Isteri, Anda Berhak Lebih Bahagia

Sis, ketika ehem-ehem dengan Hubby.. Ada tak rasa Hubby kadang-kadang Susah Tahan Lama atau Keras? Kita pun rasa tak puas, kan?


Tak boleh dibiarkan. Takut semakin melarat. Jom ikhtiar sat ni,..
Selesaikan (Percuma)
Keputihan

KEPUTIHAN: Dari Warna, Anda Boleh Lihat Penyakit Apa Anda Ada!

Keputihan wanita boleh menjadi petanda tahap kesihatan anda.

.

Itu fakta.

.

.

Pernah kan bila anda lihat pada seluar dalam anda atau ketika anda memeriksa faraj, anda melihat lelehan padanya?

.

Mungkin anda tertanya-tanya apakah ia yang sebenarnya dan apa sebab ia keluar kan?

.

Jangan risau. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan secara terperinci dengan anda berkenaan keputihan yang perlu anda tahu.

.

.

.

.

Masalah Keputihan – Normal atau Tidak?

.

.

Ia juga turut keluar dalam bentuk lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu merupakan bahan buangan yang keluar daripada faraj.

.

Masalah ini sebenarnya dihadapi oleh ramai wanita.

.

Ia boleh jadi sesuatu yang normal dan boleh jadi berbahaya.

.

Bagi wanita yang berkahwin, statistik menunjukkan hampir 75% wanita berhadapan dengan masalah ini.

.

Apa yang lebih menarik adalah statistik ini turut mengaitkan masalah ini sebagai berpunca daripada aktiviti seksual.

.

Namun, masih ramai lagi sebenarnya wanita yang tidak menyedari akan risiko dan bahaya penyakit ini.

.

.

Hal ini kerana ramai yang beranggapan bahawa ia adalah perkara biasa sebelum haid.

.

Sebagai wanita, anda perlu mempunyai pengetahuan dan informasi lanjut berkenaan masalah ini supaya anda dapat memastikan kesihatan anda terpelihara.

.

Baca Juga : KANSER RAHIM : TANDA DAN BAHAYANYA UNTUK WANITA

.

.

Punca Keputihan

.

.

Ada banyak sebenarnya faktor yang menyumbang kepada masalah ini.

.

Antara faktor penyebab adalah:

.

.

a. Kebersihan diri

.

.

Ramai wanita yang mengabaikan kebersihan diri mereka terutamanya pada bahagian faraj.

.

Hal ini akan mengakibatkan risiko untuk faraj anda dijangkiti bakteria meningkat.

.

Apa yang perlu anda lakukan adalah pastikan faraj anda dicuci dengan air bersih.

.

Pastikan juga ia sentiasa kering setiap kali selepas anda membuang air kecil.

.

Begitu juga ketika anda selesai melakukan hubungan seksual.

.

.

b. Hormon badan

.

.

Ramai juga wanita masa kini yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon dalam badan mereka.

.

Masalah ini akan menjadi punca kepada masalah ini.

.

Antara faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan ini adalah:

  • Hormon estrogen yang dirembes oleh wanita hamil akan membuatkan lebih mudah untuk kulat melekat pada dinding faraj
  • Pengambilan ubat seperti antibiotik secara berlebihan untuk satu tempoh jangka masa yang lama akan menyumbang kepada pertumbuhan patogen
  • Tekanan atau stress akan mempengaruhi aktiviti normal otak dan menyebabkan ketidakseimbangan pengambilan hormon
  • Pengambilan pil perancang keluarga

.

.

c. Gaya hidup

.

.

Wanita yang mengamalkan aktiviti seksual yang tidak sihat akan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan faraj.

.

.

d. Tahap kesihatan

.

.

Wanita yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah ini.

.

Ia disebabkan oleh kandungan gula yang sangat tinggi yang akan menggalakkan pertumbuhan kulat di bahagian faraj.

.

Penyakit lain yang mampu meningkatkan risiko masalah ini adalah:

  • AIDS
  • Kanser
  • Leukemia

.

.

Jenis Keputihan

.

.

Biasanya ia terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  • Keputihan fisiologis
  • Keputihan patologik

.

.

.

.

a. Fisiologis

.

.

Jenis fisiologis biasanya adalah normal.

.

Ia juga tidak akan datang bersama dengan gejala penyakit.

.

Biasanya berlaku pada wanita sebelum haid.

.

Pada masa ini akan keluar lelehan lendir:

  • Berwarna putih atau krim
  • Tidak berbau
  • Tidak menyebabkan gatal pada faraj
  • Ia juga keluar dengan sedikit dan dalam bentuk cecair

.

.

b. Patologik

.

.

Jenis ini adalah lebih kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti:

  • Berlendir
  • Berwarna kuning, kelabu atau hijau
  • Berbau busuk
  • Menyebabkan kegatalan pada faraj

.

Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat.

.

Masalah ini perlu dirawat dengan segera.

.

Keputihan gatal juga adalah disebabkan oleh jenis ini.

.

Baca Juga : FARAJ BERBAU : TIPS ELAKKAN BAU YANG BUATKAN SUAMI HILANG NAFSU!

.

.

Cara Mencegah dan Cara Merawat Keputihan

.

.

Cara menghilangkan keputihan memerlukan anda mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi mengenai keputihan terlebih dahulu.

.

Jika tidak, cara hilangkan keputihan ini tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya.

.

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk memastikan anda dapat mencegah ia daripada berlaku seperti:

  • Pastikan faraj anda dalam keadaan bersih dan kering
  • Jangan gunakan produk pembersih faraj kerana ia akan merosakkan kestabilan pH
  • Tukar pad dengan kerap semasa haid
  • Gunakan panty liner pada masa yang diperlukan sahaja.
  • Elakkan pemakaian seluar dalam yang ketat dan daripada material satin
  • Kurangkan pengambilan gula yang tinggi
  • Elakkan aktiviti seks rambang
  • Basuh faraj anda setiap kali selepas buang air kecil atau selesai melakukan seks
  • Elakkan diri anda daripada terlebih stress

.

.

Ubat Keputihan

.

.

Banyak juga sebenarnya ubat keputihan yang ada dijual di pasaran.

.

Nasihat kami adalah lebih baik untuk anda berjumpa dengan doktor dan mendapatkan pemeriksaan rapi terlebih dahulu.

.

Hal ini kerana ada kemungkinan apa yang berlaku pada anda bukanlah keputihan yang biasa.

.

Jika ini berlaku dan ditambah pula dengan anda tersilap memilih ubat, risau akan berlaku masalah lain pula.

.

.

Keputihan Semasa Mengandung

.

.

Keputihan semasa hamil ini adalah normal dan juga turut dikenali sebagai leukorrhea dan ia bersifat:

  • Cair
  • Putih
  • Berbau yang tidak terlalu kuat

.

Menurut salah seorang pakar yang berkhidmat di Province Saint John’s Health Center, California, ia merupakan salah petanda jika seseorang itu hamil.

.

Keputihan tanda hamil ini adalah bila berlakunya peningkatan cecair dan ia akan berterusan untuk berlaku dalam tempoh ini.

.

Ia boleh berlaku seawal seminggu atau dua minggu sebaik sahaja anda hamil.

.

Malah, ada sesetengah keadaan dimana ia akan berlaku sebelum anda berhenti haid disebabkan oleh kehamilan.

.

Sepanjang tempoh kehamilan juga anda akan melihat ia berlaku dengan lebih jelas dan ketara.

.

Ia juga akan menjadi lebih jelas pada fasa akhir kehamilan anda berserta dengan lendir yang pekat.

.

Keputihan berdarah juga ada kemungkinan untuk berlaku sebagai tanda awal sebelum anda bersalin.

.

Baca Juga : PIL PERANCANG – KETAHUI 7 PERKARA INI SEBELUM ANDA MENGAMBILNYA!

.

.

Masalah Lain Melibatkan Keputihan

.

.

Keputihan yang tidak normal adalah seperti berikut:

  • Keputihan berketul
  • Keputihan berbau
  • Keputihan kuning
  • Keputihan coklat

.

Ia berkemungkinan besar adalah disebabkan oleh yis atau jangkitan bakteria.

.

Kedua-dua perkara tersebut biasanya menjadi faktor kepada masalah ini.

.

Jika ia mula mengeluarkan bau busuk, lebih baik sekiranya anda terus berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan awal.

.

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan masalah keputihan yang anda perlu tahu.

.

Pastikan anda melakukan segala langkah pencegahan yang kami kongsikan dengan sebaiknya.

.

.

Adalah lebih baik untuk anda mencegah berbanding merawat.

.

Selain itu, anda juga perlu untuk lebih peka dengan keadaan tubuh badan anda.

.

Perhatikan setiap perkara yang keluar daripada faraj anda dan jika terdapat perkara yang pelik seperti keputihan abnormal, terus berjumpa doktor.

.

Jangan bertangguh dan beringatlah sebelum terlambat.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga.

.

Semoga bermanfaat!

Irwani Hasanah

View Comments

Published by
Irwani Hasanah