulang.

.

Baca Juga : Uji Kehamilan – Cara Dan Waktu Yang Sesuai

.

b. Perancang Hormon

.

.

.

.

Kaedah mengelak kehamilan ini menggunakan hormon untuk mencegah kehamilan.

.

Cara ini menggunakan hormon termasuklah pengambilan pil dan suntikan Depo Provera.

.

Terdapat dua jenis pil:

  • pil oral gabungan
  • pil progestin sahaja

.

Jika anda mengambil pil dengan kaedah yang betul, ia mempunyai 99% keberkesanan untuk mencegah kehamilan.

.

Suntikan Depo Provera ialah suntikan yang akan diambil setiap tiga bulan. Jika anda mendapat suntikan tepat pada masanya, keberkesanannya adalah sehingga 99%.

.

Baca Juga : Uji Kehamilan – Cara Dan Waktu Yang Sesuai

.

c. Kaedah Penghalang

.

.

.

.

Kaedah seterusnya dipanggil sebagai kaedah penghalang.

.

Cara ini menghalang sperma daripada memasuki faraj.

.

Dua jenis kaedah penghalang yang wujud adalah:

  • kondom
  • kondom dalaman

.

Kondom boleh melindungi daripada jangkitan seksual (STI) dan daripada kehamilan yang tidak diingini.

.

.

d. Kontrasepsi Kecemasan

.

.

.

.

Kontrasepsi kecemasan juga adalah kaedah bagi mengelak untuk hamil.

.

Terdapat dua pilihan iaitu:

  • Pil kontraseptif kecemasan (ECP)

ECP boleh diambil sehingga tiga hari selepas hubungan seks tanpa perlindungan.

 

  • IUD tembaga.

IUD tembaga boleh dimasukkan sehingga lima hari selepas hubungan seks tanpa perlindungan dan lebih daripada 99% berkesan untuk mengelak kehamilan.

.

Cara elak hamil kecemasan boleh digunakan untuk mencegah kehamilan jika anda:

  • tidak menggunakan perlindungan.
  • gagal menggunakan cara biasa. Contohnya kondom bocor.
  • telah terlepas lebih daripada satu pil perancang.
  • telah muntah atau mengalami cirit-birit semasa mengambil pil.
  • telah terlepas suntikan anda.
  • telah dipaksa melakukan hubungan seks tanpa cara elak hamil.

.

Cara elak hamil ECP kurang berkesan berbanding penggunaan kaedah LARC atau hormon.

.

Baca Juga : Tanda Hamil – Ketahuinya Untuk Elakkan Risiko Keguguran!

.

e. Kontraseptif Kekal

.

.

.

.

Cara elak hamil kekal atau pensterilan ialah menghalang semua kehamilan akan datang.

.

Ia sangat sukar atau mustahil untuk diterbalikkan.

.

Cara elak hamil kekal adalah sama ada vasektomi atau ikatan tiub.

.

Itulah beberapa fakta tentang cara elak hamil secara moden dan menggunakan teknologi.

.

Mari kita lihat pula cara-cara elak hamil secara semulajadi atau tradisional.

.

.

Cara Elak Hamil Semulajadi dan Tradisional

.

.

.

.

Perancang keluarga semulajadi ialah cara elak hamil yang tidak melibatkan pil atau peranti. Ia tidak mempunyai efek sampingan.

.

.

.

.

Macam Mana Caranya?

.

.

Anda perlu menentukan hari subur untuk cara elak hamil tradisional ini.

.

Kesuburan berlaku selama kira-kira 6 hari setiap bulan; 5 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi.

.

.

.

.

Cara elak hamil semulajadi menggunakan kaedah yang berbeza untuk menentukan hari kesuburan tersebut.

.

Baca Juga : Tanda Hamil – Ketahuinya Untuk Elakkan Risiko Keguguran!

.

Jenis-jenis Kaedah Elak Hamil Semulajadi atau Tradisional

.

.

Anda boleh menggunakan kaedah elak hamil dalam beberapa cara:

.

1. Kaedah irama.

.

Kitaran haid yang normal berlangsung antara 28 dan 32 hari. Ovulasi biasanya berlaku sekitar hari ke 14. Oleh itu, anda akan mengelakkan hubungan seks tanpa perlindungan pada hari 8 hingga 19, kerana pada masa itulah anda paling subur.

Kaedah irama hanya berfungsi kepada individu yang mempunyai kitaran haid yang tetap dan teratur.

.

2. Lendir serviks atau kaedah ovulasi.

.

Apabila anda sedang ovulasi, lendir anda jernih, meregang dan basah, seperti putih telur mentah. Anda tuliskan rupa lendir anda setiap hari supaya anda tahu bila anda sedang ovulasi.

.

3. Kaedah suhu badan basal (BBT).

.

Suhu anda boleh meningkat antara 0.5 dan 1 darjah apabila anda ovulasi dan kekal di sana sehingga haid anda yang seterusnya. Dengan kaedah ini, anda mengukur suhu anda setiap pagi sebaik saja bangun dari tidur.

.

4. Kaedah symptothermal.

.

Penggabungan beberapa kaedah seperti BBT dan lendir serviks.

.

5. Membuang air mani di luar faraj.

.

Dalam Islam, kaedah ini disebut sebagai azal iaitu suami atau pasangan membuang air mani di luar faraj ketika ejakulasi berlaku.

.

Ini adalah petua yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi bagi mengelak kehamilan.

.

.

Elak Hamil melalui Pemakanan Herba

.

.

.

.

Untuk pengetahuan anda semua, memang benar bahawa penggunaan herba adalah antara cara elak hamil yang telah lama digunakan oleh ramai individu.

Pun begitu, ia mungkin tidak disarankan untuk digunakan ekoran tiada perakuan daripada pertubuhan perubatan seperti Food & Drug Administration (FDA).

.

Berikut adalah beberapa contoh herba kontraseptif yang wujud secara semulajadi .

.

1. Stoneseed

.

.

.

Digunakan oleh wanita dari suku kaum Dakota.

.

2. Akar Jack-in-the-pulpit

.

.

.

.

Digunakan oleh wanita dari suku kaum Hopi.

.

3. Bunga Thistle

.

.

.

.

Digunakan oleh wanita dari suku kaum Quinault.

.

Ketiga-tiga herba ini digunakan dengan cara yang hampir sama yakni direndam di dalam air dan diminum bagi tujuan menggalakkan kemandulan sementara.

.

Selain itu juga, wujud herba lain yang dipercayai mampu halang implantasi daripada berlaku iaitu:

.

4. Daun Smartweed

.

Dipercayai perlu diambil oleh wanita selama 7 hari berturut-turut selepas seks tanpa perlindungan

.

5. Biji Wild Carrot

.

Dipercayai mampu halang implantasi berlaku ekoran tinggi jumlah rutin, quercetin, dan asid gallic

.

6. Tumbuhan akar halia

.

Dipercayai dapat mencegah kehamilan dan banyak diamalkan oleh masyarakat Asia.

.

7. Nanas
.

Pengambilan nanas yang matang setiap hari selama 2-3 hari setelah berhubungan seks dipercayai dapat mencegah daripada implantasi.

.

Cara Elak Hamil melalui Posisi Hubungan Seks

.

.

.

.

Berikut merupakan antara posisi ketika bersetubuh atau melakukan hubungan seks yang dipercayai dapat mengelak daripada kehamilan berlaku.

  • Woman on top
  • 69
  • Missionary

.

Posisi-posisi yang disarankan dipercayai dapat melambatkan pergerakan sperma ke dalam rahim. Selain itu, hanya rangsangan luar sahaja yang dilakukan tanpa memasukkan zakar kedalam faraj.

.

Begitulah antara kaedah moden dan tradisional yang dapat digunakan bergantung pada keselesaan individu atau pasangan. Komitmen yang tinggi diperlukan bagi mengelak kehamilan yang tidak diinginkan.

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan cara elak hamil. Semoga bermanfaat!

Irwani Hasanah