Apa yang anda nak buat kalau anda mempunyai kanser rahim?
.
Pernah terfikir tak akan hal ini?
.
Ramai wanita tanpa mereka sedar telah menghidapi kanser dan antara kanser yang paling biasa dihidapi adalah:
- Kanser rahim
- Kanser payudara
- Kanser kulit
.
Baca Juga : KANSER PAYUDARA – 7 LANGKAH PEMERIKSAAN AWAL SENDIRI
.
.
Ramai juga yang tanpa sedar telah menghidap kanser tersebut pada tahap 2 dan keatas.
.
Kesannya, ada yang sudah terlambat untuk mendapatkan rawatan.
.
Jadi, dalam sharing kali ini kami akan kongsikan dengan anda berkenaan kanser rahim.
.
Kami nak berikan anda input yang secukupnya supaya anda dapat menjaga diri anda dan insan tersayang yang berisiko daripada menghidap kanser ini.
.
Jom baca!
.
.
.
.
Apa Itu Kanser Rahim?
.
.
Ia merupakan sejenis kanser yang berlaku pada sel yang berada didalam serviks.
.
Anda boleh lihat gambar kanser rahim diatas.
.
Serviks merupakan bahagian terendah dalam uterus yang berhubung dengan faraj.
.
Antara faktor penyumbang kepada kanser rahim adalah:
- Human papillomavirus (HPV)
- Sexually transmitted infection (STI)
.
.
Apabila terdedah kepada HPV, sistem imunisasi badan anda biasanya akan menghalang virus tersebut daripada membahayakan tubuh anda.
.
Namun, dalam sesetengah kes terdapat juga keadaan dimana virus tersebut bertahan untuk beberapa tahun didalam badan.
.
Ia kemudiannya menyumbang kepada proses yang mengakibatkan sel servikal bertukar menjadi sel kanser.
.
Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser ini dengan:
- Menjalani screening test
- Mengambil vaksin untuk melindungi diri dari jangkitan HPV
.
.
Simptom Kanser Rahim
.
.
Kanser pangkal rahim simptom pada tahap awal biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda tanda awal kanser rahim atau simptom.
.
Hanya pada tahap yang lebih tinggi sahaja barulah simptom kanser rahim dan tanda kanser rahim akan mula kelihatan seperti:
- Pendarahan faraj ketika bersetubuh, diantara haid atau selepas menopause
- Bahan buangan faraj yang berair atau berdarah yang teruk dan berbau
- Sakit pada pelvik atau ketika bersetubuh
.
.
Punca Berlakunya Kanser Pangkal Rahim
.
.
Punca kanser ini bermula apabila sel sihat didalam serviks mula mengalami perubahan atau mutasi didalam DNA.
.
DNA sebuah sel mengandungi arahan apa yang perlu dilakukan oleh sel tersebut.
.
Sel yang sihat akan membesar dan bertambah pada kadar yang konsisten dengan jumlah sel yang mati.
.
Jadi, sel sihat akan menggantikan sel mati dalam jumlah yang sama.
.
Mutasi sel akan membuatkan sel menerima arahan untuk membesar dan bertambah diluar kawalan.
.
Ia juga tidak akan mati.
.
Pengumpulan sel abnormal pada tahap yang diluar kawalan ini akan menghasilkan tumor.
.
.
Sel kanser akan menyerang tisu terdekat dan akan keluar daripada tumor untuk merebak ke kawasan lain pada badan anda.
.
Proses ini dinamakan metastasize.
.
Punca utama berlakunya kanser ini juga tidak terlalu jelas.
.
Namun, pakar perubatan kebanyakannya bersetuju bahawa HPV memainkan peranan yang agak besar.
.
HPV merupakan perkara yang agak biasa ditemukan dalam badan manusia.
.
Namun, bukan semua manusia yang mempunyai HPV akan berpotensi untuk mendapat kanser.
.
.
Hal ini membawa maksud bahawa faktor lain juga memainkan peranan yang agak besar seperti:
- Persekitaran
- Gaya hidup
.
Kedua-dua faktor ini juga mampu untuk meningkatkan risiko untuk anda mendapat kanser.
.
Baca Juga : KESUBURAN WANITA – 10 CARA UNTUK PELIHARA KESUBURAN
.
.
Jenis Kanser Rahim
.
.
Adalah penting untuk anda mengenalpasti jenis kanser yang anda alami untuk memudahkan anda menentukan prognosis dan juga rawatan.
.
Antara jenis kanser servikal yang utama adalah:
.
.
a. Squamos Cell Carcinoma
.
.
Kanser jenis ini biasanya akan bermula dengan squamos cell yang nipis dan rata yang berada pada bahagian luar serviks anda.
.
Ia akan perlahan-lahan memasuki faraj anda.
.
Kebanyakan kanser rahim adalah dari jenis squamos cell carcinomas.
.
.
b. Adenocarcinoma
.
.
Kanser jenis ini pula bermula dalam column-shaped glandular cell yang berada pada cervical canal anda.
.
.
Ada juga keadaan dimana kedua-dua jenis sel ini terlibat dan mengakibatkan kanser rahim.
.
Kes yang jarang berlaku pula adalah kanser berlaku pada sel lain yang berada didalam serviks.
.
.
Faktor Risiko kanser rahim
.
.
Antara faktor risiko bagi kanser ini termasuklah:
.
.
a. Mempunyai pasangan seks yang ramai
.
.
Lebih ramai jumlah pasangan seks anda dan tinggi juga jumlah pasangan seks mereka, lebih tinggi risiko anda untuk mendapat HPV.
.
.
b. Aktiviti seksual pada awal usia
.
.
Bagi mereka yang melakukan aktiviti seksual pada usia yang sangat muda, risiko untuk mendapat HPV juga akan meningkat berkali ganda.
.
.
c. Sexually Transmitted Infections (STIs)
.
.
Risiko bagi mereka yang mempunyai STIs seperti dibawah juga adalah sangat tinggi:
- Chlamydia
- Gonorrhea
- Syphilis
- HIV/AIDS
.
.
d. Sistem imunisasi badan yang lemah
.
.
Anda berkemungkinan besar untuk mendapat kanser servis jika anda mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah.
.
Ada beberapa faktor yang boleh membawa kepada masalah ini.
.
Antaranya ialah:
- Masalah kesihatan
- Mempunyai HPV
.
.
e. Merokok
.
.
Tadi kita ada cakap berkenaan squamos cell kan?
.
Risiko untuk anda mendapat kanser jenis ini juga akan menjadi semakin tinggi jika anda menghisap rokok.
.
Untuk perokok pasif belum ada bukti kajian yang jelas lagi.
.
Apapun, cubalah untuk elakkan sebaik mungkin daripada merokok atau kerap menghidu asap rokok.
.
.
.
.
Cara Pencegahan
.
.
Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan dari sekarang untuk mencegah diri anda daripada menghidap kanser ini.
.
Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah seperti berikut.
.
.
a. Tanya doktor anda berkenaan vaksin HPV
.
.
Menerima suntikan vaksin untuk menghalang jangkitan HPV adalah sangat penting.
.
Ia mampu untuk mengurangkan risiko anda untuk mendapat kanser ini.
.
Selain itu, ia juga mampu untuk mengelakkan anda daripada mendapat kanser lain yang berkaitan dengan HPV.
.
Tanya pendapat dan minta nasihat daripada doktor anda bila masa yang sesuai untuk anda dapatkan suntikan vaksin HPV.
.
Baca Juga : KRIM PAYUDARA : Betul-Betul Selamat & Berkesan Ke?
.
.
b. Dapatkan ujian Pap secara berkala
.
.
Ujian Pap atau Pap test merupakan salah satu cara terbaik untuk anda mengesan keadaan pra-kanser terhadap serviks anda.
.
Dengan melakukan cara ini, anda boleh memantau atau merawat jika anda berpotensi untuk mendapat kanser rahim.
.
Kebanyakan organisasi kesihatan mencadangkan anda untuk mulakan ujian Pap ini bermula dari usia 21 tahun.
.
Anda kemudiannya perlu untuk mengulangi ujian ini secara berkala selang beberapa tahun.
.
.
c. Amalkan seks selamat
.
.
Kurangkan risiko untuk mendapat kanser rahim dengan cara mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan STIs.
.
Antara cara paling mudah dan selamat untuk anda gunakan adalah dengan menggunakan kondom setiap kali anda melakukan hubungan seksual.
.
Cara lain adalah dengan mengelakkan diri anda daripada melakukan seks rambang.
.
.
d. Jangan merokok
.
.
Tak pelik untuk masa kini jika anda melihat wanita juga merokok.
.
Jika anda belum merokok, jangan sesekali anda mulakannya.
.
Jika anda dah merokok, berbincanglah dengan doktor anda berkenaan cara terbaik untuk anda berhenti daripada merokok.
.
.
Penawar Kanser Rahim
.
.
Rawatan untuk kanser rahim melibatkan beberapa faktor seperti:
- Tahap kanser
- Masalah kesihatan
- Kehendak dan kesesuaian dengan anda
.
.
Antara jenis rawatan yang biasanya dilakukan adalah pembedahan, radiasi, kemoterapi atau gabungan ketiga-tiganya.
.
.
a. Pembedahan
.
.
Pada tahap awal kanser rahim, ia lebih mudah untuk dirawat dengan pembedahan.
.
Pembedahan macam mana yang sesuai adalah bergantung pada:
- Tahap kanser
- Saiz kanser
- Keinginan anda untuk hamil atau tidak pada masa akan datang
.
.
b. Radiasi
.
.
Terapi radiasi biasanya akan menggunakan tenaga berkuasa tinggi seperti x-ray atau proton untuk menghapuskan sel kanser.
.
Rawatan ini biasanya digabungkan dengan kemoterapi sebagai rawatan utama.
.
Ia juga boleh digunakan sebagai rawatan susulan selepas pembedahan jika terdapat risiko untuk kanser tersebut kembali.
.
.
c. Kemoterapi
.
.
Ia merupakan satu kaedah rawatan ubatan yang menggunakan bahan kimia untuk membunuh sel kanser.
.
Ia boleh diberikan dalam bentuk pil atau diambil menerusi suntikan kedalam salur darah.
.
Ada masanya kedua-dua cara digunakan.
.
Ia lebih berkensan dan terbukti secara klinikal berbanding dengan ubat tradisional kanser rahim.
.
.
Tahap Kanser Rahim
.
.
Tahap 0
.
.
Kanser pangkal rahim tahap awal dimana sel abnormal berada dalam lapisan paling dalam serviks.
.
.
Tahap 1
.
.
Kanser pangkal rahim tahap 1 di mana carcinoma mula menyerang namun pergerakannya tersekat hanya di serviks sahaja.
.
.
Tahap 2
.
.
Kanser pangkal rahim tahap 2 pula melibatkan merebaknya kanser keluar daripada uterus namun tidak sampai ke bahagian dinding sisi pelvik.
.
Ia juga tidak akan sampai ke bahagian bawah faraj.
.
.
Tahap 3
.
.
Kanser akan mula merebak ke bahagian dinding sisi pelvik sewaktu kanser pangkal rahim tahap 3 atau bahagian bawah faraj.
.
.
Tahap 4
.
.
Pada tahap ini, kanser akan mula merebak ke kawasan lain pada badan anda.
.
.
Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan kanser rahim termasuklah tanda dan bahayanya untuk wanita yang anda perlu tahu.
.
Jika anda yang sedang membaca ini adalah suami, tahniah kerana anda merupakan seorang suami yang sangat peka terhadap kesihatan isteri anda.
.
Jika anda adalah isteri, kongsikan artikel ini dengan suami dan rakan-rakan anda supaya lebih ramai yang mendapat manfaat hasil perkongsian kali ini!