Tahukah anda yang senaman kegel sangat bermanfaat untuk wanita?

.

Mungkin masih ramai lagi yang belum tahu berkenaan senaman ini.

.

Jadi, soalan seperti dibawah pastinya sedang bermain dalam fikiran anda:

.

Senaman Kegel

.

“Apa itu senaman kegel?”

.

Senaman kegel wanita merupakan sejenis senaman yang menguatkan otot dibahagian:

  • Uterus
  • Pundi kencing
  • Usus besar

.

Ia juga mampu untuk membantu lelaki dan wanita yang mengalami masalah kencing tak lawas dan juga masalah mengawal pundi kencing.

.

Kedua-dua masalah tersebut akan lebih meningkat risikonya apabila anda:

  • Semakin bertambah usia
  • Mengalami pertambahan berat badan
  • Selepas mengandung atau bersalin
  • Selepas pembedahan gynecologic untuk perempuan
  • Selepas pembedahan prostate bagi lelaki
  • Mereka yang mengalami masalah pada saraf dan otak

.

.

.

.

Bila Anda Boleh Melakukan Senaman Kegel?

.

.

Senaman Kegel

.

Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang anda suka dalam keadaan duduk atau berbaring.

.

Nak tahu apa yang lagi menarik berkenaan kegel wanita?

.

Anda boleh lakukannya sewaktu:

  • Makan
  • Duduk
  • Memandu
  • Berehat
  • Menonton televisyen

.

Cuma anda perlu pastikan ketika anda melakukan senaman kegel, anda mensasarkan otot yang tepat.

.

Jika tidak, sia-sia sahaja anda melakukannya.

.

.

Macam Mana Nak Sasarkan Otot Yang Tepat?

.

Senaman Kegel

.

Senaman kegel merupakan jenis senaman dimana anda buat seperti anda nak kencing dan kemudian menahannya.

.

Kiranya ia pengulangan proses anda ketatkan dan lembutkan otot yang mengawal aliran kencing anda.

.

Ia juga sangat penting untuk anda mengenalpasti otot yang tepat untuk anda ketatkan.

.

Jadi, lepas ni bila anda nak kencing, anda boleh cuba untuk “teran” dan tahan.

 

.

Dengan cara ini, anda boleh merasai otot pada bahagian faraj anda, pundi kencing, atau anus menjadi ketat dan bergerak ke atas.

.

Kesemua ini merupakan otot lantai pelvik yang mana apabila anda rasa ia ketat ia bermaksud anda telah melakukan senaman ini dengan betul.

.

 

Senaman Kegel

 

.

Bahagian yang akan kekal longgar pula adalah bahagian paha, punggung dan abdomen.

.

Jika anda masih tak yakin samada anda dah ketatkan otot yang betul atau tidak, anda boleh lakukan aktiviti dibawah.

.

Bagi wanita, anda boleh masukkan jari kedalam faraj anda.

.

Kemudian ketatkan otot anda seperti anda sedang menahan diri dari kencing sebelum anda lepaskannya.

.

Kemudian anda boleh rasakan otot anda sedang mengetat dan bergerak keatas dan kebawah.

.

Jelas kan?

.

.

Manfaat Dari Kegel Wanita

.

.

.

Mungkin anda sedang tertanya-tanya juga seperti berikut.

.

“Berapa lama kesan senaman kegel?”

.

Kesannya dalam tempoh masa beberapa minggu selepas anda mula melakukannya.

.

Cuma, anda perlu pastikan yang anda melakukannya dengan cara yang tepat jika tidak sukar untuk anda melihat kesannya.

.

Sebelum itu, anda perlu tahu yang senaman ini sangat bermanfaat bagi mereka yang mempunyai masalah seperti berikut:

.

Senaman Kegel

.

Masalah orgasma : Kegagalan individu untuk mencapai klimaks ketika melakukan hubungan seksual

.

Kehamilan : Mengelakkan berlakunya masalah atau kesukaran untuk bersalin

.

Selepas bersalin : Disebabkan oleh otot meregang secara berlebihan semasa proses bersalin, otot faraj dan pelvik anda akan menjadi lebih lemah dari biasa.

.

Kebocoran kencing : Biasa berlaku pada wanita yang terlalu mudah terkencing apabila melakukan aktiviti seperti bersenam, ketawa dan batuk.

.

Sembelit : Keadaan dimana anda tidak dapat mengawal masalah pergerakan usus dan sentiasa berasa seperti anda tidak dapat untuk mengawal sesuatu ketika anda perlu pergi ke bilik mandi.

.

Pembedahan di pelvik : Jika anda menjalani sebarang pembedahan pada mana-mana otot lantai pelvik, anda akan menjadi sukar untuk mengawal otot tersebut dengan betul.

.

Penuaan : Ia tidak pelik untuk berlaku kerana lantai pelvik anda akan menjadi lemah seiring dengan peningkatan usia.

.

Berat badan : Jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan, sukar untuk anda mengekalkan kekuatan pada bahagian lantai pelvik anda.

.

.

Masalah-masalah yang dinyatakan akan dapat diatasi jika anda kerap melakukan senaman kegel dan melakukannya dengan betul.

.

Itulah manfaat yang bakal anda peroleh hasil daripada melakukannya.

.

.

Baca Juga : KESUBURAN WANITA – 10 CARA UNTUK PELIHARA KESUBURAN

.

Senaman Kegel Menaikkan Rahim

.

.

Senaman Kegel

.

Sama juga halnya untuk senaman kegel menaikkan peranakan kerana ia sangat sesuai buat anda yang menghadapi masalah rahim jatuh.

.

Senaman kegel juga turut:

.

a. Membantu dalam menyempitkan semula ruang faraj yang longgar dan renggang.

.

b. Membantu dalam mengatasi masalah wanita yang sukar mengawal kencing.

.

c. Menghalang daripada berlakunya kentut faraj kerana ia akan menghalang angin daripada masuk kedalam faraj.

.

d. Membantu dalam meningkatkan kualiti hubungan seksual suami isteri.

.

e. Menjadikan otot faraj lebih kuat sekaligus memudahkan proses untuk bersalin serta mengurangkan risiko perinium terkoyak sebelum bersalin.

.

.

.

.

Cara Biasa Melakukan Senaman Kegel

.

.

.

Untuk cara paling asas bagi melakukan senaman ini adalah dengan:

.

1. Mengemut otot faraj dan juga otot pelvik dengan merapatkan paha dan kaki.

.

2. Kemutan dilakukan secara perlahan-lahan sebanyak 20 kali

.

3. Boleh dilakukan dalam keadaan berdiri, duduk ataupun ketika baring.

.

4. Tahan nafas sekurang-kurangnya 5 saat semasa mengemut.

.

5. Kemutan dilepaskan bersama-sama dengan nafas secara perlahan-lahan.

.

6. Ulang proses diatas sekitar 4 ke 5 kali.

.

.

Senaman Kegel Semasa Mengandung

.

Senaman Kegel

.

Ada beberapa jenis senaman kegel jika anda sedang mengandung seperti:

  • senaman kegel mengikut trimester
  • senaman kegel sebelum bersalin

.

.

.

.

Selain itu bagi ibu hamil, anda boleh mengikut tips senaman ibu mengandung seperti dibawah:

.

.

1. Jika anda mendapat kebenaran bersenam oleh doktor, anda cuma perlu menambah masa sehingga 30 minit setiap hari.

.

2. Jadikan permulaan rutin harian anda dengan aktiviti berimpak rendah seperti:

  • Berjalan
  • Berenang

.

3. Hadkan senaman mengikut kemampuan diri dan jangan banding dengan orang lain kerana keadaan ketika mengandung adalah berbeza bagi setiap individu.

.

4. Anda juga boleh mengikuti kelas-kelas seperti kelas senaman antenatal untuk belajar dan memahami pergerakan yang lebih sesuai dengan ibu mengandung.

.

5. Kurangkan senaman berintensiti tinggi untuk mengelakkan risiko pada kandungan anda.

.

6. Kenali tanda-tanda yang anda perlu berhenti seperti:

  • Mengalami sakit dada
  • Sakit pada bahagian sendi kaki
  • Mula merasai kesakitan pada bahagian perut
  • Berasa pening atau pitam
  • Mula berlakunya sesak nafas
  • Berlakunya pendarahan pada faraj
  • Mengalami kesukaran berjalan atau kontraksi

.

7. Cuba elakkan diri anda daripada melakukan senaman dalam keadaan cuaca atau persekitaran yang panas atau lembap.

.

8. Dengar dan fahami bahasa tubuh anda apabila bersenam seperti berhenti jika anda mula berasa letih dan tidak sihat.

.

9. Apabila anda mula memasuki minggu ke-16 kehamilan, anda perlu tinggalkan segala rutin senaman yang melibatkan aktiviti seperti berbaring terlentang atau berdiri setempat dalam satu tempoh masa yang lama.

.

.

Senaman Kegel Ketika Berpantang

.

.

Senaman Kegel

.

Sama juga dengan cara senaman kegel selepas bersalin, anda boleh baca ringkasan sebuah perkongsian daripada Harian Metro seperti dibawah.

.

Perkongsian ini adalah daripada pemilik Bangi Fitness iaitu Norhaliza Md Said berkenaan senaman ketika berpantang.

.

Menurut beliau, dalam tempoh sebulan sehingga empat bulan, apa yang perlu diberikan perhatian adalah kesihatan wanita itu sendiri dan bayi mereka.

.

Pada waktu ini, adalah sangat digalakkan untuk anda dan bayi berehat dengan sepenuhnya untuk memulihkan badan dan emosi.

.

Beliau mengatakan ketika bayi berusia enam bulan, anda dah boleh berikan tumpuan terhadap pemulihan secara fizikal pula.

.

Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah dengan meningkatkan pergerakan.

.

Kemudian, anda boleh mula untuk melakukan senaman kegel bagi mengukuhkan lantai pelvik secara perlahan-lahan.

.

.

Baca Juga : PAYUDARA BENGKAK – PUNCA DAN KESAN PADA IBU MENYUSU

.

Senaman Kegel Semasa Haid

.

.

Senaman Kegel

.

Boleh ke sebenarnya untuk anda melakukan senaman kegel semasa period?

.

Anda boleh je untuk melakukannya tapi mungkin anda sendiri akan berasa tidak berapa selesa untuk melakukannya.

.

Ada kemungkinan pada masa ini anda tak berapa ada mood untuk melakukannya.

.

Anda juga mungkin berasa pergerakan otot anda tidak terlalu “rasa” tapi ia tidak bermaksud otot-otot lantai pelvik anda tidak berfungsi.

.

Ia cuma rasa kurang berkesan bergantung kepada dimana anda dalam kitaran haid anda.

.

Baca Juga : DARAH HAID – 7 WARNA GAMBARAN KESIHATAN WANITA

.

Senaman Kegel

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan senaman kegel.

.

Sebenarnya senaman ini sangat penting bukan sahaja untuk wanita kerana ia juga memberikan banyak manfaat untuk lelaki.

.

Namun, bagi para wanita, senaman ini mampu untuk menguatkan kembali Miss V anda selepas bersalin.

.

Semoga anda mendapat banyak manfaat hasil perkongsian kali ini.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!