Isteri, Anda Berhak Lebih Bahagia

Sis, ketika ehem-ehem dengan Hubby.. Ada tak rasa Hubby kadang-kadang Susah Tahan Lama atau Keras? Kita pun rasa tak puas, kan?


Tak boleh dibiarkan. Takut semakin melarat. Jom ikhtiar sat ni,..
Selesaikan (Percuma)
Ibu Mengandung

Stretch Mark – Punca dan Cara Hilangkannya

Stretch mark ialah garis panjang, jalur sempit atau garis yang timbul pada kulit. Ia berlaku apabila kulit tiba-tiba meregang dan hal ini sangat biasa terjadi.

.

Sesiapa sahaja boleh mengalami stretch mark. Namun, golongan wanita lebih cenderung untuk mengalaminya.

.

Ia boleh berlaku pada pelbagai bahagian badan termasuk perut, paha, pinggul, payudara, lengan atas dan bahagian belakang bawah.

.

.

Jenis parut ini berlaku apabila kulit tidak dapat meneruskan bentuk normal selepas tempoh pertumbuhan yang ekstrim, selalunya disebabkan oleh kehamilan, penambahan berat badan, penurunan berat badan atau akil baligh.

.

Lebih 50 peratus wanita mengalami stretch mark semasa hamil.

.

Ia adalah parut atau luka yang mencacatkan penampilan estetik.

.

Ia juga dipanggil striae, striae distensae (SD), striae atrophicans dan striae gravidarum.

.

Kawasan yang paling biasa terjejas akibat masalah ini termasuklah:

  • perut
  • buah dada
  • pinggul
  • rusuk
  • punggung
  • peha

.

Ia tidak berbahaya secara fizikal tetapi boleh menyebabkan masalah berkaitan imej diri yang mengundang kegusaran. Bagi sesetengah orang, masalah boleh menjejaskan kehidupan seharian.

.

.

Stretch Mark vs Selulit

.

.

.

.

Jika stretch mark adalah kesan regangan yang terjadi akibat peregangan kulit yang berlaku dengan pantas, selulit pula merupakan igauan ngeri yang berbeza halnya.

.

Selulit terjadi akibat pembentukan lemak dan air di bawah kulit yang bergabung bersama kolagen di bahagian tertentu.

.

Kebiasaannya berpunca dari pemakanan yang tidak sihat dan juga amalan senaman.

.

Selain itu, ia juga berpunca dari keturunan di mana wanita yang kurus yang mengamalkan hidup yang sihat juga mengalami masalah selulit.

.

Selulit yang berupa seperti cottage cheese sememangnya tidak diingini oleh setiap wanita.

.

Baca Juga : Selulit – Punca Dan Cara Mengatasinya

.

Tanda dan Gejala Stretch Mark

.

.

.

.

Sebelum ia mula timbul, kulit boleh kelihatan nipis dan berwarna merah jambu.

.

Ia juga mungkin mengundang rasa kering atau gatal-gatal.

.

Tanda-tanda yang pada mulanya berkembang sebagai garis-garis berkedut yang timbul bertukar menjadi merah, ungu, merah jambu, coklat kemerahan atau coklat gelap, bergantung pada warna kulit.

.

Garis-garis itu akhirnya pudar dan menjadi rata serta cenderung berubah kepada warna keperak-perakan dari semasa ke semasa.

.

Ia mungkin akan beransur-ansur menjadi kurang ketara, tetapi ini selalunya boleh mengambil masa bertahun-tahun.

.

.

.

.

Punca dan Faktor Risiko

.

.

.

.

Kehamilan adalah salah satu punca utama berlakunya masalah ini

.

Pertumbuhan atau pengecutan kulit yang melampau ketika hamil boleh menyebabkan ia terjadi.

.

Penyebab umum regangan kulit atau masalah ini termasuklah:

  • Kehamilan

Antara 50 dan 90 peratus wanita hamil mengalami masalah ini semasa atau selepas kelahiran.

 

  • Akil baligh

Pertumbuhan pesat adalah tipikal terhadap golongan muda atau remaja yang melalui akil baligh. Ini boleh menyebabkan ia berlaku dalam kalangan remaja.

 

  • Pertambahan berat badan yang cepat

Pertambahan berat badan yang banyak dalam masa yang singkat boleh menyebabkan masalah ini.

 

  • Masalah perubatan

Keadaan tertentu boleh menyebabkannya, seperti Sindrom Marfan dan Sindrom Cushing. Sindrom Marfan boleh menyebabkan penurunan keanjalan dalam tisu kulit, dan Sindrom Cushing boleh menyebabkan badan menghasilkan terlalu banyak hormon yang membawa kepada penambahan berat badan yang cepat dan kerapuhan kulit.

 

  • Penggunaan kortikosteroid

Penggunaan krim dan losyen kortikosteroid yang berpanjangan boleh mengurangkan tahap kolagen dalam kulit. Kolagen menguatkan dan menyokong keanjalan kulit. Kolagen yang berkurangan boleh meningkatkan risiko untuk mengalaminya.

.

Kulit terdiri daripada tiga lapisan utama. Ia terbentuk pada lapisan dermis, atau lapisan tengah, apabila tisu penghubung diregangkan melebihi had keanjalannya.

.

.

Ini biasanya disebabkan oleh pengembangan atau pengecutan kulit yang cepat.

.

Apabila badan membesar, gentian penghubung dalam dermis perlahan-lahan meregang untuk menampung pertumbuhan yang perlahan.

.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan pesat membawa kepada regangan secara tiba-tiba.

.

Ini menyebabkan dermis koyak, membolehkan lapisan kulit yang lebih dalam kelihatan melaluinya.

.

Ini boleh membentuk stretch mark dan menyumbang kepada kewujudan mereka.

.

Ia akhirnya pudar kepada rupa keperakan, putih atau berkilat, disebabkan oleh lemak pucat di bawah kulit yang kelihatan dan bukannya saluran darah biasa.

.

.

Faktor-faktor risiko

.

.

.

.

Beberapa faktor risiko telah dikaitkan dengan perkembangannya, tetapi buktinya berbeza-beza.

.

Lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan punca-punca stretch mark.

.

Faktor risiko berlakunya masalah ini boleh dikaitkan dengan:

  • sejarah keluarga
  • penyakit kronik
  • indeks jisim badan (BMI) sebelum hamil
  • berat lahir kanak-kanak pada wanita yang hamil

.

Penemuan ini boleh dijelaskan oleh tahap regangan kulit yang lebih tinggi pada wanita obes dengan bayi yang lebih besar dan oleh perubahan berkaitan usia.

.

.

Rawatan Stretch Mark

.

.

.

.

Krim, gel, losyen dan pembedahan kosmetik telah dicadangkan sebagai rawatan untuk mengurangkan stretch mark.

.

Krim-krim yang mengandungi mentega coco atau cocoa butter atau retin-A boleh digunakan untuk mengurangkan kesan stretch mark.

.

Namun, penggunaan bahan aktif retin-A semasa hamil boleh membahayakan janin di dalam kandungan.

.

Prosedur kosmetik seperti penggunaan laser boleh menghilangkan kesan stretch mark namun cara ini akan membabitkan kos yang agak tinggi.

.

Ia akan pudar secara perlahan-lahan dan menjadi kurang jelas seiring dengan berjalannya waktu.

.

Stretch mark yang terjadi semasa hamil biasanya menjadi kurang ketara sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bersalin.

.

Solekan juga boleh digunakan untuk menyembunyikan kesan regangan pada bahagian badan yang lebih terdedah seperti di bawah lengan.

.

.

Pencegahan Stretch Mark

.

.

.

.

Stretch mark tidak selalu dapat dicegah. Walau bagaimanapun, langkah berikut boleh membantu mengurangkan risiko:

  • Kekalkan berat badan yang sihat serta ideal.
  • Elakkan diet yo-yo.
  • Makan makanan seimbang yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengambil sejumlah vitamin A dan C yang sesuai boleh membantu menyokong kulit, serta mineral zink dan silikon.
  • Kawal pertambahan berat badan ketika hamil dengan mengawal tabiat pemakanan. Pertambahan berat yang drastik mengundang berlakunya stretch mark yang ketara.
  • Mengurangkan pengambilan kafein dalam diet akan membantu mengelakkan berlakunya stretch mark kerana kafein berlebihan menyebabkan kulit menjadi kering dan hilang lembapan.
  • Minum enam hingga lapan gelas air setiap hari. Pengambilan air secukupnya akan memastikan kulit kekal terhidrat dan lembap. Stretch mark akan lebih mudah terjadi pada kulit yang kering dan kurang lembapan.

.

Sekian sahaja perkongsian kami kali ini mengenai stretch mark. Semoga bermanfaat!

Irwani Hasanah