Tanda bersalin semakin hampir mungkin sering menjadi persoalan buat para ibu mengandung.

.

Tidak kira walau apa cara sekalipun anda bakal bersalin, anda mesti ingin tahu tanda-tanda bersalin yang ada.

.

Bersalin normal, bersalin czer atau bersalin dalam air biasanya akan memberikan tanda bersalin yang sama.

.

Tanda Bersalin

.

Beza jenisnya nanti adalah apa komplikasi yang akan berlaku atau apa masalah yang sudah ditemui sedari awal lagi sewaktu anda hamil.

.

Pentingnya untuk anda mengetahui tanda ini adalah untuk anda tahu samada anda benar-benar dah nak bersalin atau false alarm semata-mata.

.

Sebenarnya agak susah untuk menjawab soalan seperti tanda bersalin awal atau tanda bersalin awal dari due date, sebab setiap proses bersalin adalah berbeza.

.

Namun, dengan mengetahuinya secara asas, anda akan tahu bahawa anda dah tak lama untuk berjumpa dengan bayi anda.

.

Baca Juga : Mengandung Kali Pertama? Jom Baca Apa Yang Anda Perlu Buat dan Elak!

.

.

Tanda Bersalin

.

.

.

Proses bersalin adalah proses melahirkan bayi yang bermula dengan kontraksi pada uterus dan berakhir dengan kelahiran bayi.

.

Jika anda sama seperti ibu hamil yang lain, anda mungkin tertanya-tanya apa yang anda perlu berikan perhatian jika hampir tiba masa untuk bersalin.

.

Ada 10 tanda bersalin yang anda perlu berikan perhatian:

  • Kepala bayi telah turun
  • Servik melebar
  • Kejang dan sakit belakang
  • Sendi terasa longgar
  • Cirit-birit
  • Berat badan berhenti bertambah
  • Kelesuan
  • Bahan buangan faraj bertukar warna dan kekerapan
  • Kontraksi yang lebih kuat dan kerap
  • Air ketuban pecah

.

.

Tanda Bersalin : Sejam atau sebulan atau lebih sebelum bersalin

.

.

Untuk tanda bersalin dibawah ini, ia juga merupakan tanda kepada tanda bersalin 7 bulan, tanda bersalin 35 minggu, tanda bersalin 37 minggu, tanda bersalin 38 minggu, dan juga tanda bersalin 39 minggu.

.

.

1. Kepala bayi telah turun

.

.

.

Jika anda mengandung kali pertama, bayi anda akan turun ke kawasan pelvis anda.

.

Biasanya ia berlaku beberapa minggu sebelum tanda bersalin yang serius berlaku.

.

Biasanya ia berlaku sekitar dua ke empat minggu.

.

Namun, ia sebenarnya adalah berbeza bergantung kepada individu.

.

Dalam kebanyakan fasa bakal bersalin, rasa ringan dan kepala turun ini tidak akan berlaku sehinggalah anda benar-benar ingin bersalin.

.

Bayi anda sebenarnya sedang berada didalam keadaan bersedia untuk keluar.

.

Tanda Bersalin

.

Dia akan keluar dengan kepalanya dahulu.

.

Anda mungkin akan berasa kerap ingin terkencing seperti mana yang anda dah alami sepanjang tempoh kehamilan selama ini.

.

Ia akan menjadi lebih kerap sewaktu trimester ketiga kerana kepala bayi anda pada masa ini sedang menekan pundi kencing anda.

.

Berita baiknya apabila anda mendapat tanda bersalin ini adalah anda akan mendapat ruang yang lebih untuk bernafas.

.

Hal ini kerana si kecil anda sudah bergerak jauh daripada paru-paru anda.

.

.

2. Servik melebar

.

.

Tanda Bersalin  - Servik Melebar

.

Servik anda pada saat ini juga sedang bersedia untuk proses bersalin.

.

Ia akan mula untuk melebar dalam tempoh beberapa hari atau minggu sebelum anda bersalin.

.

Dalam waktu ini, kelebarannya akan diukur dan dicatat dengan lebih kerap.

.

Namun, jangan sesekali anda berasa tertekan jika ia melebar secara perlahan atau belum melebar lagi.

.

Setiap ibu hamil adalah berbeza.

.

.

3. Kejang dan sakit belakang

.

.

Tanda Bersalin

.

Jika ini bukanlah kali pertama anda bakal bersalin, anda akan merasakan perkara ini.

.

Kekejangan dan rasa sakit pada bahagian bawah badan anda dan paha.

.

Ia merupakan tanda bersalin yang menyatakan anda dah benar-benar hampir untuk bersalin.

.

Otot dan sendi akan mula meregang dan bergerak sebagai persediaan untuk bersalin.

.

.

4. Sendi terasa longgar

.

.

.

Sepanjang fasa kehamilan, sejenis hormon yang dikenali sebagai relaxin akan dikeluarkan.

.

Hormon ini akan membuatkan sendi anda melonggar.

.

Sebelum anda masuk ke wad bersalin, anda pasti akan perasan sendi di seluruh badan anda berasa lebih longgar.

.

Badan anda juga akan berasa lebih tenang.

.

Ia sebenarnya cara semulajadi yang diberikan kepada ibu mengandung untuk memudahkan bukaan pelvis anda.

.

Dengan cara ini juga ia akan memudahkan bayi anda untuk keluar.

.

.

5. Cirit birit

.

,

.

Sama waktunya dengan otot didalam uterus anda mulai tenang untuk persediaan bersalin, begitu juga keseluruhan badan anda.

.

Ia termasuk juga dengan otot-otot pada kawasan rektum anda.

.

Perkara inilah yang akan menyebabkan cirit-birit.

.

Tanda bersalin ini juga mungkin anda akan alami pada waktu lain sepanjang fasa kehamilan anda.

.

Walaupun ia sedikit annoying, namun ia sebenarnya adalah normal.

.

Apa yang anda perlu lakukan adalah kekal hidrat.

.

Lagipun anda kena tahu bila anda terlebih lawas, ia baik untuk anda.

.

Biasa kan selalu sembelit dan susah untuk membuang.

.

.

6. Berat badan berhenti bertambah

.

.

.

Pertambahan berat badan biasanya akan sekata pada penghujung fasa kehamilan anda.

.

Tak hairan jika pada waktu ini sesetengah ibu hamil akan mengalami penurunan berat badan.

.

Ia adalah normal dan tidak akan memberikan kesan terhadap berat bayi anda.

.

Bayi anda tetap bertambah beratnya.

.

Anda pula mengalami penurunan disebabkan oleh paras amniotic fluids yang berkurang.

.

Ia juga disebabkan oleh anda perlu kerap ke tandas dan peningkatan aktiviti yang dilakukan.

.

.

7. Kelesuan

.

.

.

Pada masa ini, anda akan berasa seperti anda masih di trimester pertama.

.

Rasa penatnya tu lain macam.

.

Pada masa ini juga pundi kencing anda berasa lemah dan ingin kerap kencing.

.

Anda juga perlu menghadap rasa lesu yang terlampau.

.

Saiz perut yang besar, termasuklah pundi kencing dan organ lain yang ditekan akan menyukarkan tidur malam anda.

.

.

Ia akan berlaku dan merupakan tanda bersalin pada hari-hari atau minggu-minggu terakhir fasa kehamilan.

.

Jadi, setiap kali anda berasa mengantuk, terus sahaja tidur.

.

Tapi ada masanya ibu hamil akan berasa sebaliknya.

.

Penuh bertenaga!

.

Disebabkan tarikh kelahiran anak semakin hampir, ibu akan menjadi terlebih semangat untuk membersih dan menyusun segala benda yang ada.

.

Sebenarnya ia bukanlah masalah besar selagi mana anda tidak melakukannya secara berlebihan.

.

.

Tanda Bersalin Awal : Beberapa hari dan jam sebelum bersalin

.

.

Ia juga boleh jadi tanda seminggu sebelum bersalin.

.

.

8. Bahan buangan faraj anda bertukar warna dan kekerapan

.

.

.

Anda mungkin juga perasan pada waktu ini lendir kerap keluar dari faraj anda.

.

Ia boleh keluar dalam saiz yang besar dan kelihatan sama seperti apa yang keluar dari hidung anda.

.

Ia boleh juga keluar dalam kuantiti yang kecil.

.

Apapun, besar juga kemungkinan untuk anda tidak sempat melihat semua ini.

.

Pada hari-hari terakhir sebelum anda bersalin, anda akan melihat pertambahan atau bahan buangan dari faraj yang lebih pekat.

.

Bahan yang pekat dan berwarna sedikit merah jambu ini merupakan tanda bersalin yang anda perlu berikan perhatian.

.

Namun, tanpa kontraksi atau kelebaran seluas 3 ke 4 cm, ia mungkin beberapa hari lagi sebelum anda bersalin.

.

.

9. Kontraksi lebih kuat dan kerap

.

.

.

Kontraksi merupakan tanda bersalin yang paling perlu diberikan perhatian.

.

Cuma, anda perlu tahu bahawa anda berkemungkinan mengalami Braxton Hicks contractions selama beberapa minggu atau bulan sebelum anda bersalin.

.

Ia boleh dikategorikan sebagai kontraksi palsu.

.

Anda akan merasakan seperti dipicit saat otot pada uterus anda mengetat.

.

Ia adalah persediaan untuk anda meneran bayi keluar nanti.

.

Macam mana anda nak tentukan sama ada ia benar atau palsu? Lihat pada tanda-tanda dibawah ini:

  • Jika anda seorang yang aktif, kontraksi sebenar adalah lebih kuat berbanding dengan Braxton Hicks.
  • Jika anda menukar posisi, kontraksi sebenar biasanya tidak akan hilang dimana Braxton Hicks pula akan hilang.
  • Kontraksi sebenar akan berterusan dan menjadi lebih kerap serta menyakitkan. Braxton Hicks pula akan datang dan pergi tanpa menjadi lebih kerap dan menyakitkan.
  • Tanda bersalin awal melibatkan kontraksi biasanya akan rasa sakit seperti senggugut teruk, perut meragam dan tekanan abdomen. Ia juga boleh merebak sehingga ke kaki.

.

.

10. Air ketuban pecah

.

.

Tanda Bersalin - Air Ketuban Pecah

.

Kebanyakan drama biasanya akan menunjukkan situasi air ketuban pecah semasa dalam keadaan yang tak berapa masuk akal.

.

Jadi, jangan percaya sangat.

.

Air ketuban pecah merupakan tanda bersalin terakhir yang anda akan lalui.

.

.

Sekalipun jika anda tidak mendapat tanda bersalin seperti yang kami nyatakan, anda tidak perlu risau.

.

Bila sampai masanya, anda akan tahu dan apabila anda dah dimasukkan ke wad, jururawat dan doktor akan mengesan sekiranya ada.

.

.

“Saya dah nak bersalin ke?”

.

.

.

Mungkin itu juga soalan yang anda selalu terfikir atau akan terfikir.

.

Bila due date anda dah dekat dan anda mula mengalami tanda-tanda yang semakin jelas seperti kontraksi anda semakin besar, doktor akan maklumkan apa yang perlu dilakukan.

.

Kontraksi yang berlaku dengan lebih konsisten, menyakitkan dan lamanya sekitar 30 ke 70 saat, ia merupakan masa yang tepat untuk anda periksa dengan doktor.

.

Jika anda rasa ragu-ragu samada anda dah bersedia untuk bersalin atau tidak, hubungi sahaja pihak hospital.

.

Mereka akan berikan bantuan yang sewajarnya.

.

Anda boleh hubungi hospital sekiranya anda:

  • Mengalami pendarahan atau bahan buangan yang berwarna merah terang
  • Air ketuban pecah terutamanya jika cairan tersebut berwarna hijau atau coklat. Ia mungkin penanda meconium atau najis pertama bayi anda yang mungkin akan menjadi bahaya jika dia tertelan ketika lahir.
  • Anda mengalami penglihatan yang sedikit kabur atau berbayang, sakit kepala atau bengkak. Ia mungkin merupakan simptom preeclampsia yang biasanya dikaitkan dengan tekanan darah tinggi sewaktu mengandung dan ia memerlukan pemerhatian perubatan yang sewajarnya.

.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini berkenaan tanda bersalin.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami mengenai persediaan bersalin dan juga persiapan bersalin.

.

Baca disini : Persediaan Bersalin – Isteri dan Suami Perlu Sama-sama Sedia

.

Semoga bermanfaat.