Apa itu cyst ovari atau ovari cyst?

.

Ovari cyst merupakan kantung atau poket yang dipenuhi dengan cecair didalam ovari atau pada permukaannya.

.

Setiap wanita mempunyai dua ovari dimana setiap satunya mempunyai saiz dan bentuk seperti almond pada kedua-dua bahagian rahim.

.

.

Ovari Cyst

.

.

Ovum atau telur yang berkembang dan matang di dalam ovari akan dilepaskan dalam kitaran haid bulanan.

.

Kebanyakan wanita akan mengalami keadaan ini dimana hanya segelintir sahaja yang akan merasa tidak selesa dan yang lain langsung tidak merasa apa-apa.

.

Ia juga tidak merbahaya namun sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh melakukan rawatan pelvik secara berkala.

.

Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan tiada simptom atau tanda yang kesihatan anda dalam bahaya.

.

Majoriti mereka yang menghidapi masalah ini akan sembuh dengan sendirinya dalam masa beberapa bulan.

.

Namun, jika cyst tersebut telah pecah, ia akan berikan simptom yang lebih serius.

.

.

.

.

Simptom Cyst Ovari

.

.

.

.

Ada juga yang akan mencari di Google berkenaan “Ovarian cyst symptoms” tapi kami ingin mudahkan kerja anda dengan berkongsinya disini.

.

Kebanyakan cyst biasanya tidak akan mempunyai simptom dan akan hilang dengan sendirinya.

.

Namun, ovarian cyst yang besar mampu mengakibatkan tanda cyst ovari seperti:

  • Kesakitan pelvik dimana anda akan rasa sakit yang tajam pada bahagian bawah abdomen di kawasan sisi cyst
  • Rasa penuh atau berat pada bahagian abdomen anda
  • Rasa kembung perut

.

.

Simptom macam mana yang perlukan anda untuk berjumpa dengan doktor?

.

Anda perlu dapatkan rawatan segera jika anda mengalami:

  • Sakit berserta dengan demam atau muntah-muntah
  • Kesakitan pelvik atau abdomen yang datang secara tiba-tiba

.

Apa yang dikongsikan diatas jika berserta dengan gejala dibawah, memerlukan anda untuk mendapatkan rawatan segera iaitu:

  • Menggigil
  • Pernafasan laju
  • Pening kepala

.

.

Punca Cyst Ovari

.

.

Ovari Cyst

.

.

Punca ovari bengkak juga boleh disebabkan oleh cyst.

.

Apa yang menjadi punca kepada cyst pula adalah disebabkan oleh kitaran haid anda.

.

Baca Juga : Fibroid dan Bahayanya Pada Wanita – Punca, Simpton dan Rawatan

.

Functional Cyst

.

.

.

.

Ovari perempuan biasanya akan mempunyai struktur seperti cyst yang membesar secara normal.

.

Struktur ini dikenali sebagai folikel dan akan membesar setiap bulan.

.

Folikel ini akan menghasilkan hormon estrogen dan progesterone serta melepaskan telur untuk ovulasi berlaku.

.

Jika folikel ini kekal membesar, ia akan dikenali sebagai functional cyst.

.

Terdapat dua jenis functional cyst iaitu:

.

.

Follicular Cyst

.

.

Ovari Cyst

.

.

Sekitar pertengahan kitaran haid anda, telur akan keluar daripada folikel dan akan bergerak di tiub fallopian.

.

Follicular cyst akan berlaku apabila folikel tidak pecah atau mengeluarkan telur namun kekal membesar.

.

.

Corpus Luteum Cyst

.

.

.

.

Apabila folikel melepaskan telur, ia turut menghasilkan estrogen dan juga progesterone.

.

Folikel ini akan dikenali sebagai corpus luteum.

.

Kadangkala, cecair akan berkumpul didalam folikel ini dan mengakibatkan corpus luteum untuk membesar menjadi cyst.

.

Kebiasaannya, functional cyst tidak merbahaya, tidak mengakibatkan kesakitan dan akan hilang selepas 2-3 kali kitaran haid.

.

Baca Juga : Kentut Faraj – Bahaya Atau Tidak? Ini Cara Atasinya, Lagi-lagi Ketika Bersetubuh

.

Jenis-Jenis Lain Cyst

.

.

Jenis cyst yang tidak berkaitan dengan fungsi normal kitaran haid anda termasuklah:

.

.

Dermoid Cyst

.

.

Ovari Cyst

.

.

Ia juga dikenali sebagai teratomas yang boleh mengandungi tisu seperti rambut, kulit atau gigi kerana ia membentuk sel embrionik.

.

Kesemuanya sangat jarang untuk menjadi kanser.

.

.

Cystadenomas

.

.

.

.

Ia berkembang pada permukaan ovari dan berkemungkinan dipenuhi dengan bahan berair atau bermukus.

.

.

Endometriomas

.

.

.

.

Ia terhasil daripada keadaan dimana sel uterine endometrial yang membesar diluar usus anda.

.

Sesetengah tisu ini akan bersambung pada ovari anda dan membesar.

.

Dermoid cyst dan cystadenomas boleh menjadi besar dan menyebabkan ovari untuk keluar daripada posisinya.

.

Hal ini akan meningkatkan risiko ovari anda terpusing yang menyakitkan dan dikenali sebagai ovarian torsion.

.

Ovarian torsion mungkin juga disebabkan oleh penurunan atau pemberhentian darah yang mengalir ke ovari.

.

.

Faktor Risiko Ovari Cyst

.

.

Ovari Cyst

.

.

Risiko anda untuk mendapat ovarian cyst akan meningkat dengan:

  • Masalah hormon. Ini termasuklah pengambilan ubat kesuburan seperti clomiphene yang digunakan untuk menyebabkan ovulasi.
  • Kehamilan. Kadangkala, cyst yang terbentuk semasa ovulasi berlaku akan kekal pada ovari anda sepanjang tempoh kehamilan.
  • Endometriosis. Keadaan ini akan mengakibatkan sel endometrial membesar diluar uterus.
  • Jangkitan pelvik. Jika jangkitan tersebut merebak ke ovari, ia boleh mengakibatkan cyst.
  • Pernah ada cyst ovari. Jika anda pernah ada, besar risiko untuk anda mendapatkannya lagi.

.

.

Sesetengah wanita mungkin akan mempunyai jenis cyst yang akan ditemukan oleh doktor sewaktu melakukan pemeriksaan pelvik.

.

Cyst ovari yang terbentuk selepas anda mengalami menopaus biasanya lebih berisiko untuk menjadi kanser.

.

Sebab itulah pentingnya untuk anda menjalani pemeriksaan pelvik secara berkala.

.

.

Antara komplikasi lain yang biasanya dikaitkan dengan cyst ovari adalah:

  • Ovarian torsion. Cyst akan membesar dan mengakibatkan ovari untuk bergerak dan meningkatkan risiko ovari anda terpusing dan menyakitkan. Simptom ini termasuklah kesakitan pelvik yang serius, mual dan juga muntah. Ovarian torsion juga boleh menyebabkan penurunan atau pemberhentian aliran darah ke ovari.
  • Pecah. Cyst yang pecah boleh mengakibatkan kesakitan yang teramat sangat dan juga pendarahan. Lebih besar cyst, lebih besar juga risiko untuk ia pecah. Aktiviti yang mampu memberikan kesan kepada pelvik seperti bersama diantara suami dan isteri mampu meningkatkan risiko untuk ia pecah.

.

.

.

.

Langkah Pencegahan

.

.

Ovari Cyst

.

.

Sebenarnya tiada cara yang tepat untuk anda menghalang cyst ovari daripada berlaku.

.

Namun, pemeriksaan pelvik secara berkala mampu mengesan sebarang perubahan yang berlaku pada ovari anda.

.

Anda juga perlu peka dengan perubahan yang berlaku kepada kitaran haid bulanan anda.

.

Antara perkara yang anda perlu berikan perhatian adalah simptom haid yang tidak normal yang berlaku lebih daripada beberapa kali kitaran.

.

Maklumkan kepada doktor anda jika berlaku sebarang perubahan yang membimbangkan anda.

.

Baca Juga : Apa Itu PCOS – Punca, Simptom Dan Rawatan

.

Kanser Ovari

.

.

Ovari Cyst

.

.

Kanser ovari atau ovarian cancer merupakan pertumbuhan sel yang berlaku didalam ovari.

.

Sel yang berkembang secara tidak terkawal akan menyerang dan merosakkan tisu badan yang sihat.

.

Didalam sistem pembiakan wanita, terdapat dua ovari dengan satu di setiap sisi uterus.

.

Biasanya untuk merawat masalah kanser ovari ini, ia akan melibatkan pembedahan dan juga kemoterapi.

.

.

Simptom Kanser Ovari

.

.

.

.

Sewaktu mula-mula ia muncul, anda mungkin tidak akan perasan apa-apa simptom.

.

Antara tanda kanser ovari adalah:

  • Rasa kembung atau bengkak pada ovari
  • Cepat berasa kenyang sewaktu makan
  • Penurunan berat badan yang tidak normal
  • Rasa tidak selesa pada kawasan pelvik
  • Rasa kelesuan yang teramat sangat
  • Rasa sakit pada bahagian belakang badan
  • Perubahan pada tabiat usus seperti sembelit
  • Rasa kerap ingin terkencing

.

Jika keadaan ini berterusan berlaku, anda perlu adakan pertemuan dengan doktor anda terutamanya jika ada tanda-tanda kanser ovari yang membimbangkan anda.

.

.

Punca Kanser Ovari

.

.

Ovari Cyst

.

.

Para doktor tahu bahawa kanser ovari akan bermula sebaik sahaja sel didalam atau berdekatan dengan ovari anda berlaku mutasi didalam DNA.

.

Setiap sel mempunyai DNA yang memberikan arahan kepada sel tersebut mengenai apa yang perlu dilakukannya.

.

Mutasi ini pula akan memberitahu sel anda untuk membesar dan membiak dalam keadaan yang tidak terkawal.

.

Ia sekaligus akan membentuk tumor yang menjadi sel kanser dimana ia akan menggantikan sel sihat yang mati.

.

Sel-sel ini juga akan menyerang tisu berdekatan dan berpecah daripada tumor asal dan merebak ke bahagian lain badan anda.

.

.

Jenis Kanser Ovari

.

.

.

.

Jenis sel dimana kanser tersebut bermula akan menentukan jenis kanser ovari yang anda ada.

.

Dengan cara mengenali jenis kanser anda, ia akan membantu doktor yang merawat anda untuk menentukan jenis rawatan yang paling sesuai untuk anda.

.

Antara jenis-jenis kanser ovari yang ada adalah:

  • Epithelial ovarian cancer. Kanser jenis ini merupakan kanser yang paling kerap dihidapi. Ia mempunyai beberapa sub-jenis seperti serous carcinoma dan juga mucinous carcinoma.
  • Stromal tumors. Tumor jenis ini biasanya akan dikesan pada peringkat yang lebih awal sebelum kanser ovari.
  • Germ cell tumor. Kanser ini pula biasanya lebih cenderung untuk berlaku di usia muda.

.

.

Faktor Risiko Kanser Ovari

.

.

.

.

Antara faktor yang mampu meningkatkan risiko terkena kanser ini adalah:

  • Usia tua. Semakin bertambah usia, semakin tinggi risikonya. Ia juga lebih kerap didiagnosis dalam kalangan mereka yang lebih tua.
  • Genetik. Sesetengah kes berlakunya kanser ini adalah diwarisi daripada ibubapa. Genetik ini juga boleh meningkatkan risiko kanser payudara.
  • Sesetengah perubahan genetik juga mampu meningkatkan risiko kanser ovari.
  • Sejarah keluarga. Jika ada dalam kalangan keluarga anda yang pernah didiagnosis dengan kanser ovari, anda juga berisiko untuk mendapat kanser ini.
  • Berat badan berlebihan atau obesiti juga mampu meningkatkan risiko mendapat kanser ini.
  • Mengambil terapi penggantian hormon untuk mengawal tanda dan simptom menopause turut mampu meningkatkan risiko.
  • Endometriosis. Masalah tisu dimana tisu yang sepatutnya membesar didalam uterus telah membesar diluar uterus anda.
  • Usia sewaktu kitaran haid anda bermula dan tamat. Mengalami kitaran haid pada usia yang sangat muda atau mengalami menopause pada usia yang sangat tua atau kedua-duanya, akan meningkatkan risiko anda.
  • Tidak pernah hamil. Jika anda tidak pernah hamil, anda juga berisiko untuk meningkatkan risiko kanser ovari.

.

.

Langkah Pencegahan

.

.

.

.

Sebenarnya tiada cara yang tepat untuk anda menghalang kanser ovari ini daripada berlaku.

.

Namun, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko tersebut seperti:

  • Pertimbangkan untuk mengambil pil perancang kehamilan. Tanya doktor anda samada anda sesuai untuk mengambil pil perancang kehamilan ini. Pengambilan ini mampu untuk mengurangkan risiko kanser ovari. Namun, ubat-ubatan ini mempunyai risikonya tersendiri. Jadi, bincanglah samada manfaat atau risiko yang lebih banyak berdasarkan kesihatan anda.
  • Bincang juga sebarang faktor risiko yang anda ada dengan doktor anda. Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai kanser ovari atau kanser payudara, maklumkan juga kepada doktor anda. Anda mungkin akan diberikan sesi dengan kaunselor genetik untuk menentukan samada ujian genetik perlu dilakukan atau tidak kepada anda. Jika anda didapati mempunyai perubahan genetik yang mampu meningkatkan risiko kanser ovari, anda mungkin perlu pertimbangkan untuk melakukan pembedahan membuang ovari anda bagi mengelakkan kanser.

.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini mengenai ovari cyst dan juga kanser ovari.

.

Kami harap anda mendapat banyak manfaat hasil daripada perkongsian kali ini.

.

Jangan lupa juga untuk membaca perkongsian kami yang lain.