Tawar hati, anda dan pasangan patut peka dengan masalah ini.

.

Setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya.

.

Sekejap berbaik dan bermesra, sekejap bergaduh dan bertekak.

.

Kadang-kadang ada sampai rasa tawar hati dengan pasangan.

.

Namun begitu, anda perlu kuat untuk pertahankan hubungan anda dan bertahan dalam apa jua cabaran.

.

Jom kami kongsikan sedikit tips untuk mengelak daripada lelaki tawar hati atau perempuan tawar hati.

.

.

Tips Menyelamatkan Mahligai Cinta Bersama Pasangan

.

.

1. Cinta Bukanlah Perasaan Semata-mata

.

.

.

.

Cinta adalah satu komitmen, satu pilihan dan satu tanggungjawab bersama.

.

Perasaan boleh berubah dengan sekelip mata tetapi komitmen itu tetap ada.

.

Terkadang anda merasa seperti tidak romantik atau tidak semesra dahulu bersama pasangan anda, tetapi ingatlah dengan adanya komitmen walaupun sedikit pasti akan berjaya mempertahankannya.

.

Anda sudah membuat pilihan untuk bersama mencintai pasangan anda, jangan lepaskan tanggungjawab ini walau apapun yang terjadi.

.

.

2. Jangan Ikutkan Perasaan

.

.

.

.

Perasaan dilahirkan dari emosi dan ia adalah reaksi semula jadi atau naluri yang dialami seseorang.

.

Perasaan seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan luaran yang menyentuh emosinya.

.

Tidak kira dari manusia, haiwan, objek mahupun keadaan semasa.

.

Justeru itu, jangan terlalu ikutkan perasaan kerana perasaan sangat bergantung kepada emosi sebelum, semasa atau selepas.

.

Seimbangkan emosi dahulu sebelum anda ingin mengikut kata hati dan perasaan.

.

.

3. Tawar Hati – Solat Bersama Pasangan

.

.

tawar hati

.

.

Statistik kes perceraian meningkat berpunca dari melanggar perintah Allah SWT iaitu tidak solat.

.

Terdapat segelintir pasangan yang sibuk dan leka dengan kehidupan dunia sehingga mengabaikan perintah solat.

.

Kesibukan bekerja, kelekaan bermain gajet dan hiburan melampau menyebabkan seseorang itu lalai mengerjakan solat walaupun sering mendengar laungan azan.

.

Kegagalan manusia menjaga rukun islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminas-syaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan.

.

Ingatlah bahawa sesiapa yang menjaga solat dengan sempurna, rumah tangga mereka akan kukuh dan bahagia.

.

.

4. Jangan Berkongsi Masalah Rumah Tangga Sembarangan

.

.

.

.

Zaman sekarang ada individu gemar berkongsi masalah rumah tangga secara terbuka di media sosial.

.

Baik orang biasa atau artis, perbuatan seperti itu pasti menerima pelbagai reaksi yang kurang menyenangkan.

.

Situasi seperti itu secara tidak langsung boleh membuka aib dan menimbulkan fitnah terhadap pasangan hingga membuatkan anda menghampiri sesuatu yang negatif.

.

Walaupun niat asal sekadar berkongsi, anda juga perlu ingat bahawa lebih ramai orang gembira apabila sebuah rumah tangga retak berbanding gembira melihat 2 cinta disatukan.

.

Hati-hati memilih siapa yang mendengar keluhan anda.

.

Baca Juga : Kemaluan Wanita – 15 Salah Faham Wanita Tentang Faraj

.

.

5. Tawar Hati – Tiada Cinta Yang Sempurna

.

.

.

.

Semua kisah percintaan ada cabaran dan dugaannya tersendiri.

.

Tidak kira dari segi kewangan, kesihatan, komunikasi, mertua, kerja, keibubapaan dan sebagainya.

.

Cabaran dan dugaan ini adalah untuk menguji seberapa banyak perasaan cinta anda terhadap pasangan.

.

Kalau anda dan pasangan bersama-sama berganding bahu mengatasinya, pasti perasaan cinta akan lebih kukuh.

.

Ingatlah bahawa cinta itu merupakan perasaan suka dan sayang yang mendalam terhadap seseorang yang membuatkan anda sanggup untuk berkorban apa jua demi mempertahankannya.

.

.

Tanda Pasangan Sudah Tawar Hati

.

.

tawar hati

.

.

Tawar hati dalam perhubungan adalah satu punca masalah yang besar.

.

Tanda lelaki tawar hati atau tanda perempuan tawar hati merupakan antara tanda merah yang perlu diambil serius dalam perhubungan yang sudah berkahwin atau belum berkahwin.

.

Hubungan dua hala diperlukan dalam setiap pasangan untuk kekal bertahan.

.

Sekiranya hanya satu pihak sahaja yang berusaha, ini sangatlah tidak wajar dan tidak adil untuk pasangan.

.

Kami akan kongsikan beberapa tanda pasangan sudah tawar hati.

.

.

1. Tidak Berminat Dengan Kehidupan Pasangan

.

.

.

.

Pada awal perkahwinan semestinya anda dan pasangan akan berminat mengenai kehidupan pasangannya.

.

Pasangan sentiasa ingin tahu apa matlamat anda, bagaimana kehidupan harian anda atau pun apa perancangan anda.

.

Akan tetapi, jika perbualan tersebut mula terhenti secara tiba-tiba, itu bermakna pasangan anda sudah mula tawar hati.

.

Setiap kali anda mahu membincangkan sesuatu yang anda gemari atau sesuatu yang sedang berlaku dalam kehidupan peribadi anda, pasangan akan bertindak balas seperti tidak mahu layan.

.

Pasangan anda akan mula seperti mahu jauhkan diri daripada anda.

.

Anda jangan sesekali membiarkan perkara ini terjadi terlalu lama.

.

Ambil tanggungjawab untuk mula menarik semula perhatian pasangan anda dan kembalikan semula perasaan antara pasangan anda.

.

.

2. Kepercayaan Hilang Antara Pasangan

.

.

tawar hati

.

.

Hormat dan kepercayaan adalah komponen besar dalam hubungan yang kuat.

.

Tetapi jika suami atau isteri kehilangan kedua-dua komponen tersebut, ia bukan petanda yang baik.

.

Contohnya, jika anda memberikan pendapat anda mengenai sesuatu yang penting, pasangan tidak akan mempertimbangkannya.

.

Dan apabila anda mengatakan sesuatu yang benar, pasangan anda seperti tidak mempercayai dan menuduh anda yang bukan-bukan.

.

Situasi tersebut merupakan tanda suami tawar hati atau isteri tawar hati terhadap anda.

.

.

3. Pasangan Meluangkan Masa Pada Perkara Lain Selain Anda

.

.

.

.

Adakah pasangan anda selalu pulang lewat dari tempat kerja?

.

Adakah pasangan anda selalu menghabiskan masa melepak dengan rakan-rakannya?

.

Sehingga mengabaikan masa untuk bersama anda pada masa yang sama?

.

Sekiranya dahulu anda selalu bersama pasangan melakukan aktiviti dan bergembira bersama, tetapi sekarang anda merasa terpinggir dalam perhubungan.

.

Itu bermakna pasangan anda sudah mula menunjukkan tanda-tanda tawar hati yang jelas.

.

.

.

.

4. Pasangan Melebihkan Orang Lain Daripada Anda

.

.

tawar hati

.

.

Pasangan mungkin memberitahu anda bahawa mencintai anda lebih dari yang lain, tetapi tindakan atau perbuatan yang dilakukan bertentangan dengan percakapannya.

.

Contohnya, perbalahan berlaku antara anda dengan seseorang yang asing dan pasangan anda nampak melebihkan orang asing tersebut daripada anda walaupun kesalahan jelas pada orang tersebut.

.

Pasangan anda lebih menghormati pendapat orang lain namun tidak pendapat anda.

.

Di hadapan orang, pasangan anda sangat romantis dan mesra bersama anda, tetapi apabila hanya anda berdua, pasangan bertindak hampir sebaliknya.

.

Ini menunjukkan perbuatan bahawa bila perempuan tawar hati atau lelaki tawar hati terhadap pasangannya.

.

.

5. Pasangan Lebih Fokus Pada Dirinya Sendiri

.

.

.

.

Pasangan hanya mengambil berat tentang apa yang penting baginya sahaja tanpa menghiraukan perasaan anda.

.

Pasangan lebih memberikan tumpuan hanya kepada perkara-perkara yang menggembirakan dirinya sahaja.

.

Jika dahulu pasangan tidak mementingkan diri sendiri dan lebih fokus pada keperluan anda tetapi sekarang sebaliknya.

.

Maka ini adalah satu tanda yang tidak baik dalam perhubungan anda.

.

Hubungan adalah jalan dua arah dan jika pasangan hanya menumpukan perhatian pada dirinya sendiri, maka mungkin cintanya telah hilang dari hubungan itu.

.

.

Cara Pujuk Pasangan Yang Tawar Hati

.

.

tawar hati

.

.

Tawar hati atau merajuk dengan pasangan bercinta memang tidak dapat dipisahkan.

.

Biasanya orang perempuan memang kuat merajuk, lebih-lebih lagi dengan orang yang paling disayangi.

.

Tapi, ada masanya orang lelaki pun sekali-sekala akan merajuk juga.

.

Apa salahnya, semua manusia dicipta mempunyai hati dan perasaan betul tak?

.

Istimewa untuk anda, kami akan kongsikan beberapa tips cara pujuk pasangan merajuk yang merangkumi cara pujuk lelaki tawar hati dan cara pujuk perempuan tawar hati.

.

.

1. Tawar Hati – Peka Dengan Perubahan Pasangan

.

.

.

.

Sebagai pasangan kekasih, anda sepatutnya sentiasa peka dengan emosi dan tingkah laku pasangan anda.

.

Kalau tiba-tiba pasangan anda diam, tidak mahu bercakap dengan anda atau kurang bercakap, tanya sepatah jawab sepatah, pasti ada yang tidak kena.

.

Kalau anda sudah perasan ada yang tidak kena dengan pasangan anda, jangan buat-buat tidak nampak.

.

Jangan sesekali abaikan dan biarkan pasangan anda melayan perasaan seorang diri.

.

Pastikan pasangan anda rasa yang anda sentiasa ada di sisinya.

.

.

2. Tanya Kalau Ada Yang Tidak Kena

.

.

tawar hati

.

.

Sebaik anda perasan yang pasangan anda senyap sahaja, cepat-cepat bertanya kalau ada apa yang tidak kena.

.

Tanya kalau anda ada lakukan apa-apa perkara yang menyebabkan pasangan terasa hati atau marah dengan anda.

.

Pada waktu ini mungkin pasangan anda akan berdiam diri dan tidak melayan soalan anda, maklumlah orang tengah merajuk.

.

Tapi jangan pula anda balas balik dengan merajuk sebab tidak dilayan.

.

Pasangan merajuk minta dipujuk, kalau anda ikut merajuk, siapa nak pujuk?

.

Baca Juga : Hadiah Untuk Suami – Idea Menarik Untuk Anda

.

.

3. Tawar Hati – Pujuk Pasangan Anda

.

.

tawar hati

.

.

Sebagai seorang yang paling rapat dan kenal dengan pasangan, pastinya anda tahu macam mana cara terbaik untuk memujuk pasangan anda.

.

Sama ada buat lawak, masakan makanan kegemarannya, ajak keluar jalan-jalan ke tempat kegemaran atau sebagainya.

.

Anda lebih tahu macam mana cara nak memujuk.

.

Sentuh bahagian yang ada kena mengena dengan emosi atau kenangan indah bersama pasangan anda.

.

Baca Juga : Suami Curang Waktu Pantang – Apa Isteri Perlu Buat?

.

.

4. Tawar Hati – Jangan Biar Pasangan Merajuk Terlalu Lama

.

.

.

.

Akan ada masanya, anda dah cuba pujuk tapi pasangan anda masih nak merajuk.

.

Ini mungkin berlaku kerana anda dah buat sesuatu yang teruk dari kebiasaannya.

.

Kalau begitu, berikan sedikit masa kepada pasangan anda untuk melayan perasaan.

.

Tapi jangan terus abaikan, cuba juga untuk duduk di sisinya sambil curi-curi mencium dan memeluk pasangan anda.

.

Jangan biar terlalu, tambahan jika perempuan yang merajuk.

.

Ada kes dimana isteri minta cerai kerana tawar hati, tahu tak? Hati-hati encik suami.

.

.

5. Minta Maaf Atas Kesalahan Yang Dilakukan

.

.

tawar hati

.

.

Sesetengah pasangan susah nak minta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan walaupun sedar dengan kesalahan dilakukan.

.

Anda atau pasangan sedar bahawa kesalahan itu telah melukakan hati orang yang tersayang.

.

Tetapi, disebabkan keegoan dan merasakan maruah diri akan jatuh kalau minta maaf menjadikan ia punca masalah ini semakin besar.

.

Kami pasti anda bukan macam ini.

.

Kalau anda ada melakukan kesalahan kepada pasangan, jangan takut untuk meminta maaf.

.

Tidak akan jatuh martabat anda hanya dengan meminta maaf, malah pasangan anda akan lebih menghargai anda.

.

Itu sahaja perkongsian kami berkenaan tawar hati.

.

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam apa jua masalah yang anda sedang hadapi.