Puting payudara setiap wanita berbeza baik dari segi bentuk, ukuran, tekstur mahupun warna.
.
Bentuk dan warnanya dipengaruhi oleh faktor genetik dan kadar hormon setiap wanita itu sendiri.
.
Puting payudara juga merupakan bahagian tubuh wanita yang penting untuk penyusuan bayi.
.
Dari segi bentuk dan jenis juga anda boleh mengenalpasti masalah kesihatan pada diri seseorang itu.
.
Sebelum anda pergi ke bahagian yang lebih mendalam berkenaan puting payudara, jom kami kongsikan dahulu anatominya.
.
.
Anatomi Puting Payudara Secara Ringkas
.
.
.
.
Puting payudara adalah bahagian luar payudara anda.
.
Ia sangat sensitif terhadap sentuhan, suhu dan merupakan tempat sasaran pasangan anda.
.
Puting adalah bahagian paling menonjol pada payudara anda dan seakan-akan benjolan puncak tertinggi yang mempunyai saluran susu.
.
Saluran susu adalah tiub kecil yang mengangkut susu dari kelenjar susu keluar pada puting anda.
.
Anda akan mempunyai dua atau tiga lubang di tengah puting dan tiga hingga lima lubang di sekitarnya.
.
.
.
.
Anda dapat melihat sekitar kawasan puting anda akan mempunyai kawasan kulit yang gelap daripada kulit payudara anda.
.
Kawasan ini dipanggil sebagai areola dan biasanya terdapat rambut muncul dari bahagian itu.
.
Perubahan pada areola dan warna adalah disebabkan oleh beberapa gangguan mengikut situasi semasa tubuh anda.
.
Sebelum anda ingin menetapkan apakah punca berlakunya perubahan tersebut.
.
Anda perlu mengenal pasti terlebih dahulu jenis puting payudara anda.
.
Baca Juga : Air Mani Wanita – Wanita Pun Ada Juga Ke?
.
.
Jenis Puting Payudara Yang Anda Perlu Tahu
.
.
.
.
Terdapat pelbagai jenis puting payudara wanita yang boleh anda temui.
.
Ada yang berbentuk rata, ada yang lebih menonjol dan ada juga yang masuk ke dalam.
.
Setiap jenis mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
.
Jom kita lihat setiap jenis puting payudara normal atau tidak untuk anda lebih fahami dengan lebih mendalam.
.
.
#1 Jenis Puting Payudara Penuh
.
.
.
.
Jenis ini adalah antara yang paling cantik atau yang paling normal untuk wanita.
.
Bentuk puting dapat dilihat dengan jelas dan berada pada kedudukan tengah areola.
.
Kawasan areola juga tidak terlalu lebar dan tidak terlalu kecil.
.
Puting boleh memanjang sehingga 3cm jika terangsang atau berada pada suhu yang rendah.
.
Tiada masalah ketika ingin menyusu bayi.
.
.
#2 Jenis Puting Mendatar
.
.
.
.
Anda dapat melihat puting anda berada selaras dengan kawasan areola.
.
Puting mendatar atau rata mungkin boleh menyukarkan anda ketika hendak menyusu nanti.
.
Namun begitu, dengan rangsangan yang baik, puting anda akan menonjol sedikit sehingga membolehkan bayi untuk menyusu.
.
Puting anda akan terkeluar dengan sendirinya jika proses menyusu dilakukan dengan kerap.
.
.
#3 Jenis Puting Mancung
.
.
.
.
Seterusnya merupakan jenis puting mancung.
.
Puting mancung adalah puting yang mengikut graviti ketika anda tidur secara mengiring ke kanan atau ke kiri.
.
Kawasan areola puting mancung sangat menonjol dari kebiasaan jenis puting yang lain.
.
Jika anda tidak mengenakan bra di sebalik baju, puting anda akan jelas kelihatan dari mata kasar.
.
Puting juga akan semakin menonjol jika dirangsang atau ketika cuaca sejuk.
.
.
#4 Jenis Puting Masuk Ke Dalam
.
.
.
.
Jenis puting masuk ke dalam adalah puting yang sangat bermasalah ketika hendak menyusu.
.
Ia akan menyukarkan bayi untuk menyusu kerana aliran susu mudah mengalir ke dalam.
,
Namun, keadaan ini masih boleh diperbaiki dengan menggunakan pam payudara.
.
Kekerapan menyusu juga boleh membantu dan merangsang puting anda untuk keluar dari masa ke semasa.
.
.
#5 Jenis Puting Asimetri
.
.
.
.
Puting asimetri ini merupakan puting yang tidak sama untuk kiri dan kanan.
.
Salah satu dari puting ini akan cenderung untuk menonjol keluar dan satu lagi akan masuk ke dalam.
.
Jenis puting ini agak jarang dijumpai.
.
Ia juga merupakan jenis puting yang boleh menjadi gejala awal kanser payudara.
.
Jika anda memiliki puting jenis ini dan disertai dengan rasa sakit, anda disarankan untuk segera berjumpa dengan pakar.
.
.
#6 Jenis Puting Berbintik
.
.
.
.
Puting Jenis berbintik adalah disebabkan oleh lemak yang terkumpul di kawasan puting payudara anda.
.
Ia juga akan kelihatan seperti jerawat pada muka.
.
Walau begitu, puting jenis ini tidak berbahaya sama sekali.
.
Ia hanya disebabkan oleh lemak dan anda boleh menghilangkannya dengan melakukan senaman ringkas mengurangkan lemak pada badan.
.
.
#7 Jenis Puting Berambut
.
.
.
.
Puting berambut kebiasaannya berlaku pada tubuh lelaki dan jarang berlaku pada tubuh wanita.
.
Akan tetapi, terdapat juga wanita yang mempunyai jenis puting berambut ini cuma ia tidak selebat lelaki.
.
Walaupun nampak seperti mengganggu, anda tidak disarankan untuk mencukurnya.
.
Anda hanya boleh gunting sahaja rambut pada puting anda.
.
Jika anda mencukurnya, ia akan mengakibatkan keradangan pada kawasan puting anda.
.
.
#8 Jenis Puting Payudara Tambahan
.
.
.
.
Puting payudara tambahan adalah puting yang tidak berada di bahagian payudara namun berada di bahagian anggota tubuh yang lain.
.
Puting tambahan ini merupakan puting ketiga dan ia berfungsi sama seperti puting biasa.
.
Ia akan mengeras jika dirangsang dan ia juga akan menghasilkan susu badan seperti biasa.
.
Puting ini juga akan kelihatan seperti tahi lalat yang tidak boleh dihilangkan dan tetap akan ada selama-lamanya.
.
Jangan berasa pelik jika anda mempunyai puting tambahan, ia adalah sangat unik dan ia tidak memberi kemudaratan kepada anda.
.
.
Warna Puting Payudara Dan Artinya
.
.
#1 Warna Cerah
.
.
.
.
Wanita yang mempunyai warna puting yang cerah atau merah muda biasanya memiliki sifat yang lembut dan kepribadian yang menenangkan.
.
Wanita yang memiliki warna puting cerah juga akan lebih menikmati dan melayani orang lain dengan tulus ikhlas.
.
Anda juga akan memiliki kreativiti yang agak tinggi dan cenderung ke arah introvert.
.
Kecenderungan kerjaya anda juga akan lebih tertumpu pada bidang seni kerana anda mempunyai tahap imaginasi yang lebih tinggi.
.
Perwatakannya juga agak pemalu walaupun sebenarnya anda lebih bersifat terbuka.
.
.
.
.
#2 Warna Sedang
.
.
.
.
Warna puting sedang atau kecoklatan ini menunjukkan seorang wanita itu mempunyai sifat percaya diri yang tinggi.
.
Anda yang mempunyai puting berwarna ini adalah seorang yang berani untuk menyuarakan pendapat sendiri.
.
Sifatnya yang penuh semangat dan kecenderungan kerjayanya adalah ke arah bidang pengacara, jurnalis, guru dan suri rumah.
.
Anda juga akan nampak lebih aktif dan ceria.
.
Kebarangkalian untuk anda mempunyai sifat yang suka bersaing juga sangat tinggi.
.
.
#3 Warna Gelap
.
.
.
.
Memiliki puting yang berwarna gelap menyifatkan seseorang itu memiliki sense of humor yang baik.
.
Anda juga akan memiliki daya tarikan yang menarik perhatian dan mempunyai sifat penuh kasih sayang yang tinggi.
.
Anda juga seorang yang sangat tegas.
.
Ada juga di kalangan wanita berputing gelap mempunyai sifat yang pendiam.
.
Tidak suka bergaul, mudah tersinggung dan memiliki dunia sendiri.
.
.
Kenapa Puting Payudara Terasa Sakit Bila Tersentuh?
.
.
.
.
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi puting payudara sakit bila tersentuh.
.
Anda berkemungkinan mempunyai masalah hormon, alahan ataupun puting payudara sakit tanda haid atau hamil.
.
Masalah ini bukanlah sesuatu yang serius kerana puting wanita merupakan kawasan yang sensitif dan mudah terluka.
.
Pemakaian baju dalam yang ketat dan tidak sesuai juga boleh mengakibatkan sakit puting payudara kanan dan kiri.
.
Namun begitu, sakit pada kawasan puting juga boleh menjadi simptom penyakit yang lebih serius seperti kanser atau jangkitan.
.
.
.
.
Rasa gatal, kemerah-merahan dan berkuping juga adalah antara faktor yang menunjukkan anda menghidap alahan.
.
Untuk ibu yang pertama kali menyusukan anak, kesakitan pada kawasan payudara boleh menjadi satu cabaran buat anda.
.
Anda perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri ketika menyusu bayi.
.
Selain itu, pengambilan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kesakitan pada puting payudara.
.
Sebagai contoh, ubat untuk merawat anemia, sakit mental, masalah urinari dan darah tinggi.
.
.
Petua Hilangkan Sakit Puting Payudara
.
.
.
.
Sakit pada puting payudara merupakan masalah umum bagi para wanita.
.
Puting biasanya akan terasa nyeri atau perih, kemerahan, kering, pecah-pecah dan berdarah.
.
Jika berlaku perkara seperti ini anda dinasihatkan untuk bersihkan puting dengan air suam dan sabun antibakteria supaya tidak berlaku sebarang jangkitan.
.
Anda perlu pastikan puting sentiasa kering dan mendapat pengudaraan yang secukupnya dengan memilih bra yang sesuai.
.
Jangan sesekali menggosok puting anda jika berasa gatal atau pedih, cukup sekadar menepuknya kerana gosokkan akan menambah geseran pada puting anda.
.
.
.
.
Guna produk pelindung kulit seperti krim yang diyakini dan diiktiraf supaya tidak berlaku sebarang kegatalan.
.
Krim adalah alternatif bagi mengurangkan geseran dan menjaga kelembapan pada bahagian puting.
.
Tampalkan sesuatu bahan yang mendinginkan jika anda berasa terlalu nyeri sekitar 10 hingga 15 minit.
.
Jika anda biarkan ia terlalu lama, ia boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian semulajadi proses puting tersebut kerana terlalu sejuk.
.
Dapatkan nasihat pakar jika kesakitan atau luka pada puting payudara anda semakin teruk.
.
Baca Juga : Period Lambat – Normal Atau Tidak Untuk Wanita?
.
.
Kenapa Puting Payudara Semakin Membesar?
.
.
.
.
Puting payudara besar seiring dengan payudara wanita tersebut.
.
Payudara wanita biasanya mengalami perubahan mengikut usia tertentu.
.
Peningkatan hormon estrogen membuatkan payudara wanita akan semakin membesar.
.
Perubahan ini bertujuan untuk menyempurnakan fungsi payudara untuk penyusuan kelak.
.
Payudara juga akan membesar setiap kali anda datang bulan.
.
Baca Juga : Tanda Awal Hamil – Elakkan Keguguran Akibat Terlepas Pandang
.
.
Antara Penyebab Lain Puting Payudara Membesar
.
.
.
.
#1 Kehamilan akan menyebabkan puting dan areola menjadi lebih kembang dan membesar sehingga anda mula menyusu anak.
.
#2 Menopause juga akan menyebabkan pembesaran pada payudara wanita dan akan menurun seiring dengan usia.
.
#3 Hubungan intim akan merangsang pembesaran payudara disebabkan oleh peningkatan aliran darah menuju ke payudara.
.
#4 Berat badan juga akan mempengaruhi pembesaran payudara.
.
#5 Ubat-ubatan untuk cara besarkan puting payudara supaya mudah menyusu juga antara punca payudara turut membesar.
.
Itu sahaja perkongsian kami berkenaan puting payudara.
.
Semoga perkongsian kami ini akan sedikit sebanyak membantu pemahaman dan dapat menambah sedikit informasi kepada anda.