IUCD adalah singkatan kepada Intrauterine Contraceptive Device.

.

ia merupakan sejenis alat untuk mencegah kehamilan daripada berlaku.

.

Ada juga sesetengah orang mengenali singkatan nama untuk alat ini sebagai IUD selain daripada IUCD perancang keluarga.

.

Peranti kontraseptif intrauterine adalah peranti kecil yang diperbuat daripada plastik dan tembaga.

.

Jom kami berceloteh dengan lebih panjang lagi berkenaan IUCD ini..

.

.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan IUCD Perancang Kehamilan?

.

.

.

.

Perancang IUCD dikenali juga sebagai coil kerana bentuk fizikalnya.

.

Ia akan diletakkan pada bahagian rahim anda untuk mengganggu proses reproduktif.

.

Terdapat dua cabang benang yang diikat pada IUCD dan dimasukkan ke dalam faraj anda melalui leher rahim atau servik.

.

Benang ini berfungsi untuk cek posisi IUCD itu sendiri.

.

Benang juga akan memudahkan untuk IUCD dikeluarkan setelah anda tidak mahu lagi menggunakannya.

.

.

IUCD

.

.

Kebanyakan alat perancang adalah berbentuk T yang mana kedua-dua tangan lipatan T tersebut adalah rata dan panjangnya seperti batang mancis.

.

Panjang alat seperti batang mancis disebabkan bahagian dalam faraj itu sendiri hanya sedikit lebih panjang dari batang mancis dan ia akan menjadi sangat kemas bila dipasang.

.

Terdapat dua jenis IUCD iaitu tembaga dan hormon yang mempunyai kebaikan dan kesan sampingan masing-masing.

.

Anda akan dinilai mengikut kesesuaian individu sebelum pemasangan alat perancang keluarga ini.

.

.

Cara Cek Benang IUCD

.

.

.

.

Benang yang ditinggalkan di dalam rahim sangat berguna untuk cek kedudukan IUCD yang anda gunakan.

.

Sebelum anda cek benang tersebut, anda perlu membersihkan tangan dan mencari kawasan yang sesuai untuk cek benang tersebut.

.

Masukkan jari tengah anda ke dalam faraj sehingga anda menyentuh hujung serviks anda.

.

Anda dapat merasakan hujung benang pada serviks dan ini bermaksud alat perancang kehamilan anda masih berada pada posisi yang sepatutnya.

.

Jika anda merasakan benang tersebut sedikit keluar dari kebiasaannya atau anda terus menyentuh alat perancang kehamilan, ini bermakna posisinya telah berubah.

.

Anda perlu berjumpa pakar untuk memulihkan kedudukan alat perancang anda kerana alat perancang itu tidak boleh berfungsi dengan baik.

.

Baca Juga : Period Lambat – Normal Atau Tidak Untuk Wanita?

.

.

Rutin Yang Sesuai Untuk Cek Benang IUCD

.

.

IUCD

.

.

Kebarangkalian alat perancang berubah posisi pada awal penggunaannya adalah tinggi.

.

Anda dinasihatkan untuk segera cek benang pada minggu-minggu awal penggunaannya.

.

Selain itu, waktu yang sesuai untuk anda cek benang adalah sebulan sekali selepas kitaran haid berakhir.

.

Alat perancang berkemungkinan untuk berubah posisi selepas kitaran haid.

.

Anda perlu memastikan alat perancang anda tidak terkeluar dari posisi asalnya.

.

.

Kalau Cek Tapi Benang Tiada Macam Mana?

.

.

IUCD

.

.

Akan ada beberapa situasi akan menyebabkan anda tidak dapat menemukan benang ketika anda cek alat perancang tersebut.

.

Normalnya, alat perancang tersebut akan tetap berada seperti biasa.

.

Setidak-tidaknya anda masih dapat rasa hujung benang dengan jari anda.

.

Perkara ini terjadi disebabkan beberapa faktor.

.

Antara faktor yang mendorong kepada kesukaran ini adalah:

.

.

#1 Benang Kusut

.

.

.

.

Faktor pertama anda sukar untuk jumpa benang alat perancang adalah disebabkan benang yang kusut.

.

Benang yang kusut akan tertarik ke atas dan berada di dalam serviks.

.

Lipatan jaringan di dalam serviks juga akan menyukarkan lagi pencarian anda terhadap benang tersebut.

.

Benang sepatutnya berada pada posisi yang lurus dan menjuntai sedikit ke bawah.

.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau jika perkara ini terjadi kerana benang yang kusut tidak akan memberi sebarang kesan sampingan.

.

.

#2 Benang Pendek

.

.

.

.

Selain dari benang yang kusut, benang pendek juga akan menyukarkan anda untuk cek alat perancang tersebut.

.

Perkara ini terjadi disebabkan pakar kesihatan yang terpotong terlalu pendek.

.

Ada juga kemungkinan disebabkan oleh jari anda yang kurang panjang untuk mencapai benang tersebut.

.

Akan tetapi, anda tidak perlu risau jika perkara ini terjadi.

.

Benang yang pendek hanya menyukarkan anda untuk cek posisi alat perancang sahaja tetapi ia tidak akan memberi sebarang kesan sampingan kepada anda.

.

.

#3 IUCD Terjatuh

.

.

.

.

IUCD terjatuh sangat jarang terjadi untuk para wanita tetapi ia masih boleh terjadi.

.

Ia boleh terjatuh ke dalam serviks secara keseluruhan atau sebahagian sahaja.

.

Situasi ini akan memberi kesan sampingan seperti rasa sakit, kram dalam perut dan boleh menyebabkan sedikit pendarahan.

.

Berdasarkan kajian, kebarangkalian IUCD akan terjatuh adalah pada tahun pertama pemakaiannya.

.

Jika perkara ini terjadi, anda perlu berjumpa dengan pakar kesihatan untuk mengembalikan alat perancang ke posisi asal.

.

.

Bagaimana IUCD Berfungsi?

.

.

IUCD

.

.

IUCD adalah alat yang akan menghalang sperma untuk menyuburkan sel telur wanita disebabkan tembaga pada alat tersebut.

.

IUCD akan mengeluarkan lendir di leher rahim dan ia akan menyebabkan sperma tidak mampu untuk mensenyawakan sel telur wanita.

.

Sperma tidak akan berjaya meneruskan perjalanan melalui serviks untuk sampai ke lapisan rahim.

.

Untuk pengetahuan anda, IUCD tidak akan menyebabkan keguguran berlaku jika sperma berjaya mensenyawakan sel telur wanita.

.

Terdapat beberapa jenis IUCD seperti ParaGard, Mirena, Skyla dan Liletta dan ke semuanya mempunyai kaedah dan jangka hayat yang berbeza tetapi fungsi utama masih sama.

.

.

.

.

Cara Pasang IUCD Di Dalam Rahim

.

.

IUCD

.

.

Sebelum anda memilih untuk menggunakan IUCD ini, anda perlu mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan adakah pilihan perancang keluarga ini terbaik untuk anda atau tidak.

.

IUCD boleh dimasukkan pada bila-bila masa sahaja dengan syarat anda tidak hamil.

.

Anda perlu menjalani ujian pemeriksaan faraj terlebih dahulu.

.

Pakar kesihatan akan menggunakan satu alat kecil untuk memeriksa saiz dan kedudukan rahim anda.

.

IUCD akan dipasang menggunakan peranti sisipan plastik melalui serviks anda dan masuk ke dalam rahim.

.

.

.

.

Prosedur ini akan mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.

.

Anda boleh melakukannya tanpa anestesia tempatan atau pun tidak.

.

Anestesia adalah satu suntikan yang akan menghalang rasa sakit atau deria-deria lain pada kawasan yang disuntik.

.

Anda mungkin akan merasa beberapa kekejangan atau ketidakselesaan sebaik sahaja IUCD dimasukkan.

.

Pendarahan ringan juga boleh berlaku pada faraj anda untuk seketika.

.

Baca Juga : Ovari Cyst – Punca, Simptom dan Rawatan

.

.

Kesan Sampingan IUCD Terhadap Penggunaannya

.

.

IUCD

.

.

Semua kaedah kawalan perancangan keluarga pasti ada kebaikan dan keburukan.

.

Sama juga dengan IUCD ini, anda perlu mempertimbangkan penggunaannya sebelum membuat keputusan.

.

Kesan sampingan biasanya akan hilang dalam tempoh enam bulan pertama selepas penggunaan.

.

Anda akan mengalami kesakitan ringan pada bahagian faraj dan berisiko mendapat jangkitan.

.

Anda juga berisiko untuk hamil luar rahim atau kehamilan ektopik dan boleh menyebabkan kekejangan haid yang sangat teruk.

.

.

Risiko Mengandung Dengan IUCD

.

.

IUCD

.

.

Keberkesanan IUCD untuk mencegah kehamilan adalah 99 peratus.

.

IUCD juga merupakan satu jenis perancang keluarga yang paling disyorkan oleh pakar.

.

Pemasangannya yang sangat mudah dan jangka masa yang boleh mencapai 10 tahun adalah pilihan setiap wanita.

.

Akan tetapi, anda masih berisiko untuk mengandung walaupun telah memasang IUCD.

.

8 dari 1000 wanita yang menggunakannya telah hamil selepas 5 tahun penggunaan.

.

.

Nasihat Selepas Pemasangan IUCD

.

.

IUCD

.

.

Untuk pengetahuan anda, alat pencegah kehamilan ini mampu bertahan di dalam tubuh badan sekitar 3 hingga 10 tahun bergantung kepada jenisnya.

.

Sepanjang tempoh ia berada di dalam rahim, maka risiko untuk anda hamil dapat dikurangkan sehingga 1 peratus.

.

Tetapi, terdapat beberapa sebab yang memungkinkan anda untuk membuang IUCD ini.

.

Anda tidak perlu risau kerana prosedur untuk buang alat perancang ini kurang sakit berbanding pemasangannya.

.

.

.

.

Antara sebab anda terpaksa buang alat perancang adalah:

.

  • Mencapai tarikh luput penggunaannya.
  • Mengalami kerosakan teruk pada alat perancang tersebut.
  • Alat perancang terkeluar daripada rahim tanpa sengaja.
  • Mengalami kesan sampingan seperti sakit kepala kronik dan pendarahan berterusan.
  • Menghadapi penyakit kelamin.
  • Telah bersedia untuk mengandung.
  • Telah hamil walaupun sedang memakai alat perancang.

.

Baca Juga : Cara Gugurkan Kandungan Awal – Punca, Sebab & Cara Paling Selamat

.

.

Wanita Yang Tidak Digalakkan Penggunaannya

.

.

IUCD

.

.

#1 Wanita yang masih belum mempunyai anak.

.

#2 Mempunyai alahan terhadap tembaga.

.

#3 Menghidapi jangkitan kelamin

.

#4 Pernah mempunyai kehamilan diluar rahim.

.

#5 Mengalami kanser rahim atau kanser serviks

.

Itu sahaja perkongsian kami berkenaan IUCD alat perancang keluarga anda.

.

Semoga perkongsian ini dapat membuka fikiran dan pandangan anda tentang penggunaan alat perancang keluarga.