Cara pujuk lelaki lebih susah jika hendak dibandingkan dengan perempuan.
.
Biasanya lelaki memang jarang merajuk, betul tak? Tapi sekali lelaki merajuk, aduh!! Susah betul nak pujuk.
.
Secara umumnya, kita sudah mengetahui lelaki memang terkenal dengan egonya yang sangat tinggi.
.
Ditambah pula jika dalam rajuk, marah, pasti semakin menjadi-jadi.
.
Disebabkan itu, kami telah menyediakan beberapa cara-cara pujuk lelaki khas untuk para wanita.
.
Jom teruskan membaca!
.
.
Cara-Cara Pujuk Lelaki Merajuk
.
.
#1 Kenal Pasti Punca Lelaki Merajuk
.
.
.
.
Sebelum anda mula memujuk lelaki, anda perlu kenal pasti dahulu apakah punca lelaki merajuk dengan anda.
.
Kalau kaum wanita yang merajuk mungkin susah untuk teka apa sebab mereka merajuk, tetapi kalau lelaki merajuk senang sahaja nak tahu sebabnya.
.
Lelaki mempunyai ego yang tinggi, jangan sesekali memaksa atau mencabar lelaki yang sedang merajuk.
.
Anda juga perlu menghargai dan fahami perasaan lelaki dahulu.
.
Dari situ, anda boleh plan cara pujuk lelaki yang sedang merajuk dengan mudah.
.
.
#2 Beri Masa Pada Lelaki Dan Diri Sendiri
.
.
.
.
Kalau api dilawan dengan api, sampai bila-bila tidak akan reda.
.
Sekiranya anda baru sahaja bertekak atau bergaduh, cuba beri ruang pada diri masing-masing seketika.
.
Jika berlaku terlalu banyak perkara dalam satu-satu masa, ia memerlukan masa sedikit untuk kembali tenang.
.
Jangan berkira siapa salah, tetapi turunkan sedikit ego dan minta maaf padanya secara ikhlas.
.
Kemudian barulah anda duduk semeja dan berbincang mencari jalan penyelesaian kepada punca masalah tersebut.
.
Baca Juga : Cara Buat Anak – Tips & Trik Buat Pasangan
.
.
#3 Cara Pujuk Lelaki Marah – Bermanjalah
.
.
.
.
Lelaki memang nampak macho dan keras, tapi sebenarnya mereka amat tertarik dengan kata-kata lembut yang dituturkan orang yang tersayang.
.
Cara pujuk lelaki paling berkesan adalah dengan bermanja dengannya.
.
Lelaki sangat mudah untuk cair dengan perasaan kerana itulah sifat seorang lelaki.
.
Untuk yang sudah berumah tangga, anda boleh gunakan masa yang sesuai untuk anda memujuk dengan memberikan belaian mesra.
.
Dari sentuhan dan belaian akan terlahirnya hormon gembira dan sekaligus boleh membuatkan lelaki lupa apa yang dimarahkan.
.
.
#4 Cara Pujuk Lelaki – Masak Makanan Kegemaran
.
.
.
.
Bukan wanita sahaja yang suka makan, lelaki pun suka tau.
.
Tambah lagi kalau dimasak oleh orang yang tersayang.
.
Masakan memang boleh memikat hati pasangan, lagi-lagi masakan makanan kegemarannya.
.
Bila lelaki sedang merajuk, anda boleh cuba masak makanan kegemarannya sebagai tanda minta maaf.
.
Kalau anda tidak tahu masak, anda nak beli pun tak apa, sekurang-kurangnya pasangan anda nampak usaha anda untuk memujuknya.
.
.
#5 Buat Aktiviti Yang Lelaki Sukai
.
.
.
.
Jika sebelum ini anda tiada masa kelapangan untuk ke tempat kegemarannya.
.
Apa kata anda pujuknya dengan mengajak pasangan ke tempat yang disukai.
.
Lakukan aktiviti seperti hobi yang paling pasangan anda gemari.
.
Pasti pasangan anda akan sukar untuk menolaknya.
.
Ia juga menandakan usaha untuk kita berbaik dengannya.
.
Baca Juga : Hadiah Untuk Suami – Idea Menarik Untuk Anda
.
.
#6 Buat Surprise / Belikan Hadiah
.
.
.
.
Bukan perempuan sahaja suka diberikan hadiah, lelaki pun suka rasa dihargai lebih-lebih lagi dari orang tersayang.
.
Tidak perlu tunggu hari lahir atau hari anniversary, sebenarnya hadiah boleh diberikan bila-bila masa sahaja.
.
Jika anda tahu ada barang yang pasangan anda dah lama inginkan, apa kata gunakan masa ini untuk pujuk dengan menghadiahkan barang tersebut.
.
Lelaki mudah menghargai seseorang jika seseorang tahu untuk menghargainya.
.
.
#7 Cara Pujuk Lelaki – Berbual Seperti Tiada Masalah
.
.
.
.
Lelaki dengan ego memang sukar dipisahkan.
.
Kebanyakan lelaki lebih memilih untuk memendam rasa berbanding luahkan apa yang terbuku di jiwa.
.
Jika lelaki sebegini merajuk dengan anda, jangan pula paksa untuk luahkan.
.
Sebaliknya, anda perlu memberi layanan yang baik seperti biasa.
.
Lama-kelamaan pasangan akan reda sendiri dan akan kembali bercakap seperti biasa kerana lelaki mudah panas tetapi mudah juga untuk sejuk.
.
Cara Pujuk Lelaki Merajuk Jarak Jauh
.
.
.
.
Bagi mereka yang tidak pernah berjauhan, mungkin dianggap mudah apatah lagi jika pasangan mampu berdikari dan menguruskan segala keperluan sendirian.
.
Namun bagi sesetengah pasangan, situasi ini sangat menduga pergolakan emosi dan boleh meruntuhkan rumah tangga.
.
Adakah anda salah satu pasangan yang terpaksa berjauhan antara satu sama lain kerana kekangan kerjaya?
.
Dan pasangan masih merajuk dan marah?
.
Jangan risau, kami akan membantu anda dengan cara pujuk lelaki merajuk melalui chat atau pesanan ringkas.
.
.
5 Contoh Ayat Cara Pujuk Lelaki Melalui Chat
.
.
.
.
- “Keputusan yang paling terbaik saya pernah buat dalam hidup ini adalah berkahwin dengan awak dan awak sebenarnya lelaki terbaik di atas muka bumi ini, Love You Sayang.”
- “Setiap kali saya tutup mata, saya nampak wajah tampan awak, senyuman manis awak dan kenangan bersama awak, saya tidak sanggup awak jauh, maafkan saya sayang.”
- “Kita mungkin sedang bergaduh dan saya mungkin sudah melakukan kesilapan, tapi saya betul-betul mengasihi awak dan tiada sesiapa boleh menggantikan awak dalam hidup saya, I love you.”
- “Jika awak hidup 100 tahun, biarlah saya hidup 99 tahun sahaja kerana saya tidak sanggup hidup tanpa awak.”
- “Awak adalah pasangan hidup yang terbaik pernah hadir dalam hidup saya dan saya janji saya tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi, please balas sayangku dunia akhirat.”
.
.
5 Ayat Pickup Line – Cara Pujuk Lelaki Untuk Kembali Mesra
.
.
.
.
- Jika cinta ini dicukai, akulah yang akan menjadi pembayar cukai paling tinggi untuk cinta kita.
- Kalau I boleh susun abjad, I nak letak U sebelah I supaya sentiasa dekat dengan I.
- Orang kata kita hanya jatuh cinta sekali, tetapi kenapa bila saya dengar suara awak, saya jatuh cinta lagi?
- Jika saya boleh kutip bintang setiap kali jatuh cinta pada awak, pasti seluruh langit sudah ada genggaman saya.
- Kadang-kadang saya macam tidak nampak diri saya bila bersama awak, sebab saya hanya nampak awak sahaja dalam setiap pandangan saya.
.
Baca Juga : Suami Curang Waktu Pantang – Apa Isteri Perlu Buat?
.
.
Hati-Hati Bila Lelaki Sudah Tawar Hati
.
.
.
.
Tawar hati adalah satu perasaan di mana ia bukan benci tetapi sudah tidak berminat dengan anda lagi.
.
Bukan itu sahaja, jika pasangan anda sudah tawar hati dengan perhubungan, ia akan bertindak seperti tidak kisahkan segala perbuatan anda.
.
Cinta itu indah dan ia adalah satu anugerah yang diberikan kepada semua insan ketika berpasangan.
.
Namun cinta yang terluka akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan hilang di dalam diri sendiri.
.
Tapi bila lelaki dah tawar hati, jangan terkejut jika tiba-tiba anda ditinggalkan.
.
Jadi, ini adalah beberapa tanda lelaki tawar hati dengan pasangan masing-masing.
.
.
.
.
#1 Perubahan Sikap Yang Ketara
.
.
.
.
Perubahan sikap lelaki tidak sama seperti dahulu adalah satu faktor pasangan anda sudah tawar hati dengan anda.
.
Contohnya, apabila aktiviti kebiasaannya yang dilakukan bersama seperti mesej di tempat kerja semakin berkurang atau cuba mengelak dari anda.
.
Hal ini adalah sesuatu perkara yang tidak dinggini dan patut diragui.
.
.
#2 Selalu Cari Gaduh Walaupun Perkara Kecil
.
.
.
.
Pasangan anda sering beremosi dan setiap perkara menjadi satu kontroversi yang mengundang kepada pergaduhan.
.
Ini perkara yang biasa terjadi apabila sudah tawar hati.
.
Sememangnya pasangan akan memerhatikan setiap gerak-geri anda untuk mencari kesalahan.
.
.
#3 Suka Memberi alasan
.
.
.
.
Pasangan yang kerap memberi alasan dan alasan itu tidak relevan dengan pertanyaan.
.
Alasan yang diberikan selalunya mempunyai motif.
.
Anda perlu sesuaikan alasan tersebut dengan situasi yang dilalui kerana anda pasti dapat menangkap maksud tersirat yang ingin disampaikan.
.
.
#4 Suka Memadam Mesej Dan Berahsia
.
.
.
.
Privacy adalah perlu bagi semua pasangan tetapi pasangan yang benar-benar serius tidak mementingkan privacy kerana hidup berahsia dengan pasangan akan memburukkan lagi keadaan.
.
Jika sesuatu mesej atau panggilan yang melibatkan pihak ketiga yang mampu menggugat perhubungan, berterus teranglah dengan pasangan.
.
Jangan biarkan ia menjadi persoalan dan tidak menimbulkan salah faham antara pasangan.
.
Kejujuran itu amatlah penting untuk membina hubungan yang harmoni.
.
.
#5 Menyampah Dengan Perangai Anda
.
.
.
.
Memang ada wanita yang jenis terlebih mengada-ngada dengan pasangan.
.
Dulu pasangan tidak kisah pun kalau anda ingin mengada-ngada dengannya tetapi sejak kebelakangan ini, pasangan seperti menyampah dengan perangai anda.
.
Paling berbahaya sekali jika pasangan anda sendiri mengeluarkan kata-kata seperti anda “you ni annoying”.
.
Berhati-hati dengan perkataan yang dilemparkan.
.
.
Cara Pujuk Lelaki Tawar Hati
.
.
.
.
Tanda lelaki tawar hati ini tidak susah untuk anda kenal pasti.
.
Nampak sahaja pasangan tidak seperti biasa, itu mungkin tanda-tandanya.
.
Orang perempuan perlu tahu cara untuk menarik perhatian pasangan semula.
.
Buang keegoan itu sekali-sekala.
.
Nak tak kalau kami kongsikan sedikit tips cara pujuk lelaki yang tawar hati? Jom teruskan membaca.
.
.
#1 Bertanya Dengan Baik Dan Berhemah
.
.
.
.
Sekiranya anda melihat tanda-tanda pasangan anda sudah tawar hati, anda perlu mencari jalan untuk memulihkan keadaan.
.
Jika dibiarkan keadaan akan menjadi lebih keruh lagi.
.
Sememangnya perubahan perlu diperbaiki untuk mengekalkan hubungan yang harmoni.
.
Berbincang dengan pasangan secara baik dan berhemah tanpa menyentuh isu yang terlalu sensitif terhadap pasangan.
.
.
#2 Berdiam Diri
.
.
.
.
Jika keadaan masih berlarutan, diamkan diri buat sementara waktu untuk memberi ruang kepada pasangan.
.
Jangan terlalu memaksa kerana lelaki perlukan masa untuk berfikir sejenak.
.
Biarkan pasangan anda cooldown sedikit.
.
Supaya pasangan dapat bertenang dan dapat berfikir secara rasional.
.
.
#3 Minta Pendapat Dari Pakar Atau Orang Yang Dipercayai
.
.
.
.
Jika anda sudah berada pada tahap kemurungan dan kehilangan mood, anda perlu merujuk kepada pakar perhubungan atau orang yang dipercayai.
.
Pemilihan orang yang dipercayai bergantung kepada anda sendiri kerana tidak semua mampu memberikan jalan penyelesaian yang terbaik.
.
Jika anda tersalah pilih, kemungkinan anda akan mendapat nasihat yang negatif dan lebih kepada memburukkan keadaan.
.
.
#4 Berikan Peluang
.
.
.
.
Sekiranya anda inginkan hubungan kembali pulih seperti sediakala, anda seharusnya memberikannya peluang melakukan perubahan.
.
Buka semula hati anda dan mulakan semula perhubungan ini dari kosong.
.
Berkemungkinan dengan peluang yang diberikan itu akan mengeratkan lagi hubungan anda dengan pasangan anda.
.
.
#5 Tinggalkan Pasangan
.
.
.
.
Ini adalah jalan terakhir, sekiranya hubungan anda tidak dapat diselamatkan.
.
Tinggalkan pasangan anda sementara atau duduk berjauhan sementara.
.
Bukan hanya asingkan tempat tidur tetapi asingkan kediaman sementara secara berseorangan.
.
Dari situ anda dan pasangan akan merasai kehilangan dan kesunyian yang teramat sangat.
.
Jangan anda pulang ke kediaman orang tua atau ke kediaman rakan-rakan kerana kehadiran orang lain akan menyukarkan lagi proses ini.
.
Itu sahaja perkongsian kami berkenaan cara pujuk lelaki merajuk.
.
Artikel ini hanyalah rujukan untuk anda mendapat idea demi menjaga perhubungan anda bersama pasangan.
.
Semoga Bermanfaat.