Apa itu jaundis? Maksud jaundis atau jaundis neonatal merupakan masalah yang sering berlaku pada bayi yang baru lahir.

.

Definisi jaundis untuk masyarakat Malaysia kebiasaannya adalah demam kuning atau sakit kuning.

.

Walau bagaimanapun, demam kuning sering menyerang bayi yang baru lahir tanpa sebarang simptom demam.

.

Penyakit jaundis ini biasanya dialami oleh 80 peratus bayi yang lahir pramatang dan 60 peratus bayi yang lahir matang.

.

Jom kita fahami dengan lebih mendalam lagi apa sebenarnya jaundis ini.

.

.

Komplikasi Jaundis Masalah Kuning Bayi

.

.

.

.

Kuning bayi adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit bayi disebabkan oleh peningkatan kadar bilirubin dalam darah.

.

Bilirubin merupakan sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah.

.

Ia kemudian akan diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan melalui saluran najis.

.

Kadar bacaan jaundis normal adalah kurang daripada 5 mg/dL.

.

Jaundis bayi baru lahir akan berlaku dalam masa sebulan selepas dilahirkan.

.

.

Kesan Jaundis Pada Bayi

.

.

.

.

Peningkatan paras bilirubin dalam darah boleh meninggalkan kesan yang serius kepada bayi jika tidak dirawat.

.

Bayi berkemungkinan akan mengalami kerosakan kekal pada sel otak.

.

Ia juga akan mengakibatkan kerencatan pada perkembangan bayi.

.

Bayi akan menjadi tidak normal dan berkemungkinan untuk mengalami masalah pendengaran.

.

Perkara yang paling menakutkan adalah jaundis berpanjangan akan menyebabkan bayi kekejangan otot sehingga boleh membawa maut jika dibiarkan.

.

Baca Juga : Nama Anak Lelaki – 1800 Himpunan Nama Indah dan Moden

.

.

Jenis-Jenis Jaundis Pada Bayi

.

.

#1 Physiological Jaundice

.

.

.

.

Demam kuning untuk jenis ini akan terjadi dikalangan bayi berusia 2 hingga 14 hari dan secara beransur-ansur akan mencapai kemuncak sekitar satu minggu.

.

Ia merupakan perkara yang biasa terjadi untuk bayi di Malaysia.

.

Kebanyakan bayi yang demam kuning tidak akan memerlukan rawatan.

.

Lebih daripada separuh bayi yang dilahirkan akan menghadapi penyakit jaundis pada minggu pertama dan kedua kelahiran.

.

Tetapi tidak semua bayi perlu mendapatkan rawatan jika bacaan adalah normal.

.

.

#2 Pathologic Jaundice

.

.

jaundis

.

.

Demam kuning jenis ini biasanya akan dikesan dalam masa 24 jam selepas kelahiran bayi.

.

Bayi akan dirawat menggunakan kaedah fototerapi iaitu meletakkan bayi di bawah cahaya biru.

.

Ia berfungsi untuk menukarkan bilirubin berwarna kuning ke dalam keadaan yang lebih mudah larut.

.

Rawatan ini sekaligus akan memudahkannya untuk dikeluarkan melalui air kencing atau najis bayi.

Jaundis patologi ini juga boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang dikenali sebagai jaundis dewasa.

.

.

Warna Najis Bayi Jaundis

.

.

.

.

Warna najis bayi jaundis biasanya berwarna kuning atau hijau.

.

Ini disebabkan oleh campuran susu badan ibu dengan garam hempedu yang berwarna kuning kehijauan.

.

Najis bayi juga boleh berwarna pucat atau kelabu.

.

Tetapi, najis berwarna pucat atau kelabu adalah perkara yang tidak baik dan perlu dirawat oleh pakar.

.

Ini kerana bayi anda berkemungkinan mempunyai masalah hempedu tersumbat atau biliari atresia.

.

.

Faktor Berlakunya Demam Kuning

.

.

#1 Susu Badan Ibu

.

.

jaundis

.

.

Susu badan merupakan sumber nutrisi utama bayi selepas dilahirkan.

.

Terdapat beberapa kompaun di dalam susu badan boleh menyebabkan seseorang bayi lebih mudah mengalami kekuningan.

.

Akan tetapi, demam kuning ini tidak akan terlampau tinggi dan akan baik dengan sendirinya.

.

Sebaliknya, ibu menyusu perlu memastikan teknik penyusuan yang digunakan adalah betul.

.

Hal ini disebabkan kekurangan lemak dan tenaga yang disalurkan kepada bayi melalui penyusuan akan menyebabkan demam kuning semakin bertambah teruk.

.

Baca Juga : Cara Banyakkan Susu Badan – Tips, Petua Dan Cara

.

.

#2 Jenis Darah Yang Berlainan

.

.

.

.

Jenis darah yang berlainan antara ibu dan bayi juga adalah punca berlakunya jaundis.

.

Antibodi ibu akan menyerang sel darah merah bayi dan menyebabkan sel darah bayi akan pecah.

.

Oleh sebab itu, bayi kepada ibu yang berdarah O dan rhesus negative mudah mendapat penyakit jaundis.

.

Jenis darah bayi biasanya akan mengikut darah ayah.

.

Jika anda mempunyai darah yang berlainan dengan pasangan, pastikan anda bersiap sedia dengan kebarangkalian yang akan berlaku.

.

.

#3 Bayi Lahir Pramatang

.

.

jaundis

.

.

Bayi yang lahir pramatang sangat terdedah kepada penyakit jaundis.

.

Ini disebabkan hati bayi belum cukup matang untuk mengurai setiap kompaun bilirubin.

.

Bayi biasanya akan mengalami demam kuning sekitar hari ke-2 hingga hari ke-4 selepas dilahirkan.

.

Untuk mengelakkan bayi lahir pramatang, anda disarankan untuk menjaga berat badan supaya tidak terlebih atau terkurang.

.

Anda juga dilarang sama sekali untuk mengambil bahan-bahan terlarang seperti darah, alkohol dan merokok.

.

.

#4 Penyusuan Yang Kurang

.

.

jaundis

.

.

Penyusuan yang kurang akan meningkatkan lagi bacaan demam kuning.

.

Ia akan melambatkan sistem pencernaan bayi apabila bilirubin dalam perut diserap kembali ke dalam aliran darah.

.

Para ibu perlu peka terhadap kulit bayi jika ibu menyusu mengalami masalah latching pada puting, susu lambat keluar dan susu kurang.

.

Anda disarankan berjumpa pakar kesihatan supaya perkara ini dapat diatasi dengan cepat.

.

Anda juga boleh mengamalkan gaya hidup sihat untuk menambah kuantiti susu badan anda.

.

.

#5 Kekurangan Enzim G6PD

.

.

jaundis

.

.

G6PD atau Glucose 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency merupakan sejenis enzim genetik yang terdapat di dalam sel darah merah manusia.

.

Ia juga merupakan penyakit genetik Chromosome X yang menyebabkan membran sel-sel darah tidak stabil dan mudah pecah.

.

Tiada rawatan untuk penyakit ini dan ia akan kekal seumur hidup.

.

Bayi lelaki biasanya akan mengalami masalah ini.

.

Kekurangan enzim G6PD ini akan menyebabkan bayi mengalami masalah anemia dan sangat terdedah kepada penyakit demam kuning.

.

.

.

.

#6 Masalah Hormon (Thyroid)

.

.

.

.

Hormon tiroid memainkan peranan yang amat penting bayi bayi.

.

Ini disebabkan ia sangat diperlukan untuk tumbesaran fizikal bayi dan perkembangan bayi.

.

Kekurangan hormon tiroid akan menjejaskan fungsi otak bayi.

.

Urat saraf bayi akan berkembang dengan pesat sejak dilahirkan sehinggalah umur mencapai 12 tahun.

.

Masalah hormon tiroid juga antara faktor berlakunya demam kuning untuk orang dewasa.

.

Baca Juga : Makanan Bayi 6 Bulan – Menu Dan Cara Penyediaan

.

.

Rawatan Jaundis Untuk Bayi

.

.

#1 Fototerapi

.

.

jaundis

.

.

Bayi yang menghadapi masalah demam kuning biasanya akan dijadualkan temu janji di klinik kesihatan berdekatan.

.

Ini adalah untuk memastikan bacaan kuning bayi berada dalam paras yang tidak berbahaya.

.

Jika bayi anda melepasi bacaan berbahaya, bayi tersebut akan diminta untuk dimasukkan ke dalam hospital untuk menerima rawatan fototerapi.

.

Rawatan fototerapi ialah meletakkan bayi di bawah cahaya biru yang berfungsi untuk menukarkan bilirubin berwarna kuning ke dalam keadaan yang mudah larut.

.

Rawatan fototerapi juga akan membantu bayi memudahkan pengeluaran bilirubin melalui air kencing dan najis.

.

.

#2 Rawatan glukosa

.

.

jaundis

.

.

Rawatan bayi jaundis kedua adalah rawatan glukosa.

.

Untuk beberapa sebab seperti darah bayi mempunyai kepekatan glukosa rendah, bayi tidak cukup susu badan dan kecederaan kelahiran, bayi perlu mendapatkan rawatan ini.

.

Bayi akan diberikan ubat jaundis yang berupa glukosa dalam bentuk penyelesaian 5%.

.

Akan tetapi, sangat jarang bayi yang terpaksa melalui rawatan ini.

.

Anda tidak perlu terlalu risau kerana rawatan ini tidak berbahaya dan tidak mempunyai kesan negatif pada bayi.

.

.

Petua Jaundis Yang Dilarang

.

.

#1 Menjemur Bayi Dibawah Cahaya Matahari

.

.

jaundis

.

.

Anda pasti sudah biasa mendengar ayat ini apabila ada bayi yang demam kuning.

.

Untuk pengetahuan semua, petua ini sangatlah tidak betul dan dilarang sama sekali untuk melakukannya.

.

Sinaran matahari secara tidak langsung seperti menerusi cermin dan tingkap tidak akan mengurangkan demam kuning.

.

Sinaran matahari secara langsung melebihi jam 9 pagi pula akan mengakibatkan bayi dehidrasi.

.

Kekurangan air dalam badan bayi boleh mengakibatkan demam kuning semakin meningkat dan bayi juga akan berisiko menghidapi masalah kulit.

.

.

#2 Memberi Minum Selain Daripada Susu

.

.

jaundis

.

.

Memberi minum bayi berusia kurang dari 6 bulan selain susu badan seperti susu lembu atau kambing, air kosong dan sebagainya adalah sangat berisiko.

.

Menurut pakar kanak-kanak, jumlah air yang terdapat pada susu badan sudah mencukupi untuk kesihatan bayi.

.

Ginjal bayi yang baru lahir masih tidak mampu menangani terlalu banyak cecair dan ia mampu menyebabkan masalah buah pinggang bayi.

.

Selain itu, susu kambing pula mengandungi protein yang tinggi.

.

Ia mungkin baik untuk orang dewasa tetapi tidak kepada bayi kerana ia akan menyebabkan darah bayi berasid dan demam kuning akan semakin teruk.

.

.

#3 Ubat Dan Herba Kampung

.

.

.

.

Tiada lagi kajian yang menunjukkan sebarang ubat dan herba kampung mampu menurunkan bcaan kuning pada bayi.

.

Jika anda menjumpai sebarang produk yang menjual bahan-bahan tersebut, anda disarankan untuk menyemak kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dahulu.

.

Jangan sesekali menggunakan sebarang produk yang tiada kelulusan kepada bayi kerana antibodi bayi masih lemah dan masalah yang lebih teruk mungkin terjadi.

.

Itu sahaja perkongsian kami berkenaan jaundis pada artikel kali ini.

.

Semoga perkongsian kami dapat membuka mata dan minda anda supaya bayi anda lebih sihat.

.