Bunting pelamin tu hamil betul-betul lepas bersanding ke?
.
Ya, memang benar bunting pelamin ini adalah hamil sewaktu atau sejurus sahaja anda selesai bernikah dan kandungan melebihi usia pernikahan.
.
Inilah masalah apabila masyarakat sekeliling tidak memahami apa itu bunting pelamin yang sebenar dan apa sebenarnya yang terjadi.
.
Contoh, ada satu pasangan bernikah pada 4 disember 2021.
.
4 minggu kemudian iaitu 1 januari 2022 pengantin perempuan disahkan mengandung.
.
Dan yang paling mengejutkan adalah anggaran usia kandungannya telah 6 minggu!
.
Nak tahu sebab? Jom kami kongsikan kepada anda berkenaan maksud bunting pelamin dan perkara yang anda perlu tahu berkenaan bunting pelamin.
.
.
Apa Itu Bunting Pelamin?
.
.
.
.
Bunting pelamin ini sering disalah erti seolah-olah menggambarkan pengantin perempuan hamil ketika atau sebelum bernikah.
.
Bagi individu yang bunting pelamin anda tidak perlu risau atau pelik dengan perkara ini.
.
Apa yang anda perlukan hanyalah ilmu pengetahuan yang cukup berkenaan bunting pelamin ini.
.
Sebagai masyarakat yang berwibawa dan berilmu, adalah penting untuk anda faham terlebih dahulu konsep pengiraan usia janin dalam kandungan.
.
Menyebarkan sebarang fitnah secara sesuka hati tanpa usul periksa dan bukti adalah satu kejian.
.
.
Pengiraan Usia Janin Dalam Kandungan
.
.
.
.
Bagi individu yang bunting pelamin, anda akan mendapati usia janin anda akan awal 1-2 minggu sebelum tarikh pernikahan.
.
Ia mungkin boleh mengundang pandangan serong orang ramai.
.
Akan tetapi, anda perlu tahu bahawa ia adalah perkara normal sebenarnya.
.
Jika anda merujuk buku antenatal, anda diminta untuk menulis tarikh last menstrual period (LMP) dan doktor juga akan bertanya bila hari pertama haid anda berakhir.
.
Last menstrual period (LMP) adalah hari pertama haid bermula.
.
.
.
.
Kebiasaan di klinik kesihatan ibu bersalin akan menggunakan satu alat pengiraan untuk membuat pengiraan tarikh LMP, usia kehamilan dan tarikh bersalin.
.
Tarikh obstetrik setiap wanita adalah berbeza dengan usia embrio.
.
Tarikh obstetrik selalunya sekitar 2 minggu lebih lama daripada tarikh sebenar embrio.
.
Ini disebabkan oleh usia janin dalam kandungan bukan dikira dari masa tarikh bersama pasangan tetapi dikira dari hari pertama datangnya period yang terakhir.
.
Hal ini juga kerana selepas habis tempoh haid, ovari akan menghasilkan ovum pada waktu yang paling subur dan ia akan meningkatkan lagi persenyawaan berlaku.
.
.
Contoh Pengiraan Usia Kandungan Yang Betul
.
.
.
.
Tarikh hari pertama haid (LMP): 20 November 2021
.
Tarikh pernikahan: 4 Disember 2021
.
Tarikh berjumpa doktor: 1 Januari 2022
.
Kiraan usia kehamilan: 20 november 2021 hingga 1 Januari 2022
.
Sebab itulah usia kehamilan anda akan lebih lama berbanding tempoh perkahwinan.
.
Baca Juga : Cara Pecah Dara Malam Pertama – Tips Suami Isteri Agar Tidak Sakit
.
.
Simptom Dan Tanda Bunting Pelamin
.
.
.
.
Bagi pasangan yang sudah berkahwin, memiliki zuriat pasti menjadi antara salah satu impian terbesar.
.
Ada yang ingin dapat zuriat secepat yang mungkin, ada yang merancang sehingga setahun atau dua tahun.
.
Anda tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi walaupun sudah terlepas period sehari dua.
.
Ada juga yang masih segan untuk pergi membeli alat uji kehamilan.
.
Untuk membantu anda, kami akan menyenaraikan beberapa tanda dan simptom bunting pelamin walaupun baru 3 hari berkahwin.
.
.
1. Kekejangan Di Bahagian Perut
.
.
.
.
Kekejangan di bahagian perut dan rahim akan terasa seperti mengembung seakan-akan tanda awal period.
.
Ia adalah disebabkan oleh perubahan hormon progesteron dan pelekatan telur pada dinding uterus.
.
Hormon itu juga akan mengakibatkan pergerakan otot lebih perlahan dan boleh memberi kesan kepada bahagian pencernaan.
.
Pencernaan yang dilambatkan adalah untuk memastikan nutrisi dalam makanan mempunyai masa yang lebih sebelum sampai kepada kandungan.
.
Hal ini juga berkemungkinan boleh menjadi tanda mengandung atau sembelit dan heartburn.
.
.
2. Buang Air Kecil Dengan Kerap
.
.
.
.
Hormon hCG (Human Chorionic Gonadotropin) dirembeskan oleh kantung bayi atau placenta selepas pelekatan fetus di rahim.
.
Hormon ini akan kerap merangsang keinginan untuk buang air kecil dengan kerap walaupun embrio masih kecil.
.
Tubuh badan anda akan menambah kandungan cecair dalam badan dan darah untuk persediaan membesarkan bayi dalam kandungan.
.
Ini sekaligus akan memaksa buah pinggang bekerja lebih dan menyebabkan tanda bunting pelamin kedua adalah buang air kecil dengan kerap.
.
.
3. Mudah Dijangkiti Penyakit
.
.
.
.
Kadar progesteron yang tinggi akan bekerja untuk menahan imunisasi DNA baru dalam tubuh yang dimiliki oleh fetus.
.
Peluang keemasan ini digunapakai oleh virus dan bakteria untuk menyerang tubuh badan wanita yang baru hamil.
.
Wanita baru hamil akan mudah diserang penyakit seperti batuk dan selsema.
.
Pengambilan ubat-ubatan tidak digalakkan kerana bimbang akan memudaratkan kandungan.
.
Selain itu, muka, gusi dan mata bengkak juga antara tanda awal bunting pelamin.
.
.
4. Perubahan Pada Selera Makan
.
.
.
.
Seterusnya, merasa mual seawal dua minggu persenyawaan adalah tanda awal bunting pelamin.
.
Anda akan merasa pening, mudah letih dan loya tekak sehingga boleh menyebabkan muntah.
.
Tubuh badan akan mula bekerja keras demi membesarkan fetus dalam tubuh dan menyuburkannya dengan nutrisi secukupnya.
.
Situasi ini juga akan menyebabkan wanita akan mula mengidam makanan yang pelik-pelik.
.
Anda perlu mengawal keinginan pada makanan yang tidak berkhasiat kerana ia boleh memudaratkan kandungan anda.
.
.
5. Emosi Tidak Menentu
.
.
.
.
Simptom seterusnya adalah emosi tidak menentu.
.
Anda akan merasa sensitif, cepat sedih dan marah tidak menentu tanpa sebab.
.
Peningkatan hormon secara drastik adalah punca utama berlakunya masalah ini.
.
Orang sekeliling perlu memahami kerana ia adalah perkara yang sukar dielakkan.
.
Perkara yang lebih buruk boleh terjadi jika tidak dikawal iaitu wanita akan mudah membuat keputusan yang terburu-buru tanpa berfikir panjang.
.
.
.
.
6. Payudara Berubah
.
.
.
.
Simptom awal yang paling ketara adalah perubahan pada payudara anda.
.
Puting payudara akan kelihatan lebih timbul keluar dan kawasan areola atau kawasan gelap sekitar puting payudara akan lebih membesar.
.
Anda juga akan mendapati dada anda semakin membengkak, membesar dan lebih sensitif.
.
Ini disebabkan oleh pengaktifan kelenjar dan persediaan yang dilakukan tubuh untuk menghasilkan susu badan.
.
Badan anda akan kurang selesa dan seakan-akan seperti hari pertama period.
.
.
7. Period Lambat
.
.
.
.
Period lambat merupakan tanda bunting pelamin yang paling mudah untuk diketahui.
.
Wanita yang tiada masalah dengan period tidak teratur akan lebih mudah menjangka perkara ini.
.
Mengalami sedikit pendarahan walaupun terlepas tarikh period mungkin disebabkan oleh pelekatan telur pada rahim setelah persenyawaan berlaku.
.
Jika anda terlepas tarikh minima tujuh hari dari jangkaan period, anda digalakkan untuk mengambil ujian kehamilan.
.
Berdasarkan pengalaman bunting pelamin banyak mengatakan bahawa ujian kehamilan ini adalah 99 peratus tepat.
.
Baca Juga : Tanda Awal Hamil – Elakkan Keguguran Akibat Terlepas Pandang
.
.
Tips Bunting Pelamin Untuk Pasangan Baru
.
.
#1 Melakukan Hubungan Intim Setiap Hari
.
.
.
.
Kesilapan yang sering pasangan baru berkahwin lakukan adalah gagal mengira waktu subur wanita.
.
Anda perlu mengira waktu subur sebelum menetapkan tarikh pernikahan anda.
.
Waktu subur wanita adalah pada hari ke 10-16 selepas hari pertama datang haid.
.
Kadar kehamilan adalah tinggi apabila sperma suami masuk dan mensenyawakan ovum pada hari subur wanita.
.
Pasangan digalakkan untuk berhubungan intim setiap hari pada waktu subur.
.
.
#2 Bunting Pelamin – Pentingkan Foreplay
.
.
.
.
Ketahuilah bahawa kehamilan memerlukan banyak hormon dan bahan-bahan kimia tubuh yang penting untuk menambahkan kesuburan pasangan.
.
Emosi yang sedih dan duka tidak mampu mengeluarkan hormon kesuburan dan telur yang baik untuk mendapatkan zuriat.
.
Naikkan perasaan dan nafsu pasangan perlahan-lahan supaya anda berjaya menghasilkan kepuasan yang maksima bersama.
.
Foreplay yang berjaya akan menghasilkan bendalir yang secukupnya pada faraj untuk melancarkan penetration zakar.
.
Gunalah kreativiti dan ilmu berhubungan intim untuk memuaskan pasangan.
.
Baca Juga : KESUBURAN WANITA – 10 Cara Untuk Pelihara Kesuburan
.
.
#3 Makan Makanan Yang Sihat
.
.
.
.
Kesihatan tubuh badan amat penting untuk meningkatkan kesuburan.
.
Amalan pemakanan yang sihat akan menghasilkan hormon dan benih yang sihat.
.
Pilih makanan yang segar dan sihat seperti beras perang, telur segar, susu penuh krim, brokoli dan ikan salmon.
.
Makanan-makanan ini adalah antara makanan yang kaya dengan protein dan asid lemak omega-3.
.
Cara bunting pelamin ini sangat penting dan perlu diamalkan 1 bulan sebelum anda merancang untuk bernikah.
.
.
#4 Bunting Pelamin – Rehat Yang Secukupnya
.
.
.
.
Banyak pasangan tidak berjaya mendapatkan zuriat disebabkan keletihan yang dialami oleh tubuh badan.
.
Untuk lelaki, keletihan akan mengakibatkan pancutan sperma yang tidak kuat dan tidak mampu mensenyawakan telur wanita.
.
Untuk wanita pula, keletihan akan mengakibatkan hormon dan bendalir badan yang kurang dihasilkan sehingga mengurangkan kesuburan pada dinding rahim.
.
Anda dinasihatkan untuk memastikan tubuh badan anda dan pasangan mendapat rehat yang secukupnya sebelum melakukan hubungan intim.
.
Anda boleh mengambil cuti rehat dan melancong untuk mendapatkan suasana yang tenang, selesa dan segar supaya proses mendapatkan zuriat berjalan dengan lancar.
.
.
#5 Melakukan Ujian Kesuburan
.
.
.
.
Apabila bercakap mengenai masalah kesuburan atau mandul, banyak pasangan tidak menghiraukannya.
.
Ahli psikologi percaya bahawa dengan mengetahui lebih awal tentang masalah ini akan dapat membantu pasangan untuk bersedia dari segi mental tentang sebarang kebarangkalian yang mungkin berlaku.
.
Pemeriksaan kesihatan ini juga dapat menyediakan pasangan untuk mengesan penyakit yang berkaitan dengan masalah kesuburan.
.
Anda disarankan untuk mengambil ujian kesuburan 6 bulan sebelum berkahwin bagi memastikan rancangan untuk bunting pelamin berjalan dengan lancar.
.
Jika tidak pasti usaha anda akan menjadi sia-sia dan akan berlaku perbalahan antara pasangan anda.
.
.
#6 Bunting Pelamin – Mengawal Berat Badan
.
.
.
.
Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan lemak yang tersumbat pada saluran peranakan.
.
Saluran peranakan ini bukan sahaja pada wanita tetapi pada lelaki juga.
.
Saluran peranakan lelaki akan menjadi sempit dan menghalang penghasilan sperma sihat dan kelancaran pancutan sperma ke dalam faraj wanita.
.
Saluran peranakan wanita juga akan menjadi sempit dan akan menghalang telur bergerak ke kawasan dalam rahim untuk persenyawaan.
.
Pilihlah diet yang seimbang, senaman yang membakar kalori serta mengawal berat badan anda sebelum berkahwin.
.
.
#7 Solat Hajat, Solat Dhuha Dan Berdoalah
.
.
.
.
Akhir sekali, jangan lupa untuk bergantung semuanya kepada kekuasaan Allah.
.
Mendapat zuriat adalah rezeki, namun tidak ramai orang perasan bahawa tidak mendapat zuriat juga sebuah bentuk rezeki.
.
Amalkan solat hajat, solat dhuha dan berdoalah kepada Allah semasa sepertiga malam.
.
InshaAllah akan dikabulkan segala permintaan atas kehendakNya.
.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian kami berkenaan bunting pelamin.
.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang untuk bunting pelamin.
.
Sekian terima kasih.