Sis, ketika ehem-ehem dengan Hubby.. Ada tak rasa Hubby kadang-kadang Susah Tahan Lama atau Keras? Kita pun rasa tak puas, kan?
Bila sebut berkenaan hadiah untuk suami, pasti para isteri akan merasa sedikit bingung memikirkan apa yang sesuai untuk diberikan.
.
Jangan risau. Bukan anda sahaja isteri yang mengalami masalah ini.
.
Ada banyak benda yang boleh dijadikan sebagai hadiah untuk suami namun pastinya anda ingin memberikan yang terbaik sahaja.
.
.
Itulah apa yang bakal kami kongsikan dengan anda didalam artikel kali ini.
.
Kami akan berikan anda idea mengenai apa yang sesuai sebagai hadiah untuk suami.
.
Jom baca!
.
.
.
.
.
.
Hadiah untuk suami 2021 mungkin sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini.
.
Namun, ada juga hadiah yang sesuai untuk diberikan tanpa mengira masa.
.
Kami dah kelaskan hadiah-hadiah ini mengikut kategori khas untuk anda.
.
Ia juga boleh dijadikan sebagai hadiah hari jadi untuk suami.
.
.
.
Cadangan hadiah untuk suami dalam kategori pertama ini adalah seperti berikut:
.
.
.
.
.
.
Jika suami anda bekerja di pejabat atau memerlukan mereka memakai kemeja, anda boleh hadiahkan kemeja buat mereka.
.
Pasti ia akan menjadi kemeja kesayangan yang akan kerap dipakai atau dipakai pada waktu-waktu penting sebagai penaik semangat mereka.
.
Ada banyak jenis kemeja di pasaran jadi anda perlu melakukan sedikit kajian mengenai jenis yang sesuai dengan bentuk badan dan juga ketinggian suami anda.
.
Percayalah bahawa hadiah untuk suami tercinta ini akan membuatkan suami anda lebih sayang dan sering teringatkan anda.
.
.
.
.
.
.
Tali pinggang juga boleh dijadikan hadiah buat suami tersayang.
.
Pilih jenis tali pinggang yang boleh digayakan sesuai dengan semua jenis keadaan atau anda boleh pilih untuk keadaan tertentu sahaja.
.
Sebagai contoh, sesuai untuk digayakan ketika keluar bersiar-siar dengan anda.
.
Jika anda ingin berikan suami anda tali pinggang yang boleh dipakai kerap, belikan yang sesuai untuk dia ke tempat kerja.
.
.
.
.
.
.
Untung sebenarnya jika anda memilih sesuatu yang boleh dipakai secara kerap oleh suami sebagai hadiah untuknya.
.
Hal ini kerana ia secara tidak langsung akan membuatkan suami anda sentiasa teringatkan anda.
.
Namun, jika suami anda mempunyai banyak koleksi jam, anda boleh memilih untuk hadiahkan benda lain atau tambah sahaja koleksinya.
.
.
.
.
.
.
Untuk pengetahuan anda, ramai sebenarnya suami yang lebih gemar berbelanja untuk isteri dan membiarkan penampilan isteri lebih terjaga.
.
Jika anda tidak mempunyai modal untuk membeli dompet berjenama, anda boleh tunggu sewaktu sales.
.
Masa tu, anda boleh dapatkan jam tangan berjenama pada harga yang jauh lebih murah.
.
.
.
.
.
.
Suami anda jenis yang bawa beg galas atau beg bimbit untuk ke pejabat?
.
Pilih jenis beg yang sesuai dengan gaya dan keperluan suami anda.
.
Apa yang anda perlu berikan perhatian adalah apa yang dibawa oleh suami anda.
.
Mungkin juga anda boleh beri sesuatu yang berlainan untuk suami anda mengubah gaya daripada kebiasaan.
.
Baca Juga : Tanggungjawab Isteri – Lakukannya Untuk Rumah Tangga Yang Lebih Bahagia!
.
.
.
.
.
Anda boleh pilih untuk berikan kasut kasual atau kasut untuk ke pejabat sebagai hadiah untuk suami anda.
.
Pilih jenis kasut yang paling sesuai dengan gaya suami anda.
.
Pastikan kasut ini merupakan jenis kasut yang akan dipakainya kerana ada sesetengah lelaki agak cerewet dengan jenis kasut ini.
.
Tersalah pilih, risau pula jika suami anda tidak akan memakainya.
.
.
.
.
Kategori jenis hadiah untuk suami seterusnya adalah kategori sukan.
.
Anda boleh berikan hadiah dalam kategori ini sebagai salah satu langkah untuk menggalakkan suami anda lebih aktif.
.
Jika dia merupakan seorang yang aktif, hadiah yang anda berikan boleh menjadi pembakar semangat buatnya.
.
.
.
.
.
.
Biasanya orang lelaki agak cerewet untuk keluar beriadah atau bersukan jika tidak mempunyai kasut yang sesuai.
.
Jadi, anda boleh berikan kasut sebagai hadiah dan penutup alasannya.
.
Mungkin dari sini, suami anda akan menjadi lebih bersemangat untuk bersukan dan mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif.
.
Mana tahu daripada yang “sihat” akan menjadi benar-benar sihat.
.
.
.
.
.
.
Tak perlu pun untuk anda beli set dumbbell yang mahal-mahal.
.
Sekarang ini ada banyak jenis yang dijual di Shopee, Lazada, FB dan lain-lain.
.
Set ini pasti akan membuatkan suami anda teruja kerana dia boleh melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat.
.
Pasti masa ini suami anda akan mula membayangkan dirinya semakin sado.
.
Baca Juga : Kesuburan Wanita – 10 Cara Untuk Pelihara Kesuburan
.
.
.
.
.
Sekarang ini jump rope menjadi sebahagian daripada trend semasa.
.
Apa kata jika anda berikan peluang kepada suami anda untuk join sama mengikut trend ini?
.
Modal yang diperlukan juga tidak besar tapi belilah yang cantik dan berkualiti.
.
Biar suami anda lebih bersemangat.
.
.
.
.
.
.
Kalau anda ada ruang didalam rumah yang boleh anda gantung punching bag, anda boleh belikan ia sebagai hadiah untuk suami anda.
.
Nak lagi best, belikan sekali dengan set bertinju.
.
Confirm dia akan menjadi sangat suka dengan apa yang anda hadiahkan ini.
.
.
.
.
.
.
Sekarang kan dah jadi trend orang ramai untuk beriadah dengan berbasikal.
.
Jika anda mempunyai modal yang lebih, anda boleh belikan basikal kepada suami anda.
.
Pastikan anda memilih basikal yang mempunyai tempat duduk yang selesa buat suami anda kerana ada kajian yang mengatakan terlalu lama berbasikal mampu memberikan kesan terhadap kesuburan lelaki.
.
.
.
.
.
.
Jika anda memiliki rumah yang mempunyai laman, anda boleh belikan set tiang dan bola keranjang ini.
.
Percayalah bahawa suami anda akan menjadi terlalu leka bermain nanti.
.
Setidak-tidaknya bagus juga kerana ia masih lagi dalam kategori beriadah.
.
Anda pun dapat pastikan suami anda kekal sihat.
.
.
.
.
.
.
Suami anda minat bermain golf? Belikan dia set golf supaya dia dapat melakukan sukan kegemarannya ini.
.
Anda boleh buat-buat bertanya set mana yang paling diimpikannya.
.
Jika anda mempunyai modal untuk membelinya, beli sahaja.
.
.
.
.
.
.
Tidak dinafikan bahawa semua isteri pastinya ingin memastikan suami mereka kekal sihat sentiasa.
.
Jadi, daripada membebel semata-mata, apa kata anda hadiahkan suami anda set pakaian sukan ini?
.
Pasti dia akan lebih bersemangat untuk bersukan kan?
.
.
.
.
.
.
.
.
Sekarang ini dah ada t-shirt khas untuk ke gym.
.
Apa kata anda hadiahkan t-shirt sebegini supaya dia lebih bersemangat untuk ke gym?
.
.
.
.
Dalam kategori ini, kami akan senaraikan segalanya yang anda boleh jadikan sebagai hadiah untuk suami.
.
Mungkin ada lagi yang lain yang tidak kami sebutkan disini.
.
Jadi, kami harapkan ia mampu membantu anda mendapatkan idea berkenaan apa yang sesuai.
.
.
.
.
.
.
Mesti dia akan sangat sukakan hadiah ini terutamanya ketika dia memandu.
.
Jika anda ada modal, anda boleh belikan yang berjenama.
.
Jika suami anda jenis yang tidak kisah, anda boleh berikan sahaja jenama apa-apa.
.
Asalkan ia sesuai dengan suami anda.
.
.
.
.
.
.
Sama seperti anda, pasti suami anda juga akan suka jika diberikan hadiah sneakers.
.
Setidak-tidaknya boleh digunakan untuk bergaya dengan anda.
.
.
.
.
.
.
Ramai sebenarnya lelaki yang sangat suka memakai topi.
.
Jika suami anda termasuk dalam kategori tersebut, anda boleh berikan topi sebagai hadiah untuk suami.
.
.
.
.
.
.
Jangan buat main ye dengan t-shirt plain.
.
Hal ini kerana semakin ramai lelaki yang memilih untuk tampil lebih simple.
.
Pasti ia akan sangat sesuai digayakan oleh suami anda.
.
.
.
.
.
.
Fuh. Memang akan nampak handsome habis suami anda jika dia menggayakan bomber jacket ini.
.
Pastikan anda memilih yang sesuai dengan saiz suami anda ye.
.
.
.
.
.
.
Hebatnya para isteri adalah mereka tahu saiz setiap pakaian suami.
.
Jadi, tak menjadi masalah untuk anda mencari seluar jeans yang sesuai dengan suami anda.
.
Barulah dia boleh kekal bergaya.
.
.
.
.
Anda juga boleh hadiahkan suami anda sesuatu yang sesuai dengan minatnya.
.
Sebagai isteri, pasti anda tahu suami anda minat benda apa kan?
.
Dibawah ini kami ada kongsikan beberapa hadiah yang anda boleh berikan berdasarkan minat suami anda.
.
.
.
.
.
.
Berapa ramai lelaki yang merupakan kaki pancing. Betul kan?
.
Jika suami anda pun sama, anda boleh berikan hadiah ini kepadanya.
.
.
.
.
.
.
Apalah salahnya kan jika sekali sekala anda cuba untuk melayan minat suami anda yang minat melaramkan keretanya.
.
Idea ini cuma sesuai untuk anda yang mempunyai modal yang lebih sahaja.
.
.
.
.
.
.
Jika ada lelaki yang minat dengan kereta, pasti ada juga yang minat dengan motosikal.
.
Jadi, anda boleh hadiahkan suami anda apa-apa aksesori yang sudah lama diidamkannya.
.
Kalau anda ada duit lebih, belikan sahaja motosikal baru buatnya.
.
.
.
.
.
.
Jika anda dan suami merupakan pasangan yang sangat suka mendaki, meneroka hutan dan bercamping, hadiah ini juga sesuai untuk anda berikan.
.
.
.
.
.
.
Susah sebenarnya nak jumpa lelaki yang tak minat permainan video.
.
Jadi, anda boleh belikan satu sesuai dengan bajet anda.
.
.
.
.
.
.
Tadi kami sebut mengenai konsol ataupun induk sesebuah permainan video.
.
Sekarang ini pula adalah berkenaan CD game permainan video tersebut.
.
Idea ini khas untuk suami anda yang sudah mempunyai konsol.
.
Jadi, cukup sekadar anda menghadiahkannya CD game.
.
.
.
.
.
.
Sekalipun jika suami anda sudah bergelar seorang bapa, jika dia pernah meminati komik suatu masa dahulu, pasti dia akan kekal meminatinya.
.
Jadi, anda boleh hadiahkan koleksi komik kegemarannya atau komik yang dia tidak sempat habis baca.
.
Pasti ia akan memberikan satu perasaan nostalgia buat dirinya.
.
.
.
.
.
.
Ada suami yang sangat suka untuk bertukang DIY membuat rak kasut, almari, katil dan lain-lain.
.
Mungkin anda boleh berikan ini sebagai hadiah jika suami anda mempunyai minat sedemikian.
.
.
.
.
.
.
Jika suami anda seorang yang suka menyanyi, anda boleh hadiahkan ini kepadanya.
.
Tapi, pastikan suaranya tak mengganggu jiran. Hahaha
.
.
Rasanya itu sahaja perkongsian kami kali ini mengenai hadiah untuk suami.
.
Tak kisahlah jika anda ingin belikan sebagai hadiah untuk suami sempena hari lahir.
.
Anda ingin belikan sebagai hadiah untuk suami ulang tahun atau hadiah untuk suami anniversary.
.
Apa yang penting, belikanlah sesuatu yang sesuai dengan bajet anda.
.
Ingat, mahal tak semestinya bermakna.
.
Semoga bermanfaat!
Αφιερωμένοι στην Ασφαλές και Υπεύθυνο Παιχνίδι στο Καζίνο: Καθοδήγηση και Στρατηγικές για Ένα Ευχάριστο Παιχνίδι…
Sebelum kami kongsikan dengan lebih lanjut mengenai nama anak lelaki, kami nak ucapkan tahniah kepada…