Persediaan bersalin merupakan diantara persediaan yang paling mendebarkan buat para ibu dan juga bapa.
.
Ada banyak perkara yang perlu disediakan.
.
Ia juga perlu disediakan beberapa ketika lebih awal daripada due date anda.
.
.
Anda boleh lakukan ia apabila kandungan anda telah mencapai usia 5 ke 6 bulan.
.
.
Apa Persediaan Bersalin Paling Penting?
.
.
.
Kalau anda tanya kebanyakan ibu, pastinya barangan penjagaan bayi adalah persediaan yang paling penting.
.
Bukan itu sahaja. Ia juga adalah barangan yang paling seronok dibeli kerana terdapat terlalu banyak pilihan di pasaran.
.
Tapi anda harus beringat dan jangan sesekali membeli barangan yang tidak diperlukan.
.
Senaraikan dahulu barangan apa yang anda perlukan untuk elakkan pembaziran.
.
.
Selain itu, perkara yang paling penting yang anda perlu lakukan sebagai persediaan bersalin adalah barangan yang perlu dibawa ke hospital.
.
Jangan gelak. Ramai ibu yang mengalami panic attack pada saat ini.
.
Eh. Geng bapa pun sama sebenarnya. Lagi la gelabah kalau tiba-tiba air ketuban pecah, nak dicari segala barang dan nak memandu ke hospital.
.
.
Anda kena ingat bahawa saat kelahiran boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
.
Jadi, persediaan bersalin ini perlulah dilakukan lebih awal.
.
Jangan risau kalau anda tak tahu apa persiapan bersalin ibu dan bayi yang anda boleh lakukan dan barangan apa yang perlu dibawa.
.
Jom baca checklist persiapan bersalin hasil perkongsian daripada salah seorang pengguna Facebook, Nadyia Yaya mengenai persiapan bersalin untuk dibawa ke hospital.
.
.
1. Persediaan Bersalin – Barangan Bayi
.
.
.
Menurut Puan Nadyia Yaya, dia memilih untuk pack kesemua barang seperti dalam gambar diatas sebagai persiapan bersalin ke hospital.
.
Ia adalah untuk mengelakkan daripada dirinya tercari-cari kesemua barang yang diperlukan didalam beg.
.
Susah sebenarnya kalau tercari-cari dimana baju, diamana seluar dan lain-lain.
.
Anda boleh gunakan beg plastik kerana nanti anda boleh masukkan baju-baju yang sudah dipakai atau kotor kedalam plastik tersebut.
.
Dalam setiap plastik, akan ada:
.
- Rompers panjang dua helai atau baju lengan panjang dan seluar sebanyak dua pasang. Dia memilih untuk meletak sepasang dalam setiap beg plasti.
- Mitten dan booties
- Topi
- Bedung
- Pampers
- Barut
.
Kesemua barang ini boleh dikategorikan sebagai antara barangan terpenting yang anda perlu sediakan untuk bayi anda.
.
Jadi, sila take note ibu dan bapa sekalian.
.
.
2. Persediaan Bersalin – Barangan Bayi (Extra)
.
.
.
Dia juga ada sediakan plastik ekstra sebagai persiapan bersalin untuk ibu dan bayi.
.
Barang persiapan bersalin ini just in case barangan yang disediakan tadi tidak mencukupi kerana kita tidak tahu berapa lama kita akan berada didalam wad sebelum atau selepas bersalin.
.
Apa yang ada sebagai ekstra adalah:
- Baju lengan pendek sebanyak dua helai
- Pampers ekstra
- Mitten dan booties ekstra
- Bedung ekstra
- Barut ekstra
.
Dia juga ada sediakan beberapa barangan lain didalam plastik yang berbeza seperti:
- Tuala
- Selimut
- Sapu tangan
.
Selain itu, dia turut sediakan didalam kotak:
-
- Barangan penjagaan bayi seperti bedak, lotion, syampu, minyak telon, minyak bayi, minyak yuu yee dan juga cotton bud.
- Baby wipes
- Botol susu sekiranya diperlukan nanti
.
.
3. Persediaan Bersalin – Barangan Ibu
.
.
.
Jangan dilupakan pula segala barangan yang diperlukan oleh si ibu untuk persiapan bersalin di hospital walaupun kami tahu anda memang dah tak sabar untuk menyambut kelahiran bayi anda.
.
Apa yang anda perlu sediakan adalah:
-
- Baju sebanyak dua helai
- Kain batik beberapa helai
- Skirt
- Tuala
- Shawl atau tudung sarung yang lebih mudah untuk diapakai
- Stokin
- Breast pad
- Maternity pad
-
- Barangan penjagaan kendiri seperti sabun, ubat gigi, berus gigi dan juga coconut scrub.
- Barangan penjagaan untuk ibu seperti lotion, moisturizer, vaseline dan juga barangan solek
- Breast pump jika perlu digunakan nanti
.
Dia juga ada mencadangkan beberapa barangan lain seperti:
- Nursing bra
- Disposable panties
- Nipple cream
.
.
.
.
4. Disediakan didalam bakul
.
.
.
Ada beberapa yang disediakan didalam bakul seperti:
- Thermos
- Mug, pinggan dan juga sudu
- Horlicks
- Biskut
- Kurma
- Air zam zam
.
.
5. Wajib bawa
.
.
.
Untuk senarai kelima ini pula merupakan persediaan bersalin yang paling wajib untuk anda ingat dan sediakan.
.
Jangan bila dah excited atau gelabah sangat nanti anda sampai terlupa untuk membawa:
- Kad pengenalan
- Buku pink
- Yasin
- Charger atau powerbank
- Handphone anda
- Bahan bacaan
.
Untuk bahan bacaan hanya jika anda terpaksa menunggu lama namun sebenarnya tiada masa sangat untuk membaca.
.
Bawa jika ia boleh menghilangkan rasa berdebar anda.
.
.
6. Bakul berpantang
.
.
.
Biasanya selepas anda selesai bersalin, anda mesti ingin terus pulang ke rumah keluarga atau mentua untuk berpantang.
.
Jadi sediakan semuanya siap-siap dengan selengkapnya.
.
Tak kisahlah samada anda sedang melakukan persediaan bersalin normal atau persediaan bersalin czer, anda boleh mengikut perkongsian yang diberikan oleh Puan Nadyia Yaya ini.
.
Baca Juga : Makanan Pantang – Nombor 3 Akan Buat Anda Fikir 2 Kali!
.
Atau anda boleh juga lihat video dibawah untuk idea lain.
.
.
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini mengenai persediaan bersalin.
.
Semoga bermanfaat.