Persediaan bersalin merupakan diantara persediaan yang paling mendebarkan buat para ibu dan juga bapa.

.

Ada banyak perkara yang perlu disediakan.

.

Ia juga perlu disediakan beberapa ketika lebih awal daripada due date anda.

.

.

Anda boleh lakukan ia apabila kandungan anda telah mencapai usia 5 ke 6 bulan.

.

.

Apa Persediaan Bersalin Paling Penting?

.

.

Persediaan Bersalin - Barangan

.

Kalau anda tanya kebanyakan ibu, pastinya barangan penjagaan bayi adalah persediaan yang paling penting.

.

Bukan itu sahaja. Ia juga adalah barangan yang paling seronok dibeli kerana terdapat terlalu banyak pilihan di pasaran.

.

Tapi anda harus beringat dan jangan sesekali membeli barangan yang tidak diperlukan.

.

Senaraikan dahulu barangan apa yang anda perlukan untuk elakkan pembaziran.

.

.

Selain itu, perkara yang paling penting yang anda perlu lakukan sebagai persediaan bersalin adalah barangan yang perlu dibawa ke hospital.

.

Jangan gelak. Ramai ibu yang mengalami panic attack pada saat ini.

.

Eh. Geng bapa pun sama sebenarnya. Lagi la gelabah kalau tiba-tiba air ketuban pecah, nak dicari segala barang dan nak memandu ke hospital.

.

Anda kena ingat bahawa saat kelahiran boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

.

Jadi, persediaan bersalin ini perlulah dilakukan lebih awal.

.

Jangan risau kalau anda tak tahu apa persiapan bersalin ibu dan bayi yang anda boleh lakukan dan barangan apa yang perlu dibawa.

.

Jom baca checklist persiapan bersalin hasil perkongsian daripada salah seorang pengguna Facebook, Nadyia Yaya mengenai persiapan bersalin untuk dibawa ke hospital.

.

.

1. Persediaan Bersalin – Barangan Bayi

.

.

Persediaan Bersalin - Barangan Bayi

.

Menurut Puan Nadyia Yaya, dia memilih untuk pack kesemua barang seperti dalam gambar diatas sebagai persiapan bersalin ke hospital.

.

Ia adalah untuk mengelakkan daripada dirinya tercari-cari kesemua barang yang diperlukan didalam beg.

.

Susah sebenarnya kalau tercari-cari dimana baju, diamana seluar dan lain-lain.

.

Anda boleh gunakan beg plastik kerana nanti anda boleh masukkan baju-baju yang sudah dipakai atau kotor kedalam plastik tersebut.

.

Dalam setiap plastik, akan ada:

.

  • Rompers panjang dua helai atau baju lengan panjang dan seluar sebanyak dua pasang. Dia memilih untuk meletak sepasang dalam setiap beg plasti.
  • Mitten dan booties
  • Topi
  • Bedung
  • Pampers
  • Barut

.

Kesemua barang ini boleh dikategorikan sebagai antara barangan terpenting yang anda perlu sediakan untuk bayi anda.

.

Jadi, sila take note ibu dan bapa sekalian.

.

.

2. Persediaan Bersalin – Barangan Bayi (Extra)

.

.

.

Dia juga ada sediakan plastik ekstra sebagai persiapan bersalin untuk ibu dan bayi.

.

Barang persiapan bersalin ini just in case barangan yang disediakan tadi tidak mencukupi kerana kita tidak tahu berapa lama kita akan berada didalam wad sebelum atau selepas bersalin.

.

Apa yang ada sebagai ekstra adalah:

  • Baju lengan pendek sebanyak dua helai
  • Pampers ekstra
  • Mitten dan booties ekstra
  • Bedung ekstra
  • Barut ekstra

.

Dia juga ada sediakan beberapa barangan lain didalam plastik yang berbeza seperti:

  • Tuala
  • Selimut
  • Sapu tangan

.

Selain itu, dia turut sediakan didalam kotak:

    • Barangan penjagaan bayi seperti bedak, lotion, syampu, minyak telon, minyak bayi, minyak yuu yee dan juga cotton bud.
  • Baby wipes
  • Botol susu sekiranya diperlukan nanti

.

.

3. Persediaan Bersalin – Barangan Ibu

.

.

.

Jangan dilupakan pula segala barangan yang diperlukan oleh si ibu untuk persiapan bersalin di hospital walaupun kami tahu anda memang dah tak sabar untuk menyambut kelahiran bayi anda.

.

Apa yang anda perlu sediakan adalah:

    • Baju sebanyak dua helai
    • Kain batik beberapa helai
    • Skirt
    • Tuala
    • Shawl atau tudung sarung yang lebih mudah untuk diapakai
    • Stokin
  • Breast pad
  • Maternity pad
    • Barangan penjagaan kendiri seperti sabun, ubat gigi, berus gigi dan juga coconut scrub.
    • Barangan penjagaan untuk ibu seperti lotion, moisturizer, vaseline dan juga barangan solek
  • Breast pump jika perlu digunakan nanti

.

Dia juga ada mencadangkan beberapa barangan lain seperti:

  • Nursing bra
  • Disposable panties
  • Nipple cream

.

.

4. Disediakan didalam bakul

.

.

Persediaan Bersalin - Dalam Bakul

.

Ada beberapa yang disediakan didalam bakul seperti:

  • Thermos
  • Mug, pinggan dan juga sudu
  • Horlicks
  • Biskut
  • Kurma
  • Air zam zam

.

.

5. Wajib bawa

.

.

Persediaan Bersalin - Wajib Bawa

.

Untuk senarai kelima ini pula merupakan persediaan bersalin yang paling wajib untuk anda ingat dan sediakan.

.

Jangan bila dah excited atau gelabah sangat nanti anda sampai terlupa untuk membawa:

  • Kad pengenalan
  • Buku pink
  • Yasin
  • Charger atau powerbank
  • Handphone anda
  • Bahan bacaan

      .

      Untuk bahan bacaan hanya jika anda terpaksa menunggu lama namun sebenarnya tiada masa sangat untuk membaca.

      .

      Bawa jika ia boleh menghilangkan rasa berdebar anda.

      .

      .

      6. Bakul berpantang

      .

      .

      .

      Biasanya selepas anda selesai bersalin, anda mesti ingin terus pulang ke rumah keluarga atau mentua untuk berpantang.

      .

      Jadi sediakan semuanya siap-siap dengan selengkapnya.

      .

      Tak kisahlah samada anda sedang melakukan persediaan bersalin normal atau persediaan bersalin czer, anda boleh mengikut perkongsian yang diberikan oleh Puan Nadyia Yaya ini.

      .

      Baca Juga : Makanan Pantang – Nombor 3 Akan Buat Anda Fikir 2 Kali!

      .

      Atau anda boleh juga lihat video dibawah untuk idea lain.

      .

      .

      Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini mengenai persediaan bersalin.

      .

      Semoga bermanfaat.