Ramai sebenarnya pasangan yang tak tahu cara untuk uji kehamilan.
.
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk uji kehamilan.
.
Anda boleh uji kehamilan sendiri dengan menggunakan bahan yang ada dirumah.
.
Atau anda boleh mengeluarkan sedikit wang untuk membeli alat uji kehamilan.
.
Pasti anda hairan, ada ker cara uji kehamilan sendiri? Jom kami kongsikan kepada anda.
.
.
Cara Uji Kehamilan Sendiri Di Rumah Sahaja
.
.
#1 Uji Kehamilan Guna Air Kencing
.
.
.
.
Mudah sahaja untuk uji kehamilan guna air kencing.
.
Anda hanya perlu letakkan air kencing pertama sesudah bangun tidur ke dalam balang yang bersih.
.
Letakkan balang tersebut di atas permukaan yang rata untuk beberapa minit.
.
Kemudian lihat pada permukaan air kencing anda.
.
Jika terdapat lapisan nipis berwarna putih terhasil pada permukaan, ini bermakna anda sedang hamil.
.
.
#2 Uji Kehamilan Guna Gula-Gula
.
.
.
.
Cara uji kehamilan ini paling mudah sekali untuk mengesan hormon Human Chorionic Gonadotropin (hCG) dalam air kencing.
.
Hormon hCG merupakan hormon peptida yang dihasilkan ketika anda hamil.
.
Jika ada kandungan hormon hCG di dalam kandungan air kencing, ini bermakna anda sedang hamil.
.
Anda hanya perlu meletakkan tiga sudu gula putih ke dalam mangkuk bersih dan masukkan air kencing anda ke dalam mangkung tersebut.
.
Biarkan selama 10 minit dan lihat perubahan pada gula tersebut.
.
Jika gula tersebut tidak larut, ini bermakna anda sedang hamil kerana air kencing yang mengandungi hCG tidak boleh melarutkan gula.
.
.
#3 Uji Kehamilan Guna Ubat Gigi
.
.
.
.
Anda perlu menggunakan ubat gigi berwarna putih dengan meletakkan dua sudu besar ubat gigi ke dalam bekas yang bersih.
.
Kemudian, campurkan air kencing anda ke dalam bekas ubat gigi tersebut dan tunggu selama 10 minit.
.
Jika anda mendapati terdapat perubahan pada warna ubat gigi tersebut dari putih menjadi biru, itu bermakna anda sedang hamil.
.
Anda juga akan mendapati bahawa ubat gigi tersebut akan berbuih.
.
Ini disebabkan oleh tindak balas asid dalam air kencing dengan kalsium karbonat dalam ubat gigi akan menghasilkan karbon dioksida.
.
.
#4 Uji Kehamilan Guna Clorox
.
.
.
.
Cara uji kehamilan menggunakan clorox ini agak bahaya tambahan jika anda betul-betul mengandung.
.
Pastikan anda memakai sarung tangan dan penutup muka sebelum melakukan ujian ini.
.
Masukkan secawan clorox ke dalam bekas bersih dan masukkan air kencing anda sekurang-kurangnya separuh cawan.
.
Tunggu selama 3 hingga 5 minit dan lihat perubahan pada campuran tersebut.
.
Jika anda mengandung, campuran tersebut akan mengeluarkan buih yang banyak.
.
.
#5 Uji Kehamilan Guna Cuka Putih
.
.
.
.
Caranya sangat mudah, sama sahaja seperti yang lain.
.
Campurkan air kencing anda dengan cuka putih di dalam satu bekas bersih.
.
Sebatikan campuran tersebut dan tunggu selama 3 hingga 5 minit.
.
Jika berlaku perubahan warna pada sebatian itu, ini bermakna anda positif hamil.
.
Akan tetapi, semua cara ini hanyalah cara mudah atau cara awal untuk anda uji kehamilan.
.
Anda disarankan untuk menggunakan alat uji kehamilan yang dijual di farmasi bagi mendapat keputusan yang lebih diyakini.
.
.
Cara Mengetahui Jantina Bayi Menggunakan Serbuk Penaik
.
.
.
.
Tahniah kerana anda telah disahkan hamil, tapi anda tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi anda.
.
Anda boleh menggunakan serbuk penaik sebagai cara untuk mengetahui jantina bayi anda.
.
Letakkan dua sudu besar serbuk penaik ke dalam mangkuk bersih dan campurkan air kencing anda ke dalamnya.
.
Jika campuran ini berbuih seperti air gas, ini bermakna anda akan mendapat anak lelaki.
.
Jika campuran tidak memberi apa-apa reaksi, kemungkinan tinggi untuk anda mendapat anak perempuan adalah tinggi.
.
Walau bagaimanapun, tiada bukti saintifik yang menyokong keberkesanan dan ketepatan hasilnya.
.
.
Cara Uji Kehamilan Menggunakan Alat Uji Kehamilan
.
.
.
.
Alat uji kehamilan atau pregnancy test adalah satu cara yang paling disarankan untuk mendapatkan keputusan kehamilan yang tepat.
.
Masih ada yang tidak tahu cara untuk menggunakan alat uji kehamilan ini.
.
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengajar anda cara yang umum digunakan untuk kemudahan anda.
.
Walaupun pregnancy test mempunyai berbeza-beza jenama, tetapi proses dan cara penggunaannya adalah sama.
.
Anda boleh menggunakan cara dibawah untuk meningkatkan lagi ketepatan keputusan kehamilan anda.
.
.
#1 Uji Kehamilan Selepas 2 Minggu Terlepas Haid
.
.
.
.
Waktu untuk membuat ujian kehamilan sangat penting bagi mendapat ketepatan keputusan.
.
Anda perlu menunggu sehingga 2 minggu selepas terlepas haid pertama anda.
.
Anda juga perlu memastikan anda tidak mengalami masalah haid tidak teratur atau salah perhitungan haid boleh menjejaskan ujian kehamilan anda.
.
.
#2 Baca Arahan Dengan Teliti
.
.
.
.
Setiap jenama pregnancy test mempunyai risalah arahan yang berbeza.
.
Baca risalah arahan dengan teliti setiap kali sebelum menjalankan ujian kehamilan.
.
Pemilihan jenama ujian kehamilan juga mempengaruhi kualiti ketepatan keputusan.
.
Anda disarankan untuk memilih alat ujian kehamilan yang paling bagus dan berkualiti untuk mendapatkan keputusan yang tepat.
.
Harga alat uji kehamilan juga akan sedikit mahal berbanding yang lain.
.
.
#3 Bilakah Masa Sesuai Uji Kehamilan
.
.
.
.
Waktu paling sesuai untuk ujian kehamilan adalah pada waktu pagi.
.
Anda digalakkan menggunakan sampel air kencing yang pertama selepas bangun daripada tidur.
.
Pada waktu ini, air kencing akan lebih pekat dan kandungan hormon hCG juga akan lebih kuat.
.
Bagi anda yang ingin melakukan ujian di siang hari, pastikan anda tidak minum air dengan terlampau banyak.
.
Anda juga disarankan untuk tidak kencing dalam tempoh 4 hingga 5 jam sebelum membuat ujian kehamilan.
.
.
#4 Tunggu Seketika
.
.
.
.
Setiap alat ujian kehamilan adalah berbeza.
.
Ada yang anda perlu mencelup alat tersebut ke dalam bekas berisi air kencing.
.
Ada juga yang jenis perlu menitiskan air kencing pada alat ujian kehamilan tersebut.
.
Setelah anda mencelup atau menitiskan air kencing pada alat ujian, anda perlu menunggu untuk beberapa detik sebelum mendapat keputusan.
.
Tempoh masa untuk setiap jenama alat ujian kehamilan adalah berbeza bergantung pada masa yang tertera pada alat ujian tersebut.
.
Baca Juga : Nama Anak Lelaki – 1800 Himpunan Nama Indah dan Moden
.
.
.
.
#5 Keputusan Positif Atau Negatif
.
.
.
.
Setiap alat ujian kehamilan mempunyai paparan keputusan yang berbeza.
.
Ada yang memaparkan mengikut satu baris atau dua baris.
.
Ada juga yang memaparkan simbol positif atau negatif.
.
Ada juga yang terus memaparkan perkataan hamil atau tidak hamil.
.
Sekiranya anda mendapati tidak ada tindak balas dari alat uji kehamilan tersebut atau keputusannya samar-samar, ini bermakna terdapat ralat pada alat tersebut.
.
Anda disarankan untuk melakukan ujian kehamilan semula menggunakan alat ujian kehamilan yang baru.
.
Baca Juga : Period Lambat – Normal Atau Tidak Untuk Wanita?
.
.
Perubahan Semula Jadi Tanda Awal Kehamilan
.
.
#1 Terlepas Haid
.
.
.
.
Wanita yang tidak mempunyai masalah haid tidak teratur boleh mengetahui dirinya sedang hamil melalui kitaran haid.
.
Kitaran haid normal biasanya adalah sekitar 28 hari.
.
Terlepas haid selama seminggu atau dua minggu boleh menjadi kemungkinan besar bahawa anda sedang hamil.
.
Ini merupakan tanda pertama dalam senarai tanda-tanda hamil yang lain.
.
.
#2 Payudara Bengkak Dan Sensitif
.
.
.
.
Terdapat perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda sekiranya anda hamil.
.
Perubahan hormon ini sangat penting bagi menyokong perkembangan proses kehamilan anda.
.
Anda akan mendapati bahawa payudara anda akan membengkak dan akan menjadi lebih sensitif.
.
Anda akan merasa kurang selesa kerana badan anda sedang menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang berlaku.
.
Akan tetapi, anda tidak perlu risau kerana ia akan berkurang dari minggu ke minggu.
.
Baca Juga : Ibu Mengandung – Persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas. Anda Wajib Baca
.
.
#3 Rasa Loya Pada Tekak
.
.
.
.
Seterusnya adalah rasa loya pada tekak yang berlaku tanpa muntah.
.
Tanda awal ini akan berlaku sekitar waktu pagi atau waktu anda bangun dari tidur.
.
Situasi ini juga dikenali sebagai morning sickness dan ia sangat popular berlaku dalam kalangan wanita hamil.
.
Anda juga berkemungkinan untuk merasa loya pada waktu malam.
.
Tanda awal hamil ini lazimnya berlaku sebulan selepas anda hamil.
.
.
#4 Kerap Ke Tandas
.
.
.
.
Anda akan mula kerap ke tandas untuk membuang air kecil.
.
Peningkatan kandungan darah dalam badan akan menyebabkan buah pinggang akan menapis lebih banyak darah.
.
Apabila buah pinggang banyak bekerja, ia akan menghasilkan lebih banyak air kencing daripada biasa.
.
.
#5 Rasa Tidak Bermaya
.
.
.
.
Masalah tidak bermaya, letih dan lesu ini lazim berlaku dan merupakan tanda awal kehamilan.
.
Walaupun ia sedikit subjektif, anda akan dapat bezakan rasa tidak bermaya ini lain dari kebiasaannya.
.
Peningkatan hormon progesterone pada peringkat awal kehamilan adalah punca perkara ini berlaku.
.
Hormon progesteron yang terhasil juga akan menyebabkan anda merasa lebih penat dan mengantuk.
.
.
#6 Tompokan Darah Keluar Dari Faraj
.
.
.
.
Tompokan darah yang keluar dari faraj adalah satu fenomena dimana ia dipanggil sebagai implantation bleeding.
.
Apabila berlakunya persenyawaan antara sel telur dan sel sperma, sel yang terhasil akan bergerak ke dalam rahim.
.
Proses pergerakan ini akan disusuli dengan proses penampalan sel pada dinding rahim yang akan berlaku dalam tempoh 10 hingga 14 hari.
.
Ia akan menyebabkan berlakunya satu pembentukan salur darah bagi membekalkan nutrien penting kepada janin yang sedang berkembang.
.
Disebabkan proses ini, sedikit pendarahan akan berlaku.
.
.
#7 Kekejangan Pada Bahagian Abdomen
.
.
.
.
Kekejangan pada bahagian abdomen ini juga merupakan tanda awal kehamilan.
.
Anda akan mendapati kekejangan ini seperti senggugut.
.
Kekejangan pada bahagian abdomen ini sebenarnya merujuk kepada kekejangan pada bahagian rahim.
.
.
#8 Kurang Selera Makan
.
.
.
.
Tubuh badan anda akan menjadi lebih sensitif pada bau dan rasa sesetengah makanan.
.
Anda akan menjadi kurang selera makan pada peringkat awal kehamilan.
.
Perkara ini berlaku disebabkan tindak balas perubahan yang dimainkan oleh hormon ketika anda sedang hamil.
.
.
#9 Hidung Tersumbat
.
.
.
.
Peningkatan paras hormon tertentu boleh menyebabkan membran mukosa pada sekitar hidung anda membengkak.
.
Dalam sesetengah kes, ia boleh menyebabkan pendarahan pada bahagian hidung.
.
Pembengkakan ini adalah disebabkan penghasilan cecair mukus yang banyak.
.
Jika anda menyedari bahawa anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, kami sarankan anda pergi untuk mendapatkan pengesahan secepat mungkin.
.
Wanita yang hamil pada trimester pertama perlu menjaga kesihatan dan menjaga pergerakan sedikit kerana kandungan anda masih baru.
.
Itu sahaja perkongsian kami berkenaan uji kehamilan dan tanda awal kehamilan.
.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapat maklumat tambahan.