Suami curang pada waktu anda masih dalam pantang?

.

Anda tidak boleh menyalahkan diri anda dengan terus menghukum diri sendiri.

.

Tiada cara yang tepat untuk kita menjaga perkahwinan kita ni.

.

.

Tetapi, dengan cara yang betul anda mungkin dapat mengawal dan menguatkan lagi hubungan baik anda sebagai suami isteri.

.

Anda kena tahu sebab-sebab kenapa perkara seperti ini boleh berlaku.

.

.

Baca Juga: Fasakh – Sebab, Cara dan Prosedur Tuntut Keadilan Buat Isteri

.

.

.

8 Punca Suami Curang Ketika Berpantang

.

.

Jadi apa yang patut kita buat jika suami curang?

.

Mari kita kenali dulu apa puncanya suami curang supaya kita dapat belajar naluri manusia yang bergelar lelaki ini.

.

1. Bosan & sunyi

.

.

Alasan ni sering digunakan oleh suami kerana si isteri busy dengan anak anak.

.

Sesi berpantang yang mengambil masa sekurang kurangnya 44 hari, paling lama 100 hari. Jadi si suami apa lagi, dia gunakan kesempatan ini untuk “mengisi masa lapang” katanya.

.

Isteri tak ada masa nak melayan suami jadi ini adalah cara dia menghabiskan masa dia.

.

.

2. Pornografi

.

.

Disebabkan waktu isteri lebih banyak dihabiskan dengan anak anak dan sesi berpantang yang lama.

.

Ini memberikan ruang kepada suami untuk mencari alternatif lain untuk memuaskan nafsu iaitu melayari laman web pornography.

.

Si suami lebih memilih untuk melayari laman web ini kerana ianya lebih mudah untuk diakses.

.

Malahan ada sesetengah laman web sebegini yang memberikan video porn secara percuma.

.

.

3. Godaan wanita lain

.

.

Si isteri masih dalam pantang tapi hati si suami mahu dibelai.

.

Disebabkan itulah bila nampak wanita lain dia mudah tergoda lalu mula menjalinkan hubungan rahsia.

.

Anda kena tahu, di luar ramai wanita yang dahagakan lelaki yang sunyi.

.

Jadi bila ada peluang mereka tak akan teragak-agak untuk mengambil langkah pertama.

.

.

4. Perubahan penampilan

.

.

Cuba anda lihat pada suami anda, cara pakaian dia, gaya dia dan juga cara percakapan dia ada perubahan yang secara tiba tiba tak?

.

Orang yang berlaku curang selalu nya akan lebih cenderung untuk berubah secara tiba-tiba untuk memberi tanggapan yang baik pada orang lain.

.

.

5. Isteri kurang beri perhatian

.

.

Sewaktu berpantang si suami merasakan yang si isteri kurang memberi kasih dan sayang kerana LEBIH mementingkan bayi yang baru lahir.

.

 

.

6. Kegagalan isteri memuaskan nafsu suami

.

.

Anda kena tahu, barangkali suami anda ada masalah di tempat kerja.

.

Dia perlukan anda untuk menjadi ‘telinga’ untuk mendengar masalah dia.

.

Tetapi anda masih didalam mood berpantang, jadi si suami mungkin rasa tertekan ataupun stress.

.

Kerana si isteri tidak berkemampuan lagi untuk memuaskan nafsu si suami pada waktu pantang.

.

.

7. Media sosial

.

GAMBAR 8

.

Sebenarnya penggunaan sosial media itu sendiri boleh menimbulkan keraguan pasangan.

.

Kerana fungsi sesetengah aplikasi telephone itu seakan membuka jalan mudah untuk pasangan mencari kebahagiaan sementara mereka sendiri.

.

Contoh aplikasi yang kami maksudkan disini ialah, Tinder, Wechat, dan Malaysian Cupid dan macam macam lagi la.

.

Jadi rajin-rajin la perhatikan handphone suami anda ya!

.

.

8. Kurangnya Ilmu Agama

.

.

Iman ialah tonggak utama bagi sesuatu rumah tangga yang bahagia di dalam Islam.

.

Tanpa iman yang kukuh pastinya si suami tak dapat menjaga batas pergaulan.

.

Disebabkan inilah ramai para suami yang tak takut kepada larangan agama.

.

Malah dengan mudah bertindak sesuka hati tanpa memikirkan batasan yang perlu dijaga.

.

.

10 Tips Atasi Suami Curang

.

.

Pastinya hati ni terasa ingin memberontak, marah dan mahu saja memaki suami curang ini.

.

Malah pastinya anda ada terfikir mahu sahaja anda bersama anak2 keluar dari rumah.

.

Namun jangan la begitu kerana kita masih boleh lagi memperbaiki hubungan keluarga kita.

.

YES!

.

.

Anda masih boleh menyelamatkan lagi keluarga anda dari berpecah belah dek kerana orang ketiga ni.

.

Jadi apa yang anda boleh buat?

.

Kami sediakan 10 tips yang boleh anda cuba untuk mencantas masalah ini.

.

.

1. Kuatkan mental & fizikal

.

.

Pertama sekali sebelum kita “serang” si suami curang kita ini, kita haruslah kuatkan mental dan fizikal kita.

.

Anda pastinya sudah tidak sabar lagi untuk mengorek punca masalah kecurangan suami anda bukan?

.

Tetapi anda perlu ingat dan sedar yang anda baru sahaja melahirkan satu nyawa ke dunia ini. Lebih elok kalau kita tunggu sehingga kita benar2 sembuh dari bersalin baru la kita boleh yang perlu dilakukan.

.

.

2. Berbincang secara baik

.

.

Berbincang la bersama suami curang secara baik dan janganlah bertindak melulu. Lebih baik jika berbincang di tempat yang hanya ada anda dan suami anda sahaja.

.

Tidak melibatkan keluarga atau orang ketiga. Setelah itu, dengar dahulu alasan si suami bertindak sedemikian.

.

Beri dia waktu untuk memberikan penjelasan dan memberikan penyelesaian. Dengan cara ini kita boleh lebih arif menilai dari sudut lain pula.

.

.

3. Jangan memaksa dan merendahkan suami

.

.

Jangan memaksa si suami untuk beritahu kita kebenarannya. Malah jangan la pula kita menghina dan merendahkan diri si suami.

.

Anda masih kena menjaga maruah diri anda sebagai seorang wanita. Biarkan dia sendiri yang mengaku dan jika dia tak mahu juga bagi tahu anda.

.

Anda jangan risau kerana lambat laun akan terbongkar juga. Sama seperti bagaimana anda mendapat tahu suami curang di belakang anda.

.

Allah maha adil dan naluri isteri tak pernah salah.

.

.

‘Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga’

.

Apa apa pun dia tetap suami kita, syurga kita di bawah tapak kakinya, tetapi bukanlah bermaksud kita tidak boleh bersuara.

.

Bukan kah lebih baik kita bersikap cool sahaja. Biarkan dia berpikir yang bukan dia sahaja lelaki dalam dunia ni. Gituh.

.

.

.

.

4. Jangan serang pihak lain

.

.

Anda kenalah bersikap wajar dengan tidak menyerang orang ketiga didalam hubungan anda.

.

Masalah ini akan menjadi lebih teruk lagi sekiranya anda babitkan orang ketiga.

.

Anda kena bersabar dan tunjukkan yang anda tidak goyang dengan masalah ini.

.

Tunjukkan yang anda matang dengan tidak menyerang pihak lain kerana masalah ini berpunca dari suami anda.

.

.

Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

.

Kalau si suami masih memerlukan dan menyayangi anda pasti dia akan buat sesuatu untuk menamatkan hubungan terlarang itu.

.

.

Baca Selepas Ini: Cara Gugurkan Kandungan Awal – Punca, Sebab & Cara Paling Selamat

.

.

5. Spend time dengan anak-anak dan keluarga

.

.

Kalau boleh jangan beritahu sesiapa tentang masalah anda mahupun keluarga anda.

.

Biar lah kesilapan si suami anda seorang sahaja yang tau.

.

Bukan apa, kita tak mahu membuka aib suami kita, yang juga mencerminkan diri kita.

.

Lebihkan masa menatap wajah anak2 supaya hati menjadi lebih lembut dan tenang.

.

Gunakan masa anda ini untuk anda merapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang lain.

.

.

6. Dekatkan diri dengan Allah

.

.

Ambil masa ini untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah.

.

Anda boleh memperbanyakkan solat (sesudah pantang) ataupun banyakkan berzikir kepada Allah.

.

Jika anda mahu kan lebih ketenangan, cuba la membaca Al-Quran.

.

.

Percayalah ianya merupakan terapi yang paling baik untuk jiwa dan minda anda.

.

Kita akan jadi lebih tenang dan insyaAllah dapat mengurangkan perasaan amarah atas apa yang terjadi.

.

.

7. Jangan menyimpan dendam

.

.

Tak dinafikan kesalahan yang dilakukan suami curang kita adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

.

Tetapi suami kita juga adalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.

.

Suami kita juga tidak lari dari melakukan kesilapan.

.

Maafkan lah si suami.

.

.

Jangan la dilupakan perkara baik yang dia telah lakukan kepada anda selama ini.

.

Salah sekali tak bermaksud salah selamanya kerana manusia boleh berubah dan begitu juga suami anda.

.

.

8. Bercuti

.

.

Sekarang ambil masa anda untuk tenangkan diri anda dengan bercuti.

.

Relaks kan diri anda dan tempahlah spa hanya untuk diri anda.

.

Buat aktiviti yang dapat jauhkan minda anda dari masalah ini seketika.

.

Tak salah anda manjakan diri anda kali ni.

.

Dengan bercuti anda mungkin akan lebih tenang dan dapat berfikiran dengan lebih terbuka.

.

.

9. Tawakal

.

.

Anda sudah pun mendengar sebab dan alasan suami curang, jadi apa yang seterusnya?

.

Pelbagai usaha sudah anda lakukan yang tinggal hanyalah berserah pada Allah.

.

Agar si suami berubah dan belajar menghargai anda.

.

Bersabarlah dengan ujian yang di datangkan oleh Allah.

.

Dia mahu menguji kita sama ada kita mampu atau tidak menghadapi ujian ini di waktu sukar.

.

.

10. Berpisah

.

.

Ni adalah option terakhir yang anda mungkin boleh lakukan.

.

Sekiranya perkara yang sama masih lagi berulang (suami curang) tanpa sebab yang munasabah.

.

Dan,

.

Anda tidak dapat mempertahankan perkahwinan anda, anda mungkin boleh mempertimbangkan penceraian.

.

.

Apa apa keputusan yang anda lakukan fikirkanlah masak masak termasuklah perihal anak anak dahulu.

.

Tak mahu nanti anak-anak pula yang menjadi mangsa.

.

.

Kesimpulan Suami Curang

.

.

Itu dia antara tips mengatasi suami curang sewaktu si isteri masih berpantang yang kami boleh kongsikan dengan anda pada posting kali ini.

.

Semoga ianya dapat membantu anda dalam mengatasi masalah suami curang yang berlaku. Jangan biarkan rasa sedih dan buat anda rendahkan diri

.

Apa yang terjadi semuanya sudah tertulis dan berdoa lah agar Allah melindungi kita semua.

.

Baiklah itu sahaja. Terima kasih kerana membaca. 

.

Semoga bermanfaat!

.

.

Baca Sekarang: Niat Mandi Wajib Haid – Niat, Cara dan Doa Mandi Wajib