Tanda hamil akan mula kelihatan selepas sperma bersenyawa dengan telur wanita.
.
Telur ini dikeluarkan oleh ovari sewaktu proses ovulasi.
.
Telur yang disenyawakan akan bergerak menuju uterus dimana proses implantation pula akan berlaku.
.
.
Jika proses ini berjaya, akan mula kelihatan tanda hamil pada wanita tersebut.
.
Secara puratanya, tempoh hamil individu boleh menginjak ke 40 minggu.
.
Namun, ada banyak faktor yang akan memberikan kesan terhadap kehamilan.
.
Bagi wanita yang mendapatkan diagnosis awal dan prenatal care akan melalui satu proses hamil yang lebih sihat.
.
Ia sekaligus akan membawa kepada kelahiran bayi yang lebih sihat.
.
Jadi, adalah penting untuk anda mengetahui apa yang anda boleh expect sewaktu hamil.
.
.
Cara terbaik untuk bermula adalah memberikan perhatian penuh daripada awal lagi dengan cara mengenal pasti tanda hamil.
.
Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan dengan anda tanda hamil yang anda perlu tahu untuk pastikan kandungan anda sihat dan elakkan risiko keguguran.
.
.
.
.
Tanda Awal Hamil
.
.
.
Bagi tanda tanda hamil 1 hari, tanda tanda orang hamil 3 hari dan hamil 1 minggu, tandanya adalah hampir sama.
.
Ada sesetengah wanita langsung tidak akan kelihatan sebarang tanda hamil pada minggu pertama.
.
Sesetengah lagi pula akan mula mengalami simptom seperti:
- Kelesuan
- Rasa sakit pada payudara
- Rasa cramp tahap sederhana
.
Biasanya pakar perubatan akan mula mengira minggu pertama kehamilan daripada hari terakhir wanita mengalami haid.
.
Pada waktu tersebut, bukanlah bermaksud anda benar-benar hamil.
.
.
Ia cuma untuk memudahkan pengiraan tarikh bersalin atau due date.
.
Tanda hamil yang paling mudah sekali untuk anda perasan adalah apabila anda terlepas haid anda.
.
Baca Juga : KITARAN HAID – 7 PERKARA ANDA WAJIB TAHU JIKA KITARAN HAID TIDAK TERATUR
.
.
Tanda Hamil 2 Minggu
.
.
.
Pada minggu kedua pula, anda mungkin akan mengalami beberapa lagi simptom yang juga berlaku pada minggu pertama.
.
Antara tanda hamil yang akan berlaku pada anda pada minggu kedua pula adalah:
- Terlepas haid
- Mood tidak stabil
- Rasa keras dan bengkak pada payudara
- Pening atau muntah
- Kerap kencing
- Kelesuan
.
Terlepas haid biasanya akan menjadi tanda awal kehamilan.
.
Jika ia berlaku, anda boleh gunakan kit ujian kehamilan untuk menentukan samada anda hamil atau tidak.
.
Ujian ini akan menguji samada wujud atau tidak hormon hCG didalam badan anda.
.
.
Baca Juga : KESUBURAN WANITA – 10 CARA UNTUK PELIHARA KESUBURAN
.
Hamil 3 Minggu
.
.
.
Ada juga wanita yang masih lagi belum kelihatan sebarang tanda hamil meskipun sudah memasuki minggu ketiga kehamilan.
.
Hal ini kerana kebanyakan simptom adalah disebabkan oleh hormon kehamilan dan anda masih lagi belum mempunyai hormon tersebut dalam kadar yang tinggi.
.
Antara tanda yang mungkin anda akan lihat pada minggu ketiga adalah:
- Pendarahan atau tompokan darah
- Rasa mual atau pening
- Morning sickness
- Perubahan pada payudara anda seperti rasa sakit dan puting anda akan mula menjadi sedikit gelap kerana ia bersedia untuk menghasilkan susu
- Terlepas haid
.
Pada waktu ini, masih belum ada sebarang perubahan ketara pada bentuk perut anda.
.
Baby bump juga masih belum kelihatan.
.
Biasanya ia akan mula jelas kelihatan pada minggu ke-12 dan keatas.
.
.
Hamil 4 Minggu
.
.
.
Bila anda dah hamil 4 minggu, anda dah perlu mula lebih berikan perhatian terhadap corak pemakanan anda.
.
Anda perlu memastikan segala apa yang anda makan adalah menyihatkan bukan sahaja untuk anda malah untuk bayi anda juga.
.
Antara tanda hamil yang akan kelihatan pada minggu ini adalah:
- Perut kembung kerana badan anda mula menyediakan “rumah” kepada kandungan untuk beberapa bulan mendatang.
- Tompokan darah yang dikenali sebagai implantation bleeding.
- Mood swings disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam badan anda.
- Sakit pada bahagian payudara kerana ia sedang menghasilkan lebih banyak kelenjar susu.
- Bahan kumuh berwarna cerah yang keluar daripada faraj samada melekit, jernih atau putih.
- Kelesuan kerana badan anda berusaha untuk menjaga kandungan anda.
.
Jika pendarahan melebihi dua hari atau berlebihan bukan dalam bentuk tompokan, anda perlu segera berjumpa doktor.
.
.
.
.
Tanda Hamil 5 Minggu
.
.
.
Seterusnya adalah simptom yang biasanya akan terlihat bagi anda yang hamil 5 minggu.
.
Anda mungkin mengalami simptom seperti apa yang anda alami ketika PMS seperti:
- Lesu
- Sakit pada bahagian payudara
- Morning sickness
.
Selain itu, anda juga akan mengalami simptom berikut:
- Rasa pening kerana tekanan darah anda adalah lebih perlahan ketika hamil
- Kerap kencing kerana uterus anda mula mengembang dan menekan pundi kencing anda
- Kejang otot perut disebabkan oleh egg implanting atau kawasan uterus anda menegang
- Tompokan darah
- Mengidam kerana perubahan hormon akan mempengaruhi selera anda
- Sembelit disebabkan oleh makanan mula bergerak perlahan menerusi sistem pencernaan anda untuk memberikan masa diserap oleh kandungan
- Bahan kumuh berlebihan daripada faraj anda
.
.
Hamil 6 Minggu
.
.
.
Pada minggu ke-6 pula biasanya anda akan mengalami masalah morning sickness.
.
Walaupun namanya morning, tapi anda akan mengalaminya pada bila-bila masa seperti pagi, tengahari, petang atau malam.
.
Ia merupakan diantara simptom yang paling biasa anda akan hadapi dimana 70-80% wanita mengandung akan mengalami masalah ini.
.
Morning sickness adalah keadaan dimana anda akan rasa mual, loya dan muntah.
.
.
Punca utamanya tidak benar-benar diketahui namun peningkatan hormon hCG dipercayai penyebab utama masalah ini.
.
Kebanyakan ibu hamil akan mula menjadi lebih lega apabila mereka mula memasuki trimester kedua.
.
Simptom lain yang anda mungkin alami adalah:
- Kelesuan
- Sembelit
.
.
Hamil 7 Minggu
.
.
.
Pada minggu ini pula, ada beberapa tanda hamil atau simptom yang anda akan alami.
.
Antaranya adalah:
- Mual
- Pening dan muntah
- Kerap kencing
- Kawasan areola anda menjadi gelap
- Kelesuan
- Payudara mengeras dan bengkak
- Mengidam makanan tertentu
- Otot kejang pada bahagian pelvik
- Tompokan darah berkala
.
Ada satu lagi masalah yang biasanya akan dialami oleh ibu mengandung pada minggu ke 7.
.
Hamil 7 minggu janin belum terlihat!
.
Masalah ini adalah disebabkan oleh blighted ovum atau kantung kosong yang boleh berlaku pada awal kehamilan.
.
Anda mungkin akan mengalami segala tanda hamil seperti terlepas haid dan sebagainya.
.
.
Masalah ini berlaku apabila ovum yang disenyawakan didalam rahim namun bayi tidak “tumbuh”.
.
Dalam istilah perubatan ia lebih dikenali sebagai anembryonic pregnancy.
.
Malangnya apabila keadaan ini berlaku, anda berisiko untuk mengalami keguguran awal.
.
Plasenta boleh terus tumbuh dan membesar tanpa bayi dalam tempoh masa yang tertentu sekaligus membuatkan wanita percaya yang mereka masih hamil.
.
Diagnosis perlu dilakukan dengan melakukan ujian ultrasound untuk mengesan samada rahim kosong atau tidak.
.
Ada juga keadaan dimana doktor tidak dapat mengesahkan keadaan semasa kerana keadaan janin yang masih terlalu kecil atau tidak dapat di-scan.
.
.
Masalah Hamil Luar Rahim
.
.
.
Masalah ini sebenarnya dikenali sebagai ectopic pregnancy.
.
Perkataan ectopic itu sendiri sebenarnya membawa maksud di tempat yang salah.
.
Ia merupakan sejenis kehamilan yang berlaku diluar rahim ibu.
.
Hampir 95% daripada kes ini, implantasi berlaku dalam fallopian tube dan apabila ia berkembang akan mengakibatkan kesakitan dan pendarahan.
.
Jika dibiarkan, tiub tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.
.
.
Kes sebegini boleh dikategorikan sebagai kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa.
.
Bagi kes kehamilan seperti ini, ia tidak dapat dialihkan kedalam rahin dan harus digugurkan sepenuhnya.
.
.
Tanda hamil walaupun akan membuatkan para ibu melalui satu fasa yang sangat sukar, ia sebenarnya tidak setanding dengan kegembiraan mereka untuk mendapat zuriat.
.
Besar pengorbanan para ibu untuk melahirkan kita.
.
9 bulan menahan dan menanggung beban kandungan serta menghadap segala simptom bagaikan terlupa tatkala mendengar tangisan kelahiran si kecil.
.
Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan tanda hamil. Semoga bermanfaat!