Sis, ketika ehem-ehem dengan Hubby.. Ada tak rasa Hubby kadang-kadang Susah Tahan Lama atau Keras? Kita pun rasa tak puas, kan?
Rasanya selalu sangat kita terbaca mengenai fasakh dan sebagainya ni kan?
.
Bukan apa, dalam kebanyakan kisah rumah tangga yang kerap dikongsikan di media sosial, ramai yang mencadangkan si isteri untuk menuntut fasakh.
.
Ia seringkali menjadi cadangan buat para isteri yang termasuk dalam kategori dizalimi oleh suami mereka.
.
.
Namun, apa sebenarnya pengertian fasakh ini dan apa sebab fasakh serta hukum isteri menuntut fasakh?
.
Itulah apa yang bakal kami kongsikan dengan anda dalam perkongsian kali ini mengenai fasakh.
.
Jom baca!
.
.
.
.
.
.
Fasakh adalah salah satu cara pembubaran ikatan perkahwinan yang ada di dalam agama Islam.
.
Menurut istilah bahasa, fasakh membawa maksud rosak atau putus.
.
Dari segi istilah syarak pula, ia membawa maksud fasakh adalah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dengan isteri melalui kuasa yang ada pada hakim atau kadi, atas sebab-sebab dan alasan-alasan yang dibenarkan oleh syarak.
.
Bahasa yang lebih mudahnya adalah ia merupakan suatu proses untuk membubarkan sesuatu ikatan perkahwinan melalui perintah mahkamah.
.
Ia juga haruslah atas sebab atau alasan tertentu dan selain itu ia juga mestilah merupakan alasan yang munasabah di dalam tuntutan fasakh dimana ia perlu dibuktikan untuk meleraikan sesuatu ikatan perkahwinan.
.
Baca Juga : Tanggungjawab Isteri – Lakukannya Untuk Rumah Tangga Yang Lebih Bahagia!
.
.
.
.
.
.
.
Biasanya, kita hanya tahu bahawa tuntutan cerai fasakh ini adalah hak yang ada pada seorang isteri sahaja.
.
Tapi tahukah anda sebenarnya bahawa tuntutan ini boleh dilakukan samada oleh suami atau isteri.
.
Kedua-duanya boleh memfailkannya di mahkamah namun ia sangat jarang dilakukan oleh suami kerana suami mempunyai hak dan kuasa untuk melafazkan talak.
.
Tidak pula bagi seorang isteri dimana isteri tiada kuasa dan hak untuk melafazkan talak.
.
Jadi, inilah hak yang ada pada isteri iaitu untuk membubarkan perkahwinan melalui tuntutan fasakh.
.
.
.
.
.
.
Hanya hakim di mahkamah sahaja yang mempunyai kuasa untuk meluluskan pembubaran perkahwinan ini atas permohonan samada daripada suami atau isteri.
.
Namun, bukti haruslah diberikan secara kukuh dan ada prosedur-prosedur lain yang akan dinilai sebelum sebarang keputusan dilakukan.
.
.
.
.
.
.
Bahagian seterusnya akan menyentuh mengenai prosedur yang terlibat untuk melaksanakan tuntutan ini.
.
Adalah sangat dinasihatkan dan digalakkan untuk anda yang ingin melakukan tuntutan ini supaya melantik mana-mana peguam atau Biro Bantuan Guaman.
.
Hal ini kerana ia akan sangat membantu anda untuk memudahkan perjalanan tuntutan namun tiada masalah juga untuk melakukannya sendiri.
.
Apa yang perlu dilakukan adalah:
.
Jangan tulis alasan seperti tiada persefahaman kerana ia merupakan alasan yang sangat lemah.
.
Nanti kami akan kongsikan sebab-sebab yang membolehkan anda membuat tuntutan ini.
.
Sebab-sebab tersebut boleh menjadi alasan yang lebih munasabah.
.
Namun, ia perlulah disertai dengan bukti yang kukuh seperti yang ada di dalam seksyen di bawah Akta Keluarga Islam negeri-negeri.
.
.
.
.
.
.
Untuk pengetahuan anda, setiap negeri mempunyai undang-undang keluarga Islam tersendiri.
.
Menurut seksyen 52 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat beberapa sebab yang akan membolehkan seseorang individu itu untuk membuat permohonan fasakh di mahkamah.
.
Antara sebab yang membolehkan tuntutan fasakh adalah :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sekalipun sebab-sebab diatas ini adalah diantara sebab yang agak kukuh untuk membuat tuntutan, namun anda masih perlu kemukakan bukti yang kukuh.
.
Jika tidak, pihak mahkamah berhak untuk menolak permohonan anda.
.
.
Apa yang anda perlu kemukakan sebagai bukti yang kukuh?
.
Selain daripada seorang saksi, anda juga boleh kemukakan:
.
.
.
.
Bagi kes ini, kebiasaannya proses perbicaraan akan diadakah sebelah pihak sahaja oleh mahkamah di mana si isteri akan mengemukakan tuntutan fasakh di mahkamah dimana mahkamah akan meminta alamat terakhir suami yang diketahui isteri dan saman akan dihantar ke alamat tersebut.
.
Jika tindakan tersebut gagal, maka mahkamah akan membuat serahan secara gantian iaitu dengan cara:
.
Perbicaraan kemudiannya akan dijalankan secara sebelah pihak sekalipun tanpa kehadiran si suami dan saksi yang akan dipanggil adalah ahli keluarga dimana mereka perlu untuk memberikan keterangan akan kehilangan si suami tersebut.
.
Kuasa membubarkan perkahwinan tersebut boleh dilakukan oleh mahkamah sekalipun tanpa kehadiran si suami.
.
.
.
.
.
.
Untuk pengetahuan anda, pembubaran ikatan perkahwinan secara fasakh termasuk dalam kategori talak Ba’in Sughra.
.
Hal ini membawa maksud dimana setelah mahkamah memutuskan untuk membubarkan perkahwinan, ia tidak boleh dirujuk kembali.
.
Apa yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan akad nikah yang baru.
.
.
.
.
Hukum fasakh termasuk dalam kategori harus untuk isteri menuntut fasakh demi menjaga kemaslahatan dan kebaikan untuk kedua-dua belah pihak.
.
Apapun, haruslah dipastikan bahawa sebab tuntutan tersebut adalah seperti apa yang dibenarkan dan dikemukakan juga bukti yang kukuh.
.
.
.
.
.
.
Ramai juga sebenarnya yang masih lagi keliru dengan fasakh dan talak.
.
Adakah ia merujuk kepada perkara yang sama ataupun berbeza kerana kedua-duanya melibatkan penceraian?
.
Jawapannya tidak kerana kedua-duanya adalah berbeza.
.
Fasakh merupakan pembatalan akad daripada asas dan menghilangkan sifat halal yang menjadi kesan ke atasnya.
.
Manakala talak pula membawa maksud menamatkan akad dan sifat halal masih kekal kecuali setelah dijatuhkan talak ba’in iaitu talak tiga.
.
.
.
.
.
.
.
.
Melaluinya, ia memberi peluang kepada si isteri untuk membuat tuntutan pembatalan perkahwinan.
.
Hal ini adalah perlu bagi mengelakkan daripada kemudaratan yang akan ditanggung oleh isteri sekiranya ikatan perkahwinan diteruskan.
.
Selain itu, ia juga akan menjadi sebuah bentuk peringatan kepada suami agar sentiasa bertanggungjawab dalam menunaikan hak-hak isteri dan keluarga kerana mereka sebenarnya tidak boleh melakukan apa-apa sahaja tanpa memikirkan isteri.
.
Ia turut menghindarkan suasana yang tidak baik terhadap perkembangan fizikal, mental, dan emosi anak-anak.
.
Hal ini kerana jika ia diteruskan, hubungan yang tidak baik antara suami dan isteri pastinya akan memberikan kesan kepada anak-anak.
.
Bagi sesetengah kes pula, ia adalah penting untuk menyelamatkan akidah isteri dan anak-anak sebagai akibat daripada suami yang murtad.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tuntutan mutaah merupakan sejumlah harta yang wajib diberikan oleh suami kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami.
.
Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat mengenai yang menyentuh mengenai mutaah seperti:
.
“Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa”.
.
(Surah Al-Baqarah : 241)
.
Ia boleh jadi dalam bentuk:
.
Semuanya perlulah bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan si suami.
.
Islam tidak menetapkan kadarnya kerana ia perlulah bergantung pada keredhaan dan persetujuan suami dan isteri.
.
Namun, ada kalanya akan terjadi isu dalam menentukan kadar ini jadi Mahkamah Syariah akan memutuskan kadar yang sewajarnya mengikut kemampuan suami.
.
.
.
.
.
.
Bagi isteri yang diceraikan oleh suami selepas bersetubuh, wajib melalui proses ‘iddah.
.
Ia menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan keperluan berikut dalam tempoh ‘iddah:
.
.
.
.
.
.
Nama lainnya adalah tuntutan hak jagaan anak-anak yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan dan melindungi diri serta mendidik rohani dan jasmani mereka.
.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar,
.
Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: “Ya Rasulullah, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku”. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,“Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain”.
.
(Riwayat Abu Daud)
.
.
.
.
.
.
Didalam Islam, ada juga tuntutan nafkah anak selepas isteri diceraikan.
.
Ia sesuai dengan firman Allah S.W.T di dalam surah At-Talak ayat 6,
.
“Kalau mereka itu (bekas isterimu) menyusukan anakmu maka berilah upah mereka”.
.
Dalam ayat yang lain pula, iaitu Surah Al-Baqarah ayat 233 dimana Allah S.W.T telah berfirman,
.
“Janganlah seseorang itu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang bapa kerana anaknya dan waris pun berkewajiban demikian”.
.
Dari sebuah hadis yang diterangkan oleh Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
.
Hindun pernah bertanya: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufian (suami Hindun) seorang lelaki yang sangat bakhil. Ia tidak pernah memberi belanja kepadaku yang dapat mencukupi diriku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya itu, sedangkan ia tidak mengetahuinya”. Kemudian Rasulullah saw menjawab: “Ambillah apa yang sekiranya boleh mencukupi dirimu dan anakmu dengan cara yang makruf”.
.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
.
Jadi jelaslah berdasarkan dalil-dalil di atas ternyata seorang bapa wajib untuk memberi nafkah buat anak-anaknya dengan syarat:
.
Apabila anak itu telah baligh dan boleh berdikari maka bapa tidak wajib lagi memberi nafkah untuk anak itu.
.
Begitu juga jika anak itu mempunyai harta sendiri meskipun dia masih kecil maka bapa tidak wajib memberi nafkah kepada anaknya. Pendapat itu adalah sepakat Fuqaha.
.
Baca Juga : PIL PERANCANG – Ketahui 7 Perkara Ini Sebelum Anda Mengambilnya.
.
.
.
.
.
.
Pada mulanya, tuntutan harta sepencarian merupakan lebih kepada undang-undang adat Melayu.
.
Namun, kerana ia tidak bertentangan dengan Syariah Islam, maka ia turut diterima sebagai sebahagian daripada Undang-Undang Islam di negara kita.
.
Didalam surah An-Nisaa’ ayat 32, Allah S.W.T berfirman,
.
“Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan”.
.
.
.
.
Si isteri juga boleh membuat tuntutan hutang ke atas bekas suaminya jika:
.
.
Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini mengenai fasakh.
.
Sekalipun isteri juga mempunyai hak untuk membuat tuntutan ini, jika ia masih mampu untuk diselesaikan cara baik atau masih ada cara untuk menjaga rumah tangga, usahakanlah untuk menjaganya.
.
Semoga perkahwinan yang dibina sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T didalam setiap langkah.
.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda!
Αφιερωμένοι στην Ασφαλές και Υπεύθυνο Παιχνίδι στο Καζίνο: Καθοδήγηση και Στρατηγικές για Ένα Ευχάριστο Παιχνίδι…
Sebelum kami kongsikan dengan lebih lanjut mengenai nama anak lelaki, kami nak ucapkan tahniah kepada…
View Comments
My colleague shared your article with me and I found it very useful after reading it. Great article, it helped me a lot. I also hope to make a beautiful website like your blog, hope you can give me some advice, my website: gate io withdrawal issues
I don't think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article.
After reading your article, it reminded me of some things about gate io that I studied before. The content is similar to yours, but your thinking is very special, which gave me a different idea. Thank you. But I still have some questions I want to ask you, I will always pay attention. Thanks.
Your article made me suddenly realize that I am writing a thesis on gate.io. After reading your article, I have a different way of thinking, thank you. However, I still have some doubts, can you help me? Thanks.
At the beginning, I was still puzzled. Since I read your article, I have been very impressed. It has provided a lot of innovative ideas for my thesis related to gate.io. Thank u. But I still have some doubts, can you help me? Thanks.
Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.
Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks! https://www.binance.com/ur/register?ref=V2H9AFPY
The point of view of your article has taught me a lot, and I already know how to improve the paper on gate.oi, thank you. https://www.gate.io/uk/signup/XwNAU
The point of view of your article has taught me a lot, and I already know how to improve the paper on gate.oi, thank you. https://www.gate.io/pt-br/signup/XwNAU
I may need your help. I tried many ways but couldn't solve it, but after reading your article, I think you have a way to help me. I'm looking forward for your reply. Thanks.