Tanggungjawab isteri sangat penting dan besar dalam sesebuah rumahtangga.

.

Perkahwinan atau munahakat merupakan satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam.

.

Tanggungjawab Isteri

.

Menurut hadis riwayat al-Baihaqi,

.

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh (yang belum disempurnakan) lagi.”

.

Sifat manusia itu sendiri memerlukan pasangan.

.

Jadi, jalan terbaik untuk hidup bersama pasangan adalah menerusi perkahwinan yang sah.

.

Alam rumahtangga pula biasanya akan dipenuhi dengan cabaran dan ujian yang bermacam bentuk.

.

Untuk memastikan kita bersedia dengan segala ujian dan cabaran yang mendatang, adalah penting untuk kita memahami asas perkahwinan dengan sebaiknya.

.

Salah satunya adalah berkenaan tanggungjawab terhadap satu sama lain.

.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan dengan anda berkenaan tanggungjawab isteri dalam Islam.

.

.

.

.

Tanggungjawab Isteri Menurut Islam

.

.

Banyak salah faham sebenarnya berkenaan tanggungjawab isteri dalam perkahwinan.

.

Ramai yang menganggap ia hanya melibatkan hal-hal rumahtangga semata-mata.

.

Tak kurang juga yang bergaduh kerana merasakan suami tidak menjalankan tanggungjawab sebaiknya namun terlupa diri sendiri begitu juga.

.

Hal ini kerana masih ramai yang tidak benar-benar memahami bab tanggungjawab diantara satu sama lain dengan sebaiknya.

.

.

Mungkin sekarang anda dah mula tertanya-tanya,

.

“Apa tanggungjawab isteri?”

.

Jika anda bekerja, mungkin anda rasakan tanggungjawab isteri yang bekerja adalah berbeza dengan yang tidak bekerja.

.

Betul ke macam tu?

.

.

Tanggungjawab Isteri Kepada Suami

.

.

1. Taat sepenuhnya kepada suami

.

Tanggungjawab Isteri

.

Taat sepenuhnya pada suami adalah tanggungjawab utama isteri.

.

Namun, ia haruslah berlandaskan hukum syarak.

.

Jika suami menyuruh anda melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum syarak, tidak wajib untuk anda patuhinya.

.

Sebab itulah penting juga bagi wanita untuk mempunyai asas ilmu agama yang baik.

.

Didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas,

.

“Lelaki adalah pelindung dan penjaga wanita, ini bermakna suami berkuasa keatas isteri. Dalam erti kata lain, isteri perlu patuh kepada suami, melayan keluarganya dengan baik dan menjaga hartanya.”

.

.

2. Penuhi keperluan batin suami

.

Tanggungjawab Isteri

.

Mungkin masih ramai para isteri yang malu-malu apabila berbicara perkara ini.

.

Baru-baru ini ada viral di media sosial berkenaan seorang isteri yang membeli pakaian seksi untuk melayan suami di ranjang.

.

Namun, beliau batalkan pembelian kerana mereka sudah bercerai jadi tiada gunanya lagi pakaian tersebut untuk beliau.

.

Nasihat beliau sangat deep,

.

“Kalau kita malu nak melayan suami, ada je perempuan yang tak tahu malu untuk melakukannya.”

.

Tiada salahnya untuk anda belajar menerusi internet atau setidaknya menjadi lebih terbuka sewaktu bersama suami.

.

Tanggungjawab Isteri

.

Ada beberapa ketika sahaja yang anda boleh untuk tidak memenuhi kehendak suami seperti:

  • Uzur
  • Tidak sihat
  • Berpuasa wajib

.

Didalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah dalam al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda seperti berikut,

.

“Apabila seorang lelaki memanggil isterinya ke bilik tidur dan dia ingkar, jika suami tidur dalam keadaan marah terhadap isterinya, malaikat akan menyumpah isterinya sehingga pagi.”

.

Baca Juga : KESUBURAN WANITA – 10 CARA UNTUK PELIHARA KESUBURAN

.

.

3. Tidak mengizinkan sesiapa yang tidak disukai suami masuk ke rumah

.

Tanggungjawab Isteri

.

Ramai isteri yang mengambil mudah akan hal ini.

.

Mereka terlalu bersikap terbuka dan lebih risau terasa hati mereka yang berkunjung berbanding hati suami.

.

Ada juga yang tidak kisah jika ada lelaki yang bukan mahram datang ke rumah dan mempelawanya masuk atas tiket percaya kerana lelaki tersebut adalah kawannya atau kawan suami.

.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam al-Bukhari dan Muslim,

.

“Tidak boleh seorang wanita berpuasa tanpa izin suami, membenarkan sesiapa masuk kedalam rumah tanpa izin suami, dan membelanjakan harta suami sebagai sedekah tanpa izinnya.”

.

.

.

.

4. Tidak keluar rumah tanpa izin suami

.

Tanggungjawab Isteri

.

Bab ini juga masih kerap dipandang rendah oleh wanita.

.

Ramai yang menganggap diri mereka seakan-akan dikongkong jika perlu mendapatkan izin suami untuk semua hal termasuklah keluar rumah.

.

Menurut mazhab Shafie dan Hanbali, seorang isteri juga perlu untuk meminta izin dan kebenaran suami sekalipun jika isteri tersebut ingin pergi menziarahi ibubapa sendiri yang sedang sakit.

.

.

5. Memberikan layanan terbaik kepada suami

.

.

Layanan yang dimaksudkan adalah lebih kepada perkara yang berkaitan urusan rumah tangga seperti:

  • Memasak
  • Mengemas rumah
  • Menjaga anak-anak

.

Layanan pula bergantung kepada adat dan budaya yang sesuai kerana besar kemungkinan pasangan suami isteri tersebut datang dari latar adat dan budaya yang berbeza.

.

Maka hal ini sedikit sebanyak menimbulkan isu apabila hidup bersama ketika fasal awal untuk adapt kehidupan berumahtangga.

.

Memetik kata-kata ulama Syakh al-Islam Ibn Taymiyah,

.

“Seorang isteri perlu melayani suami mengikut cara yang diterima oleh adat dan budaya masyarakat setempat selagi mana ia tidak bercanggah dengan syarak.”

.

Apa yang diperlukan disini adalah sikap saling bertolak ansur dan cuba untuk memahami diantara satu sama lain supaya tiada isu besar yang akan berlaku.

.

.

6. Jaga tempat pandangan matanya

.

Tanggungjawab Isteri

.

Apa yang anda nak suami nampak pada anda?

.

Mestilah segala hal yang baik.

.

Jadi, jagalah diri anda jangan sampai suami terpandang sesuatu yang buruk pada anda.

.

Apa yang dimaksudkan disini adalah sentiasalah menjaga kecantikan dan penampilan diri anda.

.

Sesibuk mana sekalipun anda, usahalah untuk berhias.

.

.

7. Jaga apa yang diciumnya

.

Tanggungjawab Isteri

.

Biasanya para isteri tak perasan bau mereka tidak menyenangkan.

.

Bila sentiasa dirumah, bertungkus lumus menyediakan segala keperluan, memasak, mengemas, pastinya akan ada bau yang tidak enak.

.

Namun, ia tidak bermaksud anda perlu sentiasa biarkan diri anda dalam keadaan bau sedemikian.

.

Anda boleh usahakan untuk kekal berbau wangi meskipun ketika berada dirumah.

.

Bukan hanya ketika anda ingin keluar rumah.

.

Baca Juga : FARAJ BERBAU : TIPS ELAKKAN BAU YANG BUATKAN SUAMI HILANG NAFSU!

.

.

8. Menjaga makan suami

.

Tanggungjawab Isteri

.

Tanggungjawab isteri yang seterusnya pula adalah menjaga makan suami.

.

Memang tugas suami untuk memberi makan dan minum kepada isteri.

.

Namun, sebagai isteri anda boleh sentiasa pastikan yang anda masak kena dengan selera suami.

.

Anda juga perlu memastikan yang suami makan tepat pada masanya.

.

Perut yang lapar biasanya mudah untuk membuatkan suami anda beremosi terutamanya jika dia baru pulang dari kerja.

.

Anda boleh juga untuk membeli makanan dari luar jika anda tak berkesempatan untuk memasak.

.

.

9. Jaga waktu tidur suami

.

Tanggungjawab Isteri

.

Pastikan anda dan suami mendapat tidur yang mencukupi untuk memastikan emosi anda berdua kekal terjaga.

.

Belajar untuk baca emosi suami terutamanya ketika dia sedang penat.

.

Berikan masa untuk suami anda berehat.

.

Bila suami anda mendapat rehat yang mencukupi, maka mudahlah untuk anda meminta apa sahaja dengan mereka.

.

.

Baca Juga : KANSER RAHIM : TANDA DAN BAHAYANYA UNTUK WANITA

.

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan tanggungjawab isteri dalam rumahtangga.

.

Jika masing-masing melaksanakan tanggungjawab satu sama lain dengan sepenuhnya, in shaa Allah rumah tangga yang dibina akan lebih bahagia.

.

Apa yang penting, fokus untuk pastikan diri anda melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri terlebih dahulu.

.

Diharapkan perkongsian ini memberikan anda banyak manfaat.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga.