Apa itu menopause? Menopause berasal daripada perkataan greek yang membawa maksud pemberhentian haid.

.

Ia juga merupakan proses perubahan semula jadi wanita yang disebabkan oleh perubahan hormon seks badan.

.

Tahap estrogen akan berkurang dan ovari akan berhenti menghasilkan telur setiap bulan.

.

Usia menopause normal atau umur menopause wanita Malaysia adalah sekitar usia 45 hingga 55 tahun.

.

Jadi, apakah tanda-tanda atau simptom menopause menjelang waktunya? Jom teruskan membaca.

.

.

Tanda Menopause wanita Malaysia

.

.

.

.

Menurut Presiden Menopause Malaysia (MMS), seramai 60 peratus wanita Malaysia mungkin mengalami penderitaan ini dengan teruk.

.

Untuk pengetahuan anda, putus haid adalah sangat berkait rapat dengan risiko sakit jantung.

.

Anda juga perlu ingat bahawa penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung adalah penyebab utama kematian di Malaysia.

.

Terdapat dua jenis tanda-tanda yang akan dialami oleh wanita yang bakal putus haid.

.

Iaitu tanda jangka masa pendek dan juga tanda jangka masa panjang.

.

.

1. Tanda Menopause Jangka Masa Pendek

.

.

#1 Peningkatan Suhu Badan

.

.

.

.

Peningkatan suhu badan atau hot flashes boleh membuatkan anda terasa panas dan berpeluh pada bahagian atas badan secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas.

.

Warna kulit anda juga akan bertukar kemerah-merahan dan jantung berdegup dengan lebih laju.

.

Pada malam hari, anda akan mengalami night sweats iaitu panas badan semasa tidur malam.

.

Anda akan berasa sangat tidak selesa kerana tanda ini adalah sangat kuat sehingga menjejaskan tidur malam anda.

.

Kebiasaannya ia akan berlaku sekitar 1 hingga 5 minit beberapa kali setiap jam, setiap hari ataupun setiap minggu selama bertahun-tahun.

.

Baca Juga : Period Lambat – Normal Atau Tidak Untuk Wanita?

.

.

#2 Kitaran Haid Tidak Teratur

.

.

.

.

Kitaran haid menjadi tidak teratur adalah tanda menopause yang kedua.

.

Ia akan menjadi petanda utama yang menunjukkan anda sedang mendekati fasa putus haid.

.

Ciri haid menjelang menopause adalah seperti kitaran haid anda akan menjadi lebih kerap atau ia juga akan menjadi lebih jarang.

.

Anda juga akan mendapati waktu berlakunya haid akan menjadi lebih lama atau lebih pendek daripada kebiasaan.

.

Pada fasa ini, anda akan menghadapi masalah untuk meramal haid seterusnya.

.

.

#3 Perubahan Pada Nafsu

.

.

.

.

Anda akan merasa bahawa diri anda akan mudah terangsang dan ada juga sebaliknya.

.

Semasa proses ini terjadi, kulit di sekitar anda akan berisiko menjadi kering dan boleh menyebabkan anda merasa kesakitan semasa bersama pasangan.

.

Sex perempuan menopause perlukan sedikit bantuan iaitu pelincir untuk wanita menopause supaya kesakitan dapat dikurangkan.

.

Ini disebabkan oleh faraj telah kurang berfungsi untuk mengeluarkan pelincir semulajadi dengan sendirinya.

.

Anda juga akan mengalami penitisan air kencing semasa batuk atau selsema.

.

.

#4 Perubahan Psikologi

.

.

.

.

Banyak perkara boleh memberi kesan kepada perubahan psikologi wanita dan ini termasuk perubahan hormon yang berlaku sekitar fasa putus haid.

.

Anda akan mengalami kegelisahan atau kemurungan dan mungkin bertambah teruk apabila putus haid.

.

Anda akan mula keletihan dan kurang daya penumpuan dalam melakukan sesuatu benda.

.

Daya ingatan anda juga akan terganggu yang menyebabkan anda akan mudah lupa.

.

Jika anda tidak mampu untuk mengawal perasaan semasa tanda ini terjadi, anda disarankan untuk berjumpa pakar kesihatan supaya anda merasa lebih baik.

.

Baca Juga : Kemaluan Wanita – 15 Salah Faham Wanita Tentang Faraj

.

.

#5 Perubahan Fizikal

.

.

menopause

.

.

Perubahan fizikal sangat ditakuti oleh wanita tetapi apakan daya itulah pahit yang terpaksa ditelan.

.

Perubahan yang paling ketara adalah apa bahagian kulit dan rambut anda.

.

Anda akan mendapati kulit dan rambut anda akan mula menipis dan mengering.

.

Anda juga akan mengalami penambahan berat badan serta penyusutan otot secara menyeluruh.

.

Oleh itu, anda boleh mengatasi masalah ini dengan mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan tanda-tanda ini daripada berlaku secara mendadak.

.

Baca Juga : Ovari Cyst – Punca, Simptom dan Rawatan

.

.

2. Tanda Jangka Masa Panjang Menopause

.

.

.

.

  • Osteoporosis – Kekurangan tisu tulang yang serius.
  • Penyakit Kardiovaskular – Serangan penyakit jantung.
  • Stroke – Serangan angin ahmar yang serius.
  • Alzheimer – Penyakit mudah lupa atau nyanyuk.

.

.

Cara Melambatkan Menopause

.

.

menopause

.

.

Anda mungkin akan merasa diri tidak lagi sempurna seperti wanita lain apabila putus haid.

.

Menurut Presiden Menopause Malaysia (MMS), seramai 60 peratus wanita Malaysia mungkin mengalami penderitaan ini tanpa kerelaan.

.

Anda mungkin belum bersedia kerana merasakan ia terlalu awal untuk putus haid.

.

Akan tetapi, anda perlu tahu bahawa ia boleh diperlambatkan dengan beberapa cara tertentu.

.

Mempertingkatkan kualiti hidup adalah bantuan yang sewajarnya anda cuba apabila mengalami tanda-tanda awal seperti yang disebutkan diatas.

.

Antara cara melambatkan proses menopause adalah:

.

.

#1 Bersenam Atau Beriadah

.

.

menopause

.

.

Menopause akan cepat terjadi jika anda tidak menjaga kesihatan tubuh badan.

.

Perkara ini terjadi kerana racun didalam tubuh badan akan mudah terbentuk jika anda tidak mengeluarkan peluh.

.

Racun dalam tubuh badan akan dapat dikeluarkan melalui peluh dan ia juga akan meningkatkan aliran darah serta melancarkan kitaran haid anda.

.

Anda perlu mula melakukan aktiviti seperti bersenam atau beriadah pada waktu petang atau pagi.

.

Cukup sekadar 30 minit hingga 1 jam sehari selama 4 hingga 5 hari seminggu.

.

.

.

.

#2 Mengamalkan Diet Kaya Nutrisi

.

.

menopause

.

.

Seiring dengan usia, hormon reproduksi anda juga akan mengalami penurunan.

.

Salah satunya adalah sel telur anda lebih sedikit menghasilkan hormon estrogen dan progesteron.

.

Anda boleh mengamalkan diet kaya nutrisi untuk mengatasi masalah ini sambil melambatkan proses menopause.

.

Antara diet pemakanan yang anda boleh amalkan adalah seperti kurma, prune atau kismis.

.

Anda juga boleh menambah bawang putih dalam setiap masakan anda untuk mencegah pengurangan hormon estrogen.

.

.

#3 Menjaga Waktu Tidur

.

.

menopause

.

.

Anda pasti mempunyai masalah susah untuk tidur disebabkan tekanan atau sebagainya.

.

Anda perlu mengubah kebiasaan ini untuk meningkatkan kualiti tidur malam anda.

.

Waktu tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan anda semakin cepat untuk menopause.

.

Waktu tidur yang normal untuk wanita dewasa adalah purata 8 jam sehari.

.

Dengan tidur yang cukup dan teratur akan membantu anda melambatkan lagi proses menopause.

.

.

#4 Memperbanyakkan Pengambilan Kalsium Dan Vitamin D

.

.

.

.

Vitamin D mempunyai fungsi untuk melindungi tubuh badan daripada penyakit dan dapat mencegah penuaan.

.

Anda boleh mendapatkan suplemen seperti vitamin untuk wanita menopause, pil hormon untuk wanita menopause dan jamu untuk wanita menopause.

.

Tidak salah sebenarnya untuk anda menjadikan rutin pengambilan suplemen yang mengandungi vitamin D sebagai cara melambatkan proses menopause.

.

Begitu juga dengan memperbanyakkan pengambilan kalsium untuk badan.

.

Ia akan membantu menjaga pereputan tulang serta menguatkan tulang ketika proses menopause.

.

.

#5 Berhenti Mengambil Bahan Terlarang

.

.

menopause

.

.

Bahan terlarang seperti dadah dan merokok adalah sangat tidak digalakkan untuk wanita muda mahupun tua.

.

Pengambilan bahan terlarang ini akan mengganggu sistem asal dalam badan anda.

.

Anda juga akan lebih mudah untuk menopause serta kebarangkalian untuk anda terdedah dengan gejala hot flashes juga sangat tinggi.

.

Bahan terlarang juga akan mengganggu sistem aliran darah dalam tubuh badan.

.

Apabila pengaliran darah ke bahagian faraj anda berkurang, ia akan menyebabkan gangguan terhadap kitaran haid serta kesan menopause juga lebih pantas.

.

.

Bagaimana Proses Menopause Semulajadi Berlaku?

.

.

#1 Proses Permulaan

.

.

menopause

.

.

Anda akan menghadapi tiga peringkat sebelum menopause dan peringkat pertama adalah proses permulaan.

.

Proses permulaan atau perimenopause biasanya bermula beberapa tahun sebelum putus haid.

.

Ovari akan beransur-ansur mengurangkan penghasilan hormon estrogen.

.

Proses ini akan mengakibatkan anda mengalami perubahan pada tubuh badan, perasaan dan hormon.

.

Anda akan mengalami tanda-tanda seperti yang dijelaskan diatas pada peringkat ini.

.

.

#2 Proses Pertengahan

.

.

menopause

.

.

Peringkat kedua adalah proses pertengahan atau menopause.

.

Menopause atau putus haid semulajadi berlaku apabila anda terputus haid selama 12 bulan berturut-turut tanpa melakukan sebarang rawatan perubatan.

.

Ovari anda akan mula berhenti menghasilkan sel telur serta hormon estrogen.

.

Anda juga akan mula kurang bernafsu untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan.

.

Fasa ini merupakan fasa secara rasminya anda seorang yang telah menopause.

.

.

#3 Postmenopause

.

.

menopause

.

.

Peringkat terakhir adalah postmenopause.

.

Postmenopause merupakan fasa yang terjadi selepas anda secara rasminya terputus haid selama 12 bulan.

.

Fasa postmenopause akan terjadi sehingga akhir hayat seorang wanita.

.

Anda akan mula mendapat gangguan kesihatan jangka masa panjang pada fasa ini.

.

Pada fasa ini anda disarankan untuk lebih menjaga kesihatan, menjaga pemakanan dan menjaga pergerakan supaya anda tidak terdedah dengan penyakit dengan mudah.

.

Itu sahaja perkongsian kami berkenaan menopause.

.

Semoga perkongsian kami ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mempersiapkan mental dan fizikal dalam menempuhi fasa menopause.